Thursday, October 6, 2016

KERANGKA ESEI BM SEM.1 (KESAN PEPERANGAN)

Image result for peperangan      SOALAN : 

Kini, masyarakat dunia sering terdedah kepada ancaman peperangan yang boleh meninggalkan pelbagai kesan kepada kehidupan sejagat. Jelaskan kesan ancaman peperangan kepada kehidupan sejagat.

Pendahuluan:
Konsep Peperangan : 
-Pertelingkahan / perbalahan membabitkan senjata dan kuasa fizikal antara negara, negeri atau kumpulan kumpulan  bersenjata.
-Banyak punca peperangan telah dikenal pasti.
-Peperangan yang berlaku pada hari ini telah meninggalkan pelbagai implikasi buruk kepada kehidupan masyarakat dunia. 
ISI - Kesan peperangan:
IS 1 : Mengancam nyawa atau hidupan- banyak nyawa orang awam melayang, mengalami kecacatan, mati  akibat penyakit yang mudah merebak

IS 2 : Kemusnahan besar harta benda persendirian/awam - rosak. runtuh, terbakar

IS 3 : Peningkatan pelbagai masalah sosial- tekanan perasaan meningkat dalam kalangan kanak-kanak (menjejaskan pembangunan sumber manusia), peningkatan jenayah (rogol, curi), kegiatan harian teijejas

IS 4 : Pembangunan sektor pendidikan terancam- kadar keciciran meningkat, sekolah atau universiti ditutup dan prasarana pendidikan tidak dapat disediakan

IS 5 : Menjejaskan banyak sektor ekonomi-perindustrian, pertanian,pelancongan, perdagangan (krisis ekonomi- inflasi dan pengangguran)

IS 6 : Krisis makanan dan kesihatan- kurang bahan makanan, ubat-ubatan, kebuluran dan penularan pelbagai penyakit

Penutup:

-Peperangan meninggalkan banyak implikasi negarif kepada kehidupan sejagat.
-Kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan sesebuah hidup sesebuah Negara bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin dan rakyat.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...