Tuesday, July 30, 2013

SEKILAS TENTANG PRAGMATIK.


  • Peribahasa ialah satu bayangan falsafah dan pemikiran bangsa yang memperkaya khazanah bangsa Selain itu, peribahasa memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir dan kepekaan akal budi yang tinggi bagi masyarakat pengguna bahasa itu. 
  • Peribahasa mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang membandingkan realiti kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling  sebagai pedoman kepada masyarakat.
  • Peribahasa sebagai petua, nasihat atau petunjuk sebagai tatatertib pergaulan, tatasusila dalam pergaulan dan hubungan sesama manusia sebelum kewujudan  undang-undang. Peribahasa digunakan sebagai komunikasi yang mengajar kita untuk berkomunikasi secara lembut dan berbudi bahasa.
  • Peribahasa mempunyai pengertian tertentu dan digunakan oleh masyarakat dahulu untuk menyampaikan sesuatu maksud tersirat secara halus sebagai kiasan, sindiran dan teguran bagi menyembunyikan kata-kata kesat atau kasar. Susunan pada peribahasa adalah tetap dan tidak boleh ditukar (ayat pasif menjadi ayat aktif)
  • Cabang peribahasa ada banyak pendapat.
  • a) Rubiah Aksah (2005) menyatakan ada lima cabang iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, serta kata-kata hikmah.
  • b) Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1993) ada empat cabang iaitu simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan dan bidalan.
  • c) Za'ba :terbahagi kepada dua iaitu 1. peribahasa; pepatah, perbilangan, bidalan, perumpamaan, lidah pendeta. 2. kiasan ; kiasan, ibarat dan tamsil (persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh.
  • Perumpamaan : susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan daripada apa yang diucapkan atau ditulis dalam ayat itu atau yang membandingakn sesuatu dengan benda lain. Setiap kata dalam perumpamaan adalah diumpamakan dengan sikap dan perangai manusia atau corak hidup masyarakat.
  • Perumpamaan menggunakan kata bandingan seperti macam, umpama, bak, laksana dan seperti, bagai, ibarat.
  • Kata bandingan dalam perumpamaan di hadapan ayat. Contoh ; Laksana golok kayu, ditetak tak makan dijual tak laku, Bagai burung  dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung, Umpama membungkus api.
  • Kata bandingan dalam perumpamaan di tengah-tengah ayat. Contoh ; Pantas seperti lipas kudung, Pekak macam badak.
  • Perumpamaan yang tidak menggunakan kata penunjuk ini biasanya berkaitan dengan pelbagai perkara seperti persaudaraan, hati dan pendirian, usaha dan sebagainya. Contohnya; bersaksi ke lutut, potong hidung rosak muka, getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh,
  • Pepatah berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang dan peraturan masyarakat. Bersifat sangat ringkas, berkerat-kerat atau berpatah-patah dan mementingkan ketepatan perkataan yang mengandungi unsur pengajaran.
  • Nilai-nilai murni dalam pepatah untuk menyatukan anggota sesebuah masyarakat, membentuk tamadun, gambaran tentang sikap dan nilai anggota masyarakat, pendidikan, membentuk keperibadian agar lebih bijaksana dan penyayang.
  • Bidalan adalah kata-kata yang sering kali disebut dan diucapkan yang mengandungi nasihat, peringatan, bimbingan, teladan, dan sebagainya. Hampir menyerupai pepatah tetapi terdapat perbezaan di  mana bidalan lebih kerap digunakan dalam kehidupan seharian kerana mempunyai perbandingan dan teladan tertentu yang boleh dijadikan sebagai pedoman hidup.
  • Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti, hendaklah, jangan, lebih baik, biar, harus, usah dan ini yang membezakannya dengan perumpamaan. (contoh; jangan pijak terpijak, biar bodoh bersuluh, jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit, baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang.
  • Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan daripada makna asal. 
  • Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah yang membawa maksud yang tepat dan padat.
  • Menurut Za'ba, simpulan bahasa  terhasil daripada:
  • a) perbandingan atau kiasan cerita masyhur. (Contoh; Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang)
  • b) benda atau kejadian yang berlaku di sekeliling (Contoh ; mandi kerbau, kutu embun)
  • c) kepercayaan orang ramai. (Contoh; harimau berantai, buruk siku)
  • d) kebiasaan atau resaman bahasa. (Contoh; ada hati, gila bahasa, beri muka)
  • Ciri-ciri simpulan bahasa terbentuk daripada;
  • a) penggunaan kata nama ( anak buah, buah tangan, lipas kudung)
  • b) penggunaan kata kerja ( ajak-ajak ayam, buat bodoh, pasang telinga.
  • c) kata adjektif ( besar kepala, bodoh sepat, kecil hati)
  • d) kata nama khas ( Abu Jahal, Mat Jenin, Pak Kaduk)
  • e) nilai kepercayaan (air pinang,  batu buyung dan makan bulan)
  • f) berkaitan dengan tubuh badan; (gigi air, mata keranjang, telinga kuali, lidah bercabang)
  • g) berkaitan dengan haiwan (saudara anjing, akal kancil, biawak hidup)
  • h) berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan ( durian runtuh, diam ubi, tangkai jering)
  • i) lain-lain kategori ; ( cincin tanda, jadi abu, serkap jarang, kurang ajar)


