* Dalam peperiksaan STPM sebenar, 3 soalan akan dikemukakan dan calon hanya diminta memilih hanya 1 (satu) soalan sahaja.
* Peruntukan markah untuk bahagian ini ialah 50 markah.
* Panjang esei hendaklah antara 600 - 650 patah perkataan. Esei yang kurang daripada 600 patah perkataan, markah akan dipotong. Manakala bagi esei yang melebihi 650 patah perkataan, bahagian yang lebih tersebut tidak akan diperiksa.
* Masa yang syorkan untuk menjawab soalan esei ini ialah antara 60 minit ke 80 minit.
* Esei yang berpotensi untuk mendapat markah yang tinggi perlu memenuhi sifat sebuah wacana yang utuh, iaitu mempunyai pendahuluan, isi, dan penutup yang baik dan memperlihatkan ciri-ciri koheren dan kohesi yang mantap.
* Jumlah perenggan sebaik-baiknya dalam setiap esei ialah 7 perenggan, iaitu satu pendahuluan, 5 isi dan satu perenggan penutup. Setiap perenggan mengandungi antara 70 - 100 patah perkataan.
* Pemerengganan esei yang dibuat tidak seimbang akan juga memberi kesan kepada pemarkahan. Hal ini demikian kerana calon didapati gagal untuk menghasilkan sebuah penulisan yang dirancang dengan kemas.
____________________________________________________________________________
CONTOH SOALAN:
1.
Di
samping membangunkan negara dari aspek
material, kerajaan juga perlu melaksanakan program modal insan, iaitu satu
program yang bermatlamat untuk membentuk warganegara yang berkualiti. Pada
pendapat anda, apakah kepentingan ki melaksanakan program tersebut dan
kemukakan cadangan tentang cara modal insan dapat dipertingkatkan.
2.
Sejak
kebelakangan ini, kita menyaksikan bahawa masyarakat kita kerap berasa bimbang
dengan masalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sesuatu virus.
Penularan virus tersebut jika tidak diatasi secara berkesan boleh menyebabkan
kematian. Berikan cadangan anda tentang cara mengawal penularan penyakit
tersebut.
3.
Pencapaian
negara dalam bidang sukan kini dikatakan tidak begitu memuaskan dan masih
banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk meningkatkannya. Sejauhmanakah anda
bersetuju dengan pernyataan tersebut dan cadangkan langkah-langkah yang anda
fikir perlu untuk memperbaiki mutu sukan negara.
4.
Di
negara kita kini, terutamanya di bandar besar, kebanyakan pemaju perumahan
begitu berminat untuk membina rumah kediaman bertingkat-tingkat, seperti rumah
pangsa, pangsapuri, dan kondominium. Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan
keburukan pembinaan dan penyediaan rumah kediaman sedemikian. Bincangkan.
5.
Masalah
kualiti udara yang semakin merosot di negara kita pada masa ini semakin
membimbangkan. Kesihatan orang ramai
akan terjejas sekiranya masalah ini berterusan. Nyatakan pendapat anda tentang
faktor yang menyebabkan masalah tesebut dan kemukan cara mengatasinya.
6.
Pada
hakikatnya, Malaysia masih menghadapi masalah bekalan air bersih yang
mencukupi, terutamanya pada musim kemarau. Kita masih menghadapi masalah catuan
air pada waktu tertentu, kadang-kadang
berhadapan dengan masalah keputusan bekalan air tanpa sebarang notis. Pada
pendapat anda, apakah punca berlakunya keadaan ini dan cadangkan langkah yang
berkesan untuk menanganinya.
7.
Sejak
kebelakangan ini, krisis bekalan air bersih semakin mendapat perhatian umum.
Banyak pihak yang berpendapat bahawa fenomena ini bukan sahaja disebabkan oleh
perubahan iklim semata-mata, bahkan dikatakan berpunca daripada kecuaian
manusia. Pada pendapat anda, apakah punca krisis ini berlaku dan cadangkan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya.
...BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment