AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG
SAAT ANAK-ANAKMU SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Thursday, October 13, 2011
Tuesday, September 6, 2011
MAKLUMAT RINGKAS ALIH BENTUK TEKS
BAHASA MELAYU II
ALIH BENTUK TEKS
1. Tujuan pengujian
a. Kebolehan calon mengalih sesuatu bentuk bahasa daripada pelbagai bentuk teks kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden dengan mengekalkan isi yang asal.
b. Kebolehan calon menggunakan bahasa yang betul dalam bentuk prosa bahasa Melayu moden.Penilaian alih bentuk teks merangkumi aspek yang berikut.
(a) Isi (I)
(b) Persembahan (P)
Calon dikehendaki mengalih pelbagai bentuk teks yang dikemukakan dengan mengekalkan kandungan asal sepenuhnya.
Calon dikehendaki memilih salah satu daripada dua petikan teks kamudian alih bentuks tersebut mengikut arahan soalan.
Teks yang diberi terdiri daripada pelbagai laras, iaitu :
· Puisi Melayu lama
· Puisi Melayu moden; sajak· Prosa klasik
· Prosa moden; cerpen,novel, drama.
· Iklan
· Memorandum
· Dokumen undang-undang
Kemahiran yang hendak diuji ialah kebolehan;
· Memahami teks asal, kamudian menulis semula kandungan teks tersebut ke dalam bentuk yang dikehendaki dengan menggunakan gaya dan laras yang sesuai dengan teks yang dikemukakan.
· Mengguna sepenuhnya, aspek laras, struktur bahasa dengan betul,tepat, dan kemas
· Isi yang tepat dan mencukupi
· Pengolahan jawapan yang kemas dan berkesan· Menggunakan bahasa yang tepat dan gramatis
Calon kerap melakukan kesalahan-kesalahan berikut sewaktu mengalih bentuk teks.
ISI
· Isi yang tidak tepat. Calon gagal memahami dengan tepat isi teks
· Calon cuba mentafsir maksud teks secara tersirat
· Isi yang diberi terlalu ringkas. Isi tertinggal
· Menokok tambah isi
PERSEMBAHAN
· Calon masih mengekal bentuk teks asal. Bentuk dailog tidak ditukar kedalam bahasa prosa biasa.
· Alihan yang dibuat terlalu panjang kerana calon menokok tambah isi dengan memasukkan pandangan sendiri dan pentafsiran sendiri terhadap isi yang sedia ada dalam teks.
BAHASA
· Terdapat banyak kesalahan tatabahasa terutama struktur ayat, pemilihan diksi, penggunaan imbuhan dan struktur frasa.
· Calon sering menggunakan bahasa kolokial/basahan dalam penulisan ayat bahasa Melayu moden. Calon menggunakan kata tanya, apa, dimana, bagaimana, bila dan lain-lain dalam struktur ayat bukan ayat tanya.
· Mengandung banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.
...bersambung...
Thursday, August 4, 2011
ANALISIS KESALAHAN AYAT
ANALISIS KESALAHAN AYAT
SOALAN BAHASA MELAYU II STPM 2010
Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah telah berbincang tentang usaha untuk meningkatkan
bilangan ahli-ahli persatuan tersebut. Selain melancarkan kempen kesedaran, pameran tentang pelbagai
perkara yang berkaitan dengan sejarah tanah air akan diadakan menjelang sambutan Hari Ulang Tahun
Kemerdekaan Negara tidak lama lagi. Pada masa yang sama,mereka bersetuju membaik pulih kawasan tanah perkuburan,termasuk sebuah bangunan peninggalan penjajah yang terletak di daerah itu.Pengabaian kawasan
itu mungkin disebabkan saiznya yang kecil. Sebenarnya, bukan saiznya yang penting tetapi nilai sejarahnya.
Generasi terdahulu tetap mengingati yang bangunan itu pernah menjadi tempat tentera Jepun menyeksa
penduduk tempatan yang tidak mengikut telunjuk mereka.Aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini juga
dipercayai dapat menaikkan kesedaran orang ramai tentang nikmat kemerdekaan.Pihak penganjur juga akan menghadiahkan pengunjung yang bertuah dengan pekej percutian. Dengan usaha yang sedemikian, Persatuan
Sejarah dilihat lebih “mesra orang ramai” dan mendorong mereka untuk menjadi ahli.
