- Peribahasa ialah satu bayangan falsafah dan pemikiran bangsa yang memperkaya khazanah bangsa Selain itu, peribahasa memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir dan kepekaan akal budi yang tinggi bagi masyarakat pengguna bahasa itu.
- Peribahasa mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang membandingkan realiti kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling sebagai pedoman kepada masyarakat.
- Peribahasa sebagai petua, nasihat atau petunjuk sebagai tatatertib pergaulan, tatasusila dalam pergaulan dan hubungan sesama manusia sebelum kewujudan undang-undang. Peribahasa digunakan sebagai komunikasi yang mengajar kita untuk berkomunikasi secara lembut dan berbudi bahasa.
- Peribahasa mempunyai pengertian tertentu dan digunakan oleh masyarakat dahulu untuk menyampaikan sesuatu maksud tersirat secara halus sebagai kiasan, sindiran dan teguran bagi menyembunyikan kata-kata kesat atau kasar. Susunan pada peribahasa adalah tetap dan tidak boleh ditukar (ayat pasif menjadi ayat aktif)
- Cabang peribahasa ada banyak pendapat.
- a) Rubiah Aksah (2005) menyatakan ada lima cabang iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, serta kata-kata hikmah.
- b) Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1993) ada empat cabang iaitu simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan dan bidalan.
- c) Za'ba :terbahagi kepada dua iaitu 1. peribahasa; pepatah, perbilangan, bidalan, perumpamaan, lidah pendeta. 2. kiasan ; kiasan, ibarat dan tamsil (persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh.
- Perumpamaan : susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan daripada apa yang diucapkan atau ditulis dalam ayat itu atau yang membandingakn sesuatu dengan benda lain. Setiap kata dalam perumpamaan adalah diumpamakan dengan sikap dan perangai manusia atau corak hidup masyarakat.
- Perumpamaan menggunakan kata bandingan seperti macam, umpama, bak, laksana dan seperti, bagai, ibarat.
- Kata bandingan dalam perumpamaan di hadapan ayat. Contoh ; Laksana golok kayu, ditetak tak makan dijual tak laku, Bagai burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung, Umpama membungkus api.
- Kata bandingan dalam perumpamaan di tengah-tengah ayat. Contoh ; Pantas seperti lipas kudung, Pekak macam badak.
- Perumpamaan yang tidak menggunakan kata penunjuk ini biasanya berkaitan dengan pelbagai perkara seperti persaudaraan, hati dan pendirian, usaha dan sebagainya. Contohnya; bersaksi ke lutut, potong hidung rosak muka, getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh,
- Pepatah berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang dan peraturan masyarakat. Bersifat sangat ringkas, berkerat-kerat atau berpatah-patah dan mementingkan ketepatan perkataan yang mengandungi unsur pengajaran.
- Nilai-nilai murni dalam pepatah untuk menyatukan anggota sesebuah masyarakat, membentuk tamadun, gambaran tentang sikap dan nilai anggota masyarakat, pendidikan, membentuk keperibadian agar lebih bijaksana dan penyayang.
- Bidalan adalah kata-kata yang sering kali disebut dan diucapkan yang mengandungi nasihat, peringatan, bimbingan, teladan, dan sebagainya. Hampir menyerupai pepatah tetapi terdapat perbezaan di mana bidalan lebih kerap digunakan dalam kehidupan seharian kerana mempunyai perbandingan dan teladan tertentu yang boleh dijadikan sebagai pedoman hidup.
- Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti, hendaklah, jangan, lebih baik, biar, harus, usah dan ini yang membezakannya dengan perumpamaan. (contoh; jangan pijak terpijak, biar bodoh bersuluh, jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit, baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang.
- Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan daripada makna asal.
- Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah yang membawa maksud yang tepat dan padat.
- Menurut Za'ba, simpulan bahasa terhasil daripada:
- a) perbandingan atau kiasan cerita masyhur. (Contoh; Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang)
- b) benda atau kejadian yang berlaku di sekeliling (Contoh ; mandi kerbau, kutu embun)
- c) kepercayaan orang ramai. (Contoh; harimau berantai, buruk siku)
- d) kebiasaan atau resaman bahasa. (Contoh; ada hati, gila bahasa, beri muka)
- Ciri-ciri simpulan bahasa terbentuk daripada;
- a) penggunaan kata nama ( anak buah, buah tangan, lipas kudung)
- b) penggunaan kata kerja ( ajak-ajak ayam, buat bodoh, pasang telinga.
- c) kata adjektif ( besar kepala, bodoh sepat, kecil hati)
- d) kata nama khas ( Abu Jahal, Mat Jenin, Pak Kaduk)
- e) nilai kepercayaan (air pinang, batu buyung dan makan bulan)
- f) berkaitan dengan tubuh badan; (gigi air, mata keranjang, telinga kuali, lidah bercabang)
- g) berkaitan dengan haiwan (saudara anjing, akal kancil, biawak hidup)
- h) berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan ( durian runtuh, diam ubi, tangkai jering)
- i) lain-lain kategori ; ( cincin tanda, jadi abu, serkap jarang, kurang ajar)
Tuesday, July 30, 2013
SEKILAS TENTANG PRAGMATIK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment