Wednesday, May 13, 2015

SOALAN LATIHAN PENGGAL II

AYAT MAJMUK

1. Berasarkan pemerhatian dan pengalaman saya ketika berada di luar negara, saya ingin menceritakannya. Saya akan memberikan gambaran tentang pengalaman saya sendiri dengan ungkapan dan kata-kata yang sesuai. Manalah tahu kalau-kalau hasil tulisan saya nanti mampu menarik pelajar-pelajar.

(a) Apakah jenis ayat majmuk yang terdapat dalam petikan di atas ? Tuliskan ayat tersebut.
(b) Apakah jenis cantuman klausa bagi ayat majmuk campuran dalam petikan di atas ?

2.
         Ayat P  :  Ibu mengingatkan kami bahawa kami perlu pulang awal.
          Ayat Q :  Kami tidak mengetahui lelaki itu berasal dari mana.
          Ayat R :  Bapa menekuni membaca al-Quran setiap malam.

Apakah jenis ayat majmuk komplemen bagi ayat-ayat di atas?

3. Bina ayat majmuk daripada ayat yang diberikan dengan memancangkan klausa (ii) ke dalam klausa   (i) untuk membentuk ayat majmuk relatif, ayat majmuk komplemen dan ayat majmuk keterangan.

a. (i) Adik memakai baju.
     (ij) Baju itu berwarna merah.

Ayat majmuk relatif:..................................................................

b- (i) Saya membaca buku itu.
     (ii) Ahmad membeli buku itu.

Ayat majmuk relatif:.................................................................

c.  (i) Cikgu mengingatkan kami.
     (ii) Latihan itu perlu disiapkan segera.

Ayat majmuk komplemen:................................................

d. (i) Bapa tidak akan pergi ke rumah kenduri.
     (ii) Adik masih sakit.

Ayat majmuk keterangan:.........................................................

e. (i) Kita perlu berhati-hati.
    (ii) Kita mengatasi masalah itu.

Ayat majmuk keterangan:.........................................................

4 Cantumkan ayat-ayat yang berikut supaya menjadi dua ayat majmuk.


Wujudnya industri berat di Malaysia memberikan faedah. Faedah itu besar kepada penduduk negara kita. Faedah itu dari segi peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan itu banyak. Tumbuhnya pelbagai industri sampingan. Industri sampingan berkaitan dengan sesuatu projek industri berat. Industri sampingan akan menjana pendapatan negara.

Sunday, May 10, 2015

SOALAN STRUKTUR BAHASA MELAYU SEMESTER II.


Soalan Struktur

              I                                     II
            wang                           di atas meja tulis
            sungai                          yang terpanjang di dunia
            senjata                         gencatan senjata terbaru
            sajak                            sebuah sajak karya agung

 1. a) Apakah binaan bagi I dan II? 
      b) Di manakah kedudukan I dan II dalam tatatingkat tatabahasa? 
      c) Jelaskan ciri-ciri binaan dalam senarai II itu. 

                                        I    kereta   berkereta
                                       II    baju  >  berbaju
                                       III   kilat >  berkilat
                                       IV   kemas   >  berkemas

2.  (a) Nyatakan fungsi imbuhan "ber..." dalam contoh perkataan di atas. 
     (b) Apakah maksud imbuhan tersebut dalam perkataan itu?  
     (c) Apakah golongan kata bagi kata dasar perkataan III dan IV? 

                                     I  - "-nya"  sebagai pembenda
                                    II  - "-nya" sebagai penekan
                                    III - "-nya"  sebagai pemunya

3. (a) Buat ayat yang mengandungi perkataan yang menggunakan partikel
           "-nya" dengan maksud seperti di atas.
      (b) Selain "-nya", berikan satu contoh  partikel lain yang terdapat dalam bahasa
            Melayu. 

                                    peN + proses + an
                                    peN + taksir + an
                                    peN + tauliah + an

4 (a) Apakah perkataan yang terhasil daripada proses di atas?
    (b) Apakah alomorf yang hadir dalam proses  tersebut? 
   (c) Jika perkataan yang bermula dengan bunyi di atas , iaitu /t/ dan /p/ itu
    merupakan perkataan asli bahasa Melayu, apakah alomorf yang terhasil
    daripada proses tersebut? 

