Wednesday, May 4, 2016

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR BARU PRA U LANAS 2016.

SMK Ayer Lanas (4 Mei 2016)Rabu: Pra Universiti Lanas pada hari ini mengadakan 
Majlis Pendaftaran Pelajar Baru sesi 2016/2017. Majlis pada hari ini dimulai dengan ceramah oleh En. Meor Mohamad Zain, Penolong PPD Jeli, Bahagian Pengurusan Sekolah berkaitan dengan Kehebatan melanjutkan pelajaran di peringkat Pra Universiti. Mengikut surat tawaran yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pelajar yang ditawarkan untuk mendaftar di Pra U Lanas untuk sesi 2016/2017 adalah seramai 280 orang semuanya.
                 Aturcara seterusnya adalah ucapan dari Penasihat Pra U Lanas, selaku Pengetua SMK Ayer Lanas iaitu Encik Mohd. Azahar bin Hashim. Dalam ucapannya beliau sedikit sebanyak menyentuh tentang eksistensi Pra U Lanas dalam menghadapi dunia yang begitu mencabar sekarang ini.
                Perasmian majlis disempurnakan oleh Tuan Ketua PPD Jeli, Tn. Hj. Idris Hamat. Dalam ucapannya, beliau menggesa baik pelajar baru ataupun pelajar lama supaya masing-masing berusaha dengan kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan. Berusaha untuk berubah dari yang baik kepada yang lebih baik demi kerjaya pelajar pada masa akan datang.
                      Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Pra U Lanas untuk sesi 2016/2017.
 Ucapan alu-aluan Tn. Azahar, Penasihat Pru Universiti Lanas

Perasmian oleh Tn. Hj. Idris, Ketu PPD Jeli.
 Penyampaian cenderamata.
 Ceramah motivasi oleh En. Meor Mohd. Zain.
 Pendaftaran pelajar baru .
 Pendaftaran pelajar baru.
 Ibu bapa pelajar baru
 Pendaftaran.
 Pendaftaran.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...