Dalam peperiksaan STPM Baharu, penggal I, Penulisan esei tidak berformat merupakan soalan wajid dalam kertas 910/1 bahagian C. Calon dikehendaki memilih satu tajuk dan menulis sebuah karangan tidak berformat tersebut. Sebanyak 50 markah diperuntukan untuk bahagian ini. Panjang karangan antara 600
hingga 650 patah perkataan sahaja.
Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi
bidang seperti berikut iaitu;
·
Sukan
·
Ekonomi
·
Kesihatan
·
Pendidikan
·
Alam sekitar
·
Kemasyarakatan
·
Hal ehwal wanita
·
Sains dan teknologi
·
Seni dan kebudayaan
·
Isu kanak-kanak dan remaja
·
Isu keselamatan antara bangsa
Tajuk-tajuk yang dikemukakan adalah
berkaitan dengan isu-isu lampau atau berdasarkan isu-isu semasa dan terkini yang hangat.
Tujuan penulisan karangan dikemukakan bertujuan untuk menguji dan menilai kemampuan
calon dalam perkara-perkara berikut;
·
Mengemukakan isi-isi yang releven bagi tiap-tiap soalan
karangan.
·
Menghuraikan dan merumus hujah-hujah dengan matang, lancar,
dan berkesan.
·
menyusun isi mengikut urutan yang sesuai
·
menyampaikan isi dalam bentuk wacana yang utuh.
·
menggunakan bahasa yang betul, persis, dan lancar.
Fokus utama pengujian adalah untuk mengetahui kemampuan calon berdasarkan perkara seperti berikut;
Fakta: Kemampuan calon
memilih dan mengemukakan sesuatu fakta dari segi kejituan , kematangan,
keintelektualan, dan kewajaran.
Gaya dan laras: Kematangan calon menggunakan ragam
bahasa, retorik, kekayaan pemilihan diksi, wacana, kesantunan, istilah, dan
peribahasa.
Pengolahan: Kebolehan calon menyusun dan menyampaikan idea dalam bentuk yang bernas dan rapi.
Tatabahasa :Kemahiran penggunaan struktur bahasa, ejaan, tanda baca,
perenggan, format, kerapian penggunaan bahasa, dan kelancaran bahasa serta aspek meknisme yang tertib.
Karangan calon dinilai berdasarkan aspek-aspek berikut:
·
Kerelevanan (R)
·
Pengolahan (P)
·
Bahasa (B)
A.Kerelevanan (R) : Aspek kerelevanan ini diukur
berdasarkan;
i. Kandungan karangan
·
Pendahuluan
·
Isi sokongan
·
Kesimpulan (penutup)
ii. Pendekatan
karangan
·
Karangan tidak berformat
B.
Pengolahan
(P) : Aspek pengolahan dinilai dari segi;
1.
Kesepaduan karangan
·
Jalinan isi dengan isi
·
Jalinan isi dengan huraian
·
Jalinan perenggan dengan perenggan
·
Jalinan ayat dengan ayat
2.
Binaaan karangan
·
Pendahuluan
·
Isi sokongan
·
Kesimpulan
C.
Bahasa (B) : Aspek bahasa dinilai dari segi ;
1.
Diksi (pemilihan kata)
·
Kata umum
·
Istilah
·
Peribahasa
2. Tatabahasa:
Sintaksis
·
Frasa
·
Ayat
Morfologi
·
Imbuhan
·
Kata ganda
·
Kata majmuk
Aspek Meknisme
·
Ejaan
·
Tanda baca
·
Bentuk tulisan
BENTUK SOALAN
Karangan bentuk perbincangan
Bentuk soalan berdasarkan kata kunci “Bincangkan”
dalam penyataan soalan.
Terdapat dua bentuk perbincangan.
1. Perbincangan yang hanya menumpukan satu sudut sahaja, sama
ada sudut pro atau kontra.