                                    I - Ayat tanya terbuka
                                  II - Ayat tanya tertutup

5.Buat dua ayat yang berbeza kata tanyanya untuk setiap  jenis ayat tanya I dan II


Ayat I
Ayat II
Ayat III
Usah berdegil
Jemput masuk dahulu!
Tolong jaga dengan baik!
Jangan berdendam
Anda sekalian, ambillah tempat masing-masing!
Semoga Allah memakbulkan doa.

3   6.  Namakan jenis ayat dalam ruang I, II dan III. 

                   I  -     Saya bela kucing itu baik-baik.
                  II  -   Jiwa mereka disaluti semangat kenegaraan.

7.  Huraikan persamaan dan perbezaan ayat di atas.

                   I - Sewaktu saya kecil, di kampung itu kami menetap.

8.  Jelaskan binaan ayat di atas. 


Soalan 
Baca petikan di bawah ini, kenal pasti kesalahan bahasa yang terkandung di dalamnya, jelaskan sebab kesalahan dan buatkan pembetulannya.

Sejak  sedekad yang lalu harga logam merah atau emas telah meningkat dengan amat ketara. Berbanding dengan harganya pada sekitar tahun 1980an, kini harga logam tersebut naik berlipat ganda, iaitu mencecah harga melebih RM145 bagi satu gram.  Bagi  yang telah membeli emas dengan banyak, kini mampu meraih keuntungan yang lumayan. Dalam kata lain, membeli emas merupakan satu jenis pelaburan yang boleh menjamin keuntungan, terutamanya untuk jangka panjang. Kerana itulah sesetengah orang mengatakan bahawa wanita  gemar membeli barang kemas sebenarnya merupakan wanita yang suka melabur.



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Cadangan Jawaban:
1. a) I ialah kata. II ialah frasa
   b) "kata" menduduki hieraki paling bawah atau paling rendah dalam
        tatatingkat tatabahasa, manakala "frasa" pula, pada tatatingkat selepas kata.
    c) Binaan dalam senarai II terdiri daripada serangkai perkataan yang
        berfungsi sebagai satu satuan dalam ayat, boleh berfungsi sebagai subjek atau predikat. Binaan           itu sendiri tidak mempunyai subjek atau predikat.

2. (a) Imbuhan "ber..." berfungsi mengubah golongan kata.
    (b) I - membawa maksud memakai atau menggunakan
     II - membawa maksud memakai
    III - membawa maksud mengeluarkan atau mempunyai
    IV -  membawa maksud melakukan sesuatu perbuatan
    (c) III   ialah kata nama.   IV  ialah kata adjektif
                                    
3. (a) I -  Perginya dengan membawa hati yang duka  II - Sememangnya saya
    tidak berminat dengan usul itu.  III - Dia membawa ibunya bersiar-siar.
    (b) Partikel yang lain ialah "-tah", "-kah" dan "pun" 
                      
4. (a) Pemprosesan, pentaksiran dan pentauliahan.
    (b) Alomorf yang akan hadir ialah  {pem-} dan {pen-}
    (c) Alomorf yang hadir ialah {pem-} dan {pen-} tetapi huruf awal perkataan
    yang menerima imbuhan itu akan gugur, misalnya "pe+pahat" menjadi
    "pemahat" dan "pe+tari" menjadi "penari"

5.
Contoh ayat tanya terbuka :
Siapakah bapa kamu?
Apakah yang kamu bawa itu?
Contoh ayat tanya tertutup :
Diakah yang kamu cari?
Bukankah itu buku kamu?

  6.              I -  ialah ayat larangan
                  II-  ialah ayat silaan
                 III- ialah ayat permintaan
 
 7.               Persamaannya ialah kedua-dua ayat itu ialah ayat pasif yang mengutamakan objek. Kedua-        duanya juga terkategori sebagai ayat terbitan. Perbezaannya ialah ayat I merupakan ayat pasif          kata ganti diri pertama yang mengalami penyongsangan. Ayat asalnya ialah “Kucing itu saya bela   baik-baik’. Ayat itu kemudian disongsangkan dengan mengedepankan pelakunya, iaitu “saya”.  

