Tuesday, October 23, 2012

BILA DEMAM STPM 2012 MULA MEREBAK.

 Hari silih berganti. Waktu tidak boleh digari. Masa begitu cemburu dan terburu berlalu. Yang pergi dan datang begitu cepat sekali. Pun begitu, usaha perlu diteruskan, malah dilipatgandakan di samping bermohon pada Yang Maha Esa muga apapun rintangan ada jalan kerenganan  dan kejayaan.
Teruskan...
Kuatkan...
Ini hanya penilaian sebelum yang sebenarnya...
Mohonlah... jangan berlagak angkuh dan sombong...
Allah SWT amat menyayangi hamba-Nya yang selalu meminta-minta. Jadi Pohonlah, setelah segala usaha dan ikhtiar dilakukan. Amin, Ya Rabba alamin.
                     
                                         #SEMUGA  ANDA  SEMUA  BERJAYA   SUKSES#

Thursday, October 11, 2012

PEMBACAAN KRITIS DAN ANALITIS


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.                  
[30 markah]

Tahukah anda bahawa kanak-kanak ketawa sebanyak 300 hingga 400 kali dalam sehari, berbanding orang dewasa yang hanya ketawa sebanyak 10 hingga 15 kali sehari? Ketawa dikatakan sangat penting dalam kehidupan. Ungkapan ‘jangan marah, nanti cepat tua’ ada benarnya dari sudut saintifik. Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di luar negara mendapati bahawa ketawa boleh membuatkan seseorang lebih sihat. Ketawa berdekah-dekah dalam jangka masa tertentu boleh diibaratkan seperti melakukan jogging pada bahagian dalaman tubuh.

Ketawa menyebabkan jantung mengepam dengan lebih pantas. Keadaan ini memaksa lebih banyak oksigen diangkut dan sekali gus merangsang pengaliran darah. Selain itu, ketawa juga mengaktifkan kelenjar hipotalamus, pituitary, dan adrenal yang akan menambahkan pengeluaran endorfin. Endorfin ialah bahan kimia yang dirembes ke dalam darah yang menimbulkan rasa selesa dan menyenangkan. Ekoran daripada itu, tubuh dan otak kita berada dalam keadaan rehat.

Humor dan jenaka sebenarnya memberikan kesegaran dan kegembiraan kepada kehidupan. Ketawa sebagai kesan daripada humor dan jenaka menjadi pencetus keadaan fizikal, emosi, dan spiritual yang lebih baik. Keadaan ini menjadikan kita lebih bersemangat, fleksibel, kreatif, dan berdaya saing.

Sense of humour adalah antara kemahiran yang penting untuk seseorang individu itu diterima dalam sesuatu kumpulan. Kebolehan untuk membuat orang lain tersenyum dan ketawa merupakan nilai penting bagi kanak-kanak. Kebolehan ini membantunya meningkatkan kerjasama dengan ibu bapa, guru, dan kanak-kanak yang lain. Apa yang pasti, terdapat banyak bukti kukuh yang menunjukkan bahawa ketawa dan humor membantu kanak-kanak membina keupayaan untuk mengingat dan belajar.

Bagaimanapun, banyak orang percaya bahawa tidak semua manusia dilahirkan dengan sikap pandai bergurau dan berjenaka. Keadaan tersebut tidak seratus peratus benar. Ini kerana pesekitaran memainkan peranan dalam pembentukan peribadi kanak-kanak tersebut. Tanda awal sikap "sense of humor" ialah apabila seseorang bayi tersenyum dan ketawa. Bayi akan tersenyum setelah dua hingga tiga minggu dilahirkan. Namun demikian, bayi hanya boleh ketawa setelah berusia hampir tiga bulan.

Jelaskan maksud frasa

1. (a)  … seperti melakukan jogging pada bahagian dalaman tubuh                                                                [2 markah]
1. (b)  … memberikan kesegaran dan kegembiraan kepada kehidupan                                                                      
[2 markah]

2. Apakah mesej yang mahu disampaikan oleh penulis melalui petikan di atas?                                              
[6 markah]

3. Sense of humour adalah antara kemahiran yang penting untuk seseorang individu itu diterima dalam sesuatu kumpulan

Berikan ulasan anda tentang pendapat ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang sesuai. Panjang jawapan anda hendaklah tidak lebih daripada 150 patah perkataan.
[20 markah]

....jawaban: coming soon...hahaha...

SOALAN PERCUBAAN BM STPM 2012

BAHASA MELAYU KERTAS II: KARANGAN
SOALAN PERCUBAAN STPM 2012 BERDASAR NEGERI.

