Tuesday, July 19, 2016

ALAT PENGHASILAN BUNYI BAHASA.

ALAT  PERNAFASAN:
-Dalam sistem pernafasan, alat-alat penting yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa ialah:
1. Paru-paru
2. Rongga rengkung
3. Rongga tekak
4. Rongga hidung
5. Rongga mulut


ALAT PERNAFASAN.





















ALAT SEBUTAN.

-Alat Sebutan ialah alat yang terlibat secara langsung dalam proses penghasilan bunyi bahasa. Alat sebutan yang terlibat ialah lidah, dua bibir, gusi, gigi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Terdapat 3 kategori alat yang menghasilkan bunyi bahasa iaitu:









































1. Alat artikulasi / artikulator ( boleh bergerak semasa proses menghasilkan bunyi bahasa - 2 bibir, tulang rahang, lidah, lelangit lembut dan pita suara)
2. Titik artikulasi ( bahagian yang tidak dapat bergerak tetapi dapat disentuh oleh alat artikulasi iaitu 2 gigi, gusi dan lelangit keras)
3. Udara (biasanya bunyi bahasa terhasil apabila udara keluar dari paru-paru melalui rongga rengkung, tekak, mulut dan hidung)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...