Tuesday, September 27, 2016

SOALAN BAHASA MELAYU S3.





SOALAN STRUKTUR BAHASA MELAYU SEM. 3

(45 markah)

1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan koheren dan kohesi ?

    b)  i) Apakah yang dimaksudkan dengan Penanda Elipsis ?

        ii) Berikan contoh wacana yang mengandungi penanda elipsisi. Panjang wacana mestilah tidak
            melebihi 20 patak perkataan.

   c) Hasilkan sebuah wacana yang menunjukkan kesinambungan idea dari aspek syarat dan hasil.
       Panjang wacana mestilah tidak melebihi 20 patah perkataan.

2. * Asrama yang menempatkan 20 orang pelajar itu telah musnah dalam kebakaran. Barang-barang keperluan seharian mereka semuanya musnah terbakar, tidak dapat diselamatkan. Mereka kini sehelai sepinggang. Mereka sangat memerlukan pakaian, selimut, buku-buku dan pelbagai keperluan lain. Mereka juga memerlukan tempat tinggal yang baru. Oleh itu sumbangan daripada orang ramai amat diperlukan dan dialu-alukan. Mendermalah untuk meringankan beban mangsa kebakaran ini.

   i) Nyatakan jenis retorik di atas dan cirinya.

3.   P  -  Pernyataan Umum
          -  Contoh  + huraian
          -  Kesimpulan

      a) Apakah Teknik  P

      b) Huraikan teknik penyampaian idea berikut dengan lengkap :

          i) Deduksi
         ii) Induksi
        iii) Analogi

4.  a) Jelaskan konsep yang berikut ini :

        i) diglosia
       ii) dwibahasa
      iii) multibahasa

     b) Nyatakan perbezaan antara dialek sosial dengan dialek kawasan ?

5.   i)  Gaya pertuturan individu yang tersendiri dan berbeza dengan individu yang lain baik tuturan atau ucapan.
     ii)  Kosa katanya meluas, tatabahasanya kompleks dan mantap.
    iii)  Kosa kata terbatas dan dipermudah, digunakan dalam kontak tidak formal.

   a) Apakah variasi bahasa bagi  (i),  (ii)    dan   (iii).

   b) Berikan satu contoh ayat bagi  (ii)  dan  (iii).

6. (a) Nyatakan 3 ciri laras sains.

    (b)   * Situasi itu memberi sedikit tekanan kepada pelabur runcit yang membuat pembelian
              berdasarkan berita. Pepatah ada mengatakan, 'berurusniaga dengan apa yang anda
              lihat di graf, bukan dengan apa yang anda dengar.

             (i) Apakah jenis laras bahasa petikan teks di atas ?

            (ii) Berikan 2 ciri laras bahas dalam petikan teks tersebut.

7.  (a)  Lengkapkan perkara berikut dengan maklumat yang sesuai dari segi sebutan dan ejaan.

           i) Homonim
          ii) Homograf
         iii) Homofon

    (b) Bina 2 ayat bagi perkataan yang berhomofon untuk memperlihatkan perbezaan maknanya.

8.  (a) Berikan maksud hiponim ?

     (b) Berikan 2 hiponim bagi superordinat 'pakaian'.

9.  Apakah yang dimaksudkan dengan :

    a) Peribahasa

    b) Kiasan pemanis
 
    c) Kiasan melarat

10.  (a) Nyatakan perbezaan antara bahasa herdik dengan bahasa tempelak.

       (b) Kemukan contoh bahasa herdik.

11.  Berikan 2 individu yang layak menerima rujukan kehormat Yang Amat Berhormat.

     
             


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...