*PRAGMATIK*
π£Konsep penting !
→ Mengkaji makna ujaran berdasarkan konteks sesuatu budaya masyarakat @ penggunaan bahasa dalam konteks yang sebenar
π *PERIBAHASA*
● Susunan kata yang dipilih khas, kemas, ringkas dan mempunyai makna tertentu & mengandungi pelajaran
● Terbahagi kepada 2:- selapis dan 2 lapis
*Selapis* = perkara yang dimaksudkan secara terus seperti _bidalan_ dan _pepatah_
Bidalan →mengandungi pengajaran dan fikiran yang benar
Contoh :- buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Pepatah → sifat rangkaian kata yang berkerat² atau berpatah² (cara pengucapan satu persatu)
Contoh :- Hati hendak, semua jadi
*2 lapis* = mendukung 2 makna iaitu makna tersurat dan tersirat dan dinamakan juga sebagai _perumpamaan_
Perumpaan terbahagi kepada 2 :-
a) menggunakan kata bandingan
Contoh :- bagai tikus membaik labu
b) tidak menggunakan kata bandingan
Contoh :- ukur baju di badan sendiri
»»»»»»»»»»»»»»»»
πKiasan
● Susunan kata atau bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan mengiaskan kepada perkara lain
a) kiasan yang menyebutkan bandingan
Contoh :- manis seperti lautan madu
b) kiasan yang tidak menyebutkan bandingan
Contoh :- Pening lalat
● Kiasan digunakan untuk
→ menambah kejelasan perkara yang diperkatakan
→ mencantikkan bahasa yang digunakan
→ mengelakkan sesuatu perkara yang tidak manis daripada disebut secara terus terang
→ menguatkan maksud yang diperkatakan
● Kiasan terbahagi kepada 4 jenis :-
1) Kiasan asal
2) Kiasan berpindah
» sandar
» terus
» berangkap
» berbunga
» pemanis
» melompat
» melarat
3) Kiasan permanusiaan
4) Kiasan berkacau
♦ *kiasan asal*
● Menerangkan sesuatu benda perkara dengan menggunakan sesuatu yang lain sebagai perbandingan
● bagai, macam, umpama, laksana, ibarat dll
Contoh :- pahit bagai hempedu
♦ *kiasan berpindah*
Tidak menggunakan kata² bandingan dan terbahagi kepada 7
● Kiasan Sandar
→ susunan kata yang mengaitkan sesuatu perkara, misalnya perlakuan individu kepada benda lain yang mempunyai persamaan dengan perkara yang hendak dikiaskan
Contoh :- Mandi kerbau, jinak lalat, diam ubi
● Kiasan terus
Susunan kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perkara dengan dikaitkan terus kepada benda lain tetapi mempunyai makna yang berbeza (Konotatif)
Contoh :- puteri lilin, kutu embun, pisau pencukur
● Kiasan berangkap
Susunan kata yang digunakan untuk menunjukkan perbandingan secara berirama atau mempunyai pertentangan bunyi antara perkara yang diperkatakan
Contoh :-
Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa
● Kiasan berbunga
Susunan kata yang menggambarkan sesuatu maksud dengan menggunakan perkataan yang berbunga²
Contoh :- canai fikiran, lautan air mata, api perperangan
● Kiasan pemanis
Susunan kata yang digunakan untuk memperkatakan sesuatu yang kurang elok jika disebut secara terus terang
Contoh :- datang bulan, orang rumah, berbadan dua
● Kiasan melompat
Susunan kata yang menyatakan sesuatu dengan melangkah 1 tingkat daripada perkara yang sebenarnya
Contoh:- menjahit baju ( menjahit kain untuk dijadikan baju)
● Kiasan melarat
Susunan kata yang menyimpang jauh daripada maksud asal sesuatu perkataan
