Thursday, July 21, 2011

BAHASA MELAYU II STPM

 Go to fullsize image
BAHASA MELAYU II  STPM
BAHAGIAN  A
KARANGAN

 Hasil penelitian, terdapat beberapa isu yang perlu pelajar beri tumpuan untuk bahasa Melayu kertas II, STPM tahun 2011.

1.             Jenayah ragut
2.            Ibu tunggal
3.            Baik buruk laman blog
4.            Pembantu rumah asing
5.            Wabak deman denggi
6.            Kebersihan alam sekitar (pencemaran )
7.            Semangat kejiranan rukun tetangga
8.            Krisis kenaikan  harga bahan api
9.            Penyakit-penyakit  bawaan virus
10.          Masalah sosial dalam kalangan remaja
11.           Pentingnya aktiviti kokurikulum kepada pelajar
12.           Pentingnya aktiviti pertahanan diri
13.           Masalah yang dibawa pendatang asing
               (faktor penarik ke Malaysia/penolak dari negara asal)
14.          Memperkasakan sektor pelancongan negara
15.           Usaha menarik pelabur asing
16.          Keracunan bahasa/pencemaran bahasa
17.           Peranan media massa memupuk perpaduan kaum (intergrasi)
18.          Penderaan terhadap kanak-kanak dan wanita
19.          Peranan orang kelainan upaya  (oku)
20.          Kepentingan sektor bio teknologi
21.           Krisis dalaman  persatuan  sukan
22.          Perubatan berasaskan herba (perubatan tradisional)
23.          Kemerosotan bidang perfileman negara
24.          Peranan agrotani/bazar tani
25.          Masalah  perumahan rakyat d bandar dan luar bandar
26.          Baik buruk majalah hiburan
27.          Kegiatan along/ceti haram
28.          Pentingnya  mata pelajaran sejarah
29.          Pentingnya program PLKN
30.          Penyakit-penyakit  kronik akibat amalan permakanan
31.           Kegiatan  lumba haram (rempit)
32.          Usaha kerajaan melahirkan rakyat berbudi bahasa
33.          Penggunaan bahan kimia dalam makanan, baja,industri,perubatan
34.          Kepentingan amalan berjimat cermat
35.          Keganasan dalam rumah tangga
36.          Kemalangan jalan raya musim perayaan
37.          Jenayah  dalam kalangan remaja
38.          Kepentingan penganjuran sukan peringkat antarabangsa.
39.          Peranan iklan dalam mempengaruhi pengguna
40.          Demontrasi jalanan
41.          Malaysia sebagai pusat makanan halal
42.          Program membasmi kemiskinan
43.          Pentingnya teknologi nuklear

 Calon-calon perlu membuat persediaan awal dengan menyediakan rangka karangan bagi setiap isu  yang mengandungi fakta-fakta berikut:

1.       Punca
2.       Kesan baik  atau buruk
3.       Cadangan
4.       Langkah-langkah mengatasi @menangani sesuatu isu
5.       Faktor-faktor penarik/penolak

Fahami bentuk  soalan sama  berformat atau tidak berformat. Fahami kunci soalan dengan jelas.
Insyallah dengan adanya persedian awal calon dapat menulis karangan dengan baik.

              Selamat menempoh pepeperiksaan STPM 2011 . Harapan  agar anda berjaya .

 *Semuga berguna untuk semua calon STPM 2011...

Saturday, July 16, 2011

ANTARA POHON DAN BUAHNYA

Pohon Dan Buahnya

SEORANG MURID bertanya pada seorang guru, “Bolehkah Guru menjelaskan kondisi spiritualku, di mana aku sedang berada pada saat ini?”
Sang Guru menjawab, “Sebuah benih haruslah ditanam di saat yang tepat. Ketika  mulai tumbuh, akarnya menyelusup jauh ke dalam tanah, memeluk dari semua penjuru. Segera benihnya tumbuh menjadi sebuah pohon. Seiring perjalanan waktu, pohonnya akan semakin membesar, lalu berbunga dan berbuah. Tatkala berbuah, buahnya tampak tidak lagi memiliki ikatan dengan tanah. Walaupun pohonnya terikat ke tanah, namun buahnya justru terhubung kepada manusia dan seluruh makhluk hidup.

