Saturday, July 20, 2013
SOALAN STRUKTUR BAHASA MELAYU SEMESTER 3.
1.Berikan definisi idiolek ?
2.Terdapat beberapa perbezaan antara sesuatu dialek dengan dialek yang lain. Nyatakan 3 aspek perbezaan tersebut.
3. Apakah perbezaan antara bahasa bebas dengan bahasa terkawal ?
4. Alihkan petikan di bawah kepada bahasa terkawal.
" Seandainya YB suka tolong rakyat, sudah tentu rakyat suka dia."
5. Nyatakan 2 perkataan yang sinonim dengan kata daif.
6. Bina 2 ayat daripada satu perkataan yang bersifat polisemi. Ayat tersebut mestilah menunjukkan makna yang berlainan bagi perkataan tersebut.
7. Nyatakan maksud perumpamaan berikut :
a) Seperti udang direbus b) Seperti sutera dalam lukisan.
8. Berikan maksud ungkapan "bertatasusila."
9. Nyatakan ungkapan sopan bagi bagi ungkapan di bawah:
a) Kencing b) Jamban c) Mampus d) Bunting
10. Berikan 2 peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa :
"Seperti panji-panji ditiup angin."
*semak cadangan jawapan akan datang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak ada jawapan cadangan ?
ReplyDelete