SOALAN :
Andaikan anda adalah seorang pegawai di Kementerian
Pembangunan Wanita dan Masyarakat, dan anda diminta untuk berucap dalam satu
majlis “Hari Keluarga.” Dalam ucapan tersebut, anda ingin menekankan tentang
cara-cara membentuk masyarakat penyayang dan kepentingan masyarakat penyayang
dalam konteks Negara kita. Sediakan teks ucapan tersebut selengkapnya.
Pendahuluan:
-Nyatakan konsep masyarakat penyayang.
+ terbentuk apabila
sesebuah kelompok masyarakat mengamalkan nilai-nilai murni antara satu sama
lain...contohnya; kerjasama, semangat toleransi, hormat-menghormati dll.
Isi:
-Cara memupuk masyarakat penyayang:
1. Kesedaran orang
ramai tentang pentingnya mewujudkan keluarga bahagia kerana ini merupakan asas
kepada pewujudan masyarakat penyayang.
2. Menggalakkan s/ada institusi-institusi kerajaan atau
swasta mengadakan acara-acara yang menjurus ke majlis bersifat kekeluargaan
cth. Hari keluarga.
3. Penyuburan semula amalan-amalan gotong-royong, rukun
tetangga-bandar dan kampong.
4. Mengadakan kegiatan spt.:kunjungan ke rumah orang tua,
orang cacat , anak yatim.
-tubuh tabung untuk bantu mereka yg. Ditimpa bencana dll.
-membantu golongan miskin/gelandangan.
-Kepentingan masyarakat penyayang:
5. Dpt. Mewujudkan suasana hidup yang aman dan harmoni,
bebas drp. Prasangka buruk, dengki, khianat dan fitnah dlm. Konteks masyarakat
majmuk di Negara kita.
6. Membentuk generasi yang bermaruah. Menjadi tarikan
pelancung / menaikkan imej Negara.
Penutup:
- Malaysia mempunyai masyarakat majmuk.
-Masyarakat penyayang perlu dijalin bagi menjamin kestabilan
social.
-Bagi memenuhi hasrat Negara spt. yg. Terkandung dlm.
Cabaran wawasan 2020.
No comments:
Post a Comment