Soalan Esei Tidak Berformat:
Kes pengabaian warga tua di negara kita
semakin meningkat dari setahun ke setahun. Masalah ini tidak
harus dibiarkan berlaku.
Bincangkan kesan-kesan pengabaian warga tua.
Pendahuluan:
Warga tua ialah golongan yang berumur 60 ke atas. Mereka ini merupakan -Definisi konsep
golongan yang sering diabaikan kerana dianggap sebagai golongan
yang tidak lagi memberi sumbangan kepada negara. Kebanyakan
warga tua
telah bersara. Mereka lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripada
orang muda. Golongan tersebut memerlukan perhatian dan kasih sayang
yang
secukupnya kerana mereka selalu sakit dan kurang keupayaan dari
segi tenaga.
Kini, didapati bahawa ramai orang tua
sering diabaikan
oleh ahli keluarga mereka kerana
kesibukan dalam pekerjaan. Terdapat
segolongan warga tua yang tidak diberi
penjagaan yang rapi dan ada pula
yang dihantar ke rumah orang tua. Pengabaian sebegini akan membawa -Jawapan
kepada beberapa kesan
negatif. kepada soalan
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isi Pertama: (Isi--kenapa?...bagaimana ?...siapa ? tegaskan )
Warga tua yang diabaikan akan berasa sedih dan
tersinggung. -(isi 1)
Mereka akan berasa sedih apabila tiada orang yang -(kenapa ?)
mengambil berat
tentang kebajikan mereka. Golongan -(huraian
warga tua sememangnya akan ingat dengan
jelas tentang
bagaimana mereka pernah bergaul dan menghabiskan soalan
masa melalui pelbagai
cara dengan orang yang tersayang. bagaimana?)
Setelah mereka menjadi tua dan memerlukan
banyak
penjagaan yang rapi, seperti dari seqi kesihatan, kebersihan,
keterampilan dan pemakanan harian, kebanyakan daripada
mereka akan diabaikan.
Hal ini demikian kerana ahli keluarga
mereka sibuk mencari wang setiap hari.
Oleh itu, warga tua -(penegasan
akan berasa kecewa dan tersinggung apabila mereka pada isi
tidak menerima
seberapa tumpuan atau kasih sayang yang yang dihurai)
diharapkan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Isi kedua:
Pengabaian
warga tua juga turut menambahkan beban negara. - (Isi 2)
Banyak rumah penjagaan dan rumah orang tua
akan dibina
kerana kebanyakan anak-anak bertindak untuk menghantar ibu bapa -(kenapa?)
mereka yang sudah tua ke situ. Pada persepsi mereka ibu bapa
akan
memperoleh penjagaan yang rapi di rumah orang-orang -(bagaimana ?)
tua. Keadaan ini akan
meningkatkan kos kerana kerajaan terpaksa
membina lebih banyak pusat jagaan
warga tua. Bilangan pekerja di rumah
warga tua juga terpaksa ditambah.
Seterusnya, kos untuk makan
dan minum warga tua yang tinggal di situ pun turut
meningkat. Akhirnya, -(penegasan
jika tindakan menghantar ibu bapa yang sudah tua ke rumah
orang-orang pada isi)
tua ini menjadi suatu kelaziman, masalah ini memang membebankan
neqara.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isi ketiga
Selanjutnya,
fenomena pengabaian warga tua -(Isi 3)
memberikan gambaran bahawa institusi
kekeluargaan di negara kita semakin
rapuh.
Umumnya, kanak-kanak selalu menjadikan
orang dewasa sebagai suri teladan. Mereka suka
mempelajari tingkah laku orang dewasa, -(kenapa ?)
terutamanya ibu bapa mereka. Oleh itu, apabila ibu
bapa gagal untuk menunjukkan teladan yang baik,
seperti mengabaikan warga tua dalam keluarga
sediri, anak mereka juga akan bertindak sedemikian - (Bagaimana ?)
setelah mereka dewasa nanti. Hal ini demikian
kerana mereka meneladani setiap perbuatan yang
dilakukan oleh ibu bapa mereka. Oleh itu, institusi - (Penegasan
kekeluargaan di negara kita akan terus dibebani pada isi)
dengan isu ini sampai bila-bila.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isi keempat
Selain itu, ahli keluarga yang mengabaikan -(isi 4)
warga
tua akan dipandang sinis atau serong
oleh masyarakat.
Ibu bapa kita telah bersusah payah
mengasuh dan
memberikan keperluan kepada kita
dari kita kecil sehingga kita dewasa. Oleh
itu, generasi
muda sepatutnya menjaga ibu bapa mereka sebagai -(kenapa ?)
balasannya.
Seoang anak yang tahu mengenang jasa -(bagaimana ?)
pasti akan menjaga orang tua mereka secara
ikhlas
dengan sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan
dan keperluan mereka.
Oleh itu, masyarakat mudah
memandang serong terhadap perbuatan anak-anak
yang
tergamak mengabaikan orang tua mereka sendiri.
Akibatnya, masyarakat sanggup meminggirkan -(penegasan
golongan yang mengabaikan warga tua dalam keluarga terhadap
mereka sendiri kerana mereka merupakan golongan yang isi)
tidak bertanggungjawab dan
tidak mengenang budi.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isi kelima
Bagi kesan pada jangka panjang pula fenomena -(isi 5)
ini
boleh menggugat kesejahteraan dan kestabilan
dalam masyarakat.
Secara tidak langsung, mewujudkan kepincangan
dalam
masyarakat dan juga menjejaskan pembangunan serta
kemajuan ekonomi
mahupun sosial negara. Tindakan
mengabaikan ibu bapa yang sudah tua dan tidak
berdaya
mengambarkan betapa rapuhnya iman dan nilai-nilai moral
dalam kalangan
masyarakat kita. Situasi ini turut
membuktikan bahawa kita semakin jauh
daripada kehidupan
yang berpaksikan kepada keagamaan. Kita sudah tidak tahu
membezakan baik dan buruk perbuatan yang dilakukan.
Kita juga sudah tidak
perduli tentang dosa dan pahala atas
setiap tindakan yang kita lakukan di dunia
ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Penutup
Kesimpulannya, dalam keghairahan mengejar
kemajuan material, terdapat segolongan masyarakat kita,
iaitu warga tua yang terabai dan memerlukan perhatian -(penyataan penulis)
dan kasih sayang
masyarakat. Layanlah kehendak dan
kerenah mereka, asalkan hidup mereka bahagia
dan gembira.
Kita haruslah bersabar, cekal, dan tabah semasa melayani - (cadangan penulis)
ragam
golongan warga emas yang kadangkala bersifat terlalu asing
buat kita, anak-anak
remaja yang sedang meningkat
dewasa dan berkerjaya. Sesungguhnya, golongan
inilah
yang telah melahirkan kita ke dunia ini. Merekalah
yang telah
bersungguh-sungguh mengasuh, mendidik
dan membesarkan kita sehingga kita
meningkat dewasa
dan berjaya dalam dunia pelajaran dan kerjaya. Jasa
bakti
mereka seharusnya kita sanjung dan hargai selagi -(harapan penulis)
hayat dikandung badan.
_________________________________________________________
Soalan Ramalan tahun 2018:
Kita
menggalakkan kemasukan pelajar asing untuk mengikuti pengajian di negara ini, khususnya di institusi pengajian tinggi. Hakikatnya, kedatangan mereka banyak
membawa kesan baik kepada masyarakat dan negara. Bincangkankan kesan baik yang
dimaksudkan itu.
#Diedit dari whatsaap BM.