Contoh:- mengarang ( makna asalnya menyusun bunga tetapi telah melarat kepada mengarang esei dll), memotong cakap orang, ringan kepala
♦ *kiasan permanusiaan (personafikasi)*
Bentuk bahasa yang memberikan sifat @ perlakuan yang dimiliki atau dilakukan oleh manusia kepada objek yang tidak bernyawa
Contoh :- daun nyiur melambai², ombak memukul pantai
♦ *kiasan berkacau (tak logik)*
Susunan kata yang menimbulkan kekeliruan kerana mengandungi fakta² yang bertentangan antara satu sama lain
Contoh:- diam seribu bahasa (tidak bercakap)
Seribu bahasa bermaksud banyak bercakap dan bertentangan dengan perbuatan diam
♦ *kata hikmat*
Dikenali sebagai lidah pendeta yang merupakan kata² pujangga dan kata² ini dijadikan pedoman hidup dan digunakan dalam percakapan umum masyarakat
Contoh:- bersatu teguh, bercerai roboh, muafakat itu berkat
♦ *simpulan bahasa*
Ungkapan arau rangkaian perkataan yang disusun khas dan membawa pengertian yang berlainan daripada perkataan² asalnya/makna berlapis
● kiasan daripada cerita yang masyhur atau kejadian yang luar biasa
Contoh :- mat jenin, pak pandir, bercina buta
● Benda biasa dalam masyarakat
Contoh:- berat mulut, lipas kudung, ringan tulang
● Kepercayaan orang ramai
Contoh :- buruk siku, salah bantal
● Kebiasaan atau resaman bahasa
Contoh :- ada hati, gila bahasa, mulut tempayan
♦ *Perbilangan*
Banyak memperkatakan soal adat istiadat, undang² atau peraturan hidup masyarakat dan kebanyakannya berkaitan dengan adat ( _adat perpatih_)
Contoh :- biar mati anak, jangan mati adat
Hidup dikandung adat,
Mati dikandung tanah
######################
*WACANA*
KONSEP :
πΉMerupakan satuan bahasa yang lengkap
πΉpenggunaan bahasa yang kemas
πΉmempunyai kesinambungan atau tautan idea
CIRI-CIRI WACANA :
1) Kohesi - *tautan*
2) Koheren - *kesinambungan*
JENIS-JENIS PENANDA WACANA :
1) Penanda penghubung
π tambahan (di samping itu, selanjutnya)
π tentangan (namun demikian, sebaliknya)
π musabab (oleh itu, dengan itu)
π tempoh ( seterusnya, kemudian)
π kesimpulan (tegasnya, pendek kata)
2) Penanda rujukan
Penggantian kata ganti nama diri dan kata rujukan
πΆ Ali dan Ahmad akan ke Kuala Lumpur pada minggu hadapan
⬇
πΆ *Mereka* akan *ke sana* pada minggu hadapan
3) Penanda penggantian
Merupakan penggantian frasa atau klausa
πAli suka berbohong. *sikapnya* itu membuatkan dia dibenci kawan-kawannya
Sikapnya merujuk kepada sikap suka berbohong
4) Penanda elipsis/penghilangan
Sesuatu perkataan yang dhilangkan pada ayat yang seterusnya tetapi masih dapat difahami oleh pembaca
π Ahmad pergi ke sekolah. *Abangnya tidak*
5) Penanda leksikal
√ pengulangan sinonim
π itulah *harapannya*, *harapan* dari kecil, *harapan* yang tidak pernah pudar
√ pengulangan hiponim
Superordinat & subordinat
πMaisarah pergi ke kedai untuk membeli pen, pensil dan pemadam. Dia membeli *alat tulis* itu untuk kegunaan semasa peperiksaan
√ pengulangan kolokasi
Sesuatu yang mempunyai kaitan
π Ayah pergi ke *pasar*. Dia membeli *sayur dan ikan*
Pasar berkolokasi dengan sayur dan ikan
π Ali ke *sekolah* untuk *belajar*
Sekolah berkolokasi dengan belajar
»»»»»»»»»»»
KESINAMBUNGAN IDEA DALAM WACANA
1) sebab dan akibat (-ve)
