Sunday, November 10, 2013

SOALAN PERCUBAAN PENGGAL 3 STPM, NEGERI KELANTAN.

Bahagian A
[20 markah]

1        Maklumat yang terkandung dalam sesuatu wacana mesti bersifat
I     koheren
II   informasi
III  kontemporari
IV  kohesi

A   I dan II
B   I dan IV
C   II dan III
D   III dan IV

2   
Anak-anak perlu diberi perhatian yang lebih oleh ibu bapa. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah meluangkan masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka.

      Keutuhan wacana ini ditandai oleh penggunaan penanda
      A    penggantian
      B    elipsis
      C    penghubung
      D    rujukan

 3   Yang manakah ciri retorik pendedahan?
  I     Memperincikan topik yang diperkatakan
II    Menghuraikan konsep yang diketengahkan
III   Mengubah pemikiran dan kepercayaan pembaca
IV   Memindahkan pengamatan penulis kepada masyarakat

A     I  dan II
B     I dan IV
C     II dan III
D     III dan IV              

4    Yang manakah padanan yang betul antara teknik penyampaian idea dengan huraiannya?
     

Teknik Penyampaian Idea

Huraian
I
Deduksi
P
Idea disampaikan dengan membandingkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain yang mempunyai persamaan
II
Induksi
Q
Penulisan dimulai oleh idea-idea sokongan atau contoh terlebih dahulu, manakala ayat topik diletakkan sebagai ayat akhir.
III
Analogi
R
Idea disampaikan  dengan cara menggabungkan teknik deduksi dan induksi.
IV
Eklektik
S
Penulisan dimulai oleh ayat topik, kemudian diikuti oleh idea-idea sokongan.


I
II
III
IV
A
S
Q
P
R
B
R
P
S
Q
C
P
R
Q
S
D
Q
S
R
P


5   
·      Disebut sebagai bahasa kolokial
·      Bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi
·      Dipengaruhi oleh bahasa-bahasa daerah atau loghat
·      Tidak mementingkan tatabahasa atau kegramatisan ayat.

Pernyataan di atas menepati ciri bahasa
A    pasar
B    mesra
C    slanga
D    basahan


6

Variasi bahasa
   Ayat contoh

I
Mesra
Ibu, Ema nak duit, nak beli buku.

II
Halus
 Sekiranya ada sesuatu yang belum saudara fahami, saya sedia membantu.

III
Formal
Mereka tengah tekun belajar.

IV
Slanga
Gua suka lu punya beg, banyak cantik
      Yang manakah padanan yang betul antara variasi bahasa dengan ayat contoh?          
A    I dan II
      B    I dan IV
      C    II dan III
      D    III dan IV

 7  


Laras Bahasa

Ciri Laras
I
Laras Iklan
P
Memerlukan tafsiran
II
Laras Resipi
Q
Menggunakan unsur pemujukan
III
Laras Akademik
R
Menggunakan istilah teknikal
IV
Laras Undang-undang
S
Banyak menggunakan kata kerja
             
           

I
II
III
IV
A
P
Q
R
S
B
Q
S
R
P
C
R
Q
S
P
D
Q
R
P
S


8    Antara yang berikut, yang manakah menepati ciri laras bahasa iklan?

      A     Proton Suprima S baru sahaja dilancarkan.
      B     Perkhidmatan yang terbaik kami sediakan.
      C     Ruang perniagaan di bangunan itu dibuka untuk tempahan.
      D     Keupayaan produk syarikat makanan kesihatan itu tersiar dalam akhbar tempatan.  

9   

Laras Bahasa

        Ayat contoh
I
Agama
P
Kita mestilah reda dengan limpah kurnia yang ditentukan-Nya.
II
Sukan
Q
Pihaknya telah memeterai perjanjian penerbitan Bon Islam Bai Bithman Ajil.
III
Sastera
R
Daun pintu bilik terbuka, guru melangkah masuk, wajahnya tersenyum mesra dan mengungkap salam sentosa.
IV
Ekonomi
S
Dia tidak berjaya dalam pusingan kedua kerana bukan pasangan pilihan.

