Monday, October 26, 2015

KEM KECEMERLANGAN STPM PENGGAL 1 2015/2016.

                   Pra U Lanas  dengan kerjasama asrama SMKAL telah mengadakan Kem Kecemerlangan STPM Penggal 1 2015/2016. Program tersebut bermula pada 22 Oktober hingga 24 Oktober 2015 bertempat di Dewan asrama SMKAL. Pelbagai program seperti ceramah dan bengkel bagi setiap mata pelajaran telah dijalankan. Program tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Pengetua SMKAL En. Arazmi Seman.
                  Program yang berlangsung selama tiga hari itu juga turut disertai pelajar-pelajar semester 3 yang akan menduduki peperiksaan ulangan semester 1. Kami sebagai penganjur program  itu telah menjemput para penceramah yang berkaliber dari jauh dan dekat. Harapan kami, dengan pendedahan ini akan membolehkan para pelajar memahami lebih dekat kaedah dan untuk menjawap soalan peperiksaan nanti.
                    Berikut adalah gambar sekitar program tersebut :    
 Ucapan Pengerusi
Majlis Perasmian Oleh Tn. Pengetua SMKAL
Ucapan Pengetua 
 Pelajar Sem. 1
 Antara Tenaga Pengajar Pra U Lanas
Makan malam
Ceramah Bahasa Melayu Sem. 1, En. Lazim.
 
 Penyamapian sagu hati untuk penceramah
Bengkel Sejarah
Sagu hati untuk penceramah.
Bengkel Geografi
Penceramah P. Am.
Akhirul Kalam...SELAMAT BERJAYA.


Monday, October 5, 2015

SOAL JAWAB TENTANG BAHASA ISTANA

Bahasa Istana


Soalan 1
---------
Berikan satu contoh bagi setiap perkara berikut:
i. Pendinaan (1m)

*Patik pacal yang hina

ii. Pemulukan (1m)

*Duli Yang Di-Pertuan

iii. Ungkapan rutin (1m)

*Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun

Soalan 2
---------
Bina satu contoh ayat bagi setiap perkara berikut:
i. Pendinaan (1m)

*Patik pacal yang hina datang mengadap.

ii. Pemulukan (1m)

*Duli yang dipertuan berkenan untuk mencemar duli ke majlis itu.

iii. Ungkapan rutin (1m)

*Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun, patik pacal yang hina datang
mengadap.

Soalan 3
---------
Bina satu contoh ayat yang menggabungkan Pendinaan, Pemulukan, dan Ungkapan rutin (3m)

*Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun, patik pacal yang hina datang mengadap Duli Yang di-Pertuan

Soalan 4
---------
Bina satu contoh ayat yang menggabungkan pendinaan dan pemulukan.

*Patik pacal yang hina datang mengadap duli yang dipertuan

Soalan 5
----------
Berikan satu perbezaan antara pendinaan dan pemulukan. (2m)

*Pendinaan ialah perbuatan merendahkan diri semasa berkomunikasi dengan raja manakala pemulukan merupakan perbuatan menyanjung raja atau meletakkan raja pada kedudukan paling tinggi.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SMKAL 2015

Ahad (4 Okt. 2015) : Sek. Men. Keb. Ayer Lanas hari ini telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar untuk sesi persekolahan 2015. Majlis ini dihadiri oleh para ibu bapa serta penjaga pelajar yang berjaya memperolehi anugerah tersebut. Pelajar yang mendapat anugerah tersebut terdiri dari pelbagai bidang iaitu kurikulm dan ko-kurikulum.
                        Program yang dirasmikan oleh wakil PPD Jeli itu berlangsung sederhana tetapi meriah. Turut memberi ucapan dalam majlis tersebut ialah Tn. Pengetua SMKAL dan juga Pengerusi PIBG SMKAL. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir lebih kurang pukul 11.00 pagi. Para ibu bapa, penjaga, penenerima anugerah dan guru-guru yang terlibat pada akhir acara tersebut telah diberikan jamuan.
                       Berikut adalah foto-foto majlis sambutan pada hari ini :
 Ucapan Alu-aluan Tn. Pengetua SMKAL En. Arazmi
Ucapan Pengerusi PIBG

Ucapan Perasmian oleh Wakil PPD Jeli
 Penyampaian Anugerah Tahunan SMKAL 2015
 Ibu Bapa dan Pelajar
 
Persembahan dari Pelajar SMKAL
 Jamuan VIP
 Jamuan untuk pelajar, ibu bapa dan guru.