Contoh jawapan:
Bil. | Kesalahan | Sebab kesalahan | Pembetulan |
1. | ...bilangan ahli-ahli | Perkataan “bilangan “” sudah menunjukkan maksud jamak. Perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan | ---bilangan ahli... |
2. | Pada masa yang sama, mereka bersetuju membaik pulih... | Tiada kata hubung keterangan dalam ayat majmuk keterangan | Pada masa yang sama,mereka bersetuju untuk membaik pulih... |
3. | ...mengingati yang bangunan itu... | Penggunaan kata hubung relatif (yang) dalam ayat komplemen. | ...mengingati bahawa bangunan itu.. |
4. | ...menghadiahkan pengunjung yang bertuah... | “menghadiahkan”bermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah,sedangkan ayat itu bermaksud memberi seseorang hadiah. “me_i” dalam ayat itu membawa maksud lokatif | ...menghadiahi pengunjung... |
5 | ...menaikan kesedaran... | Pemilihan kata/diksi(menaikkan)tidak menepati maksud ayat ,iaitu untuk menembahkan kesedaran. | ....meningkatkan kesedaran.. |
6. | ...dan mendorong mereka untuk menjadi ahli. | Ayat tidak mempunyai subjek. | ...dan hal/langkah ini mendorong mereka untuk menjadi ahli. |
Thursday, July 28, 2011
CONTOH KARANGAN MEMORANDUM
Anda adalah salah seorang dari pembeli rumah yang tergolong dalam projek perumahan terbengkalai. Anda dan pembeli lain telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak dan berhasrat untuk menghantar memorandum kepada kementerian yang berkaitan bagi menyatakan masalah yang dihadapi oleh semua pembeli, dan memohon agar kementerian tersebut mengambil tindakan sewajarnya terhadap kontraktor yang bertanggungjawab. Sediakan memorandum tersebut.
Contoh kerangka karangan:
MEMORANDUM
Kepada : .................................
Daripada: .....................................
Tajuk :.......................................
1.0 Pendahuluan
-Anda dan beberapa pembeli lain ....
-rumah dijanjikan siapa pada ................tetapi.....
2.0 Pernyataan masalah
Kami........
2.1 ....mengalami masalah beban kewangan yang amat serius......
2.2 .....ada unsur penipuan dan ketidaktelusan......
2.3 .....rumah mulai .....ditumbuhi semak.....jadi sarang penagih.......
3.0 Cadangan tindakan
Kami.....
3.1 ......kementerian cari jalan penyelesaian........tindakan....
3.2 ......perlu ada peraturan yang dapat melindungi pembeli....manakala pemaju pula.....
4.0 Penutup
Kementerian diharapkan.....
......keperluan asas bagi setiap........
......pembeli perlu pembelaan yang sewajarnya..... pemaju pula.....
Terima kasih,
t/t
...........................................
( Nama )
Jawatan Tarikh:.........
· Sila rujuk tajuk Teknik memeras otak terbitan bulan april 2011
Wednesday, July 27, 2011
ANALISIS SOALAN BAHASA MELAYU II STPM (2001 -2010)
Analisis Soalan Bahasa Melayu Kertas II
Dari Tahun 2001 – 2010
Bahagian A : Karangan - Soalan no. 1 hingga 4 ( Jawab satu soalan)
Bahagian B : Rumusan - Soalan no. 5
Bahagian C : Alih bentuk bahasa – Soalan no. 6 hingg 7 (Jawab satu soalan)
Bahagian D : Analisis Kesalahan Bahasa - Soalan no. 8
| 2001 | 2002 |
1 | Ulasan tentang peningkatan umur persaraan drp. 55 kepada 60 tahun. | Faktor yang mempengaruhi kestabilan keluarga |
2 | Kurangnya amalan hidup berjiran dan langkah menyuburnyasinyaa | Kesan pertumbuhan pasar raya |
3 | Memo: Masalah kekurangan bekalan ternakan tempatan dan langkah mengat | Langkah untuk meningkatkan minat membina dalam kalangan kanak-kanak |
4 | Proses globalisasi dalam pelbagai bidang | Laporan: Kekurangan bekalan air dan langkah mengatasinya |
5 | Rumusan : Amalan membaca dalam kalangan kanak-kanak | Teknologi internet |
6 | Alih Bentuk Bahasa: Dialog/cerpen | Cerpen |
7 | Alih Bentuk Bahasa: Iklan | Cerpen |
8 | Analisis Kesalahan Bahasa: -KSN, Ayat tanpa objek, Imbuhan me…kan, Klausa, Ejaan dan Kata Ganda | - Kata pemeri, KSN, Kata bilangan, Binaan ayat pasif, dan ayat tanpa objek |
| 2003 | 2004 |
1 | Kesan negatif pencemaran sungai dan langkah mengatasinya | Usaha wujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk melalui sistem pendidikan |
2 | Sebab kelembapan pasaran buku ilmiah dan cadangan langkah untuk mempertingkatkannya | Kesan buruk penggunaan racun serangga dan langkah untuk mengatasinya |
3 | Faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan cetak rompak dan kesan-kesannya | Faktor kestabilan politik dan kecekapan pentadbiran dalam mencapai kemajuan negara |
4 | Laporan: Kelemahan system pengangkutan awam dan langkah mengatasinya | Ucapan: Cara memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar |
5 | Usaha meningkatkan sektor pertanian | Sekolah sebagai institusi memupuk perkembangan individu |
6 | Sajak | Cerpen |
7 | Iklan | Sajak |
8 | - KSN, Binaan ayat pasif, Kata Ganda, KKT, Penjodoh bilangan | - Penjodoh bilangan, Ayat tiada subjek, KHPR, Binaan ayat pasif, KA dengan imbuhan memper…kan, Ejaan salah |
| 2005 | 2006 |
1 | Kepentingan aktiviti sukan dan riadah dalam kehidupan harian | Kebaikan aktiviti kitar semula kepada masyarakat dan negara |
2 | Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini | Sebab-sebab siswazah kurang berminat menceburi bidang pertanian |
3 | Cara-cara Malaysia menghadapi masalah kemelesetan ekonomi | Memo: Kesan negatif yang timbul daripada rancangan hiburan yang bersifat reality untuk menarik minat penonton |
4 | Gejala penggunaan tenaga buruh kanak-kanak berlaku secara berleluasa | Minat golongan belia menceburi bidang keusahawan masih kurang membanggakan |
5 | Rumusan: Masalah dalam kalangan remaja | Iklan mempengaruhi pengguna |
6 | Alih Btk. Bhs.: Prosa klasik | Cerpen |
7 | Alih Btk. Bhs.: Cerpen | Iklan |
8 | Analisis kesalahan Bhs.: Kata pemeri, KSN, struktur ayat pasif, KKTA, KHkomplemen | KHkomplemen, KKT, Tanda sempang, KHgabungan, Kata bilangan ordinal/himpunan |
| 2007 | 2008 |
1 | Usaha untuk mengukuhkan patriotisme dan tindakan yang perlu diambil. | Sebab telefon bimbit menjadi pilihan ramai dan kesan terhadap penggunannya. |
2 | Gejala obesiti dikatakan berpunca daripada amalan permakanan yang tidak sihat | Pendapat anda tentang sebab gejala rasuah perlu dibendung |
3 | Kegiatan seni budaya tradisional semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat | Syarahan:: Hak-hak pengguna |
4 | Langkah KPM memasukkan KOMSAS dalam m/pelajaran BM | Rancangan TV lebih mementingkan keuntungan berbanding tanggungjawab social. |
5 | Sektor pertanian menduduki tempat yang penting di Malaysia | Malaysia sebagai hub halal dunia- factor sokongan dan masalah |
6 | Drama | Undang-undang |
7 | Cerpen | Prosa Klasik |
8 | KH relatif, kata nafi, salah ‘yang mana’, ayat pasif KGND1, kata seru . | Hukum DM, Diksi, KH pancangan keterangan, Ejaan, Penjodoh bilangan, KKAT tanpa objek. |
. | 2009 | 2010 |
1. | Manfaat memajukan industri desa | Kesan negative daripada aktiviti pembakaran secara terbuka |
2. | Peranan muzik dalam masyarakat | Kebaikan mempelajari dan mengamalkan seni pertahankan diri dalam kalangan remaja |
3. | Kelebihan menguasai lebih daripada satu bahasa dan cara menggalakkan generasi muda untuk menguasai lebih daripada satu bahasa | Punca golongan remaja terlibat dalam kumpulan samseng |
4. | Kepentingan perpaduan kaum di Negara ini dan langkah untuk mengukuhkannya | Format ceramah: faktor yang menarik pelancong melawat ke negara ini dan kepentingan sector pelancongan kepada masyarakat dan negara |
5. | Rumusan: makanan tanaman yang mengalami pengubahsuaian genetik | Rumusan: usaha untuk memajukan sector pertanian dan industry asas tani dan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagao pengeluar dan pengeksport utama makanan dunia |
6. | Alih bahasa: Teks puisi (sajak) | Alih bahasa: Teks puisi (syair) |
7. | Alih bahasa: Teks iklan | Alih bahasa: Dialog (teks perbualan) |
8. | Anali sis kesalahan bahasa: -kesalahan KH berpasangan, -kesalahan penggunaan kata nafi ‘bukan, -kesalahan binaan frasa yang menyalahi hokum D-M, -kesalahan penggunaan ‘kerana’, -kesalahan kata ganda | Analisis kesalahan bahasa: -kesalahan kata ganda -ketiadaan KH pancangan keterangan -kesalahan penggunaan KH pancangan relatif dalam ayat komplemen -kesalahan diksi -kesalahan penggunaan apitan’meN-…-kan’ -kesalahan tidak ada subjek |
Subscribe to:
Posts (Atom)