Wednesday, April 8, 2015
ANALISIS KESALAHAN BAHASA.
Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah, jelaskan sebab kesalahan dan buat pembetulannya.
Latihan I
Bojan Hodak, jurulatih pasukan bola sepak negeri Kelantan mengingatkan setiap orang pemainnya agar tidak bersikap sambil lewa ketika menjalani latihan. Menurut beliau, pemain yang gagal berbuat demikian tidak mungkin mendapat tempat dalam kesebelasan pasukan yang akan menentang Arsenal nanti. Amaran itu diberikan kepada semua pemain sama ada pemain baharu dan pemain senior. Ketegasan yang beliau perlihatkan itu telah membuahkan hasil. Buktinya, dalam tempoh tiga tahun beliau mengendalikan kelab yang tersohor itu, beberapa buah piala telah berjaya dibawa pulang. Sehubungan itu, akibat perselisihan dengan pihak pengurusan, khususnya dalam soal pemilihan pemain, beliau mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kelab Gomo Kelate Gomo itu. Banyak pihak mengatakan yang tindakan pihak-pihak tertentu membiarkan jurulatih yang berkemahiran itu membawa diri merupakan kerugian kepada pemain dan kelab yang berkenaan.
Latihan II
Memang sejak dari dahulu lagi, usaha ke arah keharmonian hidup penduduk Air Lanas diberi keutamaan oleh pemimpin setempat. Oleh sebab itulah, mereka selalu mengingatkan kepada penduduk Kampung Air Lanas agar selalu hidup bersatu padu dan tidak seharusnya mementingkan diri sendiri.Kita tidak akan mengalami apa-apa kerugian sekiranya semua penduduk Kampung Air Lanas ini hidup aman dan sejahtera. Bagi golongan yang berada hendaklah membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Selain daripada kebendaan, bantuan boleh juga diberikan dalam bentuk kepakaran ataupun sekurang-kurangnya sokongan moral. Harus diingat bahawa tindakan segelintir anggota-anggota masyarakat yang tidak mengambil tahu tentang keadaan di persekitaran tidak harus diteladani. Untuk mempastikan keharmonian hidup penduduk Kampung Air Lanas menjadi suatu realiti, peranan semua pihak amatlah penting.
*... terdapat lima kesalahan bahasa bagi setiap petikan di atas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment