Tuesday, April 28, 2015

KEM KECEMERLANG PRA U LANAS PENGGAL II 2015

#  PRA  U  LANAS # 
Unit Kecemerlangan STPM Pra U Lanas  telah berjaya melaksanakan program Kem Kecemerlangan Akademik  bermula dari 23 hingga 25 April 2015 bertempat di Asrama SMK Ayer Lanas. Pelbagai aktiviti seperti ceramah dan pembengkelan untuk mata pelajaran P. Am, Bahasa Melayu, Geografi, KMK, Seni Visual, Ekonomi dan MUET  telah dijalankan. Penceramah-penceramah yang dijemput dari luar  terdiri dari JU cemerlang  bagi setiap mata pelajaran dengan dibantu oleh tenaga pengajar dalaman.

Program akademik yang dianjurkan oleh Unit Kecemerlangan Pra U Lanas diharapkan dapat membantu para pelajar dalam persediaan menghadapi peperiksaan STPM Penggal II nanti. Acara ini diakhiri dengan majlis penutupannya pada 25 April 2015 jam 11:00 pagi. Majlis perasmian penutupan dilakukan oleh Penolong Pegawai PPD Jeli Bahagian Pengurusan Kurikulum iaitu, En. Razlan bin Wahab. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Pengetua SMKAL, PK Pra U Lanas serta tenaga pengajar Pra U Lanas.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang perjalanan Kem Kecemerlangan STPM Pra U Lanas, Penggal II 2015 :
 Dewan Besar SMKAL
Taklimat Kem Kecemerlangan
Taklimat Kem Kecemerlangan 
 Pendaftaran Peserta Kem
Pendaftaran
Ceramah m/p Ekonomi (En. Mazlan-Ju)

Ceramah B. Melayu (Tn.Hj. Md. Lazim- JU)
Ceramah m/p MUET
Ceramah Pengajian Am (Tn. Hj. Hapidin Saat)
Ceramah m/p KMK (Pn. Atrah)
Ceramah Geografi (Tn. Hj. Suki Hassan)

Ceramah Sejarah (En. Razali Mat Zain, GC)
Pelajar Menjamu Selera.
Ketibaan Timb. Peng. PPD Jeli.
Timb. PPD, Tn.Pengetua SMKAL, PK Pra U Lanas dan S/U Projek.
Ucapan PK Pra U Lanas
Pelajar Pra U Lanas

Tenaga Pengerak Pra U Lanas

Ucapan Perasmian Penutup

Penyampaian Sijil Penyertaan.
TPPD Jeli Menerima Cenderahati

Pengetua SMKAL Menerima Cenderahati
 Peserta Kem
...hingga bertemu lagi...

...Setiap Yang Bermula, Pasti Berakhir...
 
...Ketemu  Lagi  Di Program Akan Datang...

Wednesday, April 8, 2015

ANALISIS KESALAHAN BAHASA.

Image result for kenal punca kesalahan

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah, jelaskan sebab kesalahan dan buat pembetulannya.

Latihan I

Bojan Hodak, jurulatih pasukan bola sepak negeri Kelantan mengingatkan setiap orang pemainnya agar tidak bersikap sambil lewa ketika menjalani latihan. Menurut beliau, pemain yang gagal berbuat demikian tidak mungkin mendapat tempat dalam kesebelasan pasukan yang akan menentang Arsenal nanti. Amaran itu diberikan kepada semua pemain sama ada pemain baharu  dan pemain senior. Ketegasan yang beliau perlihatkan itu telah membuahkan hasil. Buktinya, dalam tempoh tiga tahun beliau mengendalikan kelab yang tersohor itu, beberapa buah piala telah berjaya dibawa pulang. Sehubungan itu, akibat perselisihan dengan pihak pengurusan, khususnya dalam soal pemilihan pemain, beliau mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kelab Gomo Kelate Gomo itu. Banyak pihak mengatakan yang tindakan pihak-pihak tertentu membiarkan jurulatih yang berkemahiran itu membawa diri merupakan kerugian kepada pemain dan kelab yang berkenaan.

Latihan II

Memang sejak dari dahulu lagi, usaha ke arah keharmonian hidup penduduk Air Lanas diberi keutamaan oleh pemimpin setempat. Oleh sebab itulah, mereka selalu mengingatkan kepada penduduk Kampung Air Lanas agar selalu hidup bersatu padu dan tidak seharusnya mementingkan diri sendiri.Kita tidak akan mengalami apa-apa kerugian sekiranya semua penduduk Kampung Air Lanas ini hidup aman dan sejahtera. Bagi golongan yang berada hendaklah membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Selain daripada kebendaan, bantuan boleh juga diberikan dalam bentuk kepakaran ataupun sekurang-kurangnya sokongan moral. Harus diingat bahawa tindakan segelintir anggota-anggota masyarakat yang tidak mengambil tahu tentang keadaan di persekitaran tidak harus diteladani. Untuk mempastikan keharmonian  hidup penduduk Kampung Air Lanas menjadi suatu realiti, peranan semua pihak amatlah penting.
 

*... terdapat lima kesalahan bahasa bagi setiap petikan di atas.

Thursday, April 2, 2015

PENGGOLONGAN DAN KONSTRUKSI AYAT.


         ULANGKAJI LATIHAN PEMBASAHAN MINDA.
      enam belas - r ancangkan jadual ulangkaji setahun
1.      Cuba anda senaraikan 3 ciri ayat.

2.      Cuba anda nyatakan 3 konstituen penting yang membentuk ayat.

3.      Nyatakan dengan jelas 3 ciri klausa.

4.      Berikan 3 ciri frasa dengan jelas.

5.      Apakah yang dimaksudkan dengan konstituen ayat serta berikan contohnya.

6.      Jelaskan apakah fungsi subjek dan predikat yang terdapat dalam sesebuah ayat.

7.      Apakah yang dimaksudkan dengan keterangan.

8.      Nyatakan 3 ciri ayat dasar.

9.      Nyatakan 4 pola ayat dasar serta berikan contoh ayat dasar tersebut.

10.   Berikan maksud ayat terbitan.

11.   Bina 2 contoh ayat terbitan serta dengan huraiannya.

12.   Nyatakan 2 bentuk ayat.

13.   Nyatakan 3 ciri ayat tunggal.

14.   Nyatakan 3 jenis ayat majmuk dan berikan contoh setiap satunya.

15.   Senaraikan 4 jenis ayat dalam Bahasa Melayu.

16.   Jelaskan perbezaan antara ayat susunan biasa dengan ayat songsang.

17.   Berikan contoh ayat songsang dan huraikan.

18.   Nyatakan perbezaan ayat aktif dengan ayat pasif.

19.   Nyatakan 3 ciri frasa.

20.   Apakah yang dimaksudkan dengan frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

21.   Jelaskan perbezaan antara frasa utama dan frasa bkan utama.

22.   Nyatakan jenis-jenis frasa dan berikan contohnya.

23.   Apakah perbezaan antara inti dengan penerang dalam ayat.

24.   Berikan 3 ciri frasa keterangan serta nyatakan contohnya.

ANALISIS BAHASA


                                                        
A.     Cari kesalahan bahasa:

i.          Setiap orang boleh memperolehi kejayaan jika sekiranya mereka rajin berusaha dan tidak buang masa dengan perkara-perkara yang tidak  berfaedah.

ii.        Tindakan itu diambil bukan sahaja untuk mengelakkan pengguna daripada terus ditipu tetapi untuk mempastikan peniaga tidak mengambil kesempatan.

B.     Cari struktur ayat pasif :

i.        Bilik darjah mereka diperindah oleh mereka.

ii.       Saya tolak kerusi sorong adik ke dalam rumah.

iii.      Latihan Bahasa Melayu itu kami masih belum buat.

iv.      Latihan intensif sedang pemain tenis itu jalani.
 
C.     Cari ayat yang menggunakan apitan peN-…-an dengan betul :

i.          Pemerosesan permohonan untuk pengesahan jawatan itu memerlukan masa yang agak lama.

ii.         Pengwujudan golongan muda untuk menjad iusahawan menjadi matlamat program itu.

iii.        Aktiviti pencucian yang diadakan minggu lalu mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak.

iv.        Latihan pengkayaan diberikan oleh guru kepada pelajar yang lemah dalam setiap mata pelajaran.
 
D.     Cari ayat yang betul :

i.          Ali suka pakai kaca mata hitam.

ii.         Cikgu jelaskan perkara itu kepada kami.

iii.        Selalu saya simpan baki wang saku di bank.

iv.        Masih belum kami terima bungkusan itu lagi.

v.         Berdasarkan pada aduan pengguna, banyak kilang  tidak          mengendahkan   aspek kesihatan.

vi.        Apa-apa sahaja keputusan yang diambil, pengguna perlu mendapat
           manfaatnya.

vii.       Agar supaya orang ramai tidak menjadi mangsa, pihak berkuasa perlulah mengambil tindakan tegas.

viii.      Terdapat makanan di pasaran yang mengandungi bahan pengawit yang merbahayakan pengguna.
 
E.      Cari ayat yang salah susunan konstituennya :

i.          Sungai yang terpendek di  Kuala  Balah itu dijaga dan dipelihara daripada pencemaran.

ii.         Perkembangan teknologi moden  yang canggih memberi manfaat kepada manusia.

iii.         Semua manusia yang hidup di dunia ini akan kembali kepada Penciptanya.

iv.        Pembinaan banyak bangunan di Bandar itu yang tinggi-tinggi akan menyebabkan suhu meningkat.
 
F.      Cari ayat yang tergantung :

i.           Industri berat yang akan dimajukan di Negara kita.

ii.          Ibu bapa yang sering bertengkar di depan anak-anak mereka.

iii.         Pelbagai gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kita kini perlu ditangani.

iv.        Dengan bertambahnya kemasukan pelancung asing akan meningkatkan pendapatan.
 
G.  Cari ayat yang mengandungi kesalahan penggunaan kata hubung pancangan dan kesalahan KK aktif transitif.

i.             Rumah kayu di mana kita bina telah roboh kerana banjir.

ii.            Saya cukup yakin yang pasukan itu akan kita kalahkan.

iii.           Saya berharap yang pasukan saya memenangi pada perlawanan itu.

iv.           Aiman terpaksa berlindung ketika mengelakkan daripada kejadian buruk.
 
H.     Cari ayat yang betul :

i.           Pakaian yang dijual itu tidaklah cantik tetapi mahal.

ii.          Bahasa Melayu di antara mata pelajaran yang digemari oleh pelajar di China.

iii.         Sampah-sarap dibakar petang semalam oleh abang.

iv.         Surat itu sudah dihantar kepada kementerian berkenaan.

v.          Keputusan itu berdasarkan pada pandangan pihak juri.

vi.         Untuk menceburi bidang perniagaan memerlukan modal yang besar.

vii.        Di bilik itu terdapat susunan fail-fail pejabat yang teratur.

viii.       Pembangunan  kerohanian juga penting selain pembangunan fizikal.

 

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...