Sunday, May 10, 2015

SOALAN STRUKTUR BAHASA MELAYU SEMESTER II.


Soalan Struktur

              I                                     II
            wang                           di atas meja tulis
            sungai                          yang terpanjang di dunia
            senjata                         gencatan senjata terbaru
            sajak                            sebuah sajak karya agung

 1. a) Apakah binaan bagi I dan II? 
      b) Di manakah kedudukan I dan II dalam tatatingkat tatabahasa? 
      c) Jelaskan ciri-ciri binaan dalam senarai II itu. 

                                        I    kereta   berkereta
                                       II    baju  >  berbaju
                                       III   kilat >  berkilat
                                       IV   kemas   >  berkemas

2.  (a) Nyatakan fungsi imbuhan "ber..." dalam contoh perkataan di atas. 
     (b) Apakah maksud imbuhan tersebut dalam perkataan itu?  
     (c) Apakah golongan kata bagi kata dasar perkataan III dan IV? 

                                     I  - "-nya"  sebagai pembenda
                                    II  - "-nya" sebagai penekan
                                    III - "-nya"  sebagai pemunya

3. (a) Buat ayat yang mengandungi perkataan yang menggunakan partikel
           "-nya" dengan maksud seperti di atas.
      (b) Selain "-nya", berikan satu contoh  partikel lain yang terdapat dalam bahasa
            Melayu. 

                                    peN + proses + an
                                    peN + taksir + an
                                    peN + tauliah + an

4 (a) Apakah perkataan yang terhasil daripada proses di atas?
    (b) Apakah alomorf yang hadir dalam proses  tersebut? 
   (c) Jika perkataan yang bermula dengan bunyi di atas , iaitu /t/ dan /p/ itu
    merupakan perkataan asli bahasa Melayu, apakah alomorf yang terhasil
    daripada proses tersebut? 

                                    I - Ayat tanya terbuka
                                  II - Ayat tanya tertutup

5.Buat dua ayat yang berbeza kata tanyanya untuk setiap  jenis ayat tanya I dan II


Ayat I
Ayat II
Ayat III
Usah berdegil
Jemput masuk dahulu!
Tolong jaga dengan baik!
Jangan berdendam
Anda sekalian, ambillah tempat masing-masing!
Semoga Allah memakbulkan doa.

3   6.  Namakan jenis ayat dalam ruang I, II dan III. 

                   I  -     Saya bela kucing itu baik-baik.
                  II  -   Jiwa mereka disaluti semangat kenegaraan.

7.  Huraikan persamaan dan perbezaan ayat di atas.

                   I - Sewaktu saya kecil, di kampung itu kami menetap.

8.  Jelaskan binaan ayat di atas. 


Soalan 
Baca petikan di bawah ini, kenal pasti kesalahan bahasa yang terkandung di dalamnya, jelaskan sebab kesalahan dan buatkan pembetulannya.

Sejak  sedekad yang lalu harga logam merah atau emas telah meningkat dengan amat ketara. Berbanding dengan harganya pada sekitar tahun 1980an, kini harga logam tersebut naik berlipat ganda, iaitu mencecah harga melebih RM145 bagi satu gram.  Bagi  yang telah membeli emas dengan banyak, kini mampu meraih keuntungan yang lumayan. Dalam kata lain, membeli emas merupakan satu jenis pelaburan yang boleh menjamin keuntungan, terutamanya untuk jangka panjang. Kerana itulah sesetengah orang mengatakan bahawa wanita  gemar membeli barang kemas sebenarnya merupakan wanita yang suka melabur.



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Cadangan Jawaban:
1. a) I ialah kata. II ialah frasa
   b) "kata" menduduki hieraki paling bawah atau paling rendah dalam
        tatatingkat tatabahasa, manakala "frasa" pula, pada tatatingkat selepas kata.
    c) Binaan dalam senarai II terdiri daripada serangkai perkataan yang
        berfungsi sebagai satu satuan dalam ayat, boleh berfungsi sebagai subjek atau predikat. Binaan           itu sendiri tidak mempunyai subjek atau predikat.

2. (a) Imbuhan "ber..." berfungsi mengubah golongan kata.
    (b) I - membawa maksud memakai atau menggunakan
     II - membawa maksud memakai
    III - membawa maksud mengeluarkan atau mempunyai
    IV -  membawa maksud melakukan sesuatu perbuatan
    (c) III   ialah kata nama.   IV  ialah kata adjektif
                                    
3. (a) I -  Perginya dengan membawa hati yang duka  II - Sememangnya saya
    tidak berminat dengan usul itu.  III - Dia membawa ibunya bersiar-siar.
    (b) Partikel yang lain ialah "-tah", "-kah" dan "pun" 
                      
4. (a) Pemprosesan, pentaksiran dan pentauliahan.
    (b) Alomorf yang akan hadir ialah  {pem-} dan {pen-}
    (c) Alomorf yang hadir ialah {pem-} dan {pen-} tetapi huruf awal perkataan
    yang menerima imbuhan itu akan gugur, misalnya "pe+pahat" menjadi
    "pemahat" dan "pe+tari" menjadi "penari"

5.
Contoh ayat tanya terbuka :
Siapakah bapa kamu?
Apakah yang kamu bawa itu?
Contoh ayat tanya tertutup :
Diakah yang kamu cari?
Bukankah itu buku kamu?

  6.              I -  ialah ayat larangan
                  II-  ialah ayat silaan
                 III- ialah ayat permintaan
 
 7.               Persamaannya ialah kedua-dua ayat itu ialah ayat pasif yang mengutamakan objek. Kedua-        duanya juga terkategori sebagai ayat terbitan. Perbezaannya ialah ayat I merupakan ayat pasif          kata ganti diri pertama yang mengalami penyongsangan. Ayat asalnya ialah “Kucing itu saya bela   baik-baik’. Ayat itu kemudian disongsangkan dengan mengedepankan pelakunya, iaitu “saya”.  

  Ayat II pula ialah ayat pasif kata ganti diri ketiga, mengikut susunan “Objek + KK pasif + Subjek”  dengan kata sendi “oleh” digugurkan.

8.      Ayat itu ialah ayat songsang. Ayat susunan biasanya ialah “Kami menetap di kampung itu semasa sa ya kecil.” Ayat ini mengalami penyongsangan dengan pendepanan unsur keterangan predikat.

Soalan 39
Bil
Kesalahan
Sebab kesalahan
Pembetulan
1
1980an
Salah ejaan. Jika angka diikuti oleh huruf, maka tanda sempang perlu digunakan untuk menghubungkan kedua-duanya
1980-an
2
Bagi yang telah membeli emas dengan banyak kini mampu meraih…
Ayat tergantung kerana tiada subjek yang jelas.
Bagi yang telah membeli emas dengan banyak, mereka mampu meraih…
3
Dalam kata lain…
Salah penggunaan kata sendi nama. Penggunaan kata sendi nama “dalam” pada frasa itu menunjukkan pengaruh bahasa Inggeris. Untuk menunjukkan “cara”, kata sendi “dengan” lebih sesuai digunakan.
Dengan kata/perkataan lain…
4
…bahawa wanita gemar membeli….
Tidak menggunakan kata relatif untuk menunjukkan subjek menerima penerang klausa relatif.
…bahawa wanita yang gemar…



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...