  Ayat II pula ialah ayat pasif kata ganti diri ketiga, mengikut susunan “Objek + KK pasif + Subjek”  dengan kata sendi “oleh” digugurkan.

8.      Ayat itu ialah ayat songsang. Ayat susunan biasanya ialah “Kami menetap di kampung itu semasa sa ya kecil.” Ayat ini mengalami penyongsangan dengan pendepanan unsur keterangan predikat.

Soalan 39
Bil
Kesalahan
Sebab kesalahan
Pembetulan
1
1980an
Salah ejaan. Jika angka diikuti oleh huruf, maka tanda sempang perlu digunakan untuk menghubungkan kedua-duanya
1980-an
2
Bagi yang telah membeli emas dengan banyak kini mampu meraih…
Ayat tergantung kerana tiada subjek yang jelas.
Bagi yang telah membeli emas dengan banyak, mereka mampu meraih…
3
Dalam kata lain…
Salah penggunaan kata sendi nama. Penggunaan kata sendi nama “dalam” pada frasa itu menunjukkan pengaruh bahasa Inggeris. Untuk menunjukkan “cara”, kata sendi “dengan” lebih sesuai digunakan.
Dengan kata/perkataan lain…
4
…bahawa wanita gemar membeli….
Tidak menggunakan kata relatif untuk menunjukkan subjek menerima penerang klausa relatif.
…bahawa wanita yang gemar…



Wednesday, May 6, 2015

ANUGERAH LONJAKAN PNGK STPM PRA U LANAS.

Pada 27 April 2015, bertempat di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pra U Lanas telah diberi Anugerah Lonjakan PNGK (STPM) peringkat Negeri Kelantan. Pra U Lanas yang diwakili oleh Pengetua SMK Ayer Lanas, En. Arazmi telah berbesar hati untuk menerima anugerah tersebut. Anugerah tersebut sekali lagi telah membukti bahawa Pra U Lanas adalah sebuah pusat pra u yang hebat dan dihormati. Syabas, Pra U Lanas serta seluruh tenaga pengajarnya yang telah memberi seluruh komitmennya terhadap eksistensi Pra U Lanas.

Berikut kejayaan tersebut, pihak SMK Ayer Lanas yang diterajui Pengetuanya En. Arazmi telah berkenaan meraikan kejayaan tersebut dengan menganugerah Sijil Kecemerlangan kepada semua tenaga pangajar Pra U Lanas.

Terima Kasih, Semua.
Sijil Anugerah
Penulis bersama Pengetua SMKAL
Antara Tenaga Pengajar Pra U Lanas.

PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2015/2016 PRA U LANAS.

Pada 5 Mei 2015 (Selasa), pelajar baru sesi 2015/2016 mula mendaftar diri untuk mengikuti program pengajian mereka di Pra U Lanas, SMK Ayer Lanas. Mereka ini adalah lulusan SPM 2014. Pelajar yang mendaftar untuk mengikuti pengajian di sini adalah dari SMK Kuala Balah, SMK Jeli I dan II, SMK Batu Melintang, SMK Bukit Bunga dan SMK Ayer Lanas.

Pra U Lanas menawarkan pengajian dalam bidang Kemanusiaan dengan mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu Kemunikatif, Seni Visual, Sejarah, Geografi dan Ekonomi. Disamping itu, Pra U Lanas juga menawarkan mata pelajaran untuk peperiksaan MUET. Pelajar dibenarkan untuk mengambil Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib, serta 3 atau 4 mata pelajaran pilihan berdasarkan kelulusan sijil SPM mereka. Pengajian mereka di sini adalah selama satu tahun setengah atau 3 semester/ penggal.

Pendaftaran pelajar untuk sesi 2015/2016 bermula dengan sedikit taklimat pendaftaran dari PK Pra U Lanas, En. Rozali Muda serta dihadiri juga Penolong PPD Jeli sebagai pemantau. Jumlah calon yang mendaftar setakat hari ini adalah seramai 115 orang. Sementara itu tarikh akhir pendaftaran calon pelajar adalah pertengahan bulan Jun 2015.

Berikut adalah gambaran hari pendaftaran pelajar baru Pra U Lanas : 

Ucapan PK Pra U Lanas.
Mendengar taklimat
Calon lelaki
Mendaftar sebagai pelajar Pra U Lanas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...