SOALAN BM
PENGGAL 3 (910/3)
Masa : 40 minit (dibenar merujuk buku)
1. Yang manakah
pernyataan yang benar tentang wacana?
I.
Tautan idea menjadi keutamaan
dalam wacana
II.
Tidak wujud hubungan antara peserta dalam wacana
III.
Wacana ialah unit bahasa yang lebih besar daripada
ayat
IV.
Wacana termasuk dalam kajian tentang pembentukan ayat
A I dan
II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
2. Pasangan
ayat yang manakah yang jelas sekali memperlihatkan tautan logik akaliah sebagai
sebuah wacana yang utuh?
A. Kertas berterbangan ditiup angin. Anjing itu
menyalak kucing yang lalu di hadapannya.
B Saya
berasa sakit-sakit badan. Saya perlu mengambil cuti panjang untuk
berehat.
C Ibu
menangis tersedu-sedan. Dia terkenang akan anaknya yang tinggal di bandar.
D. Enjin kereta itu rosak teruk. Hanya mekanik yang
berpengalaman yang mampu membaikinya.
Untuk menangani
keganasan, pelbagai usaha telah dijalankan oleh berbagai-bagai pihak. I dalam era kesejagatan kini, permasalahan
tersebut didapati semakin sukar dibendung, II , satu revolusi mental perlu
dilaksanakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memastikan keamanan
sejagat dapat diwujudkan.
|
3. Penanda wacana yang tepat bagi ruang kosong dalam petikan di atas ialah
I
|
II
|
|
A
|
Meskipun begitu
|
Tegasnya
|
B
|
Dengan hal
demikian
|
Oleh sebab itu
|
C
|
Sungguhpun
demikian
|
Sehubungan
dengan hal itu
|
D
|
Oleh itu
|
Walau
bagaimanapun
|
4. Berdasarkan
jadual di bawah, yang manakah padanan yang dapat membina sebuah wacana yang utuh?
Ayat 1
|
Ayat 2
|
||
I
|
Adik saya
menyertai pertandingan syarahan.
|
P
|
Kami
memberikannya perhatian istimewa.
|
II
|
Ibu saya sudah
uzur.
|
Q
|
Penjaganya
berasa lega.
|
III
|
Bayi itu jarang
meragam.
|
R
|
Dia kecundang
dalam persaingan itu.
|
IV
|
Abang sering
termenung sendirian.
|
S
|
Dia mendapat
tempat pertama.
|
I
|
II
|
III
|
IV
|
|
A
|
S
|
Q
|
P
|
R
|
B
|
S
|
P
|
Q
|
R
|
C
|
R
|
S
|
P
|
Q
|
D
|
R
|
P
|
Q
|
S
|
· Penulisan bertujuan mengemukakan usul atau gagasan
· Gagasan disokong oleh alasan, bukti, dan contoh
· Idea yang diberikan lojik dan meyakinkan
|
5. Ciri-ciri di atas menepati retorik
A penghujahan.
B pemujukan.
C pendedahan.
D pemerian.
Soalan 6 berdasarkan ayat
di bawah ini.
P
|
Dasar Wanita
Negara digubal dengan tujuan untuk memberikan peluang yang lebih luas kepada
wanita untuk berjasa kepada negara.
|
Q
|
Lapangan Terbang
KLIA 2 yang baru dibina itu amat besar
dan cantik. Lapangan tersebut boleh menampung keperluan lebih sepuluh juta
penumpang dalam masa setahun.
|
S
|
Bagi kerajaan,
untuk sungguh-sungguh menjayakan program industri berat amat wajar kerana
industri itu memberikan pulangan yang lumayan.
|
R
|
Rumah yang
baharu dibina itu mempunyai keluasan lantai 3,215 kaki persegi, dibina di
atas tanah seluas 5,420 kaki persegi.
|
6. Yang jelas menepati ciri retorik pemerian
ialah pilihan
A P
B Q
C S
D R
Tiada unsur
penilaian kendiri
|
||
Q
|
Memperincikan
sesuatu secara objektif
|
|
Penutur terikat
kepada sesuatu yang digambarkan
|
7. Q merujuk kepada retorik
A pendedahan.