Sunday, October 4, 2015

KEM KECEMERLANGAN STPM PRA U LANAS SEM.3

Ayer Lanas : Pra U Lanas baru-baru ini, bermula 1 Oktober hingga 3 Oktober telah mengadakan Kem Kecemerlangan Akademik bagi pelajar-pelajar Semester 3. Program tersebut telah berjalan dengan jayanya di SMK Ayer Lanas dengan kerjasama pihak asrama SMKAL. Antara program yang dijalankan adalah Bengkel kecemerlangan dan Ceramah bagi setiap mata pelajaran seperti Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Seni Visual, Ekonomi dan Kesusasteraan Melayu Kumulatif. Penceramah-penceramah terkenal antaranya dari daerah Pasir Mas, Pasir Putih dan Bachok telah diundang khas dengan dibantu oleh tenaga pengajar Pra U Lanas.
                   Program yang dianjurkan ini bertujuan bagi memantapkan lagi persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan semester akhir STPM 2015. Kem ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMKAL En. Arazmi bin Seman di Dewan Makan Asrama SMKAL. Di hari pertama hingga akhir kem ini telah mendapat kerjasama dari semua pihak dan berjaya dengan baik sekali.
                   Berikut ialah foto-foto sekitar program Kem Kecemerlangan STPM Sem. 3 sesi 2014/2015.
Selamat Datang Ke Kem Kecemerlangan Akademik Pra U Lanas
 Malam Perasmian
 Bekas Presiden MPP 2014/2015 Membaca Doa
 Ucapan Alu-Aluan dari PK Pra U Lanas
 Perasmian Oleh Tn. Pengetua SMKAL En. Arazmi bin Seman
 Solat Isya dan Solat Hajat
 Peserta Kem Khusyuk mendengar Ceramah dari Tn. Pengetua SMKAL
 Sekitar Program
 Peserta Program
 Ceramah bagi Subjek Sejarah di Dewan Makan Asrama
 Ceramah Ekonomi di Bilik Galeri F.6
 
 Ceramah dan Bengkel Pengajian Am
 Bengkel Bahasa Melayu di Bilik Galeri F.6


SELESAI SUDAH SEBUAH MAJLIS ILMU
SEMUGA DAPAT MEMBERI MANFAAT
KEARAH MENCAPAI MATLAMAT
BERPIJAK DI MENARA
GADING.

Thursday, September 3, 2015

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRA U LANAS 2015/2016


3 September 2015 (Khamis) : Majlis Perwakilan Pelajar Pra U Lanas hari ini 
 telah memproklamirkan  keputusan pemilihan MPP sesi 2015/2016 bertempat di Dewan Besar            SMK Ayer Lanas. Keputusan pemilihan tersebut telah dibaca oleh penasihat MPP, iaitu En. Alias  Che Soh. Acara yang penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh PK Pra U Lanas En. Rozali Muda di  hadapan para pelajar semester 1, 3 dan tenaga pengajarnya.
Antara tenaga baru yang memegang teraju MPP 2015/2016 Pra U Lanas terdiri dari :

1. Presiden                     :         Sdr. Azi Zullah Che Omar
2. Timbalan Presiden (P)    :    Sdri. Siti Duraini Che Johari
                                   (L)    :    Sdr. Raja Al Amin Raja Ismail
3. Setiausaha                       :    Sdri.Norul Sahira Sapien
4. Penolong Setiausaha       :    Sdri.Nur Hafizah Ismail
5. Bendahari                        :    Sdri. Nur Akrimah Ghazali
6. Penolong Bendahari        :    Sdri. Wan Nur Aifaa Wan Yusoff








Wednesday, August 19, 2015

CONTOH SOALAN ESEI SEMESTER 1, TAHUN 2015.



*   Dalam peperiksaan STPM sebenar, 3 soalan akan dikemukakan dan calon hanya diminta memilih   hanya 1 (satu) soalan sahaja.

* Peruntukan markah untuk bahagian ini ialah 50 markah.

Panjang esei hendaklah antara 600 - 650 patah perkataan. Esei yang kurang daripada 600 patah perkataan, markah akan dipotong. Manakala bagi esei yang melebihi 650 patah perkataan, bahagian yang  lebih tersebut tidak akan diperiksa.

Masa yang syorkan untuk menjawab soalan esei ini ialah antara 60 minit ke 80 minit.

* Esei yang berpotensi untuk mendapat markah yang tinggi perlu memenuhi sifat sebuah wacana yang utuh, iaitu mempunyai pendahuluan, isi, dan penutup yang baik dan memperlihatkan ciri-ciri koheren dan kohesi yang mantap.

Jumlah perenggan  sebaik-baiknya dalam setiap esei ialah 7 perenggan, iaitu satu pendahuluan, 5 isi dan satu perenggan penutup. Setiap perenggan mengandungi antara 70 - 100 patah perkataan.

* Pemerengganan esei yang dibuat tidak seimbang akan juga memberi kesan kepada pemarkahan. Hal ini demikian kerana calon didapati gagal untuk menghasilkan sebuah penulisan yang dirancang dengan kemas.

____________________________________________________________________________

CONTOH SOALAN:

1.      Di samping membangunkan negara  dari aspek material, kerajaan juga perlu melaksanakan program modal insan, iaitu satu program yang bermatlamat untuk membentuk warganegara yang berkualiti. Pada pendapat anda, apakah kepentingan ki melaksanakan program tersebut dan kemukakan cadangan tentang cara modal insan dapat dipertingkatkan.

2.      Sejak kebelakangan ini, kita menyaksikan bahawa masyarakat kita kerap berasa bimbang dengan masalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sesuatu virus. Penularan virus tersebut jika tidak diatasi secara berkesan boleh menyebabkan kematian. Berikan cadangan anda tentang cara mengawal penularan penyakit tersebut.

3.      Pencapaian negara dalam bidang sukan kini dikatakan tidak begitu memuaskan dan masih banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk meningkatkannya. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut dan cadangkan langkah-langkah yang anda fikir perlu untuk memperbaiki mutu sukan negara.

4.      Di negara kita kini, terutamanya di bandar besar, kebanyakan pemaju perumahan begitu berminat untuk membina rumah kediaman bertingkat-tingkat, seperti rumah pangsa, pangsapuri, dan kondominium. Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan keburukan pembinaan dan penyediaan rumah kediaman sedemikian. Bincangkan.

5.      Masalah kualiti udara yang semakin merosot di negara kita pada masa ini semakin membimbangkan.  Kesihatan orang ramai akan terjejas sekiranya masalah ini berterusan. Nyatakan pendapat anda tentang faktor yang menyebabkan masalah tesebut dan kemukan cara mengatasinya.

6.      Pada hakikatnya, Malaysia masih menghadapi masalah bekalan air bersih yang mencukupi, terutamanya pada musim kemarau. Kita masih menghadapi masalah catuan air pada waktu tertentu,  kadang-kadang berhadapan dengan masalah keputusan bekalan air tanpa sebarang notis. Pada pendapat anda, apakah punca berlakunya keadaan ini dan cadangkan langkah yang berkesan untuk menanganinya.

7.      Sejak kebelakangan ini, krisis bekalan air bersih semakin mendapat perhatian umum. Banyak pihak yang berpendapat bahawa fenomena ini bukan sahaja disebabkan oleh perubahan iklim semata-mata, bahkan dikatakan berpunca daripada kecuaian manusia. Pada pendapat anda, apakah punca krisis ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya.
 
...BERSAMBUNG...

Monday, August 17, 2015

PERATURAN PEMBENTANGAN PENULISAN ILMIAH.





Cara Pembentangan Penulisan Esei Ilmiah Sem. 3:

(a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh setiap ahli mengikut bahagian masing-masing.

(b) Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama 5 hingga 10 minit. Bagi setiap kumpulan, masa untuk sesi soal jawab pula diperuntukkan selama 5 hingga 10 minit

(c) Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab.

(d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku

(e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point. LCD, OHP, kertas mahjong. atau Iain-Iain untuk memaparkan isi penting sahaja.

(0 Calon tidak dibenarkan membaea keseluruhan teks daripada hasil kajian

(g) Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan.