Anakku, hidupmu pun demikian. Walaupun kau telah tumbuh begitu tinggi, sama seperti pohon: keterikatan akalmu, pemikiranmu, dan hasratmu masih pada bumi dan keduniaan. Seperti itulah kondisimu saat ini.
Tapi anak muridku, kau memiliki sebuah penghubung dalam qalbu-mu, di dalam hatimu, yang berfikir tentang Tuhan dan mencari-Nya. Akan aku jelaskan cara mengembangkan hubungan tersebut. Ikutilah arahan ini baik-baik.

"Sebanyak apa pun keterikatanmu pada dunia, jika kau ingin menemukan Tuhan, jika kau ingin menapaki jalan menuju-Nya; engkau, doa-doamu dan ibadahmu harus seperti pohon. Walaupun sebuah pohon terikat ke tanah, pohon tersebut  memberikan buahnya untuk semua mahluk. Walaupun kau terikat pada dunia seperti pohon, niatmu harus seperti niat sebuah pohon terhadap buahnya: doa-doamu, pengabdianmu, ibadah-ibadahmu, keunggulan-keunggulanmu maupun semua yang kau lakukan harus terhubung dengan Tuhan, dan kau harus melakukan pekerjaanmu dengan diniatkan untuk kemaslahatan semua makhluk, bukan untuk dirimu sendiri. Maka setelah itu, barulah kau akan berjalan dengan baik ketika menapaki jalan menuju-Nya.”
-=-=-=-=-=-=-
:: English Version (A Seed Must Be Planted At The Correct Time)

Friday, July 15, 2011

TIP BELAJAR 'SMART'


1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.


2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang dilakukan, mesti bersama minat. Lakukanlah  dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya belajar? Ya, sebut aje belajar, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya  jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.

3. Belajar tempoh yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat belajar anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!

4. Dapatkan tidur yang cukup – Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.

Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.

5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.

6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila jiwa mereka sentiasa bersama anda.

Sunday, May 22, 2011

ABU ADA AYAM

Lagu ini untuk anak ku Wan Nurl Filzah dan Wan Habiburahman, yang  berusia 5 dan 2 tahun      
dan sedang menuntut di Pusat Pengajian Tadika... hehehehe.. wat suspen ckit.

Tuesday, May 17, 2011

EXAM TIME!!!

For upper six students SMK Ayer Lanas
exam fever~


study...zzzzzzzz....study...zzzzzz~

(JANGAN!)
tapi...
Baca,baca dan baca...
jangan putus asa~


dan kesudahannya..


insyaAllah.. :)




SELAMAT...SELAMAT BERJAYA...

Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI GURU

 'TUK SEMUA GURU,
SPESEL WAT CIKGU SMK AYER LANAS

 Go to fullsize image
 Selamat Hari Guru
May 16th, 2011Banyak dapat BUNGA? - Tanda tugas guru mengharumkan dunia.
Banyak dapat PEN? - Tanda guru bijak melakar kata.
Banyak dapat PEMADAM? - Tanda guru sentiasa membetulkan kesalahan.
Banyak dapat MESEJ? - Tanda guru sentiasa di ingatan!


People say teachers are like candle, burning itself to light others. But I say, teachers are like the sky where the sun gives light n life, moon gives light at night n the stars give beauty to the world. Hopefully we can be like the sky.


Be a CANDLE
Be a LIGHT
Be a TWINKLE in d dark
Be a HOPE
Be an INSPIRATION & make a difference in their heart!


Bad teacher complains.
Good teacher explains.
Better teacher demonstrate.
Best teacher motivates.
Great teacher inspires.

#Muga senghoti hok semo,
 kalu tak reti nak wat guano.

Istimewa dari: Ciguwan

Wednesday, May 11, 2011

TEKNIK MENJAWAB ANALISIS KESALAHAN BAHASA MELAYU

 Go to fullsize image

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN D (ANALISIS KESALAHAN BAHASA)

Salah satu soalan yang terdapat dalam soalan Bahasa Melayu Kertas 2 STPM ialah soalan Analisis Kesalahan Bahasa, iaitu terletak dalam Bahagian D. Dalam soalan ini, satu bahan rangsangan petikan akan dikemukakan dan di dalam petikan tersebut mengandungi beberapa kesalahan bahasa. Tujuan soalan ini dikemukakan adalah untuk menguji tahap penguasaan calon terhadap sistem bahasa Melayu terutama dari aspek morfologi dan sintaksis.