      Padanan yang manakah yang betul antara laras bahasa dengan  ayat contoh?
      

   I
  II
  III
  IV
   A
  Q
   P
  R
  S
   B
  P
  S
  Q
  R
   C
  R
   Q
  P
  S
   D
  P
   S
  R
  Q

10  Antara ungkapan berikut, yang manakah mempunyai makna denotatif  dan konotatif?

I     bapa ayam
II   bapa orang
III  kambing gurun
IV  kambing hitam

      A  I dan II
      B  I dan IV
      C  II dan III
      D  III dan IV

11  Ayat yang manakah mengandungi frasa yang membawa makna konotatif?

I      Dia tidak beralas kaki semasa berjalan.
II     Budak itu lebih selesa berlari berkaki ayam.
III    Halim disingkirkan daripada pasukannya  kerana berkaki bangku.
IV    Orang yang kaki temberang tidak disukai oleh kawan-kawannya.

      A      I dan II
      B      I dan IV
      C     II dan III
      D     III dan IV

12  Istilah konsep yang tepat dalam semantik ialah?

A   Perkara yang dirujuk
      B   Perkara yang diperkatakan
      C   Bunyi yang diujarkan
      D   Perkara yang ada dalam fikiran seseorang

13 
Tiang, dinding, bumbung, dan tingkap ialah sebahagian daripada rumah.

     Apakah konsep semantik yang paling tepat untuk pernyataan di atas?
     A    sinonim
     B    homonim
     C    meronim
     D    hiponim


14  
     I    :   Homonim
    II    :   Homograf

Yang manakah padanan yang betul antara I dan II?


I
II
A
Bukit
Mentah
B
Perang
Rendang
C
Jean
Jin
D
Mereka
Sepak
           

15   Antara perkataan yang berikut, perkataan yang manakah yang telah mengalami penyempitan makna

        A    akidah
        B     mandat
        C     khalwat
        D     maksiat                  

16  
Taman, klinik, ternak
                       
        Perkataan di atas mengalami proses

        A     peluasan
        B     penyempitan
        C     penghalusan
        D     penerbitan  


17    Ayat yang manakah yang menggunakan perkataan merawat yang mengalami peluasan   
        makna ?
                I.         Dalam perubatan tradisional, daun senduduk dapat digunakan untuk merawat luka.
             II.         Pelbagai teknik diperkenalkan kepada penoreh getah untuk merawat tumbuhan kulat pada torehan.
          III.         Syarikat Air Berhad bertanggungjawab untuk merawat kumbahan loji penapisan air di negara ini.
          IV.         Jururawat di hospital itu merawat pesakit dengan penuh kesabaran.

      A     I dan II
      B     I dan IV
      C     II dan III
      D     III dan IV   
                       
18 
Kaki langit, simpul mati
     
      Ungkapan di atas ialah kiasan
      A     melompat
      B      melarat
      C      sandar
      D      terus

19
“Mengapa turun ! panjatlah lagi, panjat lagi ! kata Mak Minah kepada cucunya.

      Petikan di atas memperlihatkan ragam
      A    bahasa terbalik
      B    bahasa herdik
      C    bahasa sindiran
      D    bahasa mengejek

20

Jenis Gelaran


Rujukan Kehormat

    I    
Warisan

P
Datuk Wira, Tan Sri

II
Anugerah

Q
Puteri, Wan

III
Ikhtisas

R
Alang. Pak Ngah

IV
Kekeluargaan

S
Ir. , Doktor
     
Yang manakah padanan yang betul antara jenis gelaran dengan contohnya?


I
II
III
IV
A
P
Q
R
S
B
P
S
Q
R
C
Q
R
P
S
D
Q
P
S
R


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...