2. Perbincangan yang menumpukan pelbagai sudut perbincangan
seperti aspek baik dan buruk pro dan kontra atau menyangkal atau menerima
sesuatu isu.
Karangan hendaklah berdasarkan perbincangan
yang rasional, logik, dan munasabah. Isi yang dikemukakan mestilah menyatakan
kebenaran serta disokong dengan contoh, alasan, dan bukti yang tepat dan jelas.
Elak supaya karangan yang dihasilkan tidak berbentuk perbahasan.
Penelitian dan pemahaman yang mendalam
perlu dilakukan semasa membaca penyataan tajuk soalan perbincangan supaya
kehendak sebenar tajuk dapat dikenalpasti.
Karangan bentuk huraian.
Karangan jenis ini menggunakan kata kunci
“Huraikan atau jelaskan, terangkan, takrifkan apa yang anda fahami”
Karangan ini memerlukan calon memberi
penjelasan atau huraian terhadap sesuatu yang belum jelas atau lengkap kepada
pembaca. Oleh hal yang demikian, pemahaman dan pengetahuan calon tentang
sesuatu isu yang hendak dijelaskan mestilah mendalam supaya ia dapat dihuraikan
dengan mudah dan jelas.Tujuan karangan berbentuk huraian untuk menguji keluasan
pengetahuan, kefahaman, dan maklumat yang ada pada calon terhadap sesuatu isu,
hal, masalah, kes, situasi, dan gejala yang timbul.
Karangan berbentuk hujahan.
Karangan jenis ini biasanya menggunakan
kata kunci “Bahaskan dan kemukakan pandangan anda”. Karangan ini menghendaki
calon menyatakan pendapat atau pandangan yang memihak kepada satu pihak sahaja.
Ia bertujuan mempengaruhi pendapat, pandangan, dan kesahihan isu yang
dibahaskan, sama ada pro atau kontra, menyokong atau membangkang sesuatu
pendirian yang dikemukakan itu hendaklah disertai dengan hujah,bukti, alasan,
dan contoh yang logik, dan berasas.
Pada bahagian akhir/penutup karangan ,
calon perlu menegaskan atau mengulangi pendirian yang telah dinyatakan dalam
bahagian awal karangan. Hal ini demikian kerena, bertujuan menyatakan pendirian
calon dalam menjawab tajuk yang dikemukakkan.
Karangan bentuk
komentar dan kritikan.
Karangan jenis ini menggunakan kata kunci “Kemukakan
pandangan anda, beri pendapat anda, bersetujukah anda dengan, ulaskan penyataan
tersebut”. Karangan jenis ini menghendaki calon memberi pendapat,
ulasan,pandangan,komentar, atau penilaian sendiri terhadap sesuatu isu yang
dikemukakan.Ulasan atau komentar mestilah bersifat objektif dan dapat dilihat
kebenarannya dan tidak berdasarkan andaian atau prasangka. Penilaian, kritikan
atau komentar mestilah disertakan dengan alasan, bukti, dan contoh yang kukuh
dan dapat diterima umum.
Karangan bentuk pendapat
Karangan ini hampir sama dengan karangan
jenis perbincangan. Namun, karangan jenis ini memerlukan calon memberi pendapat
sendiri atau pendapat orang lain tentang sesuatu isu, kes, atau gejala yang
tertentu. Pendapat yang dikemukakan perlu berupa contoh, bukti, atau alasan
yang kukuh dan logik.
Pada bahagian penutup calon perlu
menyataklan pendirian masing-masing terhadap tajuk karangan tersebut
Karangan bentuk
pemerian.
Umumnya karangan bentuk pemerian mempunyai
persamaan dengan karangan bentuk huraian. Karangan jenis ini lebih bersifat
khusus iaitu memerihalkan sesuatu isu dengan jelas berasaskan fakta yang tepat,
objektif, dan kemas. Kebiasaanya karangan bentuk ini terdapat dalam soalan karangan berformat seperti ceramah
atau teks ucapan.
No comments:
Post a Comment