B hujahan.
C pemerian.
D penceritaan.
Ibu tua itu
diserang penyakit kencing manis. Dia terlantar di hospital sejak beberapa
minggu yang lalu dan telah diziarahi oleh ramai ahli keluarga. Keadaannya
begitu uzur dan dia memerlukan mesin penyokong hayat.
|
8. Petikan di atas menepati retorik
I.
pendedahan
II.
pemerian
III.
penceritaan
IV.
pemujukan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
9. Yang manakah pernyataan yang benar
tentang dialek sosial?
I.
Berbeza disebabkan perbezaan
status penutur.
II.
Berbeza mengikut kawasan/tempat asal
penutur.
III.
Berbeza berdasarkan perkara
yang dibicarakan.
IV.
Berbeza berdasarkan ciri-ciri idiolek penutur.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
10. Yang manakah bukan contoh ayat
bahasa slanga?
I.
Lu cakap betul-betul, jangan
kasi tipu!
II.
Gue bukan awek lu, lu tau!
III.
Cun giler adik lu, macam filem
star.
IV.
Si
Tomoi tu memang tak tau malu!
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
· Tidak terikat kepada ciri kegramatisan
· Wujud kerana perbezaan pengguna
· Sesetengah kosa katanya berbeza daripada bahasa baku
· Perbezaan ketara dari segi sebutan dan sistem panggilan
|
11. Ciri-ciri di atas merujuk kepada
A dialek sosial.
B bahasa pijin.
C bahasa kolokial.
D dialek geografi.
12. Antara
yang berikut, yang manakah ayat yang menunjukkan penggunaan bahasa tidak
formal?
I.
Dia sedang dua bulan.
II.
Siapa suruh pergi kedai?
III.
Adik Lebai Ali cuci tangan.
IV.
Terangkat Pak Long kayu berat
itu.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
13. Bahasa baku ditentukan dan
diperkembangkan dengan
tujuan untuk
I.
menentukan jati diri masyarakat
penuturnya.
II.
menunjukkan penuturnya berpadu
dalam satu satuan bahasa.
III.
menjadi rujukan penutur dalam penggunaan sesuatu unsur
bahasa.
IV.
meningkatkan taraf atau status
bahasa itu sendiri dalam masyarakat.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
14. Yang manakah penyataan yang benar tentang
laras bahasa?
I.
Laras bahasa ialah variasi yang
digunakan mengikut situasi.
II.
Laras bahasa ialah penggunaan
sesuatu bahasa yang berkesan.
III.
Laras bahasa ialah penggunaan
bahasa mengikut bidang ilmu.
IV.
Laras bahasa ialah penggunaan bahasa
yang mementingkan tautan idea.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
15. Ciri yang manakah yang tidak menimbulkan
laras bahasa yang berbeza?
A Perhubungan sosial
B Perkara yang diperkatakan
C Fungsi sosial perlakuan bahasa
D Ciri-ciri paralinguistik
penuturnya
Laras bahasa iklan
|
Laras bahasa akademik
|
|
I
|
Makna kosa
katanya pelbagai
|
Diksinya
berkesan
|
II
|
Menggunakan ayat
yang ringkas
|
Menggunakan ayat
yang sempurna
|
III
|
Terdapat
penyimpanan dari aspek tatabahasa
|
Menggunakan
bentuk bahasa baku
|
IV
|
Mengutamakan
penggunaan bahasa basahan
|
Menggunakan
istilah khusus dengan ketara
|
16. Yang manakah ciri laras bahasa iklan dan
ciri laras bahasa akademik yang betul?
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
17. Yang
manakah ayat yang menepati ciri laras iklan?
A Internet sumber maklumat yang tiada batas sempadannya.
B Teater
itu mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai.
C Mesin
pengira ini dapat menyelesaikan kerumitan kiraan anda.
D Tidak
merugikan, teknologi ini menemukan anda dengan dunia luar.
I. Penggunaan bahasa secara kreatif
II. Penggunaan kosa kata umum
III Diksinya berkonotasi positif
IV. Mengutamakan
kepersisan
|
18. Yang
manakah yang tepat menunjukkan ciri laras iklan?
