Tuesday, May 17, 2016

PERMULAAN MENULIS ESEI PENGGAL 1




  Penulisan Esei Semester 1 .

Pelajar-pelajar Pra-U Penggal 1 Sesi 2016/17 perlu berlatih untuk mengolah isi karangan supaya karangan lebih mantap. Berikut disenaraikan beberapa cadangan isu tajuk esei dan bentuk tugasan soalan untuk dijadikan  latihan.
Bentuk Tugasan Soalan Esei
  • Bincangkan

  (Ada 3 kemungkinan untuk menjawab soalan bentuk ini iaitu, pertama calon perlu menjelaskan dari aspek kebaikan/keburukan atau pro dan kontra tentang sesuatu perkara)
  • Huraikan = jelaskan = terang = perincikan
 (Kehendak soalan adalah jelas, iaitu calon memberi penjelasan, huraian, perincian ataupun penerangan tentang isu yang menjadi fokus sesuatu soalan)
 
  • Berikan ulasan/pandangan/pendapat
  (Jawapan calon untuk soalan bentuk ini agak umum.Calon menyatakan pendirian sama ada baik/buruk atau wajar/tidak wajar sesuatu yang menjadi persoalan dan juga bergantung kepada mesej penyataan dari soalan yang diberikan. Kemukakan hujah/ulasan kebaikan / keburukan atau wajar / tidak wajar.)
  • Berikan cadangan
  ( Isi mestilah bersifat cadangan bukan sesuatu yang telah dibuat ataupun dilakukan.Kata-kata kunci yang bersifat cadangan yang wajib calon gunakan antara lainnya ialah hendaklah, wajar sekali, perlu, mesti, seharusnya, sepatutnya dan seumpamanya.Jangan menggunakan kata "telah" kerana kata itu tidak mendukung cadangan tetapi menyatakan perkara yang telah berlaku. Seandainya cadangan tersebut telah dilakukan, calon perlu menggunakan perkataan seperti banyakkan lagi, giatkan lagi, tambahkan lagi, pertingkatkan lagi, perhebatkan lagi dan sebagainya. Hal ini bererti calon ingin perlaksanaannya ditambah ataupun diperluaskan.
  • bahaskan
  (Soalan ini bersifat argumentatif. Calon harus menulis dalam 2 sudut pandangan atau perspektif. Pemberatan isi yang dikemukakan seharusnya  2: 3 atau 3: 2. Isi yang menyokong atau menyangkal mestilah dengan hujah yang kukuh dan bernas.
  • sejauh manakah
Bil
Isu yang Dicadangkan / Bidang Tajuk Esei
Tugasan Soalan
1.
Peningkatan harga barang (ekonomi)

2.
Pusat Pendidikan Serantau (pendidikan)

3.
Kepentingan Kemudahan Sukan (sukan)

4.
Masalah Pencemaran Bahasa (bahasa)

5.
Baik Buruk Penggunaan Internet (sains dan teknologi)

6.
Masalah Pembuangan Bayi (kemanusiaan & kemasyarakatan)

7.
Pelaburan asing (ekonomi)

8.
Kebaikan atau Keburukan Institusi Pendidikan Swasta (pendidikan)

9.
Penganjuran Sukan Di Peringkat Antarabangsa (sukan)

10.
Peranan Filem (seni/budaya)

11.
Negara Perindustrian Baharu (teknologi)

12.
Masalah Jenayah (kemanusiaan & kemasyarakatan)

13.
Penggunaan Kad Kredit (ekonomi)

14.
Permasalahan Sastera Melayu Lama (sastera)

15.
Gejala Vandalisme (kemanusiaan & kemasyarakatan)

16.
Fenomena Pemanasan Global (alam sekitar)

17.
Penguasaan Wanita dalam Perkhidmatan Awam (kemanusiaan & kemasyarakatan)

18.
Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (kemanusiaan & kemasyarakatan)

19.
Kepentingan Internet (teknologi)




Berdasarkan isu-isu karangan yang telah dicadangkan tadi, pelajar-pelajar perlulah memikirkan fokus soalannya dengan berdasarkan bentuk tugasan soalan esei yang disenaraikan di atas. Pelajar-pelajar perlu mencari isi-isi penting dan berlatih membuat karangan sendiri berdasarkan fokus soalan tersebut. Hal ini demikian dapat membantu pelajar untuk menulis karangan atau esei.

Monday, May 16, 2016

BIAR LAMBAT, JANGAN TAK DAPAT.


Image result for slow but sure
1.Cari contoh kata prafrasa dan pascafrasa.

   Indah betul Pekan Sedili,
      Tempat orang menjual ikan,
Dapat bakul berisi cili,
   Memang tak habis kalau dimakan

2.Berikan satu contoh KA yang menerima akhiran pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi dan bina     satu ayat tunggal dari kata tersebut.