Calon dikehendaki menganalisis petikan tersebut dan mengenal pasti tiga perkara yang berikut;
o mengenal pasti kesalahan bahasa – 1m
o menjelaskan sebab kesalahan – 1m
o membuat pembetulan kesalahan – 1m

Peruntukan markah untuk bahagian ini ialah 15 markah dan calon hendaklah mengenal pasti sekurang-kurangnya 5 kesalahan bahasa dalam petikan. Keupayaan calon untuk mendapatkan markah yang cemerlang bergantung pada penguasaan topik sistem bahasa Melayu (tatabahasa) dalam Kertas Satu iaitu tajuk Morfologi dan Sintaksis.

Konsep kesalahan bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa sama ada ejaan, perkataan, susunan frasa atau ayat. Jenis-jenis kesalahan bahasa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu;

1. Kesalahan ejaan:
- ejaan kata asli bahasa Melayu
- ejaan kata pinjaman sama ada daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa serumpun
- ejaan kata majmuk (termasuk pengejaan kata majmuk yang telah mantap penggunaannya - 15 perkataan)

2. Kesalahan morfologi
- Kata sendi nama
- Kata bilangan
- Kata pemeri
- Frasa kerja (frasa kerja transitif atau frasa kerja tak transitif)
- Hukum D-M
- Frasa yang lewah

3. Kesalahan sintaksis:
- Ayat tergantung (ayat tiada subjek/ predikat)
- Ayat pasif (ganti nama diri pertama/ kedua atau ganti nama diri ke-3)
- Struktur ayat tidak tepat
- Ayat yang kabur/ menyimpang makna

4. Kesalahan tanda baca:
- tanda sempang (-)
- noktah bertindih dsb.

Sunday, May 8, 2011

BUNYI-BUNYI KONSONAN DAN TANDA BACA.


A. Konsonan

a. Konsonan adalah bunyi-bunyi selain bunyi-bunyi vokal. Ketika menghasilkannya udara yang keluar dari paru-paru mengalami sekatan, halangan,rintangan, geseran, sisian, getaran atau sempitan di rongga mulut, hidung dan rongga tekak oleh alat artikulator.

b. Udara tersekat di bibir mulut, gigi-gusi lelangit keras, lelangit lembut, dan anak tekak (glotis).

c. Ketika dihasilkan, udara dari paru-paru akan menghasilkan sekatan di rongga mulut, tekak dan hidung.

d. Ada 18 konsonan asli dan 9 konsonan pinjaman.

e. Ada 12 bunyi bersuara : b, d, g, j, m, n, ny, ng, r, l ,w, y.

f. Ada 6 bunyi tidak bersuara : p, t, k, s, h, c.

g. 9 bunyi konsonan yang dapat hadir pada awal, tengah, dan akhir perkataan asli bahasa Melayu iaitu:
     [p], [t], [m], [n], [ng], [s], [h], [r], [l].

h. Konsonan [b], [d], [g], [c], [j], [ny], [w], dan [y] tidak dapat hadir pada akhir kata asli bahasa
    Melayu.

i. Bunyi  konsonan asli terdiri daripada,\;

- Bunyi letupan (Plosif)
- Bunyi letusan (Afrikat)
- Sengauan (Nasal)
- Geseran (Frikatif)
- Sisihan (Lateral)
- Getaran (Tril)
- Bunyi separuh vokal (Geluncuran)

B. BUNYI KONSONAN

1. Bunyi Letupan.
    - Terdapat 7 bunyi letupan iaitu:
  • Letupan dua bibir tak bersuara [p]
  • Letupan dua bibir bersuara [b]
  • Letupan gigi-gusi tak bersuara [t]
  • Letupan gigi-gusi bersuara [d]
  • Letupan lelangit lembut tak bersuara [k]
  • Letupan lelangit lembut bersuara [g]
  • Letupan glotis [?]
 2. Bunyi Letusan.
  • Letusan lelangit keras tak bersuara [c].
  • Letusan lelangit keras bersuara [j]
3. Bunyi Sengauan (bunyi nasal)
  • Sengauan bibir bersuara [m] udara tersekat di dua bibir
  • Sengauan gusi bersuara [n] udara tersekat di gusi
  • Sengauan lelangit keras bersuara [ ny] udara tersekat di lelangit keras
  • Sengauan lelangit lembut bersuara [ng] udara tersekat di lelangit lembut
4. Bunyi Geseran.
  • Geseran gusi tidak bersuara [s]
  • Geseran glotis [h]
5. Bunyi Getaran.
  • Getaran gusi bersuara [r]
6. Bunyi Sisian.
  • Sisian gusi bersuara [l]
7. Bunyi Separuh Vokal.
  • Separuh vokal dua bibir bersuara [w]
  • Separuh vokal lelangit keras bersuara [y]
8. Bunyi  Konsonan Pinjaman.
  • Geseran bibir tak bersuara [f]
  • Geseran bibir bersuara [v]
  • Geseran gigi-gusi tak bersuara [th]
  • Geseran gigi-gusi bersuara [dh]
  • Geseran gusi bersuara [z]
  • Geseran gusi-lelangit keras tak bersuara [sy]
  • Geseran lelangit lembut tak bersuara [kh]
  • Geseran lelangit lembut bersuara [gh]

