KONSEP MELAYU.
Definisi Awal Istillah Melayu:
-Peringkat awalnya, istillah 'Melayu' hanya dikaitkan dengan kerajaan.
- Asal awal kata 'Melayu' yang dikutip dari beberapa sumber antaranya:
a) M.Ptolomy, dalam Geographike Sintaxis, beliau menggunakan istillah ' Maleu-kolon' iaitu nama suatu tempat di utara Tanah Melayu.
b) Manakala dalam Kitab Purana terdapat perkataan 'Malaya dvipa'
c) Dalam sebuah tulisan China terdapat perkataan 'Mo-lo-yeu', iaitu mengaitkan dengan sebuah kerajaan di Jambi Sumatera.
d) Seorang penganut Budha China, I-Tsing menggunakan perkataan'Mo-lo-yu' pada kerajaan yang memerintah di Sungai Batang dan kerajaan Sriwijaya. Dikatakan bahawa dua buah kerajaan ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
e) Dalam kesusasteraan China ada menyatakan bahawa bahasa yang dipertuturkan di Sriwijaya ialah bahasa 'K'un-lun' , iaitu merujuk kepada bahasa Melayu Kuno yang dijadikan sebagai bahasa lingua franca dan bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya.
f) Ada juga yang mengatakan bahawa kata 'Melayu' terdapat di belakang patung yang ditemui di Padang Rocore, Sungai Batanghari, Sumatera Selatan.
g) Manakala dalam buku Sejarah Melayu, kata 'Melayu' adalah merujuk kepada sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu.
- Mengikut sesetengah pendapat bahawa kemunculan istillah 'Melayu' yang merujuk kepada bangsa dan bahasa bermula dengan kewujudan kerajaan Melaka.
- Pada tahap awalnya, kata 'Melayu' hanya merujuk kepada raja-raja Melayu dari Sumatera.
...bersambung...