Wednesday, January 23, 2013

PBS: FORMAT SYARAHAN

 


CONTOH SOALAN KARANGAN BERFORMAT:

FORMAT SYARAHAN.

Anda telah terpilih untuk mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri. Tajuk syarahan anda ialah “ Punca-punca Remaja Meninggalkan Rumah dan Cara Mengatasinya.”  Tulis teks syarahan anda tersebut selengkapnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
+  Esei hendakalah ditulis berdasarkan format syarahan, iaitu didahului dengan kata-kata alu-aluan, kata            sapaan, dan penutup yang sesuai.

Pendahuluan:

              -Kata alu-aluan
             -Tajuk syarahan

Isi  Utama:

-Kata sapaan

a)  Kes remaja meninggalkan rumah semakin menjadi-jadi. Seringkali media massa menyiarkan kes ini yang kebanyakannya terdiri darpada gadis dalam lingkungan usia 14 hingga 20 tahun. Banyak punca yang menyebabkan perkara ini berlaku dan langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi mengatasinya.

b)  Kebanyakan remaja pada hari ini ingin hidup bebas ekoran daripada situasi keluarga yang tidak harmonis. Pertengkaran ibu bapa, ugutan sesetengah bapa ke atas kegadisan anak remajanya sendiri, mendorong mereka mencari ketenangan di luar rumah.

-Kata sapaan

c)  Remaja terpengaruh dengan pujukan rakan atau orang tersayang yang  ingin menawarkan kemewahan atau pekerjaan yang baik,  tetapi mereka ini berniat serong ke atas remaja berkenaan.

d)  Ada juga remaja yang meniggalkan rumah bertujuan baik untuk membela nasib keluarga yang dihimpit kemiskinan. Mereka berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan, tetapi salah pertimbangan, mereka diperdaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

-Kata sapaan

e)  Ibu bapa harus memahami perasaan anak-anak, mendidik dengan sabar, jangan terlalu mendesak, tetapi hendaklah berbincang. Jika ada sebarang pergeseran dalam keluarga hendaklah diselesai secara baik  di luar pengetahuan anak-anak.

f)  Ibu bapa harus menawasi pergaulan anak-anak  walaupun terlalu sibuk dengan pekerjaan. Jangan terlalu mengongkong kebebasan mereka terutama remaja.

g)  Pendidikan agama dan moral merupakan benteng yang dapat membina ketahanan diri remaja daripada pengaruh negatif  dan dapat menyekat remaja meninggalkan rumah.

Penutup

-Kata sapaan

.   Banyak punca yang mendorong remaja meninggalkan rumah, namun langkah-langkah yang wajar harus diambil segera supaya ibu bapa tidak kehilangan generasi berharga dan mengelakkan negara menghadapi masalah sosial yang lebih tenat.

. Sekian sahaja syarahan saya pada hari ini, saya sudahi dengan ucapan terima kasih.









Friday, January 4, 2013

BM SEMESTER II: CONTOH FORMAT ESEI LAPORAN

 
Contoh soalan:

Sebagai setiausaha sebuah pertubuhan bukan kerajaan, anda diminta untuk
menjalankan satu kajian tentang perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.
Berdasarkan hasil kajian anda itu, sediakan satu laporan tentang kelemahan
perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini dan kemukakan cadangan 
anda untuk mengatasinya. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Contoh esei:


               Laporan tentang Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam dan
                                      Cadangan untuk Mengatasinya


1.0   Pendahuluan

       Pengangkutan awam penting dalam kehidupan manusia. Perkhidmatan
       pengangkutan awam yang baik membolehkan pengguna bergerak dari
       satu tempat ke satu tempat lain dengan mudah dan selesa. Di negara ini,
       terdapat beberapa jenis pengangkutan  awam. Antara perkhidmatan
       pengangkutan awam yang popular ialah perkhidmatan bas dan teksi.
       Sehingga kini perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia dikatakan
       masih belum memuaskan hati pengguna. Baru-baru ini, saya sebagai
       Setiausaha Persatuan Keselamatan Sosial Daerah Pekan diminta untuk
       menjalankan satu kajian tentang kelemahan tersebut dan seterusnya
       mengemukakan cadangan untuk mengatasinya. Yang berikut ialah
       laporan hasil kajian tersebut.