Tanda Baca

Tanda baca digunakan dalam sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Merupakan lambang-lambang dalam penulisan bahasa untuk memperjelaskan maksud.


a. Tanda Titik [.] - Berahir sesuatu ayat / ayat penyata.
b. Tanda Koma [,] - Terdapat pengguguran sesuatu unsur ayat.
c. Tanda Koma Bertindih [;] - Fungsi sebagai unsur kaitan dua ayat.
d. Tanda Titik Bertindih [:] - Digunakan selepas ayat penyata diikuti ayat lain yang berkaitan.
e. Tanda Soal [?] - Hadir di akhir ayat.
f. Tanda Seru [!] - Hadir di akhir ayat bagi menunjukkan rasa hairan, marah, menyindir, sakit.
g. Tanda Sempang [-] - Bagi kata ganda.
h. Tanda Kurung [( )] - Wujud unsur selitan dalam ayat.
i. Tanda Petik [" "] - Menunjukan bahagian yang dilafazkan atau cakap ajuk.
j.  Tiga titik  [...]  - menunjukan petikan yang tidak lengkap atau bahagian yang digugurkan.




-semuga bermanfaat-

Thursday, May 5, 2011

CARA BUNYI BERTELUR

 Go to fullsize image
Fonologi

 Satu bidang kajian atau ilmu cabang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa serta lambang-lambang yang ada pada setiap bunyi bagi sesuatu bahasa.

 Konsep Bunyi, Fonem, Huruf dan Suku Kata

 • Konsep Bunyi

 - Bunyi sebutan dalam sistem Bahasa Melayu. Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna. Dikeluarkan oleh alat pertuturan.

 • Fonem

 - Unit bunyi bahasa terkecil dan dapat membezakan makna kata. Fonem
diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi.

 • Huruf

 - Fonem-fonem bahasa diberi lambang tulisan berupa huruf. Huruf merupakan
lambang dalam sistem bunyi bahasa yang membentuk parkataan dalam tulisan.
 - Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem vokal.
- Terdapat 5 huruf gabungan iaitu : gh, kh, ny, ng, dan sy.
- Terdapat 3 fonem diftong : au, ai dan oi.

 • Suku Kata Dalam Bahasa Melayu

 - Dalam Bahasa Melayu, setiap suku kata ditandai vokal yang mendahului atau
mengikuti konsonan.
- Dalam ejaan, terdapat 11 pola suku kata.
  1. V                       - a+ku
  2. VK                     - un+ta
  3. KVK                  -ban+tal
  4. KKV                  -pro+mo+si
  5. KKVK               -trak+tor
  6. VKK                 -eks+pot
  7. KVKK               -teks
  8. KKVKK             -kom+pleks
  9. KKKV               -skru
  10. KKKVK            -struk+tur
- Pola suku kata 1 hingga 4 merupakan pola umum suku kata asli yang terdapat pada kebanyakan kata dasar bahasa Melayu.
- Pola 5 hingga 11 merupakan pola suku kata yang terdapat pada huruf konsonan rangkap atau gugus konsonan. Bentuk ini diambil dari ejaan bahasa Inggeris atau pinjaman asing.
-Pola 1, 4, dan 9 adalah pola suku kata terbuka (huruf vokal berada di akhir kata)
-Pola 2, 3, 5, 6, 7, 8, 10 dan 11 adalah pola suku kata tertutup (huruf konsonan berada di akhir kata). 


 Sistem Tulisan Bahasa Melayu

Dipercayai Bahasa Melayu ditulis dengan tulisan Kawi dan Rencong. Kedatangan Arab melahirkan tulisan Jawi. Kedatangan Barat menyebabkan tulisan Rumi terhasil.