Negeri
Soalan
Format

















PAHANG








1. Sebagai seorang pegawai di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, anda telah diarahkan untuk menyampaikan ceramah kepada sekumpulan pegawai pertanian dari negara jiran yang mengikuti program lawatan dalam perkhidmatan. Ceramah anda adalah tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memperkasa sektor pertanian negara.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

Ceramah


2. Integrasi nasional dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum penting untuk memupuk toleransi yang mengelakkan sebarang pergeseran dan prejudis antara kaum yang akan menggugat keutuhan bangsa Malaysia. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai strategi sebagai wahana integrasi nasional. Huraikan strategi tersebut.

Umum

3. Kemajuan sains dan teknologi telah menghasilkan bahan kimia yang banyak manfaat kepada tamadun bangsa. Walau bagaimanapun, penggunaan bahan tersebut tanpa kawalan boleh memudaratkan kehidupan. Bincangkan kesan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan.

Umum

4. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada di peringkat serantau atau antarabangsa seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan negara semakin merudum. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara. Jelaskan usaha kerajaan untuk memartabatkan sukan negara.

Umum















TERENGGANU





1. Andaikan anda pegawai kanan di Kementerian Pelajaran Malaysia dan diminta untuk menyampaikan satu ceramah kepada satu kumpulan pelajar di sebuah sekolah. Fokus ceramah anda adalah mengenai kepentingan aktiviti kokurikulum dalam mencorakkan generasi muda di negara ini.
Sediakan teks ceramah anda itu.

Ceramah
2. Penciptaan permainan berkomputer dikatakan mendatangkan pelbagai kesan kepada orang ramai, terutama golongan remaja.
Jelaskan kesan yang dimaksudkan itu.


Umum

3. Kecemerlangan seseorang atlet dalam bidang yang diceburinya dikatakan banyak bergantung pada sikap atlet itu sendiri.
Sejauh manakah pandangan ini dianggap wajar?


Umum

4. Banyak pihak mengatakan bahawa peperangan bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan bahkan peperangan mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara.

Umum






SELANGOR





1. Kebanyakan persatuan belia di negara kita bagai hidup segan mati tak mahu kerana belia di negara ini kurang gemar berpersatuan. Jelaskan kepentingan belia menceburkan diri secara aktif dalam persatuan.

Umum

2. Sebagai Setiausaha Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai, anda diminta untuk menyediakan laporan lengkap tentang kesan yang timbul daripada masalah rumah terbengkalai dan mengemukakan cadangan untuk mengatasinya.

Laporan
3. Kini, pengambilan makanan kesihatan tambahan menjadi amalan kepada sesetengah golongan masyarakat di negara kita. Apakah kebaikan yang diperoleh daripada pengambilan makanan tersebut?

Umum

4. Malaysia berusaha untuk memajukan bidang aeroangkasa seiring dengan negara lain di dunia. Jelaskan kesan kemajuan bidang aeroangkasa kepada negara.

Umum





PERAK




1.Fenomena pembuangan bayi kian membimbangkan masyarakat dan isu ini seolah-olah menunjukkan manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya. Bincangkan punca berlakunya fenomena ini dan kesannya.

Umum

2. Sebagai pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), anda telah diminta untuk menyediakan satu laporan tentang langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu. Sediakan laporan tersebut.
Laporan
3. Kebanyakan bencana alam yang berlaku pada hari ini berpunca daripada kecuaian manusia menguruskan alam. Ulaskan kenyataan ini.

Umum

4. Modal insan kelas pertama merupakan idea yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita. Bincangkan kepentingan modal insan dan langkah-langkah untuk melahirkankannya.

Umum

Wednesday, October 3, 2012

BAHASA MELAYU STPM


         BAHASA MELAYU STPM : KERTAS II

                                              
  BAHAGIAN  A
  KARANGAN

    Isu-isu yang perlu diberi tumpuan untuk tahun 2012

1.               Jenayah ragut

2.              Ibu tunggal

3.              Baik buruk laman blog

4.              Pembantu rumah asing

5.              Wabak deman denggi

6.              Kebersihan alam sekitar (pencemaran )

7.              Semangat kejiranan rukun tetangga

8.              Krisis kenaikan  harga bahan api

9.              Penyakit-penyakit  bawaan virus

10.            Masalah sosial dalam kalangan remaja

11.             Pentingnya aktiviti kokurikulum kepada pelajar

12.            Pentingnya aktiviti pertahanan diri

13.            Masalah yang dibawa pendatang asing(faktor penarik ke Malaysia/          
                                        penolak dari negara asal)