A I dan II
B I
dan III
C II dan IV
D III dan
IV
19. Yang
manakah ayat yang mengandungi frasa yang jelas maksudnya bersifat antonim?
A Bukan
main besar lagi rumah itu.
B Dia itu
bukan sebarangan orang.
C Bukan
kecil-kecil api untuk dipadamkan.
D Jangan
bercakap sesuatu yang bukan-bukan.
*
|
Satu cara
memandang
|
*
|
Menggunakan
hujung mata
|
*
|
Lazimnya ada
unsur marah
|
20. Cara memandang seperti yang dinyatakan
oleh rangsangan di atas ialah
A mengintai
B mengerling
C menjenguk
D menjeling
· Nelayan itu mendayung ke hulu.
· Hulu pisau itu diperbuat daripada besi.
· Dia selalu mengalami masalah sakit hulu hati.
|
21. Kata hulu dalam ayat di atas bersifat
I.
hiponim
II.
sinonim
III.
homonim
IV.
polisemi
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
22. Perkataan yang
berikut mempunyai makna yang hampir sama, kecuali
A racik
B hiris
C gobek
D cencang
23. Dalam
ayat yang manakah perkataan “sampai” dan “tiba” membawa makna yang sama?
A Yang
ditunggu tak sampai; kerana itu saya berasa gelisah.
B Kertas
bertaburan dari sini sampai ke simpang jalan itu.
C. Pendapatannya tak sampai pun seribu ringgit
sebulan.
D Dia
berdiri di situ dari pukul 5:00 sampai 7:00 malam.
· Memerhati dengan tujuan untuk memperoleh maklumat.
· Mungkin pemerhatian itu mengambil masa yang lama.
|
24. Perkataan
yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
A menghendap
B mengintip
C mengintai
D memeriksa
25. Perkataan
yang manakah yang bersifat homonim?
I.
Raut
II.
Tunda
III.
Tuntun
IV.
Raih
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
26. Yang manakah padanan yang betul antara
cara bergerak dengan kosa katanya?
Cara bergerak
|
Kosa kata
|
||
I
|
Menggunakan
lutut
|
P
|
Menjengket
|
II
|
Menggunakan
hujung jari kaki
|
Q
|
Mengesot
|
III
|
Menggunakan
badan
|
R
|
Merangkak
|
IV
|
Menggunakan
paha-punggung
|
S
|
Berguling
|
I
|
II
|
III
|
IV
|
|
A
|
P
|
S
|
R
|
Q
|
B
|
R
|
S
|
P
|
Q
|
C
|
R
|
P
|
S
|
Q
|
D
|
P
|
R
|
Q
|
S
|
27. Yang manakah perkataan yang mengalami penyempitan makna?
I
Akal
II. Amal
III Akad
IV. Alam
- I dan II
- I dan IV
- II dan III
- III dan IV
28. Frasa yang manakah
yang boleh membawa dua makna?
I
Orang rumah
II
Tangan kanan
III
Orang kuat
IV
Lampu trafik
- I dan II
- I dan IV
- II dan III
- III dan IV
29. Yang manakah
perkataan yang bersifat homograf dan homofon tetapi dalam konteks tertentu tidak sama maknanya?
I
Semak
II
Perang
III
Badan
IV
Pulau
- I dan II
- I dan IV
- II dan III
- III dan IV
I . Kepala adik sakit kerana lama
berpanas.
II. Nama
penerima harus dicatat di bawah kepala surat.
I
sinonim
II
polisemi
III
hiponim
IV
homonim
A I dan II
B I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
31. Peribahasa yang manakah mengandungi nasihat supaya
‘berhati-hati’ sebelum melakukan sesuatu?
A. Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
B. Cermat masa banyak, jimat masa
sedikit.
C. Cakap berlauk-lauk makan dengan
sambal lada.
D. Daripada
cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada.
32. Peribahasa
yang berikut mempunyai makna yang berkaitan, kecuali
A. harapkan pagar,
pagar makan padi.
