Wednesday, May 13, 2015

SOALAN LATIHAN PENGGAL II

AYAT MAJMUK

1. Berasarkan pemerhatian dan pengalaman saya ketika berada di luar negara, saya ingin menceritakannya. Saya akan memberikan gambaran tentang pengalaman saya sendiri dengan ungkapan dan kata-kata yang sesuai. Manalah tahu kalau-kalau hasil tulisan saya nanti mampu menarik pelajar-pelajar.

(a) Apakah jenis ayat majmuk yang terdapat dalam petikan di atas ? Tuliskan ayat tersebut.
(b) Apakah jenis cantuman klausa bagi ayat majmuk campuran dalam petikan di atas ?

2.
         Ayat P  :  Ibu mengingatkan kami bahawa kami perlu pulang awal.
          Ayat Q :  Kami tidak mengetahui lelaki itu berasal dari mana.
          Ayat R :  Bapa menekuni membaca al-Quran setiap malam.

Apakah jenis ayat majmuk komplemen bagi ayat-ayat di atas?

3. Bina ayat majmuk daripada ayat yang diberikan dengan memancangkan klausa (ii) ke dalam klausa   (i) untuk membentuk ayat majmuk relatif, ayat majmuk komplemen dan ayat majmuk keterangan.

a. (i) Adik memakai baju.
     (ij) Baju itu berwarna merah.

Ayat majmuk relatif:..................................................................

b- (i) Saya membaca buku itu.
     (ii) Ahmad membeli buku itu.

Ayat majmuk relatif:.................................................................

c.  (i) Cikgu mengingatkan kami.
     (ii) Latihan itu perlu disiapkan segera.

Ayat majmuk komplemen:................................................

d. (i) Bapa tidak akan pergi ke rumah kenduri.
     (ii) Adik masih sakit.

Ayat majmuk keterangan:.........................................................

e. (i) Kita perlu berhati-hati.
    (ii) Kita mengatasi masalah itu.

Ayat majmuk keterangan:.........................................................

4 Cantumkan ayat-ayat yang berikut supaya menjadi dua ayat majmuk.


Wujudnya industri berat di Malaysia memberikan faedah. Faedah itu besar kepada penduduk negara kita. Faedah itu dari segi peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan itu banyak. Tumbuhnya pelbagai industri sampingan. Industri sampingan berkaitan dengan sesuatu projek industri berat. Industri sampingan akan menjana pendapatan negara.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...