Thursday, April 2, 2015

ANALISIS BAHASA


                                                        
A.     Cari kesalahan bahasa:

i.          Setiap orang boleh memperolehi kejayaan jika sekiranya mereka rajin berusaha dan tidak buang masa dengan perkara-perkara yang tidak  berfaedah.

ii.        Tindakan itu diambil bukan sahaja untuk mengelakkan pengguna daripada terus ditipu tetapi untuk mempastikan peniaga tidak mengambil kesempatan.

B.     Cari struktur ayat pasif :

i.        Bilik darjah mereka diperindah oleh mereka.

ii.       Saya tolak kerusi sorong adik ke dalam rumah.

iii.      Latihan Bahasa Melayu itu kami masih belum buat.

iv.      Latihan intensif sedang pemain tenis itu jalani.
 
C.     Cari ayat yang menggunakan apitan peN-…-an dengan betul :

i.          Pemerosesan permohonan untuk pengesahan jawatan itu memerlukan masa yang agak lama.

ii.         Pengwujudan golongan muda untuk menjad iusahawan menjadi matlamat program itu.

iii.        Aktiviti pencucian yang diadakan minggu lalu mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak.

iv.        Latihan pengkayaan diberikan oleh guru kepada pelajar yang lemah dalam setiap mata pelajaran.
 
D.     Cari ayat yang betul :

i.          Ali suka pakai kaca mata hitam.

ii.         Cikgu jelaskan perkara itu kepada kami.

iii.        Selalu saya simpan baki wang saku di bank.

iv.        Masih belum kami terima bungkusan itu lagi.

v.         Berdasarkan pada aduan pengguna, banyak kilang  tidak          mengendahkan   aspek kesihatan.

vi.        Apa-apa sahaja keputusan yang diambil, pengguna perlu mendapat
           manfaatnya.

vii.       Agar supaya orang ramai tidak menjadi mangsa, pihak berkuasa perlulah mengambil tindakan tegas.

viii.      Terdapat makanan di pasaran yang mengandungi bahan pengawit yang merbahayakan pengguna.
 
E.      Cari ayat yang salah susunan konstituennya :

i.          Sungai yang terpendek di  Kuala  Balah itu dijaga dan dipelihara daripada pencemaran.

ii.         Perkembangan teknologi moden  yang canggih memberi manfaat kepada manusia.

iii.         Semua manusia yang hidup di dunia ini akan kembali kepada Penciptanya.

iv.        Pembinaan banyak bangunan di Bandar itu yang tinggi-tinggi akan menyebabkan suhu meningkat.
 
F.      Cari ayat yang tergantung :

i.           Industri berat yang akan dimajukan di Negara kita.

ii.          Ibu bapa yang sering bertengkar di depan anak-anak mereka.

iii.         Pelbagai gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kita kini perlu ditangani.

iv.        Dengan bertambahnya kemasukan pelancung asing akan meningkatkan pendapatan.
 
G.  Cari ayat yang mengandungi kesalahan penggunaan kata hubung pancangan dan kesalahan KK aktif transitif.

i.             Rumah kayu di mana kita bina telah roboh kerana banjir.

ii.            Saya cukup yakin yang pasukan itu akan kita kalahkan.

iii.           Saya berharap yang pasukan saya memenangi pada perlawanan itu.

iv.           Aiman terpaksa berlindung ketika mengelakkan daripada kejadian buruk.
 
H.     Cari ayat yang betul :

i.           Pakaian yang dijual itu tidaklah cantik tetapi mahal.

ii.          Bahasa Melayu di antara mata pelajaran yang digemari oleh pelajar di China.

iii.         Sampah-sarap dibakar petang semalam oleh abang.

iv.         Surat itu sudah dihantar kepada kementerian berkenaan.

v.          Keputusan itu berdasarkan pada pandangan pihak juri.

vi.         Untuk menceburi bidang perniagaan memerlukan modal yang besar.

vii.        Di bilik itu terdapat susunan fail-fail pejabat yang teratur.

viii.       Pembangunan  kerohanian juga penting selain pembangunan fizikal.

 

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...