Tuesday, February 6, 2018

MORFOLOGI : KATA TUGAS.


Image result for kata tugas

Kata Tugas
Jenis
Contoh
Fungsi
Kata Tanya

siapa, rnengapa(kenapa), bila, mana, apa, berapa, bagaimana
 

Mengemukakan soalan atau pertanyaan. (Siapa, apa dan mana) berfungsi sebagai KGN diri tanya. Boleh menerima partikel "-kah"jika berada di awal ayat.

Kata Seru

 Helo, wahai, hai, amboi, wah, ha, eh, oh, aduh, aduhai, ah, syukur, alhamdulillah, cih, cis. nah, wahai, ya, alamak, wah, syabas.
Untuk menzahirkan sesuatu perasaan (menarik perhatian, kagum, hairan, sakit, sesal, kecewa, lega, harapan, terkejut, tahniah).
Kata Perintah

jangan, usah, tak usah, dilarang
sila, jemput, sudi
harap, semoga, tolong, minta
mari, jom, ayuh
biar

• Menyatakan larangan
• Silaan
• Permintaan atau harapan
. Ajakan
. Pembiaran

Kata Bantu
(menerangkan KK dan sering berada di depan KK)

- sudah, telah, pernah, baru, sedang, masih, tengah, mula, akan, belum.

- hendak, mahu, ingin, boleh, dapat, mungkin, barangkali, perlu, mesti, wajib, harus, pasti, patut, tentu.

• Kata bantu aspek -  merujuk masa / waktu lampau, kini dan hadapan.
• Kata bantu ragam- merujuk kepada ragam perasaan yang dikaitkan dengan perbuatan yang menunjukkan kehendak, kemungkinan, kemestian dan keengganan.
Kata Penguat
(Mendahului atau mengikuti KA. Menguatkan maksud kata atau bandingan sifat.)

 -agak, begitu, paling, cukup, terlalu, terlampau, makin, maha, kurang, kian.
- sekali, benar, betul nian.
- amat, sungguh, sanga
 . Kata penguat hadapan
 . Kata penguat belakang
 . Kata penguat bebas
Kata Pemeri
- ialah 
- adalah

• Menunjukkan persamaan atau ekuatif (predikatnya terdiri dari FN)
• Menunjukkan 'huraian' atau kualitatif (predikatnya atau hadir di depan FA dan FSN)

Kata Sendi Nama
(KSN)

- di, ke, oleh, dari, pada, pada, 
- dari + pada, ke + pada, dari + hal
- sebagai, menurut, selain, terhadap, bagaikan, mengenai, berkenaan, menerusi 

. KSN dalam bentuk kata dasar
. KSN dalam bentuk gabungan kata dasar
. KSN daripada kata terbitan.



Kata Bilangan
(memberi keterangan tentang jumlah bagi KN atau FN
 
- satu, dua, empat belas, lapan puluh, seratus, seribu, sejuta
- beberapa, sebilangan, kebanyakan, sesetengah, sekelumit, segelintir
- kelima-lima, berbulan-bulan, berguni-guni, berjuta-juta
- tiap-tiap, masing-masing, setiap
- setengah, tiga perempat, sepuluh peratus
- keempat, kelima, ketujuh, keseratus, keseribu

. Kata bilangan tentu

. Kata bilangantak tentu

. Kata bilangan himpunan

. Kata bilangan pisahan

. Kata bilangan pecahan

. Kata bilangan tingkat atau kata bilangan ordinal.


Kata Arah

bawah, tepi, tengah, sisi, atas, dalam, sekitar, belakang, depan, antara, penjuru, sudut, selatan, bucu, kanan, hilir, hulu


Sering berpasangan dengan KSN bagi menunjukkan arah, hala atau jurusan.

