Sunday, September 22, 2013

Tips Membuat Pembentangan Kerja Kursus Yang Hebat dan Berkesan.




Sebagai  pelajar pra universiti yang berada di penggal 3 tentu anda perlu membuat pembentangan atau presentation. Pembentangan kerja kursus PENULISAN ILMIAH bukan sahaja akan menentukan siapa diri anda dan adakah mesej yang anda ingin sampaikan ini dapat disampaikan dengan baik dan difahami oleh pendengar tetapi juga nilai markah yang akan anda capai.
Dalam tulisan ini  akan diterangkan tips bagaimana untuk anda melakukan presentation yang baik. Ciri-ciri menyediakan pembentangan yang baik serta apa yang perlu anda lakukan sewaktu pembentangan itu sendiri. 

Pembentangan yang baik adalah pembentangan yang dapat mempengaruhi nilai markah yang bakal anda perolehi. Jadi penting untuk anda fokus bukan sahaja kepada ciri-ciri  pembentangan yang baik, malah perlu ada juga unsur emosi. Emosi yang disampaikan akan mempengaruhi keputusan guru penilai. 
Berikut adalah ciri-ciri teknikal yang baik yang perlu anda titik beratkan sewaktu persediaan pembentangan. 
1. Pemilihan jenis huruf
Ini adalah sangat penting supaya semua orang yang berada dalam dewan dapat melihat dengan jelas tulisan yang digunakan untuk menyampaikan fakta anda. Jika anda tidak tahu font mana untuk dipilih, pilih saja font Arial yang biasa digunakan. 
2. Warna
Warna memainkan peranan yang sangat penting untuk pendengar anda melihat dengan jelas perkataan, ayat dan fakta yang anda bentangkan. Kesalahan yang biasa dilakukan adalah apabila pembentang cuba menggunakan warna-warna fancy yang kononnya ingin menjadikan pembentangan mereka lain daripada yang lain. Namun kaedah ini hanya menjadikan keadaan pembentangan anda lebih teruk . Contohnya, ada yang menggunakan latar belakang hitam dengan tulisan merah. Ini menjadikan guru penilai sakit mata melihatnya.
Anda boleh menggunakan sedikit sebanyak warna lembut untuk latar belakang, namun pastikan tulisan anda adalah jelas dan kontra dengan warna latar belakang.
Tip mudah untuk memilih warna adalah menggunakan warna background putih dengan tulisan hitam. Sentiasa ingat, anda tidak akan mendapat markah lebih hanya kerana anda menggunakan warna yang fancy. Tidak ada markah tambahan di sini, ambil sahaja jalan selamat.
3. Power point
Power point digelar power point adalah kerana digunakan untuk memaparkan fakta dan bukan untuk meletakan karangan. Ramai pembentang membuat kesalahan dengan meletakkan seluruh perenggan yang ada dalam modul atau kerja kursus dalam power point. Ini adalah kesalahan yang besar.
Orang melihat kepada slides anda untuk melihat point dan mengharapkan anda akan menghuraikan serta menerangkan setiap poin tersebut. Pilih hanya poin yang terbaik untuk diletakkan di slides anda. Anda juga boleh mengadakan point-point ini dalam bentuk diagram / mind map. Namun jika anda tidak pandai melukis diagram, kekalkan dalam bentuk point biasa dalam 5-7 patah perkataan bagi setiap point. Hanya maksimum 5 point sahaja dalam satu-satu slides.
4. Penerangan
Setelah membuat point, anda perlu menerangkan setiap point ini dengan kaedah berikut
a. Baca point yang diletakkan di atas slides (satu poin pada satu masa)
b. Definisikan atau ulas maksud point tersebut dalam satu ayat
c. Huraikan point tersebut dengan 3-5 ayat.
d. Berikan satu contoh ringkas atau cerita menarik berkenaan point itu.
5. Memberi Contoh dan Bercerita 
Memberi contoh penting supaya guru penilai dapat membayangkan dan memahami point yang disampaikan. Satu lagi kaedah yang berkuasa adalah bercerita.
Kita sebagai manusia sudah terlatih sejak dari kanak-kanak untuk seronok mendengar cerita dan pengalaman orang lain. Jadi sewaktu berada di langkah (d) seperti di atas, terangkan mengenai satu kisah menarik mengenai point tersebut. Anda boleh ceritakan sesuatu dari pengalaman anda, pengalaman orang lain, kisah yang berlaku dalam masyarakat ataupun kisah dongeng dan rekaan. Asalkan  berkaitan dengan point dan memberikan guru penilai satu bayangan yang jelas mengenai apa yang anda terangkan.
6. Penggunaan Gambar, Video dan Diagram
Penggunaan gambar juga boleh memainkan peranan yang penting dalam pembentangan. Namun gambar yang dipilih perlu menarik dan menyampai mesej yang jelas . Jangan gunakan gambar yang boleh menganggupembentangan anda seperti gambar mayat, gambar orang dibedah atau gambar wanita separuh bogel.
Penggunaan Video pula pastikan dari 2 minit dan maksimum 3 minit. Video yang terlalu lama akan membuatkan pendengar bosan dan ini akan mengakibatkan mereka mula tidak fokus dan anda gagal untuk meletakkan mereka dalam fokus yang anda mahukan. Penilai di sini adalah untuk mendengar anda bercakap dan bukan di panggung wayang untuk menonton video.
Penggunaan Diagram atau peta minda juga baik. Namun tidak boleh  lebih dari 5 point dalam peta minda tersebut. 
7. Persediaan Awal 
Jika anda masih baru dalam bidang pembentangan, anda perlu buat latihan beberapa kali sebelum pembentangan yang sebenar. Ini akan memberikan beberapa kelebihan kepada anda antaranya ialah:
a)   Anda tahu bahawa anda hanya menggunakan waktu yang diberikan untuk pembentangan. Jika anda diberi 10 minit. Pastikan pembentangan anda habis dalam tempoh waktu kurang dari itu. Jika lebih sekalipun, pastikan tidak lebih dari 2-3 minit dari 10 minit yang diberikan.
b)   Anda juga perlu tahu kecepatan anda bercakap. Anda tidak perlu bercakap terlalu cepat atau terlalu perlahan kederasannya. Ini akan mempengaruhi masa yang diambil untuk menyampaikan pembentangan. Jadi latihan dan kritikan dari orang lain penting sebelum anda membuat pembentangan yang sebenar.
c)    Kelancaran bercakap juga dapat dipertingkatkan kerana dengan latihan yang mencukupi anda sudah boleh mengingati slides yang seterusnya. Oleh itu sewaktu pembentangan nanti, anda akan lebih bersedia dari segi mental untuk menerangkan point yang seterusnya.
d)   Selain itu, dengan persediaan yang awal, anda boleh membuang point-point yang tidak perlu dan hanya kekalkan point yang penting sahaja. Anda tidak perlu merasa bersalah untuk membuang point-point tertentu kerana point yang terlalu banyak akan menjadikan penilai keliru. Lebih baik sedikit tetapi padat. 
Waktu pembentangan.
1. Berpakaian kemas dan sesuai
Pakaian adalah sangat penting lagi.Pastikan pakaian anda sesuai. Pakaian yang baik menunjukkan bahawa anda menghormati penonton dan penilai anda. Pakaian yang selekeh memberi tanda bahawa anda tidak bersedia, tidak meyakinkan dan tidak menghormati penonton dan penilai.
2. Berdiri Di Hadapan Tepi Kanan Screen LCD 
Anda perlu berdiri dengan berkeyakinan di hadapan sebelah kanan screen. Dengan ini anda tidak menghalang penonton dan penilai untuk melihat slides anda.
3. Gunakan penunjuk screen bukan jari
Gunakan penunjuk screen untuk menunjukkan point yang anda ingin terangkan. Jika tidak ada penunjuk screen, gunakan pensel atau pembaris. Jangan sekali-kali gunakan jari anda. Jika semuanya tidak ada. Jangan tunjuk pada screen langsung. Bercakap dengan penonton dengan tangan terbuka.
4. Jangan menerangkan dengan melihat kepada slides
Anda boleh melihat kepada slides sewaktu membaca point yang tertera di slides, namun jangan menghuraikannya dengan melihat kepada slides. Anda perlu menerangkan atau menghuraikan dengan melihat kepada penonton atau penilai anda.
5. Bercakap dengan sistematik
Seperti yang diterangkan sebelum ini, anda perlu bercakap dengan sistematik. Ikut langkah ini – Baca point, definisikan, huraikan dan bercerita atau beri contoh.
6. Akhiri Pembentangan Dengan Saranan
Akhiri pembentangan anda dengan saranan atau apa yang perlu dilakukan oleh pendengar sekarang. Pembentangan yang baik akan bermula dengan pembentang mengalihkan fokus pendengar daripada mana-mana bidang lain kepada bidang yang diterangkan, kemudian pembentangan memainkan emosi dengan cerita supaya pendengar faham secara tidak langsung bahawa apa yang sedang disampaikan ini penting. Kemudian di akhir pembentangan disusuli dengan tindakan yang perlu diambil dengan jelas.
Sekian, terima kasih.
SELAMAT MEMBENTANG HASIL PENULISAN ILMIAH ANDA. 

PEMBENTANGAN KERJA KURSUS PENGGAL 3.

          
 Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus Penulisan Ilmiah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (910/5). Kerja projek Penulisan Ilmiah Bahasa Melayu ini mengandungi dua tahap, iaitu tahap penulisan dan tahap pembentangan hasil penulisan tersebut. Markah penulisan dan pembentangan ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2 dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran.

            Tujuan utama kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuhkan kebolehan dan keupayaan pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan dan sistem bahasa Melayu. Selain itu adalah untuk menerapkan domain ketrampilan insaniah serta kesedaran bahawa pembelajaran bahasa Melayu adalah berasaskan pembelajaran sepanjang penggal.

           Bagi penggal 3 sesi  2015/2016, tema kerja kursus penulisan ilmiah bahasa Melayu ialah berkaitan dengan Semantik dan fonologi. Untuk pelajar Pra U Lanas, kami sebagai tenaga pengajar bahasa Melayu menyarankan kepada pelajar untuk memilih tema Semantik. Rasional utamanya ialah kerana tajuk ini berkaitan dengan sukatan pelajaran untuk penggal 3. Walau bagaimana pun, pelajar bebas untuk membuat pilihan.
              Kerja kursus penulisan ilmiah ini bermula seawal bulan Jun lagi iaitu bermula dengan memberi penerangan tentang pelaksanaan penulisan dan pemilihan tema. Guru membimbing pelajar dalam melaksanakan tugasannya berdasarkan tajuk yang telah ditentukan. Pelajar akan mengumpul segala maklumat yang berkaitan dari pelbagai sumber yang mereka perolehi. Mereka juga menyusun hasil dapatan dan mempersembahkan data yang dikutip dalam bentuk penulisan esei ilmiah mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia. Setelah membuat beberapa kali konsultasi dengan guru pembimbing, pelajar akan menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan esei ilmiah mereka sebelum dihantar untuk penyemakan dan penilaian oleh guru.
 
Pelajar membentang hasil kerja kursus.
       Setelah penyemakan dan penilaian kerja kursus penulisan ilmiah setiap kumpulan pelajar mengikut skema yang ditetapkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia selesai, maka bermula pula tahap pembentangan. Setiap pelajar diwajib melakukan tugsan pembentangan esei ilmiah mereka secara individu untuk dinilai oleh guru. Apabila segalanya selesai, semua evidens penulisan ilmiah disimpan sehinggalah keputusan STPM tamat.
Pelajar menggunakan multimedia dalam pembentangan.
       Berikut adalah suasana pembentangan tugasan penulisan ilmiah pelajar-pelajar Pra U Lanas yang lepas di Bilik Galeri Pra U Lanas.
Sesi soal jawab.
Berbincang sebelum membentang.
Yakin terhadap kemampuan diri.
Memberi penilaian yang adil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...