Tuesday, October 14, 2014

KONSEP ANALOGI.



CONCEPT ANALOGY

(Dalam teknik penulisan)

Analogy (to range together) is that method of reasoning that argues not from general to particular, deduction, or from particular to general, induction, but from one particular instance to another particular instance.

In reasoning from analogy we assume that two instances are truly comparable, that is, that there is a warranted basis for comparison. Thus for examples, we may argue that Smith should be appointed director of athletics because he was a very successful football coach. In this instance, aur analogy is warranted because the two jobs, that of the director of athletics and that of the football coach, have some basic of comparison. Both jobs requie a knowledge of sports, ability to train men for competition, a certain type of leadership, and so on. Hence a man’s success in one activity gives us reason to argue that he will succeed in similar activity.

Analogy is called strict when the two terms of the comparison are in the same class. Thus, when we argue that Jones, who was a successful accountant in the Chase Bank, should be equally successful in the exactly similar job in the National City Bank, we have a strict analogy. Analogy will called loose when the two terms are not in the same class. Thus, when we say that since Johnson was a good student in college, he is likely to succeed as a lawyer, we are comparing two things that are as not strictly speaking in the same class. Our analogy is proportionately less cogent.

Petikan daripada :

Connolly, F. A. A Rhetoric Case Book,  Harcourt, Brace & World Inc., New York, 1959. (Hal. 454)

Banding dan Bezakan (Comparison and Contrast)

Contoh : 

Betapa pentingnya guru, dapat kita umpamakan seperti pentingnya saudagar makanan. Guru memberikan makanan yang diperlukan  oleh rohani manusia manakala saudagar makanan berperanan memenuhi sebahagian daripada keperluan biologi manusia. Jadi, amatlah wajar bagi kita memberikan penghargaan kepada  guru yang menyebarkan ilmu dan intelek, sebagaimana kita memberikan penghargaan yang tinggi kepada saudagar makanan yang menawarkan makanan untuk membolehkan manusia terus hidup.

Contoh Teknik Penulisan

Teknik induksi - bermula dengan pernyataan-pernyataan khusus(PK) diakhiri oleh pernyataan umum (PU).

Contoh: 1

Malaysia sudah sekian lama bergerak cergas dalam kegiatan ekonomi pertanian.(PK) Malaysia bukan sahaja menghasilkan tanaman bukan makanan untuk eksport, seperti getah dan kelapa sawit, malah Malaysia juga menghasilkan tanaman makanan, seperti padi dan nanas.(PK) Di samping kegiatan tersebut, Malaysia juga bergiat dalam sektor industri, baik industri kecil, industri sederhana mahupun industri berat(PK). Kita dapat membuktikan bahawa kita mampu mengeluarkan kereta dan motosikal dalam pelbagai model(PK). Produk industri berat itu, bukan sahaja mendapat pasaran tempatan, malah juga luar negara(PK). Oleh yang demikian, kita dapat mrngatakan bahawa Malaysia ialah sebuah negara dual-ekonomi.(PU)

Contoh : 2

 Sebagai sebuah negara demokrasi, kita mengadakan pilihanraya setiap lima tahun(PK). Melalui pilihanraya, rakyat mengundi calon mereka untuk mewakili mereka di dewan parlimen(PK). Demi memperkukuh sistem pentadbiran dan perundangan negara, kita mempunyai perlembagaan bertulis dan perlembagaan yang kita gunakan ialah Perlembagaan Persekutuan yang telah digubal sebaik sahaja kita merdeka(PK). Perlembagaan negara kita mengalami pindaan dari masa ke masa dan pindaan dibuat oleh parlimen mengikut keperluan semasa(PK). Jelaslah bahawa Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berpelembagaan. (PU)

Teknik deduksi

Bermula drngan pernyataan umum, diikuti oleh pernyataan-pernyataan khusus  sebagai huraian/contoh.

Contoh : 1

Tidak diragui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan dual-ekonomi. (PU) Malaysia sudah sekian lama bergerak cergas dalam kegiatan ekonomi pertanian.(PK) Malaysia bukan sahaja menghasilkan tanaman bukan makanan untuk eksport, seperti getah dan kelapa sawit, malah Malaysia juga menghasilkan tanaman makanan, seperti padi dan nanas.(PK) Di samping kegiatan tersebut, Malaysia juga bergiat dalam sektor industri, baik industri kecil, industri sederhana mahupun industri berat(PK). Kita dapat membuktikan bahawa kita mampu mengeluarkan kereta dan motosikal dalam pelbagai model(PK). Produk industri berat itu, bukan sahaja mendapat pasaran tempatan, malah juga luar negara(PK).

Contoh : 2

Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berpelembagaan (PU). Sebagai sebuah negara demokrasi, kita mengadakan pilihanraya setiap lima tahun(PK). Melalui pilihanraya, rakyat mengundi calon mereka untuk mewakili mereka di dewan parlimen(PK). Demi memperkukuh sistem pentadbiran dan perundangan negara, kita mempunyai perlembagaan bertulis dan perlembagaan yang kita gunakan ialah Perlembagaan Persekutuan yang telah digubal sebaik sahaja kita merdeka(PK). Perlembagaan negara kita mengalami pindaan dari masa ke masa dan pindaan dibuat oleh parlimen mengikut keperluan semasa(PK).

Eklektik

Penulisan bermula dengan pernyataan umum, diikuti oleh pernyataan khusus dan diakhiri oleh pernyataan umum kembali.

Contoh: 1

Pihak berkuasa, khususnya pihak polis di negara ini sentiasa melakukan usaha untuk menjamin keselamatan awam(PU) Anggota keselamatan tersebut kerap membuat rondaan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai(PK). Mereka juga membina pondok-pondok polis di kawasan tertentu, termasuk di kawasan-kawasan kediaman{PK). Pihak polis juga menyediakan talian khas untuk memudahkan mereka dihubungi oleh orang awam apabila orang awam mengetahui bahawa kejadian jenayah berlaku di kawasan mereka(PK). Dengan demikian, polis dapat mengambil tindakan segera(PK). Jelas bahawa pihak berkuasa di negara ini tidak mrngabaikan tanggungjawab mereka untuk menjamin keselamatan orang ramai(PU).

 
Contoh : 2

Malaysia merupakan sebuah negara dual-ekonomi(PU). Malaysia sudah sekian lama bergerak cergas dalam kegiatan ekonomi pertanian.(PK) Malaysia bukan sahaja menghasilkan tanaman bukan makanan untuk eksport, seperti getah dan kelapa sawit, malah Malaysia juga menghasilkan tanaman makanan, seperti padi dan nanas.(PK) Di samping kegiatan tersebut, Malaysia juga bergiat dalam sektor industri, baik industri kecil, industri sederhana mahupun industri berat(PK). Kita dapat membuktikan bahawa kita mampu mengeluarkan kereta dan motosikal dalam pelbagai model(PK). Produk industri berat itu, bukan sahaja mendapat pasaran tempatan, malah juga luar negara(PK). Memandangkan kejayaan kita dalam kedua-dua  sektor ekonomi itu, dapatlah kita merumuskan bahawa Malaysia merupakan antara negara dual-ekonomi yang berjaya. (PU).

Analogi

Ciri : seperti pendapat Connolly di atas.

Contoh 1:

Potensi kita untuk melakukan aktiviti mencari gali petroleum dan gas cecair asli di luar negara adalah besar. Telah sekian lama Petronas berjaya mencari gali bahan tersebut di negara ini dan kita berjaya mngeluarkan bahan tersebut di kawasan perairan beberapa buah negari di negara ini. Dalam usaha tersebut, pada peringkat awalnya kita memperoleh pengalaman mencari gali daripada syarikat gergasi minyak dunia, seperti Shell. Pengalaman kita di peringkat tempatan dalam bidang ini juga sudah agak lama. Di samping itu kita juga telah berjaya dalam  pencarigalian bahan fosil tersebut di Dubai beberapa tahun dahulu. Jadi, peluang kita untuk berjaya jika kita mahu melangkah ke negara-negara lain untuk tujuan itu adalah cerah.

 
Contoh :2

Kini ramai penduduk di negara Barat mengalami masalah obesiti. Satu daripada puncanya ialah pengambilan  makanan yang banyak mengandungi kabohidrat, lemak dan kalori. Bahan-bahan tersebut jika terkumpul dalam badan boleh menyebabkan kegemukan, terutamanya apabila individu tersebut kurang bersenam. Jika kita membiarkan anak-anak kita mengamalkan pemakanan yang sedemikian dan kita tidak menggalakkan mereka untuk bersenam, maka kebarangkalian untuk anak-anak berhadapan dengan masalah obesiti adalah tinggi.

 
Catatan

Bahagian yang dihitamkan merupakan bahagian yang menjadi analogi untuk memperkukuh idea atau hujah penulis.

#Rencana ini diedit dari telegram guru BM tingkatan 6 1M.

RHS/DU-2014©

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...