Monday, July 29, 2013

SOALAN STRUKTUR BAHASA MELAYU PENGGAL 3.



1. Nyatakan dua unsur paling penting penanda wacana dalam penulisan ilmiah.

2. "Pintu diketuk. Adik membukanya."
     
     Ungkapan di atas jelas memperlihatkan wacana itu mengandungi ...............................

3. Nyatakan 2 persamaan antara ciri laras iklan dengan retorik pemujukan.


4.  Laras X  - biasanya menggunakan binaan ayat yang panjang.
                   - menggunakan istillah khusus.
                   - makna kosa katanya terbuka kepada interpretasi.

     Berdasarkan penyataan di atas, jelaskan secara ringkas laras X.

5. Nyatakan 2 perbezaan yang ketara antara bahasa istana dengan bahasa mesra serta berikan contohnya.

6. Ali  - PhD
          - Tan Sri
          - Datuk
          - Profesor
          - Haji

     Nyatakan rujukan kehormat bagi Ali.

7. Huraikan secara ringkas pendapat Zaaba tentang sebab utama penggunaan kiasan dalam kesantunan      
     berbahasa.

8. Apakah yang menentukan perbezaan penggunaan kata ganti nama diri orang pertama 'aku, saya, patik dan beta.'

9.      Anak Enggang di ranting mati,
         Patah ranting terbanglah ia,
         Anak dagang tak lama di sini,
         Habis musim pulanglah ia.

Nyatakan peribahasa beserta dengan maksudnya yang boleh dikaitkan dengan puisi di atas.

10. Berikan peribahasa yang sama maksudnya dengan peribahasa 'antan patah lesung hilang.' 


                =  BAGAIMANA DITANAM, BEGITULAH DITUAI=

SEKILAS TENTANG JENIS-JENIS MAKNA.



Jenis-jenis makna

  • 1)Makna Denotatif : makna deskriptik dan makna leksikal. Makna yang bersifat objektif, makna sebenar, makna asal, makna mutlak  dan makna dasar.
  • 2)Makna Konotatif : makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif. Ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif.
  • 3)Makna Konseptual : makna konsep dapat menentukan makna, memahami ujaran atau membuat interpretasi dengan mentakrif, memahami, memutus buah fikiran. Tanpa konsep, kita tidak dapat mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal. Contoh : konotasi antara perempuan dan wanita adalah berbeza  tetapi mempunyai makna yang sama.
  •  4)Makna Leksikal : berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata dalam sesuatu bahasa; makna sesuatu perkataan itu sendiri iaitu tanpa melihat penggunaannya dalam ayat. Leksikograf ialah penyusun kamus.Leksikologi ialah kajian tentang makna dan penggunaan perkataan.  Leksikon ialah kamus, perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau sesuatu bidang.
  • a) Semantik Leksikal: makna dan referensi, denotasi dan konotasi, analisis ekstensional dan analisis intensional ; analisis komponensial; dan Kesinoniman, keantoniman, kehomomiman dan kehiponiman
  • b)Fonologi leksikal : kata, nada dan maksud
  • c) Kata kerja leksikal : kata kerja perbuatan dan bukan perbuatan
  • 5)Makna Etimologis : kajian tentang asal usul dan perkembangan perkataan. Istilah etimologi daripada Yunani iaitu eumos bermaksud betul atau benar dan logos yang bermaksud ilmu. Bahasa yang diambil daripada bahasa lain atau diubah  disebut etimon. Menurut Ullman, terdapat enam sebab perubahan makna iaitu linguistik, sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar dan keperluan perkataan baru.
  • a) Prinsip Etimologis sebagai usaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata. Sejarah formal dan semantik ini harus dikesan sepanjang zaman sehingga mencapai tahap nahu bahasa yang lebih tua dan seandainya kata yang ditelaah itu adalah kata pinjaman sehingga mencapai nahu bahasa sumber pinjaman. Contoh, etimologi merupakan usaha sejarah; kopi dari Arab iaitu qahwah yang dipinjam daripada bahasa Turki iaitu kaveh kemudian kosa kata Eropah iaitu caffe dan akhirnya bahasa Melayu menjadi kopi.
  • 6)Faktor Perubahan Makna : Makna bahasa diperoleh daripada ujaran dan tulisan. Perubahan makna berlaku disebabkan oleh  :
  • a) Faktor perkembangan bahasa itu sendiri; contoh tangan & menangani
  • b) Faktor tanggapan penutur; contoh : abang
  • c) Faktor peluasan maksud; semangat (roh, jiwa - perasaan )
  • d) Faktor pembatasan atau penyempitan maksud; contoh: daging, sarjana, pendeta 
  • e)Faktor tujuan simbolik atau stilistik; contoh : bunga dan kumbang (gadis dan teruna), maksud personifikasi dalam puisi.
  • 7)Makna Afektif : berkaitan dengan perasaan dan emosi bukannya fikiran atau daya fikir.  Istilah sering digunakan secara eksplisit (lontaran suara/intonasi) sama ada afektif yang positif atau negatif. Makna afektif adalah makna yang muncul sebagai akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa akibat reaksi pendengar yang dipengaruhi unsur perasaan atau emosional. Contoh ayat, "bangun, nak" (kasar atau halus).
  • 8)Makna Gramatikal : makna baru yang wujud akibat daripada proses pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan. Contoh; batas, batasan, membatas, perbatasan, terbatas dan lain-lain lagi. Proses gramatikal atau pengimbuhan asli atau pinjaman (awalan, akhiran, apitan dan sisipan) yang berlaku pada kata dasar boleh mengubah golongan kata dan makna.
  • 9)Makna Tematik : disampaikan melalui susunan bunyi , susunan kata, fokus dan juga tekanan. Ayat tersebut dapat dilihat dalam ayat pasif dan ayat aktif. Adik menendang bola. Bola ditendang oleh adik yang mempunyai nilai komunikasi yang berbeza. Contoh; Ali anak doktor Kasim kemalangan semalam. Makna tematik akan difahami setelah dikomunikasikan oleh pembaca atau penulis baik melalui urutan kata-kata, fokus pembicaraan mahupun tekanan suara. Contoh ; Saya sayang awak. @ Saya sayaaaaaang awak!. Makna tidak akan terhasil melalui penulisan kerana penekanan dan fokus dalam ayat tersebut tidak jelas sepertimana ayat yang diujarkan.
  • 10)Makna Gaya : Gaya penulisan atau perkataan yang digunakan oleh penulis dalam karya mereka seperti novel, sajak, cerpen dan sebagainya. Gaya bahasa apabila bercakap, menulis dapat dinilai dari sudut perkataan, ikatan ayatnya, jalan bahasanya atau bentuk peribahasanya. Hal ini berkaitan kemajuan yang dikecapi oleh masyarakat pada hari ini, sifat ketamadunan dan adat resam. Gaya bahasa ini mengenai :
  • a) Bahasa figuratif : perluasan makna bagi sesuatu perkataan sehingga menimbulkan kepelbagaian makna bagi perkataan tersebut. Penulis karya yang kreatif akan membawa pembaca ke dunia baru dengan bahasa figuratif. Contoh metafora ( perbandingan antara dua benda untuk memberi persamaan sifat objek, contoh Aliah jinak-jinak merpati), alusi (rujukan ringkas kepada  orang, tempat atau peristiwa yang terkenal dengan grafik, contoh: syurga di telapak kaki ibu), Simile ( perbandingan bersifat eksplisit iaitu perbandingan secara langsung yang sama dengan benda lain, contoh : seperti, sama, bagaikan, sebagai, laksana dan sama ), Personifikasi ( menggambarkan benda-benda bukan hidup dengan sifat-sifat kemanusiaan seolah-olah hidup seperti manusia, contoh : daun melambai, bukit mengamuk), Ironi ( menyatakan sesuatu dengan maksud yang berlawanan, bukan maksud sebenar tetapi lebih pada sindiran atau penipuan, contoh : Awaklah paling cantik .Hakikatnya tidak cantik. ),Hiperbola (gaya bahasa melebihi maksud perkataan. Perkara yang kecil diperbesarkan., contoh : Matanya merah menyala, menyinga dan sebagainya)
  • b)Bahasa Dialek : variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh kumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat. Ragam bahasa dialek berbeza dengan suatu ragam bahasa lain berdasarkan ciri-ciri penyebutannya, kosa kata, tatabahasa dan suasana sosial tertentu. Dialek yang popular ialah dari Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Perak dan Kedah.
  • c)Gaya bahasa berirama : Gaya bahasa puisi yang bertujuan untuk memperindah bahasa dan menimbulkan daya tarikan atau kesan-kesan lain. Antara bahasa berirama yang boleh diaplikasikan pengarang ialah pantun, syair, sajak, pepatah atau bidalan serta bait-bait lagu. Karya klasik menggunakan bahasa berirama seperti prosa-prosa berbentuk hikayat, cerita-cerita panji.
  • d)Ekspresi pengarang : Gaya penulisan seseorang membuktikan karyanya asli, memperlihatkan identiti diri dan tidak dan diketahui penulisannya dipengaruhi oleh pengarang lain atau tidak. Gaya penulisan sama ada lebih baik, menarik atau sebaliknya membosankan. Pengaruh gaya penulis lain dapat membuka minda dan ruang lingkup pemikiran seseorang penulis. Peniruan juga merupakan proses pembelajaran untuk menulis bagi mencari identiti sendiri.
  • 11)Makna Asosiatif : makna yang sama dengan lambang atau perlambangan digunakan untuk menyatakan konsep lain yang mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaan atau ciri yang ada konsep asal kata tersebut. (Contoh: putih berasosiasi dengan sesuatu yang suci dan kesucian. )
  • 12)Makna Stilistik : makna dalam sebuah kata yang menunjukkan lingkungan sosial penggunaannya. ( Contoh : naik : bergerak ke atas, mendaki, menumpang, bertambah, kembang )Makna stilistik lebih banyak ditampilkan dalam gaya bahasa iaitu penilaian bahawa penuturnya berbudi bahasa atau tidak.
  • 13)Makna kolokatif : Makna yang berhubungan dengan kata-kata tertentu dan hanya merangkumi kata-kata yang bersesuaian dengannya. (Contoh : cantik dan tampan bermaksud indah. Walau bagaimanapun tampan tidak dapat berkolokasi dengan kata gadis.)
  • 14) Makna kata : Makna kata adalah makna dasar sesebuah kata berhubung dengan makna sesuatu perkataan apabila berada dalam sesuatu konteks ayat. ( Contoh : makan; memasukkan sesuatu ke dalam mulut, makan hati : tersinggung atau tersentuh )
  • 15) Makna istilah : mempunyai makna yang pasti , jelas dan tidak meragukan meskipun tidak berada dalam konteks ayat. Istilah hanya digunakan pada bidang ilmu atau kegiatan tertentu. (Contoh : lengan dan tangan ; dalam bidang kedoktoran mempunyai makna yang berbeza.)
  • 16)Makna Idiom : satuan bahasa (kata, frasa, kalimat) yang maknanya tidak dapat diramalkan dari makna leksikal dan makna gramatikal dalam pembentukannya. Terdiri daripada dua bentuk iaitu idiom penuh( idiom yang secara keseluruhannya merupakan satu kesatuan dengan makna) dan idiom sebahagian (masih ada unsur yang memiliki makna leksikalnya sendiri tetapi terdapat kekeliruan terhadap penggunaan idiom, ungkapan dan metafora).
  • 17)Makna Peribahasa : suatu kiasan/bahasa/bunga bahasa dalam kata-kata yang menggunakan kalimat/kelompok kata untuk menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu. Maksudnya berlainan daripada makna asalnya. Tujuannya adalah sebagai kiasan, teladan dan pengajaran untuk menghiasi karangan dan percakapan.
  • 18)Makna kontekstual : berkaitan dengan atau menurut konteks. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Ra'in Shaari,(2009), makna kontekstual sebagai makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu konteks. Makna konteks boleh berkenaan dengan situasi iaitu tempat, waktu dan lingkungan penggunaan bahasa itu. (Contoh : Kepala : rambut di kepala, sebagai kepala sekolah, kepala surat)
  • 19)Makna Referensial : perkataan yang mempunyai referen atau acuannya. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial. (Contoh : makan, cerdik, kasut dan lain-lain).

Sunday, July 21, 2013

CONTOH BORANG SOAL SELIDIK.

Borang Soal Selidik Mengenai Kecelaruan Bahasa Melayu Dikalangan Pelajar

1)      Umur :

2)      Jantina :Lelaki (    )          Perempuan (   )

3)      Bangsa :Melayu (    )          India (    )          Cina (    )          Lain-lain (    )

4)      Tempat tinggal :      Bandar (    )          Luarbandar (    )


Faktor Yang Menyebabkan Kecelaruan Bahasa Melayu Dikalangan Pelajar

1.      Adakah anda seorang penutur bahasa Melayu di rumah?
(     )YA                 (     )TIDAK

2.      Adakah anda penutur bahasa Melayu mengikut dialek negeri?
(     )YA                 (     )TIDAK

3.      Adakah anda menggunakan loghat negeri anda di dalam percakapan harian anda?
(     )YA                 (     )TIDAK

4.      Adakah anda menggunakan bahasa rojak atau bahasa ringkasan semasa berinteraksi sesama rakan?
(     )YA                 (     )TIDAK

5.      Adakah anda merasakan bahawa media massa adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada pencemaran bahasa?
(     )YA                 (     )TIDAK

6.      Adakah anda gemar menonton cerita yang menggunakan alih bahasa?
(     )YA                 (     )TIDAK

7.      Adakah anda sedar sarikata yang dipaparkan di media elektronik mempunyai banyak kesalahan bahasa?
(     )YA                 (     )TIDAK

8.      Adakah anda terpengaruh dengan sarikata yang dipaparkan di media elektronik tersebut?
(     )YA                 (     )TIDAK

9.      Adakah anda berpendapat bahawa dialog yang digunakan dalam drama/filem mempunyai istilah-istilah bahasa Melayu yang tidak sesuai?
(     )YA                 (     )TIDAK

10.  Adakah anda menggunakan dialog yang dipaparkan di dalam drama/filem dalam percakapan harian anda ?
(     )YA                 (     )TIDAK

Saturday, July 20, 2013

SOALAN STRUKTUR BAHASA MELAYU SEMESTER 3.


1.Berikan definisi idiolek ?

2.Terdapat beberapa perbezaan antara sesuatu dialek dengan dialek yang lain. Nyatakan 3 aspek perbezaan tersebut.

3. Apakah perbezaan antara bahasa bebas dengan bahasa terkawal ?

4. Alihkan petikan di bawah kepada bahasa terkawal.
 
   " Seandainya YB suka tolong rakyat, sudah tentu rakyat suka dia."

5. Nyatakan 2 perkataan yang sinonim dengan kata daif.

6. Bina 2 ayat daripada satu perkataan yang bersifat polisemi. Ayat tersebut mestilah menunjukkan makna yang berlainan bagi perkataan tersebut.

7. Nyatakan maksud perumpamaan berikut :

    a) Seperti udang direbus                  b) Seperti sutera dalam lukisan.

8. Berikan maksud ungkapan "bertatasusila."

9. Nyatakan ungkapan sopan bagi bagi ungkapan di bawah:

    a) Kencing    b) Jamban    c) Mampus    d) Bunting

10. Berikan 2 peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa :

     "Seperti panji-panji ditiup angin."

*semak cadangan jawapan akan datang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...