Tuesday, September 6, 2011

MAKLUMAT RINGKAS ALIH BENTUK TEKS

 Go to fullsize image
BAHASA MELAYU  II
ALIH BENTUK TEKS
1.     Tujuan pengujian
a.           Kebolehan calon mengalih sesuatu bentuk bahasa daripada pelbagai bentuk teks kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden dengan mengekalkan isi yang asal.
b.      Kebolehan calon menggunakan bahasa yang betul dalam bentuk prosa bahasa Melayu moden.

Penilaian alih bentuk teks merangkumi aspek yang berikut.
(a)             Isi  (I)
(b)            Persembahan (P)

Calon dikehendaki mengalih pelbagai bentuk teks yang dikemukakan dengan  mengekalkan kandungan asal sepenuhnya.
Calon dikehendaki memilih salah satu daripada dua petikan teks kamudian alih bentuks tersebut mengikut arahan soalan.
Teks yang diberi terdiri daripada pelbagai laras, iaitu :

·                 Puisi Melayu lama
·                 Puisi Melayu moden; sajak
·                 Prosa klasik
·                 Prosa moden; cerpen,novel, drama.
·                 Iklan
·                 Memorandum
·                 Dokumen undang-undang

Kemahiran yang hendak diuji ialah kebolehan;

·      Memahami teks asal, kamudian menulis semula kandungan teks tersebut ke dalam bentuk yang dikehendaki  dengan   menggunakan  gaya dan laras yang sesuai dengan teks yang dikemukakan.
·     Mengguna sepenuhnya, aspek laras, struktur bahasa dengan betul,tepat, dan kemas

 Calon mestilah mengemukakan;
·                   Isi yang tepat dan mencukupi
·                 Pengolahan jawapan yang kemas    dan berkesan
·                 Menggunakan bahasa yang tepat dan gramatis

Calon kerap melakukan kesalahan-kesalahan berikut sewaktu  mengalih bentuk teks.

ISI
·   Isi yang tidak tepat. Calon gagal memahami dengan tepat isi teks
·   Calon cuba mentafsir maksud teks secara tersirat
·   Isi yang diberi terlalu ringkas. Isi  tertinggal
·   Menokok tambah isi

PERSEMBAHAN

 ·        Pengolahan tidak kemas. Calon mengalih bentuk teks tanpa mengira aspek pertautan antara isi yang terdapat dalam teks. Calon gagal mengguna penanda wacana yang sesuai untuk mengabungkan antara  satu isi dengan isi yang lain
·        Calon masih mengekal bentuk teks asal. Bentuk dailog tidak ditukar kedalam bahasa prosa biasa.
·        Alihan yang dibuat terlalu panjang kerana calon menokok tambah isi dengan memasukkan pandangan sendiri dan pentafsiran sendiri terhadap isi yang sedia ada dalam teks.

BAHASA

·        Terdapat banyak kesalahan tatabahasa terutama struktur ayat, pemilihan diksi, penggunaan imbuhan dan struktur frasa.
·        Calon sering menggunakan bahasa kolokial/basahan dalam penulisan ayat bahasa Melayu moden. Calon menggunakan  kata tanya, apa, dimana, bagaimana, bila dan lain-lain dalam struktur ayat bukan ayat tanya.
·   Mengandung banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.

...bersambung...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...