Teknik memeras Otak !!!
MEMORANDUM
-Memorandum bentuk karangan berformat. Jika calon tidak mematuhi format, markah akan dpotong. Bentuk karangan berformat terikat kepada ciri-ciri tertentu yang telah ditetapkan.
-Karangan berformat memorandum merujuk kepada dokumen ringkas berkaitan sesuatu hal dari satu pihak tertentu atau pihak yang berwajib.
-Secara umumnya, memorandum adalah berkaitan dengan sesuatu isu. Oleh itu format karangan ini perlu ada perkara-perkara seperti berikut:
1. Perkataan Memorandum
2. Identiti penerima
3. Identiti penghantar
4. Tajuk memorandum
5. 1.0 Pendahuluan:
- berikan subtajuk
- berikan nombor
- kaitan isi dengan tugasan
6. 2.0 Penyataan masalah/pendapat/usul:
2.1 - berikan nombor dan pecahannya
2.2- berikan subtajuk yang ringkas dan tepat
2.3- huraian mesti tepat dan padat
7. 3.0 Penutup:
- berikan nombor
- simpulkan penyataan masalah/pendapat/usul
8. Nama dan tandatangan pengirim (disebelah kiri)
9. Tarikh memorandum (di sebelah kanan)
TATA CARA PENULISAN
A. Peringkat Persediaan
- Baca dan faham semua soalan.
- Kemudian analisa soalan yang hendak dijawab.
- Ingat soalan yang ingin dijawab agar tidak terpesong ketika menulis karangan nanti dan betul-betul menepati kehendak soalan.
- Buat penataan format dan rangka karangan.
- Senaraikan seberapa banyak isi yang terfikir.
- Pilih isi yang terbaik (5 atau 6 isi terbaik)
- Fikir dan tulis maklumat sokongan seperti contoh,bukti, statistik, peribahasa, moto, pendapat tokoh dan lain-lain yang berkaitan untuk mengukuhkan idea yang mahu disampaikan.
- Isi karangan yang ditulis dalam kerangka dapat menentukan jumlah perenggan yang hendak ditulis.
Selain itu, dapat menentukan keterkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang berikutnya.
B. Peringkat Penulisan
- Bahagian pertama penulisan ialah pendahuluan , diikuti dengan isi sokongan, dan akhir sekali menulis kesimpulan.
- Pendahuluan seharusnya ditulis dengan tepat, padat dan ringkas (tidak meleret-leret).
- Sila berikan takrifan atau definisi tentang sesuatu isu yang ingin ditulis (untuk memudahkan calon menulis pada tahap permulaan).
- Dalam pendahuluan perlu ada gambaran bahawa calon menjawab soalan (ada isi utama)
-Berikutnya masuk bahagian pemerengganan. Jumlah isi sokongan menentukan jumlah perenggan.
- Masukan satu isi sokongan sahaja dalam satu peranggan. Seandainya calon mempunyai 6 isi sokongan, berarti calon perlulah menulis dalam 6 perenggan.
- Kesimpulan. Calon dikehendaki merumus isi yang telah ditulis sebelum menyatakan cadangan, pandangan ataupun harapan.
C. Peringkat Pengeditan
-Calon perlu semak struktur ayat
-Semak ketepatan dalam pemilihan kata, diksi
-Semak ejaan dan tanda baca
-Semak aspek tatabahasa yang lain (kerelevanan)
PERKARA-PERKARA LAIN:
1. Jumlah perkataan yang perlu dalam setiap perenggan sewajarnya seperti berikut:
a. Pendahuluan -- 50 patah
b. Isi I -- 120 "
c. Isi II -- 120 "
d. Isi III -- 120 "
e. Isi IV -- 120 "
f. Isi V -- 120 "
g. Penutup -- 50 patah
Jumlah besar = 650 hingga 700 patah perkataan.
2. Pembahagian Masa
a. Membaca dan memahami soalan -- 10 minit
b. Membuat kerangka karangan -- 15 minit
c. Menulis karangan -- 60 minit
d. Menyemak karangan -- 5 minit
~~~bersambung...
...Semuga semua mendapat manfaatnya.
...boleh copy paste, tapi seeloknya berikan saya sedikit tip untuk promosi blog ini.
-