2.0  Senarai Ahli Jawatankuasa

      Pengerusi: Ahmad bin Ali
      Setiausaha: Muhammad bin Daimin
      Bendahari: Simon Tan
      Ahli jawatankuasa:
     1) Saleha binti Abu
     2) Razali bin Darus

3.0 Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam

      3.1 Jumlah Kenderaan Awam Tidak Mencukupi
            Berdasarkan kajian, didapati bahawa jumlah kenderaan awam di beberapa buah
            bandar di negara ini tidak mencukupi. Di beberapa buah bandar kecil, hanya
            terdapat satu atau dua buah syarikat bas yang beroperasi. Jangka masa
            pergerakan antara sebuah bas dengan bas yang lain agak panjang disebabkan
            masalah kekurangan bas. Keadaan ini menyebabkan pengguna sering
            berebut-rebut untuk menaiki bas agar mereka tidak ketinggalan.Sesetengah
            penumpang teksi pula sanggup menaiki teksi melebihi muatan yang dibenarkan
            agar mereka cepat sampai ke destinasi. Selain tidak selesa, tindakan ini boleh
            membahayakan penumpang.

      3.2 Keadaan Fizikal Kenderaan Awam Tidak Sempurna
            Keadaan fizikal sesetengah kenderaan awam, khususnya bas dan teksi didapati
            kurang sempurna. Sesetengah kenderaan tersebut tidak terurus dan tidak
            diselenggara dengan baik. Kusyen beberapa buah bas pula didapati carik
            dan sesetengahnya tertulis dengan pelbagai tulisan yang berunsur lucah.
            Kebersihan kebanyakan kenderaan tidak dijaga dengan baik. Sistem pendingin
            hawa yang digunakan pula kadangkala tidak berfungsi. Keadaan ini menyebabkan
            pengguna berasa tidak selesa menggunakan pengangkutan awam.

      3.3 Kadar Tambang Tidak Sepadan dengan Kualiti Perkhidmatan
            Kajian juga mendapati bahawa kebanyakan pengguna perkhidmatan awam
            yang ditemui menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tentang kadar tambang
            yang dikenakan. Kebanyakan pengguna bersetuju bahawa kadar tambang tidak
            sepadan dengan kualiti perkhidmatan. Menurut pengguna, sesetengah pemandu
            teksi tidak menggunakan meter yang dipasang dengan alasan alat tersebut rosak.
            Segelintir kakitangan bas pula didapati  kurang sopan apabila berurusan dengan
            penumpang. Walaupun perkara ini tidak disenangi, namun pengguna terpaksa
            menggunakan perkhidmatan awam kerana tiada pilihan lain.

4.0 Cadangan untuk Mengatasinya
      4.1 Memperketat Penguatkuasaan Undang-undang tentang Usia 
            Kenderaan Awam
            Jabatan Pengangkutan Jalan hendaklah memperketat penguatkuasaan
            undang-undang tentang usia kenderaan awam di jalan raya. Kenderaan
            yang terlalu lama misalnya, yang melebihi usia 20 tahun haruslah ditamatkan
            permitnya. Pengusahanya boleh diberikan bantuan kewangan untuk
            menggantikannya dengan kenderaan yang baharu. Bantuan yang sama
            hendaklah diberikan kepada pemilik kenderaan awam yang kenderaan
            awamnya didapati kurang elok. Selain menjaga keselamatan pengguna,
            langkah ini penting untuk memberikan keselesaan kepada pengguna
            perkhidmatan tersebut.

     4.2 Menambahkan Pengeluaran Permit Kenderaan Awam

           Bagi mengatasi masalah kekurangan kenderaan awam, pihak kerajaan
           seharusnya  menambahkan pengeluaran permit kenderaan awam
           di negara ini. Hal ini bertujuan untuk membolehkan lebih banyak
           kenderaan awam beroperasi. Langkah ini penting untuk mengelakkan
          orang ramai berebut-rebut untuk menaiki kenderaan, terutamanya
           ketika menjelang musim perayaan. Pertambahan pemilik kenderaan
           awam juga penting untuk mewujudkan persaingan yang sihat dalam
           kalangan pengusaha. Impaknya, pengguna dapat membuat pilihan dan
           masalah kekurangan kenderaan dapat dikurangkan.

5.0 Penutup

      Kajian ini telah mengenal pasti beberapa kelemahan perkhidmatan pengangkutan
      awam di negara ini. Selain kekurangan jumlah kenderaan awam, sikap pengusaha
      yang terlalu  mementingkan keuntungan memungkinkan kenderaan awam tidak
      terjaga. Kelemahan tersebut dapat diatasi sekiranya pengusaha kenderaan awam
      memahami bahawa mereka sebenarnya turut melaksanakan tanggungjawab sosial.
      Sekiranya syarikat kenderaan awam di negara ini  dapat menyediakan perkhidmatan
      yang lebih berkualiti, orang ramai juga akan berasa selesa menggunakan
      perkhidmatan awam yang disediakan.






Laporan disediakan oleh,                                                                             10 Mac 2013
       

            Muhammad
(MUHAMMAD BIN DAIMIN)
Setiausaha Persatuan Keselamatan Sosial
Daerah Pekan

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia

Thursday, January 3, 2013

BAHASA MELAYU SEMESTER II 2013.



SUKATAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU  910/2
SEMESTER  II TAHUN 2013
1.       MORFOLOGI:

Empat perkara utama yang akan dibincang iaitu:

a.       Definisi  Bidang Morfologi yang mencakupi Konsep Morfem, Jenis Morfem, Konsep Alomorf, Konsep Morfofonem dan Konsep Kata.

b.      Bentuk Kata yang merangkumi Kata Tunggal, Kata Terbitan, Kata Ganda dan Kata Majumuk.

c.       Golongan Kata pula merangkumi Kata Nama, Kata Kerja, Kata Kata Adjektif dan Kata Tugas.

d.      Proses Pembentukan Kata Mencakupi Proses Pengimbuhan, Proses Pemajmukan, Proses Penggandaan dan  Proses Pengakroniman.

2.       SINTAKSIS  :

Bahagian ini menghuraikan perkara-perkara seperti:

a.       Definisi bidang Sintaksis iaitu berkaitan dengan Konsep ayat, Konsep Klausa, Konsep Frasa dan Konsep Subjek dan Predikat  serta Hukum D M.

b.      Jenis dan Binaan Frasa yang terdiri daripada Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.

c.       Jenis dan Binaan Klausa iaitu yang terdiri dari Klausa Bebas dan Klausa Tidak Bebas (terikat).

d.      Pola Ayat Dasar

e.      Susunan Konstituen Ayat iaitu Susunan ayat Biasa dan Ayat Songsang

f.        Ragam Ayat yang terdiri daripada Ayat Aktif dan Ayat Pasif

g.       Jenis-jenis Ayat yang menghuraikan tentang Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seruan

h.      Bentuk Ayat pula menghuraikan perkara yang berkaitan dengan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

i.        Proses Penerbitan Ayat yang membincangkan perkara-perkara yang melibatkan Konsep Ayat Terbitan, Proses Penerbitan ayat (tranformasi generatif) dan Analisis Melalui Konstituen Terdekat dan Gambarajah Pohon.

3.       ANALISIS  KESALAHAN  BAHASA:

Bahagian ini membincangkan bidang-bidang yang berkaitan aspek kesalahan bahasa yang kerap dilakukan oleh para pengguna bahasa Melayu. Antara aspek kesalahan yang perlu diberi tumpuan ialah Kesalahan Ejaan, Tanda Baca, Diksi, Morfologi, Sintaksis dan Kesalahan dalam penggunaan Penanda Wacana.
4.       KERJA KURSUS – PENULISAN ESEI BERFORMAT:

Bahagian ini membicarakan khusus berkaitan tentang esei  berformat yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar PraUniversiti sebelum mereka ini menduduki peperiksaan pada semester 2 nanti.  Antara aspek yang perlu diberi tumpuan khusus jenis-jenis esei berformat, panjang esei, masa serta tarikh menghasilkan esei tersebut, rangka esei, aspek pemerengganan dan beberapa perkara lain yang berfokus kepada menghasilkan esei berformat yang baik.

a.      JENIS-JENIS ESEI BERFORMAT.

Pelajar diwajibkan untuk menghasilkan LAPAN (8) Kertas Kerja Kursus iaitu penulisan esei berformat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran markah bagi Kerja Kursus ini adalah sebanyak 8% daripada jumlah keseluruhan markah Bahasa Melayu bagi semester 2 iaitu 28%. Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah antara 7 JANUARI 2013 HINGGA 8 APRIL 2013.

Setiap pelajar wajib menulis lapan (8) esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut:

i)                    Syarahan

ii)                  Laporan

iii)                Ceramah

iv)                Minit Mesyuarat

v)                  Teks Ucapan

vi)                Kertas Cadangan/proposal

vii)              Memorandum

viii)            Surat Kiriman rasmi*

*wajib ditulis tetapi markahnya tidak akan diambil kira.

                     -Panjang setiap esei berformat tersebut adalah antara 600 hingga 650 patah perkataan, kecuali Surat Kiriman Rasmi iaitu memadai antara 250 hingga 350 patah perkataan sahaja.         

 

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...