Saturday, August 8, 2015

CONTOH PENULISAN ESEI TAK BERFORMAT 2015



Soalan Esei Tidak Berformat:


Kes pengabaian warga tua di negara kita semakin meningkat dari setahun ke setahun. Masalah ini tidak harus dibiarkan berlaku.
Bincangkan kesan-kesan pengabaian warga tua.

Pendahuluan:


 Warga tua ialah golongan yang berumur 60 ke atas.  Mereka ini merupakan               -Definisi konsep
 golongan yang sering diabaikan kerana dianggap sebagai golongan 
yang tidak lagi memberi sumbangan kepada negara. Kebanyakan warga tua
 telah bersara. Mereka lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripada                
 orang muda. Golongan tersebut memerlukan perhatian dan kasih sayang
 yang secukupnya kerana mereka selalu sakit dan kurang keupayaan dari 
segi tenaga. Kini, didapati bahawa ramai orang tua sering diabaikan 
oleh ahli keluarga mereka kerana kesibukan dalam pekerjaan. Terdapat
 segolongan warga tua yang tidak diberi penjagaan yang rapi dan ada pula
 yang dihantar ke rumah orang tua. Pengabaian sebegini akan membawa                    -Jawapan 
kepada beberapa kesan negatif.                                                                                        kepada soalan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isi Pertama: (Isi--kenapa?...bagaimana ?...siapa ? tegaskan )

      Warga tua yang diabaikan akan berasa sedih dan tersinggung.    -(isi 1)

Mereka akan berasa sedih apabila tiada orang yang                           -(kenapa ?)
mengambil berat tentang kebajikan mereka. Golongan                       -(huraian
warga tua sememangnya akan ingat dengan jelas                                 tentang 
bagaimana mereka pernah bergaul dan menghabiskan                          soalan 
masa melalui pelbagai cara dengan orang yang tersayang.                    bagaimana?)
Setelah mereka menjadi tua dan memerlukan banyak 
penjagaan yang rapi, seperti dari seqi kesihatan, kebersihan, 
keterampilan dan pemakanan harian, kebanyakan daripada                           
mereka akan diabaikan. Hal ini demikian kerana ahli keluarga 
mereka sibuk mencari wang setiap hari. Oleh itu, warga tua                -(penegasan
akan berasa kecewa dan tersinggung apabila mereka                           pada isi
tidak menerima seberapa tumpuan atau kasih sayang yang                  yang dihurai)
diharapkan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Isi kedua: 


Pengabaian warga tua juga turut menambahkan beban negara.                     - (Isi 2)
                     
Banyak rumah penjagaan dan rumah orang tua akan dibina
kerana kebanyakan anak-anak bertindak untuk menghantar ibu bapa                    -(kenapa?)
mereka yang sudah tua ke situ. Pada  persepsi mereka ibu bapa 
 akan memperoleh penjagaan yang rapi di rumah orang-orang                              -(bagaimana ?)
tua. Keadaan ini akan meningkatkan kos kerana kerajaan terpaksa 
membina lebih banyak pusat jagaan warga tua. Bilangan pekerja di rumah
 warga tua juga  terpaksa ditambah. Seterusnya, kos untuk makan 
dan minum warga tua yang tinggal di situ pun turut meningkat. Akhirnya,                -(penegasan
jika tindakan menghantar ibu bapa yang sudah tua ke rumah orang-orang                 pada isi)
tua ini menjadi suatu kelaziman, masalah ini memang membebankan neqara.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isi ketiga

         Selanjutnya, fenomena pengabaian warga tua                       -(Isi 3)
memberikan gambaran bahawa institusi
           kekeluargaan di negara kita semakin rapuh.

Umumnya, kanak-kanak selalu menjadikan
orang  dewasa sebagai suri teladan. Mereka suka
mempelajari tingkah laku orang dewasa,                                        -(kenapa ?)
terutamanya ibu bapa mereka. Oleh itu, apabila ibu
bapa gagal untuk menunjukkan teladan yang baik,
seperti mengabaikan warga tua dalam keluarga
sediri, anak mereka juga akan bertindak sedemikian                      - (Bagaimana ?)
setelah mereka dewasa nanti. Hal ini demikian
kerana mereka meneladani setiap perbuatan yang
dilakukan oleh ibu bapa mereka. Oleh itu, institusi                          - (Penegasan
kekeluargaan di negara kita akan terus dibebani                               pada isi)
           dengan isu ini sampai bila-bila.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isi keempat



          Selain itu, ahli keluarga yang mengabaikan                       -(isi 4)
warga tua akan dipandang sinis atau serong
oleh masyarakat.