14.            Memperkasakan sektor pelancongan negara

15.            Usaha menarik pelabur asing

16.            Keracunan bahasa/pencemaran bahasa

17.            Peranan media massa memupuk perpaduan kaum (intergrasi)

18.            Penderaan terhadap kanak-kanak dan wanita

19.            Peranan orang kelainan upaya  (oku)

20.           Kepentingan sektor bio teknologi

21.            Krisis dalaman  persatuan  sukan

22.            Perubatan berasaskan herba (perubatan tradisional)

23.            Kemerosotan bidang perfileman negara

24.           Peranan agrotani/bazar tani

25.            Masalah  perumahan rakyat d bandar dan luar bandar

26.           Baik buruk majalah hiburan

27.            Kegiatan along/ceti haram

28.           Pentingnya  mata pelajaran sejarah

29.           Pentingnya program PLKN

30.           Penyakit-penyakit  kronik akibat amalan permakanan

31.            Kegiatan  lumba haram (rempit)

32.            Usaha kerajaan melahirkan rakyat berbudi bahasa

33.            Penggunaan bahan kimia dalam makanan, baja,industri,perubatan

34.           Kepentingan amalan berjimat cermat

35.            Keganasan dalam rumah tangga

36.           Kemalangan jalan raya musim perayaan

37.            Jenayah  dalam kalangan remaja

38.           Kepentingan penganjuran sukan peringkat antarabangsa.

39.           Peranan iklan dalam mempengaruhi pengguna

40.           Demontrasi jalanan

41.            Malaysia sebagai pusat makanan halal

42.           Program membasmi kemiskinan

43.           Pentingnya teknologi nuklear


Calon-calon perlu membuat persediaan awal dengan menyediakan rangka karangan bagi setiap isu  yang mengandungi fakta-fakta berikut:

1.        punca

2.        kesan baik  atau buruk

3.        cadangan

4.        langkah-langkah mengatasi @menangani sesuatu isu

5.        Faktor-faktor

Fahami bentuk  soalan sama ada berformat atau tidak berformat. Fahami kunci soalan dengan jelas.

Insyallah dengan adanya persedian awal calon dapat menulis karangan dengan baik.

                               Selamat menduduki pepeperiksaan .
                          Harapan  agar anda berjaya .

Wednesday, July 25, 2012

APA ITU HARTA INTELEK ?



Harta intelek adalah merujuk kepada hak eksklusif sesuatu penciptaan yang dilindungi di bawah undang-undang berkaitan. Di bawah pemilikan itu, pencipta sesuatu produk mempunyai hak mutlak terhadap pelbagai aset nyata dan juga tidak nyata yang dihasilkan. Produk terbut termasuklah muzik, karya seni kreatif, perkhidmatan, reka bentuk dan sebagainya.
Secara dasarnya, harta intelek boleh dibahagikan kepada kategori hak cipta, paten, cap dagangan dan rahsia perdagangan.
Penguatkuasaan undang-undang harta intelek sebenarnya dapat meningkatkan tahap ekonomi dan inovasi sesebuah negara. Hal ini demikian kerana, undang-undang harta intelek menjadi faktor penting mempengaruhi pelaburan perniagaan asing.
Di Malaysia, harta intelek dilindungi oleh undang-undang seperti Akta Cap Dagangan 1976, Akta Paten 1983, Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Rekabentuk Ciptaan Industri 1996.
Bagi peringkat antarabangsa pula, China, Korea Selatan dan Jepun adalah di antara negara yang berada di tempat 10 teratas paling banyak memfailkan paten.

Sumber:
istidokmy


Thursday, May 17, 2012

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.

KONSEP MELAYU.

Image Detail

Definisi Awal Istillah Melayu:

-Peringkat awalnya, istillah 'Melayu' hanya dikaitkan dengan kerajaan.
 - Asal awal kata 'Melayu'  yang dikutip dari beberapa sumber antaranya:
 
  a) M.Ptolomy, dalam Geographike Sintaxis, beliau menggunakan istillah ' Maleu-kolon'  iaitu nama suatu tempat di utara Tanah Melayu.
 b) Manakala dalam Kitab Purana terdapat perkataan  'Malaya dvipa'
 c) Dalam sebuah tulisan China terdapat perkataan 'Mo-lo-yeu', iaitu mengaitkan dengan sebuah kerajaan di Jambi Sumatera.
 d) Seorang penganut Budha China, I-Tsing menggunakan perkataan'Mo-lo-yu' pada kerajaan yang memerintah di Sungai Batang dan kerajaan Sriwijaya. Dikatakan bahawa dua buah kerajaan ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
 e) Dalam kesusasteraan China ada menyatakan bahawa bahasa yang dipertuturkan di Sriwijaya ialah bahasa 'K'un-lun' , iaitu merujuk kepada bahasa Melayu Kuno yang dijadikan sebagai bahasa lingua franca dan bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya.
 f) Ada juga yang mengatakan bahawa kata 'Melayu' terdapat di belakang patung yang ditemui di Padang Rocore, Sungai Batanghari, Sumatera Selatan.
 g) Manakala dalam buku Sejarah Melayu, kata 'Melayu' adalah merujuk kepada sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu.

- Mengikut sesetengah pendapat bahawa kemunculan istillah 'Melayu' yang merujuk kepada bangsa dan bahasa bermula dengan kewujudan kerajaan Melaka.
- Pada tahap awalnya, kata 'Melayu' hanya merujuk kepada raja-raja Melayu dari Sumatera.

...bersambung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...