Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus Penulisan Ilmiah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (910/5). Kerja projek Penulisan Ilmiah Bahasa Melayu ini mengandungi dua tahap, iaitu tahap penulisan dan tahap pembentangan hasil penulisan tersebut. Markah penulisan dan pembentangan ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2 dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran.
Tujuan utama kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuhkan kebolehan dan keupayaan pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan dan sistem bahasa Melayu. Selain itu adalah untuk menerapkan domain ketrampilan insaniah serta kesedaran bahawa pembelajaran bahasa Melayu adalah berasaskan pembelajaran sepanjang penggal.
Bagi penggal 3 sesi 2015/2016, tema kerja kursus penulisan ilmiah bahasa Melayu ialah berkaitan dengan Semantik dan fonologi. Untuk pelajar Pra U Lanas, kami sebagai tenaga pengajar bahasa Melayu menyarankan kepada pelajar untuk memilih tema Semantik. Rasional utamanya ialah kerana tajuk ini berkaitan dengan sukatan pelajaran untuk penggal 3. Walau bagaimana pun, pelajar bebas untuk membuat pilihan.
Kerja kursus penulisan ilmiah ini bermula seawal bulan Jun lagi iaitu bermula dengan memberi penerangan tentang pelaksanaan penulisan dan pemilihan tema. Guru membimbing pelajar dalam melaksanakan tugasannya berdasarkan tajuk yang telah ditentukan. Pelajar akan mengumpul segala maklumat yang berkaitan dari pelbagai sumber yang mereka perolehi. Mereka juga menyusun hasil dapatan dan mempersembahkan data yang dikutip dalam bentuk penulisan esei ilmiah mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia. Setelah membuat beberapa kali konsultasi dengan guru pembimbing, pelajar akan menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan esei ilmiah mereka sebelum dihantar untuk penyemakan dan penilaian oleh guru.
Pelajar membentang hasil kerja kursus.
Setelah penyemakan dan penilaian kerja kursus penulisan ilmiah setiap kumpulan pelajar mengikut skema yang ditetapkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia selesai, maka bermula pula tahap pembentangan. Setiap pelajar diwajib melakukan tugsan pembentangan esei ilmiah mereka secara individu untuk dinilai oleh guru. Apabila segalanya selesai, semua evidens penulisan ilmiah disimpan sehinggalah keputusan STPM tamat.
Pelajar menggunakan multimedia dalam pembentangan.
Berikut adalah suasana pembentangan tugasan penulisan ilmiah pelajar-pelajar Pra U Lanas yang lepas di Bilik Galeri Pra U Lanas.
Sesi soal jawab.
Berbincang sebelum membentang.
Yakin terhadap kemampuan diri.
Memberi penilaian yang adil.
No comments:
Post a Comment