Kata Penegas
(memberi penegasan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat)

- pun, lagipun, meskipun, sungguhpun, walaupun, kalaupun, mahupun, ataupun, bagaimanapun, biarpun, adapun, sekalipun, kendatipun, andaipun
- -lah (dalam ayat penyata), -kah, -tah (diguna dalam ayat perintah)

• Menegaskan subjek atau predikat


• Menegaskan perkataan yang bercantum dengannya


Kata Nafi (Menidakkan atau menafikan sesuatu. Hadir di awal FN, FA, FK atau FSN)


tidak

bukan


. Hadir di depan KK, FK, KA atau FA

. Hadir di depan KN, FN, atau FSN.
  "bukan" boleh berada di depan FK, FA dalam ayat majumuk yang membawa maksud pertetentangan.

Kata Penekan
-nya

Menegaskan maksud kata yang digabungkan dengan ayat dan frasa Contoh: sesungguhnya, bahawasanya

Kata Hubung

dan, tetapi, serta, lalu, sambil, bahawa

Menghubungkan ayat dengan ayat, klausa dengan ayat, dan frasa dengan frasa
Kata Pangkai Ayat
maka, syahadan, hatta, aJkisah, arakian, dan lain lain
Memulakan sesuatu ayat; umum digunakan dalam bahasa Meiayu lama
Kata
Pembenar
ya, betul, benar, sungguh
Mengeyakan atau menyokong kebenaran atau ketepatan
Kata
Pembenda
nya

Membentuk kata benda daripada perkataan yang bukan kata nama. Contoh: lajunya, datangnya, sakitnya

ESEI BERFORMAT : SYARAHAN

Image result for syarahan masalah hutan


SYARAHAN

Anda telah terpilih untuk mewakili Pra U sekolah anda dalam pertandingan syarahan peringkat negeri sempena dengan kempen ‘sayangilah hutan kita’. Tajuk syarahan anda ialah “ punca-punca penebangan hutan dan kesan-kesannya”. Sediakan teks syarahan tersebut.

Pendahuluan


·         Pengenalan tajuk

·         Konsep sayangilah hutan kita

·         Terdapat pelbagai sebab penebangan hutan dan kesan-kesannya.

Punca-punca penebangan hutan:


1.       Kegiatan pembalakan, termasuklah pembalakan secara haram

2.       Penempatan – pembukaan tanah baru – dll.

3.       Pembangunan – pembinaan infrastruktur, pembinaan kilang dll.

4.       Aktiviti pertanian, termasuk aktiviti orang asli.

Kesan Penebangan Hutan


1.       Berlakunya bencana alam – tanah runtuh, pencemaran, menjejaskan ekosisitem.

2.       Peningkatan suhu bumi – panas

3.       Kawasan tadahan hujan berkurang

Kesimpulan

Kegiatan penebangan hutan umumnya berpunca daripada sikap manusia yang mementingkan diri sendiri.

1.       Kesannya dirasai oleh semua kehidupan di muka bumi

2.       Usaha untuk mengurangkan kegiatan penebangan hutan perlu disokong

3.       Sekian, terima kasih.


Wednesday, October 4, 2017

CONTOH SOALAN ESEI SEMESTER 1 STPM

   
 1. Kebanyakan penyakit berjangkit yang berlaku di negara kita adalah berpunca daripada pencemaran sampah sarap, air dan udara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini?


Pendahuluan
-merupakan penyakit dibawa oleh virus/bakteria
-merebak dengan mudah sama ada melalui udara, sentuhan atau makanan -contoh: Denggi, Malaria, Hipetitis B, Campak
-penyakit berjangkit memang berpunca daripda pencemaran namun begitu ada faktor-faktor lain

Isi Punca-punca Pencemaran
Isi 1 : Pembuangan sampah sarap yang tidak sempurna- pembiakan serangga dan haiwan
-Contoh ; kencing tikus, malaria, denggi
Isi 2 : Pencemaran air oleh pembuangan domestik- penyakit kolera, taun
Isi 3 : Pencemaran udara- selsema burung

 Isi punca-punca Lain
Isi 4 : Sikap masyarakat - tidak membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala -kesannya
penyakit merebak/teruk
 Isi 5: Tidak mendapat imunisasi dengan sempurna -kekangan masa/masalah peribadi –kesan
 kepada antibodi-individu menjadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit
Isi 6 : Sikap tidak mementingkan amalan kesihatan diri/persekitaran- pakaian tidak bersih,
peralatan tidak dicuci dengan sempurna. makanan tercemar
Isi 7 : Kurang mengamalkan gaya hidup sihat -tidak amalkan pemakanan seimbang
 Isi 8: Mengamalkan hubungan sosial tanpa sekatan -hubungan seks bebas, perkongsian
jarum suntikan

Penutup
-penyakit berjangkit memang berpunca akibat pencemaran, namun ada faktor-faktor lain.
-Masyarakat perlu mengamalkan gaya hidup sihat











2. Kejadian banjir kilat  mendatangkan kesan negatif  bukan sahaja kepada masyarakat malah negara kita. Jelaskan faktor-faktor berlakunya banjir kilat dan jelaskan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Pendahuluan:
-hujan lebat yang berlaku dalam tempoh yang singkat
-biasanya berlaku di bandar-bandar -Lembah Klang
-sukar untuk kita menduga masa berlaku
-pelbagai faktor dikenal pasti berlaku banjir kilat - langkah drastik perlu diambil untuk
 mengatasinya

Isi faktor-faktor :
Isi 1 : Pembangunan yang terlalu pesat/tanpa kawalan
-banyak kawasan diteroka untuk sektor perkilangan/perindustrian,dan perumahan
-kesannya kurangnya kawasan telap air
Isi 2 : Penerokaan hutan secara berleluasa
-banyak kawasan digondol-sektor pertanian
-kawasan tadahan hujan berkurangan-akar-akar pokok tidak menyerap air
Isi 3 : Sistem perparitan dan saliran tidak sempurna
-bentuk perparitan dan saliran lama-tidak dapat menampung kapasiti penduduk yang
semakin meningkat
 Isi 4 : Penempatan penduduk di kawasan rendah
-tumpuan air apabila hujan turun-mudah ditenggelami
Isi 5 : Sikap masyarakat-suka membuang sampah sarap di dalam parit/longkang
-aliran air tersekat/tersumbat apabila hujan

Isi Langkah :
Penyelenggaran sistem perparitan dan saliran
-PBT/pihak swasta perlu menyelenggara secara berkala
-menepati reka bentuk moden-parit/longkang sesuai dengan kapasiti penduduk
Isi 7 : Mengawal kadar pembangunan yang pesat
-pihak berwajib perlu mengenakan syarat ketat kepada pihak pemaju
-rancangan pembangunan yang mesra alam
Isi 8 : Kawalan penebangan hutan
 -kuat kuasa akta/undang-undang
-mengenakan denda/kompoun yang lebih tinggi
Isi 9 :  Kempen kesedaran
-pendedahan kepada masyarakat pentingnya menjaga alam sekitar
Isi 10 : Mewartakan lebih banyak kawasan hutan simpan

Penutup:
-pelbagai punca berlaku banjir kilat
-walaupun kejadian ini sukar diduga, namun masyarakat perlu mengambil pelbagai usaha
 untuk menghindarinya












3. Gejala buli dalam kalangan remaja di negara kita semakin meningkat. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor kejadian buli semakin berleluasa.

Pendabuluan
-tindakan/perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan
kekuatan masing-masing
-tindakan agresif sama ada fizikal atau psikologi
-bukan gejala baru/kes terpencil kerana sudah mendapat perhatian seluruh masyarakat
-amat membimbangkan masyarakat
-pelbagai faktor kes buli terjadi pada hari ini

Isi Faktor
lsi 1 : Kurangnya didikan agama- ibu bapa terlalu sibuk
Isi 2 : Pengaruh rakan sebaya-pengaruh yang kuat yang dapat mengubah tingkah laku remaja

Isi 3 : Pernah menjadi mangsa buli-trauma-balas dendam
Isi 4 : Menunjukkan kekuatan
Isi 5 ; Gagal mengendalikan emosi/mengalami tekanan
Isi 6 : Keruntuhan institusi keluarga-penceraian ibu bapa
Isi 7 ; Pengaruh media massa-filem/drama yang berunsur ganas
Isi 8 : Sekadar untuk berseronok

Penutup
-gejala buli yang berlaku dalam kalangan remaja amat membimbangkan masyarakat
 -mangsa buli akan menjadi trauma-hidup dalam ketakutan
-masalah ini perlu ditangani segera
-supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan sejahtera dan selamat.

 ...diedit dari soalan percubaan BM P1 negeri Kelantan 2017...                                                                                                                                                       

Wednesday, November 16, 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PRA U RAJA MUDA MUSA KUALA KANGSAR.

Pada 13 Oktober 2016 (Khamis), Pra U Lanas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sekolah Pra U Raja Muda Musa di Kuala Kangsar, Perak. Lawatan ke sekolah mode 2 ini di sertai oleh semua pelajar semester 3 Pra U Lanas bersama dengan guru, Pk Pra U dan Pengetua SMK ayer Lanas.
Tujuan lawatan ini adalah untuk saling bertukar pengetahuan dan pengalaman dalam Pengajaran dan pembelajaran semasa. Lawatan ini secara langsung telah dapat membuka minda pelajar-pelajar kedua-dua pihak.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar program lawatan tersebut:
Bandar Diraja Kuala Kangsar...kini kami datang.
 Masjid Ubudiah
 Masjid terkenal.
 Sambil menyelam minum air
 Posing dulu...
 
 
 Selamat sampai ke Pra U RMM
 Di dewan Pra U RMM
 Sila duduk....
 Sini masih kosong...silakan...
                                            Hormat...nyanyian lagu Negaraku...                                                           
                                   Mendengar ucapan...                                                
                                                         Bermulanya acara...
                                                       Apa jeling jeling...
                                                   Ucapan PK Pra U RMM
Ucapan Pengetua SMK Ayer Lanas
Dari SMRMM
 Dari SMKAL
 Bertukar cenderamata

Persembahan pelajar Pra U RMM
Melawat pameran seni visual
Penerangan tentang pameran seni visual
Bertukar maklumat
Berdebar-debar...
Fail-fail
Penerangan dari Pk Pra U RMM
Makan-makan
Cepatnya...
Waduh-waduh...satu-satunya...
Sesi berfoto-foto
Kita serupa...
Selamat maju jaya...
SELAMAT TINGGAL... dan ... TERIMA KASIH.

Wednesday, November 9, 2016

IMBUHAN ASING DALAM BAHASA MELAYU.

Imbuhan Asing

Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga sumber bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan Inggeris-Eropah.
Imbuhan yang dipinjam terdiri daripada awalan dan akhiran. Lihat jadual di bawah.

Sumber Jenis Imbuhan Imbuhan Contoh Perkataan
Sanskrit awalan maha- maharaja, mahaguru, mahasiswa
pra- prakata, prasangka, prauniversiti
tata- tatacara, tatarakyat, tatasusila
swa- swasta, swadaya, swalayan
eka- ekabahasa, ekafungsi, ekanada
dwi- dwibahasa
panca- pancaindera, pancalogam,.
akhiran -man seniman, budiman
-wan karyawan, hartawan
-nita biduanita
-wati seniwati, angkasawati
Arab-Parsi Awalan bi- binomial, biadab, bimormal
Akhiran -i abadai, insani, akhiri
-wi duniawi
-iah ilmiah
-in hadirin
-ah ustazah
-at hadirat
Inggeris-Eropah Awalan anti- antibiotik, anti-Yahudi
pro- prokerajaan, pro-Amerika
poli- poliklinik
auto- autonomi, autograf
sub- subgolongan, subbidang
supra- supranasional, suprakelas
Akhiran -al klinikal, kritikal, praktikal
-isme idealisme, nasionalisme


Pengaruh Bahasa Inggeris


Aspek Pinjaman

Kosa kata: lokap, komen, polis, saman, notis, doktor, warden, bas, lori, kelas, sarjan, lesen, tenis, elaun, aiskrim, opera, motokar, radio, reformasi, demokrasi, nepotisme, teknologi, sains, komputer.

Pinjaman Nahu

- Kopula/kata pemeri: Ialah dan adalah (is)

- Pinjaman Peribahasa: Beban kerja (work load), bulan madu (honey moon), ulat buku (book worm), hitam putih (black and white), di mana ada kemahuan di situ ada jalan (where there's a will there's a way).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...