Thursday, August 4, 2011

ANALISIS KESALAHAN AYAT

Go to fullsize image




















ANALISIS KESALAHAN AYAT
SOALAN BAHASA MELAYU II STPM 2010
Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah telah berbincang tentang usaha untuk meningkatkan
bilangan ahli-ahli persatuan tersebut. Selain melancarkan kempen kesedaran, pameran tentang pelbagai
perkara yang berkaitan dengan sejarah tanah air akan diadakan menjelang sambutan Hari Ulang Tahun
Kemerdekaan Negara tidak lama lagi. Pada masa yang sama,mereka bersetuju membaik pulih kawasan tanah perkuburan,termasuk sebuah bangunan peninggalan penjajah yang terletak di daerah itu.Pengabaian kawasan
itu mungkin disebabkan saiznya yang kecil. Sebenarnya, bukan saiznya yang penting tetapi nilai sejarahnya.
Generasi terdahulu tetap mengingati yang bangunan itu pernah menjadi tempat tentera Jepun menyeksa
penduduk tempatan yang tidak mengikut telunjuk mereka.Aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini juga
dipercayai dapat menaikkan kesedaran orang ramai tentang nikmat kemerdekaan.Pihak penganjur juga akan menghadiahkan pengunjung yang bertuah dengan pekej percutian. Dengan usaha yang sedemikian, Persatuan
Sejarah dilihat lebih “mesra orang ramaidan mendorong mereka untuk menjadi ahli.

Contoh jawapan:

Bil.
Kesalahan
Sebab kesalahan
      Pembetulan
1.
...bilangan ahli-ahli
Perkataan “bilangan “” sudah menunjukkan maksud jamak. Perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan
---bilangan ahli...
2.
Pada masa yang sama, mereka bersetuju membaik pulih...
Tiada kata hubung keterangan dalam ayat majmuk keterangan
Pada masa yang sama,mereka bersetuju untuk membaik pulih...
3.
...mengingati yang bangunan itu...
Penggunaan  kata hubung relatif (yang) dalam ayat komplemen.
...mengingati bahawa bangunan itu..
4.
...menghadiahkan pengunjung yang bertuah...
“menghadiahkan”bermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah,sedangkan ayat itu bermaksud memberi seseorang hadiah.
“me_i” dalam ayat itu membawa maksud lokatif
...menghadiahi pengunjung...
5
...menaikan kesedaran...
Pemilihan kata/diksi(menaikkan)tidak menepati maksud ayat ,iaitu untuk menembahkan kesedaran.
....meningkatkan kesedaran..
6.
...dan mendorong mereka untuk menjadi ahli.
Ayat tidak mempunyai subjek.
...dan hal/langkah ini mendorong mereka untuk menjadi ahli.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...