Sunday, November 10, 2013

SOALAN OBJEKTIF PENGGAL 3.



BAHAGIAN  A
[20 MARKAH]

1. Yang manakah yang menentukan keutuhan wacana ?

A.  Kesepaduan idea dalam  ayat
B.  Kepelbagaian kosa kata
C.  Kejelasan huraian fakta
D.  Keserasian jenis ayat

Seharian Pak Abu bekerja di sawah. Dia berasa penat. Amat penat. Membanting tulang. Dua ekor kerbau untuk membajak sawahnya telah digunakan oleh Pak Abu.  

2.   Berdasarkan petikan di atas, yang manakah penanda wacana leksikal ?

I       Membanting tulang
II     Sawah
III   Penat
IV   Dia

I dan  II          B.    I  dan  IV           C.   II  dan  III             D.  III  dan  IV

  I.  Mengapakah anda membayar lebih ? Pasar raya kami menawarkan barangan pada harga                yang rendah.  Datanglah sekarang !
II.  Orang yang saya cari itu namanya Hajah Kartika. Umurnya lebih kurang 80 tahun. Kulitnya            hitam manis.   Nama suaminya Haji Wibowo, bekas pegawai polis dan pernah bekerja di Ibu            Pejabat Polis Sungai Stir.
 
3.    I dan  II dalam petikan di atas menepati retorik...

        I                                         II
A. penghujahan Penceritaan
B. Pemujukan Pendedahan
C. Penceritaan Pemerian
D. pemujukan pemerian
             

Satu teknik penulisan yang memulakan sesuatu perenggan dengan pernyataan khusus dan diikuti oleh penyataan umum.
Ayat topik diletakkan pada bahagian akhir perenggan.

4.  Teknik penyampaian idea seperti yang dinyatakan dalam petikan di atas ialah teknik...

A.  Analogi             B.  Induksi              C.   Eklektik        D.   Deduksi


5.  Yang manakah padanan yang tepat bagi  R  dan  S ?

              R                                                                   S
A. Bahasa halus   /    “Tuan Haji, maafkan saya kerana tidak menghadiri mesyuarat semalam. Saya                                                  kurang sihat,” beritahu Abu.

B. Bahasa mesra    /    “Heh, budak gemuk ! Kau asyik melantak,” jerkah Abang Long.

C. Bahasa basahan    / “Jenny, mengapa kamu tidak memberikan perhatian terhadap pelajaran ?” tanya                                            Cikgu Wan.

D. Bahasa istana      /   “Yang Mulia Tengku Alikah yang akan mempengerusikan mesyuarat ?”

6.   Yang manakah pernyataan yang benar tentang dialek sosial ?

I        Berbeza disebabkan perbezaan status penutur
II       Berbeza mengikut kawasan atau tempat asal penutur
III      Berbeza berdasarkan perkara yang dibicarakan oleh penutur
IV      Berbeza berdasarkan kelainan mod hubungan antara penutur

I  dan  II           B.     I  dan  III             C.    II  dan  IV       D.    III  dan  IV

7.   Laras  iklan dan dan laras sastera mempunyai persamaan dari segi
I      diksi yang berkesan
II     audien yang menjadi sasaran
III    kekreatifan penggunaan bahasa
IV    mesej yang hendak disampaikan

I  dan  II         B.  I  dan  III         C.    II  dan  IV         D.    III  dan  IV


Kamar itu sayu, sesayu hatinya sekarang. Kelmarin kamar itu bersuara riang. Ida dapat mendengar keriuhan itu biarpun dia tidak dapat melihat orang yang berbicara di sekelilingnya. Tiba-tiba dia teringat akan seseorang. Secara mendadak, Ida bingkas memanggil Mak Joyah yang masih di dapur.

8.   Apakah ciri laras sastera yang terdapat dalam petikan di atas ?
I        Mesej yang jelas
II       Diksi yang berkesan
III      Penggunaan personafikasi
IV     Mengandungi maklumat yang tersirat

I  dan  II     B.  I  dan  IV          C.    II  dan  III         D.   III  dan   IV

9.    Yang berikut ialah ciri laras bahasa undang-undang, kecuali
A. Terdapat prinsip undang-undang
B.  Mengandungi kosa kata pinjaman
C.  Mementingkan ketepatan maksud
D.  Mengutamakan kepersisan tatabahasa
 
10.  Yang manakah yang menunjukkan perbezaan antara makna denotatif dengan konotatif ?

A. Kedua-duanya dibezakan dari sudut etimologi
B. Makna denotatif berkaitan dengan konseptual manakala makna konotatif berkaitan dengan rujukan.
C. Makna denotatif merupakan makna yang tersirat manakala makna konotatif merujuk kepada makna yang      tersurat.
D. Makna denotatif merupakan makna yang tersurat manakala makna konotatif merujuk makna yang              tersirat.


