Wednesday, January 23, 2013

PBS: FORMAT SYARAHAN

 


CONTOH SOALAN KARANGAN BERFORMAT:

FORMAT SYARAHAN.

Anda telah terpilih untuk mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri. Tajuk syarahan anda ialah “ Punca-punca Remaja Meninggalkan Rumah dan Cara Mengatasinya.”  Tulis teks syarahan anda tersebut selengkapnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
+  Esei hendakalah ditulis berdasarkan format syarahan, iaitu didahului dengan kata-kata alu-aluan, kata            sapaan, dan penutup yang sesuai.

Pendahuluan:

              -Kata alu-aluan
             -Tajuk syarahan

Isi  Utama:

-Kata sapaan

a)  Kes remaja meninggalkan rumah semakin menjadi-jadi. Seringkali media massa menyiarkan kes ini yang kebanyakannya terdiri darpada gadis dalam lingkungan usia 14 hingga 20 tahun. Banyak punca yang menyebabkan perkara ini berlaku dan langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi mengatasinya.

b)  Kebanyakan remaja pada hari ini ingin hidup bebas ekoran daripada situasi keluarga yang tidak harmonis. Pertengkaran ibu bapa, ugutan sesetengah bapa ke atas kegadisan anak remajanya sendiri, mendorong mereka mencari ketenangan di luar rumah.

-Kata sapaan

c)  Remaja terpengaruh dengan pujukan rakan atau orang tersayang yang  ingin menawarkan kemewahan atau pekerjaan yang baik,  tetapi mereka ini berniat serong ke atas remaja berkenaan.

d)  Ada juga remaja yang meniggalkan rumah bertujuan baik untuk membela nasib keluarga yang dihimpit kemiskinan. Mereka berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan, tetapi salah pertimbangan, mereka diperdaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

-Kata sapaan

e)  Ibu bapa harus memahami perasaan anak-anak, mendidik dengan sabar, jangan terlalu mendesak, tetapi hendaklah berbincang. Jika ada sebarang pergeseran dalam keluarga hendaklah diselesai secara baik  di luar pengetahuan anak-anak.

f)  Ibu bapa harus menawasi pergaulan anak-anak  walaupun terlalu sibuk dengan pekerjaan. Jangan terlalu mengongkong kebebasan mereka terutama remaja.

g)  Pendidikan agama dan moral merupakan benteng yang dapat membina ketahanan diri remaja daripada pengaruh negatif  dan dapat menyekat remaja meninggalkan rumah.

Penutup

-Kata sapaan

.   Banyak punca yang mendorong remaja meninggalkan rumah, namun langkah-langkah yang wajar harus diambil segera supaya ibu bapa tidak kehilangan generasi berharga dan mengelakkan negara menghadapi masalah sosial yang lebih tenat.

. Sekian sahaja syarahan saya pada hari ini, saya sudahi dengan ucapan terima kasih.









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...