B. bertaut di
dahan rapuh.
C. harap tin
menjaga biskut, tin makan biskut.
D. harapkan
sokong, sokong membawa rebah.
"Dia amat berhati-hati sewaktu menyelesaikan masalah keluarganya itu
kerana dia amat takut kalau-kalau keadaan menjadi bertambah buruk."
33. Peribahasa
yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
A. bagai limau
masam sebelah
B. bagai aur
ditarik songsang.
C. bagai menarik
rambut dalam tepung
D. umpama menulis
di atas air.
34. Yang manakah ayat yang mengandungi
unsur pemanusiaan?
A. Selepas makan,
kucing itu menjilat-jilat bulunya.
B. Kerusi usang
itu berkeriut-keriut minta dibaiki.
C. Baju kebaya labuhnya itu sudah pudar
warnanya.
D. Beg kertas itu
koyak rabak dipermain oleh kucing.
35. Yang manakah
kiasan melompat?
I
Memasang lukah
II
Menggali parit
III
Menumbuk sambal
IV
Memancing ikan
- I dan II
- I dan IV
- II dan III
- II dan IV
36. Yang manakah
ungkapan yang mengandungi bahasa bertimbal?
I Mencurah air ke daun
keladi
II Angguk bukan geleng ya
III Tolak tangga berayun kaki
IV Kata periuk belanga
hitam
- I dan II
- I dan IV
- II dan III
- III dan IV
37. Yang manakah
contoh bahasa naik?
A. Teruk sungguh si pembantu rumah itu, sudahlah tempat
tinggal disediakan, makanan diberi percuma, pakaian dibelikan, cuti dua hari seminggu, gaji pokok
pula mahu tinggi!
B. Orang itu
sudahlah malas, kuat tidur; kaki makan, kaki minum, suka
memerintah pulak tu! Meluat sungguh aku melihatnya.
C. Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang
meminta; oleh itu bersedekahlah selalu dengan ikhlas.
D. Buku-buku lama,
selama setengah abad itu, walaupun buruk tetapi amat
berharga.
Oleh itu, simpanlah harta tersebut baik-baik!
38. Faktor yang
manakah yang menentukan kesopanan berbahasa?
I
Fokus perbualan atau tajuk
sesuatu diskusi.
II
Status peserta dalam sesuatu komunikasi
III
Latar atau suasana sesuatu
interaksi
IV
Tahap penguasaan bahasa peserta
- I dan II
- I dan IV
- II dan III
- III dan IV
"R merupakan seorang ahli akademik
yang memiliki ijazah DoktorFalsafah dan memegang jawatan akademik yang
tertinggi di universiti. Beliau telah menerima dua anugerah yang membawa gelaran Datuk dan Tan
Sri. Beliau juga sudah menunaikan haji."
39. Apakah panggilan kehormat untuk R?
A. Yang Berbahagia
Tan Sri Profesor Datuk Dr. Haji
B. Yang Berbahagia
Tan Sri Datuk Profesor Dr. Haji
C. Yang Berbahagia
Datuk Tan Sri Profesor Dr. Haji
D. Yang Berbahagia
Profesor Tan Sri Datuk Dr. Haji
Panggilan kehormat
|
Individu
|
||
I
|
Yang Amat
Berbahagia Toh Puan
|
P
|
Ahli Dewan
Rakyat
|
II
|
Yang Berbahagia
|
Q
|
Suami bergelar
Tun
|
III
|
Yang Berusaha
|
R
|
Bergelar Datuk
|
IV
|
Yang Berhormat
|
S
|
Pegawai Daerah
|
40. Yang manakah
padanan yang betul antara panggilan kehormat dengan individunya?
I
|
II
|
III
|
IV
|
|
A
|
Q
|
P
|
R
|
S
|
B
|
Q
|
R
|
P
|
S
|
C
|
Q
|
R
|
S
|
P
|
D
|
P
|
Q
|
S
|
R
|
assalam ckgu..bole emailkan trial bm p3 kpd sya.kalu bole scpat mgkin..
ReplyDeletemcm mana saya nak dpt jawapan dia ye?
ReplyDelete