Wednesday, April 27, 2011

TEKNIK MEMERAS OTAK

KARANGAN BERFORMAT.


Teknik memeras Otak !!!

MEMORANDUM

-Memorandum bentuk karangan berformat. Jika calon tidak mematuhi format, markah akan dpotong. Bentuk karangan berformat terikat kepada ciri-ciri tertentu yang telah ditetapkan.
-Karangan berformat memorandum merujuk kepada dokumen ringkas berkaitan sesuatu hal dari satu pihak tertentu atau pihak yang berwajib.
-Secara umumnya, memorandum adalah berkaitan dengan sesuatu isu. Oleh itu format karangan ini perlu ada perkara-perkara seperti berikut:

                                                              1. Perkataan Memorandum

2. Identiti penerima

3. Identiti penghantar

          4. Tajuk memorandum

5. 1.0   Pendahuluan:
          - berikan subtajuk
          - berikan nombor
          - kaitan isi dengan tugasan

6.  2.0 Penyataan masalah/pendapat/usul:
          2.1 - berikan nombor dan pecahannya
          2.2- berikan subtajuk yang ringkas dan tepat
          2.3- huraian mesti tepat dan padat

7.  3.0 Penutup:
          - berikan nombor
          - simpulkan penyataan masalah/pendapat/usul

8. Nama dan tandatangan pengirim (disebelah kiri)

9. Tarikh memorandum (di sebelah kanan)


TATA CARA PENULISAN

A. Peringkat Persediaan

- Baca dan faham semua soalan.
- Kemudian analisa soalan  yang hendak dijawab.
- Ingat soalan yang ingin dijawab agar tidak terpesong ketika menulis karangan nanti dan betul-betul menepati kehendak soalan.
- Buat penataan format dan rangka karangan.
- Senaraikan seberapa banyak isi yang terfikir.
- Pilih isi yang terbaik (5 atau 6 isi terbaik)
- Fikir dan tulis maklumat sokongan seperti contoh,bukti, statistik, peribahasa, moto, pendapat tokoh dan lain-lain yang berkaitan untuk mengukuhkan idea yang mahu disampaikan.
- Isi karangan yang ditulis dalam kerangka dapat menentukan jumlah perenggan yang hendak ditulis.
Selain itu, dapat menentukan keterkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang berikutnya.

B. Peringkat Penulisan

- Bahagian pertama penulisan ialah pendahuluan , diikuti dengan isi sokongan, dan akhir sekali menulis kesimpulan.
- Pendahuluan seharusnya ditulis dengan tepat, padat dan ringkas (tidak meleret-leret).
- Sila berikan takrifan atau definisi tentang sesuatu isu yang ingin ditulis (untuk memudahkan calon menulis pada tahap permulaan).
- Dalam pendahuluan perlu ada gambaran bahawa calon menjawab soalan (ada isi utama)
-Berikutnya masuk bahagian pemerengganan. Jumlah isi sokongan menentukan jumlah perenggan.
- Masukan satu isi sokongan sahaja dalam satu peranggan. Seandainya calon mempunyai 6 isi sokongan, berarti calon perlulah menulis dalam 6 perenggan.
- Kesimpulan. Calon dikehendaki merumus isi yang telah ditulis sebelum menyatakan cadangan, pandangan ataupun harapan.

C. Peringkat Pengeditan

-Calon perlu semak struktur ayat
-Semak ketepatan dalam pemilihan kata, diksi
-Semak ejaan dan tanda baca
-Semak aspek tatabahasa yang lain (kerelevanan)

PERKARA-PERKARA LAIN:

1. Jumlah perkataan yang perlu dalam setiap perenggan sewajarnya seperti berikut:

     a.   Pendahuluan     -- 50 patah
     b.  Isi I                    -- 120  "
     c.  Isi II                   -- 120  "
     d.  Isi III                 -- 120  "
     e.  Isi IV                 -- 120  "
     f.  Isi V                   -- 120  "
     g. Penutup              -- 50 patah

 Jumlah besar  = 650 hingga 700 patah perkataan.

2. Pembahagian Masa
 
    a. Membaca dan memahami soalan   -- 10 minit
    b. Membuat kerangka karangan         -- 15 minit
    c. Menulis karangan                           -- 60 minit
    d. Menyemak karangan                      -- 5 minit






~~~bersambung...
...Semuga semua mendapat manfaatnya.
...boleh copy paste, tapi seeloknya berikan saya sedikit tip untuk promosi blog ini.








-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...