11.  Makna denotatif bagi perkataan liat ialah lembut tetapi tidak mudah patah. Yang manakah makna              konotatif bagi perkataan tersebut ?

A. Malas melakukan sesuatu pekerjaan
B. Lambat melakukan sesuatu pekerjaan
C. Suka melengah-lengahkan sesuatu pekerjaan
D. Sukar menerima arahan untuk melakukan sesuatu pekerjaan


Hanya kelihatan sebahagian sahaja daripada seseorang
Terlihat dengan begitu pantas
Pandangan tidak benar-benar tepat

12.  Pernyataan di atas merujuk kepada kata
A. Kelibat
B. Sekilas
C. Sekali imbas
D. Sepintas lalu

13.  Yang manakah ayat yang mengandungi kata yang lebih tepat berhomonim dengan kata melihat ?
I          Dia berjalan tanpa memandang ke kiri dan ke kanan.
II         Si Budin sedang membelek-belek kasutnya yang sudah lusuh itu.
III        Pegawai pertanian itu sedang memeriksa pokok-pokok yang kering itu.
IV        Mereka sekeluarga suka menonton drama di televisyen pada waktu malam.

A.  I  dan  II           B.    I  dan  IV           C.   II  dan  III             D.     III  dan  IV


14.   Yang manakah kata yang terkategori sebagai meronim ?

I       akar                 II      meja             III      tiang             IV      plastik
 A.  I  dan  II             B.   I  dan  III            C.   II  dan  IV             D.      III  dan  IV


15.  Antara yang berikut, yang manakah yang telah mengalami penyempitan makna ?

I   Tuan            II    Anda          III   Kapal            IV    Khalwat

A.  I  dan  II           B.   I  dan  IV               C.    II  dan  III           D.   III  dan  IV

Menggaul dan menekan-nekan sesuatu untuk menyebatikannya

16.  Pernyataan di atas sesuai untuk maksud perkataan

I   menguli          II   Mencanai           III   Mengepal                  IV   mengadun

A. I  dan  II             B.  I  dan  IV                C.   II  dan  III            D.   III  dan  IV

Kereta bukan sahaja dapat dipandu laju tetapi juga dapat membawa beberapa orang penumpang. Bas dan kereta api pula menjadi alat perhubungan awam yang terpenting, manakala kapal terbang membolehkan manusia menjelajahi dunia dengan pantas. Semua kenderaan ini merupakan sumbangan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi yang membolehkan manusia bergerak pantas pada zaman moden ini.

17.  Berdasarkan petikan di atas, manakah kata yang bersifat hiponim

A.  Kereta
B.  Kenderaan
C.  Perhubungan
D.  Sains dan teknologi

18.  Yang manakah contoh  perbilangan ?
I          Orang pembohong kerja tak sampai
II          Lemah menapis, condong menopang
III        Menghubung nak panjang, menyebar nak lebar
IV        Pandang kepada semua, di sana tuan akan bersua

19.  I  dan  II             B.   I  dan  III             C.     II  dan  III           D.  III  dan  IV

Perasaan seseorang yang menghadapi sesuatu yang  amat melukakan dan mendukacita

19.  Yang manakah  peribahasa yang menepati maksud pernyataan di atas ?

A. Bagai kaca jatuh ke batu
B. Bagai murai dicabut ekor
C. Bagai si buta kehilangan tongkat
D. Bagai layang-layang  terputus tali

Kita selalu membaca berita dalam surat khabar yang menyatakan bahawa ada pemandu teksi di negara kita yang sanggup menipu penumpang warga  asing yang melancong ke negara kita.  Apakah tanggungjawab mereka sebagai duta kecil  negara kita seperti yang dikehehndaki oleh kerajaan ? Mereka sepatutnya berbuat demikian.

20.  Yang manakah ragam bahasa yang digunakan dalam petikan di atas ?

A.  Bahasa naik
B.  Bahasa herdik
C.  Bahasa tempelak
D.  Pertanyaan ingkar

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...