Thursday, February 5, 2015
KESALAHAN DALAM BAHASA.
Secara ringkas, kesalahan bahasa dapat dilihat dari aspek:
-Morfologi (perkataan)
-Sintaksis (ayat)
-Semantik (makna)
-Fonologi (bunyi) dan
-Intonasi.
A. KESALAHAN DARI ASPEK MORFOLOGI
- Penggunaan kata
- Pengimbuhan
- Penggandaan
- Pemajmukan
B. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA
- Kata Nama
- Kata Kerja
- Kata Adjektif
- Kata Tugas
C. Kesalahan Penggunaan Kata Nama
1. Penggunaan KGN diri "beliau" tidak tepat digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau untuk binatang.
-Contohnya:
i) Beliau ditangkap kerana mencuri . (salah)
ii) Anjing itu baik. Beliau disayangi penjaganya. (salah)
2. Penggunaan KGN diri "ia" , "dia" , dan "mereka" hanya untuk manusia.
- Contohnya :
i) Kereta itu mahal kerana ia diimpot dari Jerman. (salah)
- Kereta itu mahal kerana diimpot dari Jerman. (betul)
ii) Anjing itu menyalak dengan kuat kerana ia / dia sakit gigi. (salah)
- Anjing itu menyalak dengan kuat kerana sakit gigi. (betul)
iii) Beras-beras dalam lori itu berat. Mereka tidak dapat diangkat oleh saya. (salah)
- Beras-beras dalam lori itu berat, tidak dapat diangkat oleh saya. (betul)
3. Mengulang KGN diri ketiga yang membawa maksud jamak, contohnya :
- Mereka-mereka itu teman saya. (salah)
- Mereka itu teman saya. (betul)
4. Menjarakkan penulisan KGN diri singkat ( Kau, Mu, dan Ku)
i) Soalan yang kau berikan begitu sukar. (salah)
- Soalan yang kauberikan begitu sukar.
ii) Surat itu sudah ku serahkan . (salah)
- Surat itu sudah kuserahkan. (betul)
iii) Aku bertemu dengan guru mu tadi. (salah)
- Aku bertemu dengan gurumu tadi. (betul)
5. Menggunakan KGN "nya" dan "mu" bagi menggantikan nama Allah tidak ditulis dengan
huruf besar dan tidak diberi tanda sempang, contohnya :
i) Kita semua akan pergi menghadapnya. (salah)
- Kita semua akan pergi menghadapi-Nya. (betul)
ii ) Limpahkanlah hidayahmu kepadaku. (salah)
- Limpahkanlah hidayah-Mu kepadaku. (betul)
6. Menggandingkan KGN diri "ia" dan "nya", contohnya :
i) Udara penting kepada manusia kerana ianya diperlukan untuk pernafasan. (salah)
- Udara penting kepada manusia kerana diperlukan untuk pernafasan. (betul)
7. Menyamakan Kata Ganti Tak Tentu dengan Kata Ganti Tanya, contohnya :
i) Apa yang diberitahukanya itu tidak benar. (salah)
- Apa-apa yang diberitahukannya itu tidak benar. (betul)
ii) Pilihlah yang mana kamu suka. (salah)
- Pilihlah yang mana-mana kamu suka. (betul)
iii) Siapa yang menceroboh akan didakwa. (salah)
- Siapa-siapa yang menceroboh akan didakwa. (betul)
......bersambung dengan Kata Kerja...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment