MORFOLOGI.
Untuk memahami morfologi secara komprehensif, pelajar disarankan terlebih dahulu menguasai konsep-konsep asas morfologi. Berikut beberapa konsep asas berkaitan dengan morfologi.
1. Definisi morfologi : (Bidang bahasa yang mengkaji tentang struktur kata, binaan kata, golongan kata, dan bentuk kata)
a. Konsep morfem - unit tatabahasa terkecil yang menjalankan tugas nahu.
b. Jenis morfem - morfem bebas (boleh berdiri sendiri dan mempunyai makna yang lengkap.
- morfem terikat (tidak dapat berdiri sendiri dan wujud memerlukan morfem
bebas ataupun akar kata.
c. Konsep Alomorf - ialah varian morfem dan setiap morfem mempunyai alomorf. Alomorf ada 2
jenis iaitu alomorf lingkungan dan alomorf bebas.
d. Konsep morfofonem - Ciri bunyi yang timbul apabila imbuhan dicantumkan kepada bentuk
dasar. Ada 2 ciri morfofonem iaitu yang boleh berubah (N) atau tidak
berubah (R).
e. Konsep kata - Unit ujaran bebas dan mengandungi makna. Perkataan terdiri daripada
morfem atau gabungan morfem.
f. Perbezaan antara morfem dan perkataan - Perkataan ialah bentuk bebas yang bermakna dan
dapat berdiri sendiri tetapi ada yang bebas dan terikat.
- Semua perkataan terdiri daripada morfem tetapi
tidak semua morfem ialah perkataan.
2. Bentuk Kata :
a. Kata Tunggal - kata yang tidak menerima sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan atau
penggandaan.
b. Kata Terbitan - bentuk kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan (awalan, akhiran,
apitan dan sisipan).
c. Kata Majmuk - perkataan yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih kata dasar dan
dan dieja terpisah (kata majmuk bebas, kata majmuk istillah khusus, kata
majmuk kiasan).
d. Kata Ganda - kata yang mengalami pengulangan kata dasar, baik secara menyeluruh ataupun
sebahagian sahaja (kata ganda seluruh, kata ganda separa dan kata ganda beren-
tak).
3. Golongan Kata :
a. Kata Nama (KN) - KN am iaitu merujuk kepada benda, orang atau konsep yang umum.
- KN khas merujuk kepada sesuatu yang khusus.
- KGN ialah kata yang menjadi pengganti kepada KN am dan KN khas.
b. Kata Kerja (KK) - menunjukkan sesuatu perbuatan dan menjadi unsur inti dalam binaan
frasa kerja (FK).
- KK ada 2 jenis iaitu :
1. KK Transitif (KKT) - KKT aktif (menerima awalan meN- dengan
atau tanpa akhiran -I dan -kan. Objek selepas
KK boleh digugurkan seandainya KK tersebut
berfungsi sebagai kata adjektif (KA).
- KKT pasif ( menerima awalan di- dengan atau
tanpa akhiran -I dan -kan. KK yang berimbuhan
ke-...-an, beR- dan teR-.
2. KKT Transitif - tidak memerlukan objek / penyambut selepas
KK dan jenis ini tidak boleh dipasifkan.
- Ada 2 jenis KKTT iaitu KKTT tanpa pelengkap
dan KKTT dengan pelengkap. (pelengkap bukan
objek tetapi berfungsi melengkapkan maksud).
c. Kata Adjektif (KA) - menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama. KA boleh diikuti atau
didahului dengan kata bantu (KB) seperti paling, amat, agak, sungguh,
sekali, nian dan benar.
- Jenis KA : sifat/keadaan, warna, cara, jarak, waktu, bentuk, ukuran,
perasaan dan pancaindera.
- KA terdiri drp. 4 bentuk iaitu : KA tunggal, KA terbitan, KA majmuk
dan KA ganda.
- KA dalam bentuk Perbandingan : Darjah biasa, darjah perbandingan,
darjah penghabisan.
d. Kata Tugas (KT) - terdapat 4 kelompok KT iaitu :
1. Kata Penyambung Ayat -terdiri dari 2 jenis Kata Hubung (KH) iaitu:
a) KH gabungan
b) KH pancangan -keterangan
-komplemen
-relative
2. Kata Praklausa - Kata yang hadir di hadapan klausa. Antaranya:
a) Kata Seru
b) Kata Tanya
c) Kata Perintah
d) Kata Pembenar
e) Kata Pangkal Ayat.
3. Kata Prafrasa - Kata yang terletak di hadapan FN, FK dan FA.
Antara kata prafrasa ialah:
a) Kata Bantu (KB aspek dan KB ragam)
b) Kata Penegas (-kah,-lah, juga, pun hanya etc.)
c) Kata Penguat ( hadapan, belakang, bebas)
d) Kata Nafi (tidak dan bukan)
e) Kata pemeri ( ialah dan adalah)
f) Kata Arah (hadir sebelum FN atau KSN untuk
menunjukkan hala.
g) Kata Bilangan (menjadi penerang jumlah kepada
FN. Ada kata bilangan tentu, kb tak tentu,
kb himpunan, kb pecahan dan kb pisahan).
h) Kata Sendi Nama (KSN) - kata yang hadir
di hadapan FN atau KN.
I) Kata Adverba - perkataan yang yang menerang-
kan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan
frasa nama dari segi cara, masa dan tempat.
Contoh nya selalu, sentiasa, esok dan seringkali.
4. Kata Pascakata - Hadir selepas perkataan. Bentuk tersebut ialah
-nya berfungsi sebagai :
a) Kata Penekan dan
b) Kata Pembenda
4. Proses Pembentukan Kata :
- Proses ini melibatkan :
a) Pengimbuhan- Proses merangkaikan imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan pada kata
dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
- Imbuhan Kata Nama :
a) Awalan KN : peN-, pe-, peR-, ke- dan juru-.
b) Akhiran KN : -an
c) Apitan KN : peN-...-an, pe-...-an, peR-...-an, dan ke-...-an.
d) Sisipan KN : -el-, -er-, dan -em- .
- Imbuhan Kata Kerja :
a) Awalan KK : meN- , beR- , teR- , di- , memper- , dan diper-
b) Akhiran KK : -kan , dan -i.
c) Apitan KK : meN-...-kan, beR-...-an, di-...-kan, meN-...-i, di-...-i,
mempeR-...-kan, mempeR-...-i, ke-...-an, dipeR-...-kan
dan dipeR-...-i.
d) Sisipan KK : -el- , -er-, dan -em.
- Imbuhan Kata Adjektif :
a) Awalan KA : ter- dan se-
b) Apitan KA : ke-...-an
c) Sisipan KA : -el- , -er- , -em- , -in-
b) Pemajmukan - Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih untuk menghasilkan satu
benda kata yang membawa maksud tertentu yang berbeza daripada maksud
asal.
- Kata majmuk dieja berpisah kecuali kata majmuk yang telah mantap.
c) Penggandaan - Proses pengulangan kata dasar sama ada sepenuhnya atau sebahagian
(separa).
- Terdapat 3 bentuk kata ganda iaitu :
+ Penggandaan penuh - menggandakan seluruh kata dasar / kata terbitan
+ Penggandaan separa / sebahagian - menggandakan separa drp. k/dasar.
+ Penggandaan berentak - menggandakan kata dasar mengikut rentak
bunyi kata dasar berkenaan. Terdapat 3 jenis kata ganda berentak, iaitu:
-pengulangan vocal, pengulangan konsonan dan pengulangan bebas.
4. Proses Pengakroniman :
- Tergolong dalam kata tunggal. Kata akronim ialah kata singkatan yang di-
cantum daripada serangkai kata. Ada 3 cara menulis akronim:
a) Ditulis dengan mencantumkan huruf-huruf awal kata
dan ditulis dengan huruf besar (USM, LUTH)
b) Gabungan suku kata awal atau huruf awal dan sesedap
sebutan (cerpen, Proton, Sukma).
c) Gabungan bahagian awal kata pertama dengan
bahagian lain kata yang menyusulinya (jantina,
jentolak).