Ibu bapa kita telah bersusah payah
mengasuh dan memberikan keperluan kepada kita
dari kita kecil sehingga kita dewasa. Oleh itu, generasi 
muda sepatutnya menjaga ibu bapa mereka sebagai                    -(kenapa ?)
balasannya. Seoang anak yang tahu mengenang jasa                  -(bagaimana ?)
pasti akan menjaga orang tua mereka secara ikhlas 
dengan sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan 
dan keperluan mereka. Oleh itu, masyarakat mudah 
memandang serong terhadap perbuatan anak-anak 
yang tergamak mengabaikan orang tua mereka sendiri. 
Akibatnya, masyarakat sanggup meminggirkan                               -(penegasan
golongan yang mengabaikan warga tua dalam keluarga                   terhadap
mereka sendiri kerana mereka merupakan golongan yang                isi)
tidak bertanggungjawab dan tidak mengenang budi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isi kelima


        Bagi kesan pada jangka panjang pula fenomena                                -(isi 5)
ini boleh menggugat kesejahteraan dan kestabilan
dalam masyarakat. 

Secara tidak langsung, mewujudkan kepincangan dalam
 masyarakat dan juga menjejaskan pembangunan serta
 kemajuan ekonomi mahupun sosial negara. Tindakan
 mengabaikan ibu bapa yang sudah tua dan tidak berdaya 
mengambarkan betapa rapuhnya iman dan nilai-nilai moral
dalam kalangan masyarakat kita. Situasi ini turut
membuktikan bahawa kita semakin jauh daripada kehidupan
yang berpaksikan kepada keagamaan. Kita sudah tidak tahu
membezakan baik dan buruk perbuatan yang dilakukan. 
Kita juga sudah tidak perduli tentang dosa dan pahala atas 
setiap tindakan yang kita lakukan di dunia ini.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Penutup


Kesimpulannya, dalam keghairahan mengejar 
kemajuan material, terdapat segolongan masyarakat kita,
iaitu  warga tua yang terabai dan memerlukan perhatian               -(penyataan penulis)
dan kasih sayang masyarakat. Layanlah kehendak dan 
kerenah mereka, asalkan hidup mereka bahagia dan gembira. 
Kita haruslah bersabar, cekal, dan tabah semasa melayani            - (cadangan penulis)
ragam golongan warga emas yang kadangkala bersifat terlalu asing 
buat kita, anak-anak remaja yang sedang meningkat 
dewasa dan berkerjaya. Sesungguhnya, golongan inilah 
yang telah melahirkan kita ke dunia ini. Merekalah 
yang telah bersungguh-sungguh mengasuh, mendidik 
dan membesarkan kita sehingga kita meningkat dewasa 
dan berjaya dalam dunia pelajaran dan kerjaya. Jasa
bakti mereka seharusnya kita sanjung dan hargai selagi                   -(harapan penulis)
hayat dikandung badan.


_________________________________________________________
Soalan Ramalan tahun 2018:


Kita menggalakkan kemasukan pelajar asing untuk mengikuti pengajian di negara ini,     khususnya di institusi pengajian tinggi. Hakikatnya, kedatangan mereka banyak 
membawa kesan baik kepada masyarakat dan negara. Bincangkankan kesan baik yang dimaksudkan itu.

#Diedit dari whatsaap BM.









Tuesday, August 4, 2015

SAMBUTAN HARI RAYA SMK AYER LANAS 2015.

Tenaga pengajar SMKAL
Pengetua menyambut tetamu yang tiba
Gadis sunti Pra U Lanas
Sibuk...
Menyediakan air minuman untuk pelajar
Siap menerima tetamu
Sila masuk ke dewan besar...
Ceria menyambut raya...

Siap...
Jangan bicara apa-apa...
Sila makan...
Kasi licin...
Tungguuuuu...
Posingggg la dulu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...