3.Bina ayat yang yang mengandungi KKTT:

          (a) tanpa pelengkap
          (b) berpelengkap
          (c) berpenerang

4.Nyatakan perbezaan antara apitan meN…-I dan meN…-kan serta bina satu ayat yang dapat menunjukkan perbezaan tersebut?

5.Berikan satu contoh frasa eksosentrik berdasarkan binaan KA+KA dan KA+KN.

6. “Jejaka   tinggi lampai   itu pemain bola sepak pasukan Kelantan.”

     Nyatakan fungsi frasa “tinggi lampai” dalam ayat di atas.

7.Apakah maksud proses :

          (a) peluasan
          (b) pengguguran
          (c) penyusunan semula

8.Bina ayat yang mengandungi KK berapitan ke-…-an yang membawa maksud:

          (a)  ditimpa akibat atau kesan sesuatu
          (b)  berlaku sesuatu seperti yang dimaksud oleh kata dasar

9.Jelaskan persamaan dan perbezaan antara ayat dasar dengan ayat tunggal.

10. Bina ayat yang mengalami proses pengguguran :

      (a) Pengguguran FN sebagai inti FN subjek
      (b) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk

11.Bina satu ayat bagi jenis ayat Tanya berikut:

         (a) Ayat tanya terbuka
         (b) Ayat tanya tertutup

12.Nyatakan perbezaan antara KKT dengan KKTT.

13.Bina satu ayat yang mengandungi objek tepat dan objek sipi.

14.Bina satu ayat bagi mewakili yang berikut di bawah:

     (a) Pendepanan FK
     (b) Pendepanan FA

15.Bina FN yang binaannya seperti berikut :

    (a) inti + penerang nama kegunaan
    (b) inti  + penerang nama perkara
    (c) inti  + penerang nama penyambut

16.Nyatakan perbezaan antara singkatan dengan akronim.

17.Berikan cara penulisan akronim beserta dengan contohnya sekali.

18.Nyatakan dalam bentuk konstituen terdekat bagi ayat berikut:

     (a) Beruk Mat Yeh sedang panjat pokok.
     (b)Mat Yeh, beruk sedang panjat pokok.

19.Bina rajah pohon berdasarkan ayat di bawah:

    (a) Mamat dan Minah sangat ceria.

20.Bina ayat pasif berdasarkan pernyataan di bawah:

    (a) dengan imbuhan KK pasif ‘ter’
    (b) dengan imbuhan ‘di’ bukan KGN diri orang ketiga
    (c) dengan kata ‘kena’ yang hadir sebelum KK


21. Cari kesalahan bahasa, sebab kesalahan dan perbetulkan kesalahan tersebut.


Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sektor pengajian tinggi negara dari segi penyediaan peluang pengajian dan penjimatan pertukaran wang asing. Pengalaman luas IPTS dalam mengadakan beberapa program pendidikan telah membuka peluang untuk IPTS melaksanakan program kerjasama, sama ada dengan institusi pengajian tinggi awam (1PTA) mahupun dengan institusi pengajian tinggi luar negara. Sehubungan itu, Malaysia telah dianggap sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Rakyat Malaysia yakin IPTS mampu berganding bahu dengan IPTA dalam memartabatkan pendidikan negara.

Wednesday, May 4, 2016

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR BARU PRA U LANAS 2016.

SMK Ayer Lanas (4 Mei 2016)Rabu: Pra Universiti Lanas pada hari ini mengadakan 
Majlis Pendaftaran Pelajar Baru sesi 2016/2017. Majlis pada hari ini dimulai dengan ceramah oleh En. Meor Mohamad Zain, Penolong PPD Jeli, Bahagian Pengurusan Sekolah berkaitan dengan Kehebatan melanjutkan pelajaran di peringkat Pra Universiti. Mengikut surat tawaran yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pelajar yang ditawarkan untuk mendaftar di Pra U Lanas untuk sesi 2016/2017 adalah seramai 280 orang semuanya.
                 Aturcara seterusnya adalah ucapan dari Penasihat Pra U Lanas, selaku Pengetua SMK Ayer Lanas iaitu Encik Mohd. Azahar bin Hashim. Dalam ucapannya beliau sedikit sebanyak menyentuh tentang eksistensi Pra U Lanas dalam menghadapi dunia yang begitu mencabar sekarang ini.
                Perasmian majlis disempurnakan oleh Tuan Ketua PPD Jeli, Tn. Hj. Idris Hamat. Dalam ucapannya, beliau menggesa baik pelajar baru ataupun pelajar lama supaya masing-masing berusaha dengan kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan. Berusaha untuk berubah dari yang baik kepada yang lebih baik demi kerjaya pelajar pada masa akan datang.
                      Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Pra U Lanas untuk sesi 2016/2017.
 Ucapan alu-aluan Tn. Azahar, Penasihat Pru Universiti Lanas

Perasmian oleh Tn. Hj. Idris, Ketu PPD Jeli.
 Penyampaian cenderamata.
 Ceramah motivasi oleh En. Meor Mohd. Zain.
 Pendaftaran pelajar baru .
 Pendaftaran pelajar baru.
 Ibu bapa pelajar baru
 Pendaftaran.
 Pendaftaran.



