Thursday, October 11, 2012

PEMBACAAN KRITIS DAN ANALITIS


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.                  
[30 markah]

Tahukah anda bahawa kanak-kanak ketawa sebanyak 300 hingga 400 kali dalam sehari, berbanding orang dewasa yang hanya ketawa sebanyak 10 hingga 15 kali sehari? Ketawa dikatakan sangat penting dalam kehidupan. Ungkapan ‘jangan marah, nanti cepat tua’ ada benarnya dari sudut saintifik. Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di luar negara mendapati bahawa ketawa boleh membuatkan seseorang lebih sihat. Ketawa berdekah-dekah dalam jangka masa tertentu boleh diibaratkan seperti melakukan jogging pada bahagian dalaman tubuh.

Ketawa menyebabkan jantung mengepam dengan lebih pantas. Keadaan ini memaksa lebih banyak oksigen diangkut dan sekali gus merangsang pengaliran darah. Selain itu, ketawa juga mengaktifkan kelenjar hipotalamus, pituitary, dan adrenal yang akan menambahkan pengeluaran endorfin. Endorfin ialah bahan kimia yang dirembes ke dalam darah yang menimbulkan rasa selesa dan menyenangkan. Ekoran daripada itu, tubuh dan otak kita berada dalam keadaan rehat.

Humor dan jenaka sebenarnya memberikan kesegaran dan kegembiraan kepada kehidupan. Ketawa sebagai kesan daripada humor dan jenaka menjadi pencetus keadaan fizikal, emosi, dan spiritual yang lebih baik. Keadaan ini menjadikan kita lebih bersemangat, fleksibel, kreatif, dan berdaya saing.

Sense of humour adalah antara kemahiran yang penting untuk seseorang individu itu diterima dalam sesuatu kumpulan. Kebolehan untuk membuat orang lain tersenyum dan ketawa merupakan nilai penting bagi kanak-kanak. Kebolehan ini membantunya meningkatkan kerjasama dengan ibu bapa, guru, dan kanak-kanak yang lain. Apa yang pasti, terdapat banyak bukti kukuh yang menunjukkan bahawa ketawa dan humor membantu kanak-kanak membina keupayaan untuk mengingat dan belajar.

Bagaimanapun, banyak orang percaya bahawa tidak semua manusia dilahirkan dengan sikap pandai bergurau dan berjenaka. Keadaan tersebut tidak seratus peratus benar. Ini kerana pesekitaran memainkan peranan dalam pembentukan peribadi kanak-kanak tersebut. Tanda awal sikap "sense of humor" ialah apabila seseorang bayi tersenyum dan ketawa. Bayi akan tersenyum setelah dua hingga tiga minggu dilahirkan. Namun demikian, bayi hanya boleh ketawa setelah berusia hampir tiga bulan.

Jelaskan maksud frasa

1. (a)  … seperti melakukan jogging pada bahagian dalaman tubuh                                                                [2 markah]
1. (b)  … memberikan kesegaran dan kegembiraan kepada kehidupan                                                                      
[2 markah]

2. Apakah mesej yang mahu disampaikan oleh penulis melalui petikan di atas?                                              
[6 markah]

3. Sense of humour adalah antara kemahiran yang penting untuk seseorang individu itu diterima dalam sesuatu kumpulan

Berikan ulasan anda tentang pendapat ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang sesuai. Panjang jawapan anda hendaklah tidak lebih daripada 150 patah perkataan.
[20 markah]

....jawaban: coming soon...hahaha...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...