MORFEM
(Unit terkecil dalam tatabahasa)
-Ada 2 kategori mofem iaitu:
a) Morfem bebas
-Dapat berfungsi sebagai ayat minimal.
-Merupakan kata tunggal
b) Morfem terikat
-Tidak boleh berdiri sendiri, hanya wujud bersama morfem bebas (imbuhan : awalan.akhiran, apitan, sisipan)
-Kata akar (bentuk kata yang belum diberi apa-apa imbuhan) cth. tawa = ke+tawa , tani = pe+tani, kejut = ter+kejut, tapa = pe+tapa
BENTUK KATA
Contoh:cat,stor, aib,sana,cuaca,lari,iklim, kolej, senapang
2.KATA TERBITAN (menerima imbuhan awalan,akhiran, apitan atau sisipan pada kata dasar)
Contoh: berlari, dimakan, menjala, pencuri, terjatuh, rujukan, kegelapan, pendapatan,
Gemilang, seruling.
3.KATA MAJMUK (merangkai dua kata dasar atau lebih dan membawa makna tertentu dan lazim
nya dieja terpisah kecuali bentuk kata majmuk yang telah mantap serta tidak boleh menerima sebarang sisipan.)
Contoh: air hujan, setiausaha, jalan raya, pilih kasih, kaki bangku, garis pusat, pita suara
4.KATA GANDA (mengulang kata dasar. Ada 3 bentuk kata ganda iaitu penuh, separa dan berentak)
Contoh: tiba-tiba, kura-kura, lauk-pauk, cerai-berai, jejari, dedaun, kayu-kayan, saudara-mara
...BERSAMBUNG.
No comments:
Post a Comment