Monday, May 2, 2016

SEMAK DI SINI : ANALISIS SEM.II STPM BAHASA MELAYU (2013-2015).

Image result for Analisis soalan bm stpm
ANALISIS SOALAN BAHAGIAN B  BAHASA MELAYU
STPM SEM.II.


2013
2013 (U)
2014
2014 (U)
2015
2015 (U)
          31
Menyatakan kata dan contoh kata ganti nama pada X dan Y.
Rajah Morfologi
Dua ciri morfem
- bina perkataan
(i)    satu morfem bebas+ tiga morfem terikat
(ii)    Dua morfem bebas+ satu morfem terikat terbahagi.
-    Menyatakan bentuk kata dan golongan kata.
-   belajar
-   rakan-rakan
-   Definisi morfologi
-   perkataan yang menepati (v) awalan+kata dasar.
a.   Berikan jenis morfem terikat bagi X dan Y.
b.   Satu contoh morfem terikat.
         32
Imbuhan apitan
- namakan jenis apitan dan kategorikannya.
Jenis gandaan bagi contoh kata ganda.
-   Menyatakan kata tugas.
-   menyatakan jenis kata tugas.
-   satu contoh kata tugas.
- fungsi kata dalam
Ayat.
a.   Bentuk kata X
b.   Dua jenis kata majmuk.
a.   Proses morfologi bagi X.
b.   Menyatakan satu cara pembentukan kata yang terhasil melalui X dan contoh perkataan.
          33
Jenis kata bilangan yang terdapat dalam ayat
Bina ayat- kata pemeri ialah/adalah
Cara pembentukan akronim dan berikan satu contoh bagi setiap cara tersebut.
Bina ayat apitan ke...an
a.   kata nama
b.   kata kerja
c.   kata adjektif
Frasadjektif
a.   Kategori darjah X.
b.   bina ayat gramatis- dengan kata adjektif bagi darjah bandingan yang sama.
c.   bina satu ayat gramatis yang menggunakan kata penguat bagi menyatakan darjah bandingan yang berbeza.
Bina ayat:
a.   kata maha sebagai imbuhan.
b.   kata maha sebagai penguat.
         34
Fungsi frasa bagi ayat yang bergaris
Kenal pasti tiga kata tugas yang berlainan jenis.
a.   Berikan contoh setiap jenis frasa, FA dan FK
b.   Tulis satu klausa tak bebas.
c.   Tulis satu ayat komplemen FK.
a.   Hukum D-M
b.   Contoh frasa yang binaannya mematuhi hukum D-M
c.   Contoh frasa- kekecualian hukum D-M
Fungsi imbuhan bagi perkataan:
(i)    menarik
(ii)    kehilangan
(iii)    keinggerisan
Berikan konsep ayat.
          35
Bina ayat- klausa bebas/ tak bebas
-   jenis kata kerja dalam ayat.
-   fungsi kata dalam ayat.
a.   Menyatakan pola ayat.
b.   Fungsi FSN dalam ayat.
Menyatakan subjek dan predikat
-   Menyatakan bentuk ayat.
-   tulis klausa yang membina ayat
Tulis klausa yang membina ayat dan namakan jenisnya


                                  2013                   2013(U)            2014                2014(U)               2015                                                                                                                                                           
          36
Contoh ayat yang mengalami proses; Pendepanan seluruh predikat, pendepanan sebahagian predikat
Fungsi sintaksis bagi FSN
- menyatakan subjek bagi ayat.
a.   Tulis ayat penyata menjadi dua bentuk ayat tanya
b.   Bina ayat- kata tanya, kata ganti nama diri tanya, frasa sendi nama tanya.
Bina satu frasa sendi nama berdasarkan setiap binaan.
a.   kata sendi nama+ frasa nama
b.   kata sendi nama+ kata arah+ frasa nama
c.   kata sendi nama+ kata arah+ frasa nama+ frasa keterangan
a.   Menyatakan subjek bagi ayat.
b.   Menyatakan frasa utama bagi subjek ayat.
c.   mengenal pasti FN yang terdiri daripada binaan "inti+penerang nama jenis" dalam ayat.
Tukarkan ayat aktif transitif yang diberi kepada ayat aktif yang mengandungi satu objek.
          37
Proses penerbitan ayat
Konstituen ayat yang perlu digugurkan
-bina ayat berdasarkan setiap binaan

Asingkan ayat kepada klausa bebas dan klausa tak bebas.
a.   Namakan jenis ayat perintah bagi P.
b.   Bina satu ayat perintah yang sesuai bagi Q.
Menyatakan jenis penyusunan semula bagi ayat X dan ayat Y.
          38
Rajah pohon- bina ayat, bina rajah pohon






ANALISIS KESALAHAN BAHASA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...