Tuesday, October 18, 2016
SEMANTIK SEKILAS LALU.
*SEMANTIK*
π Konsep penting
Kajian berkenaan dengan makna sesuatu perkataan, frasa, dan ayat dalam sesuatu bahasa yang digunakan dalam komunikasi lisan atau tulisan
»»»»»»»»»»»»»
*Denotatif* dan *konotatif*
Denotatif - makna sebenar/makna asal/makna tersurat bagi sesuatu perkataan/frasa
Contoh :- kumbang
Sejenis haiwan
Konotatif - makna tersirat/makan tambahan bagi sesuatu perkataan/frasa
Contoh :- kumbang
Merujuk kepada lelaki/jejaka
»»»»»»»»»»»»»
*Konsep, perkataan, dan rujukan*
Hubung kait antara konsep atau makna sesuatu perkataan, lambangnya, dengan benda atau perkara yang dirujuk
πΌ Rajah Segi Tiga Semiotik
Lambang - *L*aju
Konsep - *K*au
Benda - *B*erlari
❣Hubungan antara lambang/perkataan dengan konsep/makna bersifat langsung
❣hubungan antara konsep/makna dengan rujukan/benda bersifat langsung
❣hubungan antara bunyi/lambang dengan rujukan/objek bersifat tidak langsung (garis putus²)
»»»»»»»»»»»»»»»
*Perkaitan makna dari segi leksikal*
1) sinonim
2) antonim
3) hiponim
4) homonim
5) meronim
6) polisemi
●●●●●●●●●
SINONIM
π Perkataan/frasa yang maknanya *sama* dan *hampir sama* dengan perkataan atau frasa yang lain
Contoh :- bersih bersinonim dengan *tidak dicemari*
π bersifat 2 hala
π ada kalanya kata² yang bersinonim tidak mempunyai kesamaan makna seratus peratus ( berbeza mengikut konteks ayat)
Contoh :- terpekik, melolong, bertempik, menjerit
ππ» hampir sama tetapi berbeza mengikut konteks ayat
●●●●●●●●●●
ANTONIM
π berlawanan makna
π bersifat 2 hala
π terdapat banyak pada golongan adjektif
Contoh :- kasar berlawanan dengan halus
●●●●●●●●●
HIPONIM
π¬ item² linguistik yang perkaitannya dapat dilihat dari sudut umum dan khusus
π¬ hubungan 1 hala
π¬ superordinat + subordinat
Contoh :-
Superordinat -> baju
Subordinat -> baju kurung, baju melayu etc
●●●●●●●●
HOMONIM
πperkataan/ungkapan yang mempunyai sebutan dan ejaan yang sama tetapi berbeza maksud
Contoh :- Daki (kotoran), daki ( perbuatan memanjat)
Homonim meliputi homofon dan homograf
ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»
HOMOFON (bunyi)
π Sama bunyi, berbeza ejaan, makna berbeza
Contoh :- kuota (bilangan maksimum yang diperuntukkan), kota (bandar)
HOMOGRAF
πSebutan berbeza, ejaan sama, makna berbeza
Contoh :- perang (perkelahian), perang (warna kuning-kekuningan)
●●●●●●●●●
MERONIM
πΆ sebahagian daripada sesuatu keseluruhan yang lebih besar
πΆ holonim (keseluruhan)dan meronim
Contoh :- holonim ( komputer), meronim kepada komputer ialah, monitor, CPU, tetikus dan pemacu kilat USB
Perbezaan meronim dan hiponim
ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»
πΆ meronim lebih kepada bahagian² benda
πΆ hiponim lebih kepada jenis2 sesuatu benda
●●●●●●●
POLISEMI
π€ perkataan yang memiliki banyak makna tetapi berbeza apabila digunakan dalam konteks/ayat yang berlainan
Contoh :- *KERING*
> Tidak berair
> tidak basah atau lembap
> tidak mendapat hujan yang agak mencukupi
> tidak berwang
●●●●●●●●
PERUBAHAN MAKNA
1) Perluasan makna
π₯ perkataan yang asalnya mendukung makna yang khusus, diberikan makna yang lebih bersifat umum
Contoh :- JAMBU
Makna asal > sejenis buah
Tetapi di luaskan makna kepada cantik/lawa
2) penyempitan makna
π perkataan yang asalnya memiliki makna yang umum tetapi kemudiannya makna kata itu menjadi lebih khusus
Contoh :- USTAZAH
makna asal > guru wanita
Tetapi disempitkan makna itu dan gelaran ustazah itu hanya kepada guru wanita yang mengajar subjek Pendidikan Islam
※※※※※※※
Monday, October 10, 2016
RANGKA ESEI BM SEM. 1 (BISNES ONLINE)
SOALAN:
Perniagaan e-dagang pada masa ini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Melalui e-dagang, perniagaan dilakukanhanya perlu menekan butang yang hanya di hujung jari anda. Bincangkan kebaikan dan keburukan perniagaan secara online ini.
Pendahuluan.
-Perniagaan e-dagang - perniagaan secara elektronik / dalam talian / online.
-Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan kemajuan teknologi komunikasi.
-Perniagaan jenis ini kini mendapat sambutan.
-Model perniagaan ini ada kebaikan dan keburukannya.
ISI (Kebaikannya)
1. Mudah dan cepat - tidak perlu ke pasaraya /komplek beli belah
- tak perlu bawa wang dan beratur
2. Peniaga tak perlu kos yang tinggi - tak perlu ruang / premis yang besar
- tak perlu pekerja yang banyak
- tidak perlu bayar bil letrik yang tinggi
3. Pasaran produk meluas - dalam dan luar negara
ISI (Keburukan)
1. Pengguna terdedah risiko penipuan - kualiti yang diperolehi berbeza dengan yang diiklan
- barang tak sampai / dll
2. Terdedah kepada berlakunya jenayah siber - penggunaan kad kredit
3. Dalam jangka panjang, e-dagang dapat menambah kadar pengangguran negara
4. Kawalan untuk urus niaga sukar dilakukan oleh pihak berkuasa.
PENUTUP
- Perniagaan secara online secara umumnya ada kebaikan dan keburukannya.
-Kawalan dan pemantauan aktiviti perniagaan ini perlu dilakukan oleh pihak yang berkuasa secara berterusan / berkala.
- Memastikan pelaksanaan urusan aktiviti perniagaan baik peniaga atau pengguna berlaku dengan baik.
Thursday, October 6, 2016
RANGKA ESEI BM SEM.1 (KUALITI TENAGA KERJA)
Soalan:
Pekerja yang berkualiti menjadi aset penting kepada sesebuah organisasi dan negara. Setiap majikan memiliki tanggungjawab dalam menjaga kebajikan pekerjanya. Bincangkan fungsi majikan dalam meningkatkan kualiti tenaga kerja di negara kita.
Pendahuluan :
- Konsep tenaga kerja yang berkualiti.
- dapat meningkat produktiviti.
- majikan bertanggungjawab secara langsung dalam meningkatkan kualiti tenaga pekerjanya.
Isi :
- memberi jaminan keselamatan bagi para pekerjanya...penjagaan, cctv, peralatan
- kebajikan pekerjanya...berkaitan dengan masalah kewangan, tabungan atau dana
- menambah kecekapan / kemahiran / ketrampilan ... kursus, program latihan lanjutan
- program bantuan pekerja... perkhidmatan kaunseling / runding cara untuk pekerja bermasalah
- memberi penghargaan kepada pekerja ... bonus, hadiah, peluang bercuti, kenaikan gaji
- perkhidmatan kesihatan percuma... klinik panel, perlindungan insuran kesihatan
- meningkatkan hubungan erat antara majikan dengan pekerja ... hari keluarga
- menyediakan kemudahan prasarana / infrastruktur di tempat kerja ... pusat asuhan, musalla dll.
Penutup :
- Majikan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kualiti pekerja.
- majikan dan pekerja perlu saling bekerjasama / bantu-menbantu / bertolak ansur
- organisasi yang mantap dapat membantu kemajuan negara
KERANGKA ESEI BM SEM.1 (KESAN PEPERANGAN)
SOALAN :
Kini,
masyarakat dunia sering terdedah kepada ancaman peperangan yang boleh
meninggalkan pelbagai kesan kepada kehidupan sejagat. Jelaskan
kesan ancaman peperangan kepada kehidupan sejagat.
Pendahuluan:
Konsep Peperangan :
-Pertelingkahan / perbalahan membabitkan senjata dan kuasa fizikal
antara negara, negeri atau kumpulan kumpulan bersenjata.
-Banyak punca peperangan telah dikenal pasti.
-Peperangan yang berlaku pada hari ini telah
meninggalkan pelbagai implikasi buruk kepada kehidupan masyarakat dunia.
ISI - Kesan peperangan:
ISI - Kesan peperangan:
IS 1 : Mengancam
nyawa atau hidupan- banyak nyawa orang awam melayang, mengalami kecacatan, mati akibat penyakit yang mudah merebak
IS 2 : Kemusnahan
besar harta benda persendirian/awam - rosak. runtuh, terbakar
IS 3 : Peningkatan
pelbagai masalah sosial- tekanan perasaan meningkat dalam kalangan kanak-kanak
(menjejaskan pembangunan sumber manusia), peningkatan jenayah (rogol, curi),
kegiatan harian teijejas
IS 4 : Pembangunan
sektor pendidikan terancam- kadar keciciran meningkat, sekolah atau universiti ditutup dan prasarana
pendidikan tidak dapat disediakan
IS 5 : Menjejaskan
banyak sektor ekonomi-perindustrian, pertanian,pelancongan, perdagangan (krisis ekonomi-
inflasi dan pengangguran)
IS 6 : Krisis
makanan dan kesihatan- kurang bahan makanan, ubat-ubatan, kebuluran dan
penularan pelbagai penyakit
Penutup:
-Peperangan meninggalkan banyak implikasi
negarif kepada kehidupan sejagat.
-Kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan
sesebuah hidup sesebuah Negara bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin dan
rakyat.
Subscribe to:
Posts (Atom)