SUKATAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU 910/2
SEMESTER II TAHUN 2013
1.
MORFOLOGI:
Empat perkara utama yang akan dibincang
iaitu:
a.
Definisi
Bidang Morfologi yang mencakupi Konsep Morfem, Jenis Morfem, Konsep
Alomorf, Konsep Morfofonem dan Konsep Kata.
b.
Bentuk Kata yang merangkumi Kata Tunggal, Kata
Terbitan, Kata Ganda dan Kata Majumuk.
c.
Golongan Kata pula merangkumi Kata Nama, Kata
Kerja, Kata Kata Adjektif dan Kata Tugas.
d.
Proses Pembentukan Kata Mencakupi Proses
Pengimbuhan, Proses Pemajmukan, Proses Penggandaan dan Proses Pengakroniman.
2.
SINTAKSIS
:
Bahagian ini menghuraikan perkara-perkara
seperti:
a.
Definisi bidang Sintaksis iaitu berkaitan dengan
Konsep ayat, Konsep Klausa, Konsep Frasa dan Konsep Subjek dan Predikat serta Hukum D M.
b.
Jenis dan Binaan Frasa yang terdiri daripada
Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.
c.
Jenis dan Binaan Klausa iaitu yang terdiri dari
Klausa Bebas dan Klausa Tidak Bebas (terikat).
d.
Pola Ayat Dasar
e.
Susunan Konstituen Ayat iaitu Susunan ayat Biasa
dan Ayat Songsang
f.
Ragam Ayat yang terdiri daripada Ayat Aktif dan
Ayat Pasif
g.
Jenis-jenis Ayat yang menghuraikan tentang Ayat
Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seruan
h.
Bentuk Ayat pula menghuraikan perkara yang
berkaitan dengan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
i.
Proses Penerbitan Ayat yang membincangkan
perkara-perkara yang melibatkan Konsep Ayat Terbitan, Proses Penerbitan ayat
(tranformasi generatif) dan Analisis Melalui Konstituen Terdekat dan Gambarajah
Pohon.
3.
ANALISIS
KESALAHAN BAHASA:
Bahagian ini membincangkan bidang-bidang yang
berkaitan aspek kesalahan bahasa yang kerap dilakukan oleh para pengguna bahasa
Melayu. Antara aspek kesalahan yang perlu diberi tumpuan ialah Kesalahan Ejaan,
Tanda Baca, Diksi, Morfologi, Sintaksis dan Kesalahan dalam penggunaan Penanda
Wacana.
4.
KERJA KURSUS – PENULISAN ESEI BERFORMAT:
Bahagian ini membicarakan khusus berkaitan
tentang esei berformat yang perlu
dikuasai oleh setiap pelajar PraUniversiti sebelum mereka ini menduduki
peperiksaan pada semester 2 nanti. Antara
aspek yang perlu diberi tumpuan khusus jenis-jenis esei berformat, panjang
esei, masa serta tarikh menghasilkan esei tersebut, rangka esei, aspek
pemerengganan dan beberapa perkara lain yang berfokus kepada menghasilkan esei
berformat yang baik.
a.
JENIS-JENIS ESEI BERFORMAT.
Pelajar diwajibkan untuk menghasilkan LAPAN (8) Kertas Kerja Kursus iaitu
penulisan esei berformat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran markah
bagi Kerja Kursus ini adalah sebanyak 8% daripada jumlah keseluruhan markah
Bahasa Melayu bagi semester 2 iaitu 28%. Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini
adalah antara 7 JANUARI 2013 HINGGA 8 APRIL 2013.
Setiap pelajar wajib menulis lapan (8) esei berformat, iaitu satu esei
bagi setiap format yang berikut:
i)
Syarahan
ii)
Laporan
iii)
Ceramah
iv)
Minit Mesyuarat
v)
Teks Ucapan
vi)
Kertas Cadangan/proposal
vii)
Memorandum
viii)
Surat Kiriman rasmi*
*wajib ditulis tetapi markahnya tidak akan
diambil kira.
-Panjang setiap esei berformat tersebut adalah antara 600 hingga 650
patah perkataan, kecuali Surat Kiriman Rasmi iaitu memadai antara 250 hingga
350 patah perkataan sahaja.
No comments:
Post a Comment