Tuesday, May 17, 2016

PERMULAAN MENULIS ESEI PENGGAL 1




  Penulisan Esei Semester 1 .

Pelajar-pelajar Pra-U Penggal 1 Sesi 2016/17 perlu berlatih untuk mengolah isi karangan supaya karangan lebih mantap. Berikut disenaraikan beberapa cadangan isu tajuk esei dan bentuk tugasan soalan untuk dijadikan  latihan.
Bentuk Tugasan Soalan Esei
  • Bincangkan

  (Ada 3 kemungkinan untuk menjawab soalan bentuk ini iaitu, pertama calon perlu menjelaskan dari aspek kebaikan/keburukan atau pro dan kontra tentang sesuatu perkara)
  • Huraikan = jelaskan = terang = perincikan
 (Kehendak soalan adalah jelas, iaitu calon memberi penjelasan, huraian, perincian ataupun penerangan tentang isu yang menjadi fokus sesuatu soalan)
 
  • Berikan ulasan/pandangan/pendapat
  (Jawapan calon untuk soalan bentuk ini agak umum.Calon menyatakan pendirian sama ada baik/buruk atau wajar/tidak wajar sesuatu yang menjadi persoalan dan juga bergantung kepada mesej penyataan dari soalan yang diberikan. Kemukakan hujah/ulasan kebaikan / keburukan atau wajar / tidak wajar.)
  • Berikan cadangan
  ( Isi mestilah bersifat cadangan bukan sesuatu yang telah dibuat ataupun dilakukan.Kata-kata kunci yang bersifat cadangan yang wajib calon gunakan antara lainnya ialah hendaklah, wajar sekali, perlu, mesti, seharusnya, sepatutnya dan seumpamanya.Jangan menggunakan kata "telah" kerana kata itu tidak mendukung cadangan tetapi menyatakan perkara yang telah berlaku. Seandainya cadangan tersebut telah dilakukan, calon perlu menggunakan perkataan seperti banyakkan lagi, giatkan lagi, tambahkan lagi, pertingkatkan lagi, perhebatkan lagi dan sebagainya. Hal ini bererti calon ingin perlaksanaannya ditambah ataupun diperluaskan.
  • bahaskan
  (Soalan ini bersifat argumentatif. Calon harus menulis dalam 2 sudut pandangan atau perspektif. Pemberatan isi yang dikemukakan seharusnya  2: 3 atau 3: 2. Isi yang menyokong atau menyangkal mestilah dengan hujah yang kukuh dan bernas.
  • sejauh manakah
Bil
Isu yang Dicadangkan / Bidang Tajuk Esei
Tugasan Soalan
1.
Peningkatan harga barang (ekonomi)

2.
Pusat Pendidikan Serantau (pendidikan)

3.
Kepentingan Kemudahan Sukan (sukan)

4.
Masalah Pencemaran Bahasa (bahasa)

5.
Baik Buruk Penggunaan Internet (sains dan teknologi)

6.
Masalah Pembuangan Bayi (kemanusiaan & kemasyarakatan)

7.
Pelaburan asing (ekonomi)

8.
Kebaikan atau Keburukan Institusi Pendidikan Swasta (pendidikan)

9.
Penganjuran Sukan Di Peringkat Antarabangsa (sukan)

10.
Peranan Filem (seni/budaya)

11.
Negara Perindustrian Baharu (teknologi)

12.
Masalah Jenayah (kemanusiaan & kemasyarakatan)

13.
Penggunaan Kad Kredit (ekonomi)

14.
Permasalahan Sastera Melayu Lama (sastera)

15.
Gejala Vandalisme (kemanusiaan & kemasyarakatan)

16.
Fenomena Pemanasan Global (alam sekitar)

17.
Penguasaan Wanita dalam Perkhidmatan Awam (kemanusiaan & kemasyarakatan)

18.
Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (kemanusiaan & kemasyarakatan)

19.
Kepentingan Internet (teknologi)




Berdasarkan isu-isu karangan yang telah dicadangkan tadi, pelajar-pelajar perlulah memikirkan fokus soalannya dengan berdasarkan bentuk tugasan soalan esei yang disenaraikan di atas. Pelajar-pelajar perlu mencari isi-isi penting dan berlatih membuat karangan sendiri berdasarkan fokus soalan tersebut. Hal ini demikian dapat membantu pelajar untuk menulis karangan atau esei.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...