π Dia sering tidak hadir ke sekolah. Oleh itu, dia diberi surat amaran oleh pihak sekolah
2) sebab dan hasil (+ve)
π Amira merupakan seorang yang peramah. Disebabkan itu, ramai orang yang suka berkawan dengan dia
3) sebab dan tujuan
π Amir sedang bertungkus lumus berkerja. Dia ingin mengumpul wang untuk menunaikan ibadah umrah
4) latar dan kesimpulan
π Rumah di atas bukit itu sungguh besar. Rupa-rupanya, ia milik seorang arkitek terkenal
5) syarat dan hasil
π Sekiranya kita hendak berjaya dalam pelajaran, kita mestilah sentiasa mengulang kaji pelajaran
6) perbandingan
π Dia cantik. Tetapi, kakaknya lebih cantik
7) hubungan memperkuat isi
π Jambangan bunga itu cantik sekali. Bunganya berwarna-warni dan berbau harum
8) hubungan aditif
π Kaki Aisyah tertusuk paku. Paku itu berkarat dan tajam
#####################
*RETORIK*
*~3 konsep yang perlu ingat*~
πΆ merupakan seni pemakaian bahasa
πΆ menyampaikan idea dengan menarik dan berkesan
πΆ dalam bentuk tulisan atau lisan
*Jenis-jenis retorik*
πPemerian
● objektif atau faktual
● imaginatif atau abstrak
πPendedahan
πPenceritaan
πPenghujahan
πPemujukan
●rasional
●tidak rasional
»»»»»»»»»»»»»»»»
*1) Ciri-ciri retorik pemerian*
πΏ mementingkan ketepatan
πΏ tiada penilaian, pandangan atau ulasan peribadi
πΏ memberi gambaran realistik
πΏ bersifat deskriptif dan informasi
*2) Ciri-ciri retorik pendedahan*
π bertujuan untuk memberikan maklumat
π memindahkan idea@maklumat kepada audiens
π digunakan untuk menjelaskan konsep@istilah
*3) Ciri-ciri retorik pemujukan*
π mempengaruhi audiens
π bersifat emosional & mempengaruhi emosi
π penggunaan bahasa yang berkesan
*4) Ciri-ciri retorik penghujahan*
π Hanya mempengaruhi audiens
π penghujahan bersifat rasional
π dimulakan dengan satu gagasan@ usul
*5) Ciri-ciri retorik penceritaan*
π Digunakan dalam cerpen, novel, autobiografi dan kisah pengembaraan
π kurang menitikberatkan tatabahasa
π bersifat imaginatif & kreatif
π mempunyai gaya bahasa yang menarik & indah
»»»»»»»»»»»»»»
*Teknik penyampaian idea*
1) Deduksi
*PU -----> PK*
2) Induksi
*PK -------> PU*
3) Elektik
*PU -----> PK -------> PU*
4) Analogi
√ mengusulkan gagasan dan mempunyai hujah@alasan
√ mengemukakan bukti
########$################
*VARIASA BAHASA*
*_konsep_*
π Kelainan penggunaan sesuatu bahasa
π Kelainan itu wujud kerana
> faktor geografi
> faktor sosial
> faktor konstektual
»»»»»»»»»»»»»»»
*JENIS VARIASA*
Ada 16 jenis :-
1) dialek daerah
2) subdialek dan isoglos
3) variasa baku
4) idiolek
5) pijin
6) bahasa pasar
7) kreol
8) bahasa halus
9) bahasa kasar
10) bahasa formal
11) bahasa tak formal
12) bahasa istana
13) bahasa basahan
14) slanga
15) bahasa mesra
16) diglosia
»»»»»»»»»»
*DIALEK*
Definisi - kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata & tatabahasa
π disebabkan oleh faktor geografi dan sosial
π digunakan dalam situasi tidak rasmi
π kurang mementingkan ketepatan tatabahasa
*IDIOLEK*
Definisi- variasi bahasa yang khusus berkaitan individu
π kurang menitikberatkan ketepatan tatabahasa
π digunakan dalam situasi tidak formal
π perbezaan pada alat sebutan & bunyi sebutan (contoh :- sengauan)
π disebabkan oleh faktor kecacatan dan tabiat pertuturan
*PIJIN*
Definisi - bahasa antara dua atau lebih kumpulan penutur yang menuturkan bahasa yang berbeza
π mempunyai kosa kata yang terhad
π tidak boleh diangkat menjadi bahasa ibunda
π menyalahi hukum D-M
π sebutan bahasa dipengaruhi oleh bahasa ibunda
π penggunaan perkataan "banyak" & "punya"
Contoh:- itu orang banyak cantik
*KREOL*
Definisi- bahasa umum oleh segolongan atau sekumpulan penutur / bahasa campuran antara dua @ lebih bahasa
π mempunyai kosa kata yang lebih meluas
π boleh diangkat menjadi bahasa individu
π mempunyai ciri bahasa terbalik
π boleh diangkat menjadi bahasa ibunda
Contoh:- gua mo masak nasik
*BAHASA FORMAL*
Definisi- variasi bahasa yang digunakan dalam hubungan rasmi
π mempunyai bahasa yang terkawal
π wujud sekatan sosial
π menggunakan bahasa baku
π teratur, lengkap dan pentingkan aspek tatabahasa
π penggunaan gelaran yang lengkap
π contoh bahasa:- bahasa baku, bahasa istana
*TAK FORMAL*
Definisi- variasi bahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi
π menggunakan bahasa yang bebas
π tidak wujud sekatan sosial
π menggunakan bahasa daerah atau loghat
π tidak mementingkan ketepatan tatabahasa
π penggunaan gelaran yang tidak lengkap
π contoh bahasa:- dialek, bahasa basahan, pijin
*BAHASA HALUS*
Definisi- variasi bahasa yang menggambarkan penggunaan bahasa yang sopan
π¬ memperlihatkan kesopanan
π¬ tatabahasa yang sempurna, lengkap dan teratur
π¬ mementingkan ungkapan yang sopan dan bertatasusila
π¬ menggunakan kata rujukan diri yang sopan dan sesuai dengan tempat dan suasana
*BAHASA KASAR*
Definisi- variasi bahasa yang menggambarkan penggunaan bahasa yang kurang beradap dan tidak sopan
π kosa kata yang keras dan kasar
π tidak menggunakan peraturan nahu yang lengkap
π menggunakan intonasi yang lebih tinggi yang menunjukkan emosi marah atau kurang senang
π KGND yang tidak menunjukkan keharmonian
*BAHASA DALAM/ISTANA*
Definisi- variasi bahasa yang digunakan oleh kerabat diraja sesama mereka, oleh kalangan diraja kepada orang biasa, dan oleh kalangan penutur biasa kepada kalangan diraja
π penggunaan KGND
π mempunyai istilah khusus
π penggunaan gelaran
π penggunaan kata kekeluargaan
π mempunyai unsur pemulukan
π mempunyai unsur pendinaan
π mempunyai ungkapan rutin(daulat tuanku, ampun tuanku)
*BAHASA BASAHAN*
Definisi- variasi bahasa yang digunakan dalam percakapan harian
π tak patuh hukum tatabahasa
π terdapat pencampuran kod
π struktur ayat yang ringkas dan mudah difahami
*BAHASA BAKU*
Definisi- variasi bahasa yang diterima oleh masyarakat sebagai variasi rujukan
π mematuhi hukum tatabahasa
π menggunakan sistem panggilan formal
π menggunakan sebutan dan ejaan baku
π mempunyai pelbagai laras bahasa
*BAHASA MESRA*
Definisi- variasi bahasa yang digunakan untuk menunjukkan hubungan yang mesra dan harmoni antara penutur dan pendengar
π€ ada unsur kependekan
π€ penggunaan unsur partikel -lah
π€ terdapat pencampuran kod
π€ penggunaan kata gelaran yang tidak lengkap
π€ menggunakan KGND yang dianggap mesra
*BAHASA PASAR*
Definisi- bahasa campuran antara bahasa melayu dengan bahasa yang lain
π« ada pencampuran kod
π« mengabaikan hukum D-M
π« mengabaikan penjodoh bilangan
*BAHASA SLANGA*
Definisi- bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan penutur tertentu sahaja
π₯ tidak rasmi, tidak baku dan bersifat musiman
π₯ kosa kata yang digunakan mungkin akan pupus
π₯ kosa kata yang mempunyai makna tersendiri & hanya difahami oleh kelompok tertentu
π₯ bahasanya adalah lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard
################$##########
*LARAS BAHASA*
π konsep
π jenis
π ciri-ciri
π contoh
π *konsep penting*
Berdasarkan pendapat Asmah haji omar (1987)
- ciri khusus dalam penggunaan bahasa berdasarkan bidang penggunaannya
»»»»»»»»»»»
π£ Jenis-jenis laras
Ada 8 jenis :-
1) sains
2) sukan
3) ekonomi
4) sastera
5) iklan
6) agama
7) undang-undang
8) resepi
»»»»»»»»»
*Laras sains*
⚗ disampaikan secara formal
⚗ maklumat berdasarkan kajian, fakta dan eksperimen
⚗ menggunakan formula@rumus yang berkaitan dengan sains
Contoh :- membran sel, natrium oksida
*Laras sukan*
⚽ menggunakan istilah yang berkaitan dengan aktiviti sukan
⚽ mementingkan kesan emotif kepada khalayak
⚽ menggunakan kosa kata yang biasa yang mempunyai makna yang menyegarkan
Contoh :- gawang gol, penalti, merembat bola
*Laras ekonomi*
π menggunakan istilah yang berkaitan dengan ekonomi
π mengemukakan bukti dalam bentuk data dan statistik
π banyak menggunakan graf, carta dan jadual untuk memaparkan maklumat
Contoh :- bursa saham, defisit, inflasi
*Laras sastera*
_Kreatif dan tidak kreatif_
π mementingkan penyusunan, pengolahan dan pemilihan kata yang berkesan
π menggunakan gaya bahasa yang menarik, kreatif dan imaginasi
π menggunakan kosa kata yang berkaitan dengan laras sastera
Contoh :- personafikasi, metafora, hiperbola
*Laras agama*
☪ menggunakan istilah agama
☪ digunakan untuk membincangkan isu² keagamaan
☪ menunjukkan pengaruh bahasa arab
Contoh :- fardu ain, al-quran, wahyu
*Laras undang-undang*
π mementingkan kepersis, keobjektifan, kejelasan, keterperincian
π menggunakan sistem pernomboran
π menggunakan istilah yang berkaitan dengan undang²
Contoh :- alibi, defendan, plaintif
*Laras resepi*
π banyak menggunakan ayat perintah
π kosa kata yang berkaitan dengan pemakan dan masakan
π banyak menggunakan kata kerja bentuk tunggal
Contoh :- masukkan seulas bawang, hiriskan halia
*Laras iklan*
πΊ banyak menggunakan kata adjektif
πΊ menggunakan bahasa yang bersifat emotif & sensasi
πΊ menggunakan kosa kata yang berkaitan dengan iklan
Jenis² iklan
→ perkaitan konsep
Lelaki maskulin dengan Hugo Boss
→ pengisytiharan
Memperkenalkan Perodua Axia Advance
→ bandingan
ENCHANTEUR PARIS, lebih harum, lebih wangi, lebih tahan lama
→ slogan
Penerbangan Tambang Murah Terbaik Di Dunia
→ pernyataan
Telefon bimbit berjenama terpakai untuk dijual
→ gesaan
Ayuh beramai-ramai ke Pasaraya Hari-Hari
→ umpanan
500 pelanggan pertama akan diberikan baucer bernilai RM500.00
→ pertanyaan
Inginkan wajah yang lebih cantik? Kulit kusam? Gunalah Qu Puteh
#############$########
*SEMANTIK*
π Konsep penting
Kajian berkenaan dengan makna sesuatu perkataan, frasa, dan ayat dalam sesuatu bahasa yang digunakan dalam komunikasi lisan atau tulisan
»»»»»»»»»»»»»
*Denotatif* dan *konotatif*
Denotatif - makna sebenar/makna asal/makna tersurat bagi sesuatu perkataan/frasa
Contoh :- kumbang
Sejenis haiwan
Konotatif - makna tersirat/makan tambahan bagi sesuatu perkataan/frasa
Contoh :- kumbang
Merujuk kepada lelaki/jejaka
»»»»»»»»»»»»»
*Konsep, perkataan, dan rujukan*
Hubung kait antara konsep atau makna sesuatu perkataan, lambangnya, dengan benda atau perkara yang dirujuk
πΌ Rajah Segi Tiga Semiotik
Lambang - *L*aju
Konsep - *K*au
Benda - *B*erlari
❣Hubungan antara lambang/perkataan dengan konsep/makna bersifat langsung
❣hubungan antara konsep/makna dengan rujukan/benda bersifat langsung
❣hubungan antara bunyi/lambang dengan rujukan/objek bersifat tidak langsung (garis putus²)
»»»»»»»»»»»»»»»
*Perkaitan makna dari segi leksikal*
1) sinonim
2) antonim
3) hiponim
4) homonim
5) meronim
6) polisemi
●●●●●●●●●
SINONIM
π Perkataan/frasa yang maknanya *sama* dan *hampir sama* dengan perkataan atau frasa yang lain
Contoh :- bersih bersinonim dengan *tidak dicemari*
π bersifat 2 hala
π ada kalanya kata² yang bersinonim tidak mempunyai kesamaan makna seratus peratus ( berbeza mengikut konteks ayat)
Contoh :- terpekik, melolong, bertempik, menjerit
ππ» hampir sama tetapi berbeza mengikut konteks ayat
●●●●●●●●●●
ANTONIM
π berlawanan makna
π bersifat 2 hala
π terdapat banyak pada golongan adjektif
Contoh :- kasar berlawanan dengan halus
●●●●●●●●●
HIPONIM
π¬ item² linguistik yang perkaitannya dapat dilihat dari sudut umum dan khusus
π¬ hubungan 1 hala
π¬ superordinat + subordinat
Contoh :-
Superordinat -> baju
Subordinat -> baju kurung, baju melayu etc
●●●●●●●●
HOMONIM
πperkataan/ungkapan yang mempunyai sebutan dan ejaan yang sama tetapi berbeza maksud
Contoh :- Daki (kotoran), daki ( perbuatan memanjat)
Homonim meliputi homofon dan homograf
ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»
HOMOFON (bunyi)
π Sama bunyi, berbeza ejaan, makna berbeza
Contoh :- kuota (bilangan maksimum yang diperuntukkan), kota (bandar)
HOMOGRAF
πSebutan berbeza, ejaan sama, makna berbeza
Contoh :- perang (perkelahian), perang (warna kuning-kekuningan)
●●●●●●●●●
MERONIM
πΆ sebahagian daripada sesuatu keseluruhan yang lebih besar
πΆ holonim (keseluruhan)dan meronim
Contoh :- holonim ( komputer), meronim kepada komputer ialah, monitor, CPU, tetikus dan pemacu kilat USB
Perbezaan meronim dan hiponim
ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»
πΆ meronim lebih kepada bahagian² benda
πΆ hiponim lebih kepada jenis2 sesuatu benda
●●●●●●●
POLISEMI
π€ perkataan yang memiliki banyak makna tetapi berbeza apabila digunakan dalam konteks/ayat yang berlainan
Contoh :- *KERING*
> Tidak berair
> tidak basah atau lembap
> tidak mendapat hujan yang agak mencukupi
> tidak berwang
●●●●●●●●
PERUBAHAN MAKNA
1) Perluasan makna
π₯ perkataan yang asalnya mendukung makna yang khusus, diberikan makna yang lebih bersifat umum
Contoh :- JAMBU
Makna asal > sejenis buah
Tetapi di luaskan makna kepada cantik/lawa
2) penyempitan makna
π perkataan yang asalnya memiliki makna yang umum tetapi kemudiannya makna kata itu menjadi lebih khusus
Contoh :- USTAZAH
makna asal > guru wanita
Tetapi disempitkan makna itu dan gelaran ustazah itu hanya kepada guru wanita yang mengajar subjek Pendidikan Islam
[09:19, 31/10/2016] syera: Homonim dan polisme
Persamaan
Ejaan sama
Sebutan sama
Makna lain
Perbezaan
Bentuk homonim yang sama meliputi sebutan atau ejaan, atau kedua-duanya. Homonim termasuklah homofon dan homograf
Manakala
Polisme merupakan satu set makna yang berbeza apabila digunakan dalam konteks yang berlainan
Contoh
Homonim - ketam
Ketam - hidupan dua alam
Ketam - alat menghalus kayu
Ketam - alat menuai padi
Makna ketam ditentukan berdasarkan fungsi
Polisme
Jatuh
- gugur
- turun/merosot
- terbenam (matahari jatuh)
- tumbang
- bankrap
- tidak dapat dipertahankan
- menjadi (jatuh cinta)
Makna jatuh tetap jatuh tetapi berubah apabila digunakan dalam situasi berlainan
Sinonim bagi jatuh - turun
Sinonim untuk turun - jatuh tu berdasarkan makna
Rasanya berbeza berdasarkan konteks penggunaannya dlm ayat...ya ckg Zul
Cth...1. Durian jatuh.....gugur
2. Harga jatuh.....turun/
Merosot
Betul ke ckg Zul?
Polisemi - satu perkataan yang mempunyai beberapa makna; makna itu berubah mengikut konteks. Unsur persamaan makna antara perkataan itu dapat dikesan,, cth : jatuh - turun- terbenam -menjunam, dll. Maknanya perkataan ini dari etomologinya sama.
Homonim - sama bunyi, sama ejaan tapi maknanya jauh berbeza, tiada unsur persamaan. Cth raut (wajah) dan raut dengan maksud menajamkan buluh atau rotan. Kata ini etomologinya berbeza!
Jika ditanya kolokasi
Almari, kerusi, katil berkolokasi dengan perabot
Almari, kerusi, katil merupakan subordinat bagi superordinat perabot
Yang tepatnya, perabot ialah superordinat bagi katil dan almari. Katil dan almari itu hiponim bagi superordinat "perabot".
Yang berkolokai dengan katil ialah tilam! Yang berkolokasi dengan tilam ialah bantal!
[09:20, 31/10/2016] syera: Beberapa contoh kolokasi
Contoh kolokasi mestilah jelas , tepat dan berfokus . Wacananya tidak perlu panjang!
( Unsur yang berkolokasi - dalam kurungan)
1. Dia sampai di sekolah awal. Waktu itu, pengetua, penolong kanan, dan beberapa orang guru sudah tiba. (Sekolah : pengetua, penolong kanan, guru)
2. Budak yang sakit itu dibawa ke klinik. Jururawat telah memberikan ubat yang dipreskripsikan oleh doktor. (Klinik : jururawat, doktor, ubat).
3. Negara itu sedang mengalami musim kemarau yang panjang. Banyak kawasan kering kontang. (Kemarau : kering kontang)
4. Akhbar menyiarkan banyak berita. Dalam akhbar juga ada rencana. (akhbar : berita, rencana)
5. Pengantin sedang berdandan. Upacara bersanding akan diadakan sebentar lagi. (Pengantin: berdandan, bersanding).
6. Ramai mahasiswa asing di negara ini. Kebanyakan mereka menuntut di universiti awam. (mahasiswa: universiti)
7. Petang semalam hujan terlalu lebat. Kuala Lumpur dilanda banjir . ( Hujan lebat: banjir)
8. Majlis perasmian diadakan pada pukul 10:00 pagi. Tetamu mula hadir tetapi juruacara belum tiba. (Majlis : tetamu, juruacara)
9. Dia meminjam wang daripada bank. Faedahnya tinggi. (Bank : meminjam wang, faedah).
10. Ibu di dapur sedang memasak. Pinggan mangkok pula belum berbasuh. (Dapur: memasak, pinggang mangkok).
11. Jalan raya sesak. Lampu isyarat tidak berfungsi. (Jalan raya: lampu isyarat).
No comments:
Post a Comment