SOALAN PERCUBAAN STPM 2012 BERDASAR NEGERI.
Negeri
|
Soalan
|
Format
|
PAHANG
|
1. Sebagai seorang
pegawai di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, anda telah
diarahkan untuk menyampaikan ceramah kepada sekumpulan pegawai pertanian dari
negara jiran yang mengikuti program lawatan dalam perkhidmatan. Ceramah anda
adalah tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memperkasa sektor
pertanian negara.
Sediakan teks ceramah
anda selengkapnya.
|
Ceramah
|
2. Integrasi nasional
dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum penting untuk memupuk toleransi yang
mengelakkan sebarang pergeseran dan prejudis antara kaum yang akan menggugat
keutuhan bangsa Malaysia. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan
pelbagai strategi sebagai wahana integrasi nasional. Huraikan strategi tersebut.
|
Umum
| |
3. Kemajuan sains dan
teknologi telah menghasilkan bahan kimia yang banyak manfaat kepada tamadun
bangsa. Walau bagaimanapun, penggunaan bahan tersebut tanpa kawalan boleh
memudaratkan kehidupan. Bincangkan kesan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan.
|
Umum
| |
4. Kemerosotan
pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada di peringkat serantau
atau antarabangsa seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan negara semakin
merudum. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan usaha untuk
meningkatkan mutu sukan negara. Jelaskan usaha kerajaan untuk memartabatkan
sukan negara.
|
Umum
| |
TERENGGANU |
1. Andaikan anda pegawai kanan di Kementerian Pelajaran Malaysia dan
diminta untuk menyampaikan satu ceramah kepada satu kumpulan pelajar di sebuah
sekolah. Fokus ceramah anda adalah mengenai kepentingan aktiviti kokurikulum
dalam mencorakkan generasi muda di negara ini.
Sediakan teks ceramah anda itu.
|
Ceramah
|
2. Penciptaan permainan berkomputer dikatakan mendatangkan pelbagai
kesan kepada orang ramai, terutama golongan remaja.
Jelaskan kesan yang dimaksudkan itu.
|
Umum | |
3. Kecemerlangan seseorang atlet dalam bidang yang diceburinya dikatakan
banyak bergantung pada sikap atlet itu sendiri.
Sejauh manakah pandangan ini dianggap
wajar?
|
Umum | |
4. Banyak pihak mengatakan bahawa peperangan bukanlah cara yang terbaik
untuk menyelesaikan bahkan peperangan mendatangkan pelbagai kesan kepada
masyarakat dan negara.
|
Umum
| |
SELANGOR |
1. Kebanyakan persatuan belia di negara kita bagai hidup segan mati
tak mahu kerana belia di negara ini kurang gemar berpersatuan. Jelaskan
kepentingan belia menceburkan diri secara aktif dalam
persatuan.
|
Umum
|
2. Sebagai Setiausaha
Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai, anda diminta untuk
menyediakan laporan lengkap tentang kesan yang timbul daripada masalah rumah
terbengkalai dan mengemukakan cadangan untuk
mengatasinya.
|
Laporan
| |
3. Kini,
pengambilan makanan kesihatan tambahan menjadi amalan kepada sesetengah
golongan masyarakat di negara kita. Apakah kebaikan yang diperoleh daripada
pengambilan makanan tersebut?
|
Umum
| |
4. Malaysia berusaha
untuk memajukan bidang aeroangkasa seiring dengan negara lain di dunia.
Jelaskan kesan kemajuan bidang aeroangkasa kepada
negara.
|
Umum
| |
PERAK
|
1.Fenomena
pembuangan bayi kian membimbangkan masyarakat dan isu ini seolah-olah
menunjukkan manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya. Bincangkan punca
berlakunya fenomena ini dan kesannya.
|
Umum
|
2. Sebagai pegawai
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), anda telah diminta untuk menyediakan satu
laporan tentang langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu. Sediakan
laporan tersebut.
|
Laporan
| |
3. Kebanyakan bencana
alam yang berlaku pada hari ini berpunca daripada kecuaian manusia menguruskan
alam. Ulaskan kenyataan ini.
|
Umum
| |
4. Modal insan kelas
pertama merupakan idea yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita.
Bincangkan kepentingan modal insan dan langkah-langkah untuk melahirkankannya.
|
Umum
|
No comments:
Post a Comment