 
Alat-alat Pertuturan Manusia

 Alat Artikulasi:
  • bibir atas
  • bibir bawah
  • gigi atas
  • gigi bawah
  • gusi
  • lelangit lembut
  • lelangit keras
  • anak tekak
  • hujung lidah
  • hadapan lidah
  • tengah lidah
  • belakang lidah
  • akar lidah
  • epiglotis
  • pita suara
  • rongga tekak
  • rongga hidung
  • rongga mulut
  • rahang
  • tonggorok
- Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat pertuturan iaitu:
a. Artikulator (pengeluar) alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Alat ini terdiri daripada : bibir mulut, hujung lidah, leangit lembut, dan rahang.

 
b. Titik Artikulasi (daerah pengeluar) merupakan tempat pertuturan yang tidak bergerak (tetap). Alat ini terletak di sebelah atas alat pengeluar dan boleh dicapai alat-alat artikulasi. Titik artikulasi terdiri daripada gigi atas, gusi, dan lelangit keras.
Bunyi-bunyi Bahasa
a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan bahasa iaitu gerak tubuh.
b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong.
c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin disampaikan tidak difahami sepenuhnya.
- contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.
Vokal
a. Bunyi vokal dihasilkan tanpa halangan , sekatan ataupun sisihan pada arus udara yang dikeluarkan oleh paru-paru.
b. Terdapat 8 bunyi vokal iaitu 6 vokal asli bahasa Melayu dan 2 vokal pinjaman.
  •  vokal depan sempit [i]
  • vokal depan separuh sempit [e] taling
  • vokal depan luas [a]
  • vokal tengah [e] pepet
  • vokal belakang sempit [u]
  • vokal belakang separuh sempit [o]
c. [ i], [a] dan [u] dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan asli bahasa Melayu.

 
d. [e] taling, [e] pepet, dan [o]  hanya hadir pada awal dan tengah perkataan asli bahasa Melayu, jika di akhir perkataan tersebut adalah perkataan pinjaman.
  
Sifat-sifat Vokal
  • bergetar
  • bersuara
  • lantang dan berpanjangan.
  • udara keluar dari paru-paru berterusan
  • posisi bibir sama ada terhampar, biasa atau bundar
  • bagian depan, tengah dan belakang lidah terlibat dalam pengeluaran bunyi vokal
  • posisi lidah sama ada dinaikkan atau diturunkan
  • keadaan glotis dirapatkan
  • pita suara bergetar
  • udara yang keluar dari rongga mulut tidak mengalami gangguan, halangan,geseran atau sekatan.
Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu
a. Vokal membentuk suku kata dan kata.
b. Vokal depan ( i, e, ε, a ) adalah pada suku kata.
c. Vokal didahului oleh bunyi "hentian glotis".
Awal Tengah Akhir Terbuka Akhir Tertutup
e = e/kor Belas Sate Telek
i  = i/bu Bilah Kali Saling
a = a/yam Malu Saya Botak
DIFTONG
- Bunyi yang dihasilkan melalui gabungan 2 huruf vokal yang dikeluarkan dengan satu hembusan nafas.
- Semasa menghasilkannya, tidak ada sebarang hentian yang dapat memisahkan kedua-dua bunyi vokal itu.
- Mempunyai satu puncak kelantangan, kemudian digelunsurkan ke satu vokal yang mengikutinya.
- Bersifat sebagai satu suku kata.
- Terdapat 3 bunyi diftong iaitu : 
 
#  [ai] - hairan, sungai, pantai   (dimulai dengan menyebut bunyi vokal depan luas ke satu puncak kelantangan lalu digelunsurkan ke arah bunyi vokal depan sempit. Posisi bibir terhampar).

 
#  [au]- saudara, kalau  ( dimulai dengan menyebut vokal depan luas lalu digelunsurkan ke arah vokal belakang sempit. Posisi bibir daripada terhampar kepada bundar).

 
#  [oi]- tomoi, amboi  (dimulai dengan menyebut vokal belakang separuh sempit, lalu digelunsurkan ke arah vokal depan sempit. Posisi bibir drp. bundar menjadi terhampar).
View Image

 
    VOKAL  RANGKAP     
*   Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh. Tiap-tiap vokal adalah vokal penuh yang tersendiri. 
     Contohnya : 
  • baik      =  ba + ik  = kv + vk
  • laut      =  la + ut   = kv + vk
  • air        =  a + ir      = v + vk
-Dalam perkataan 'baik, laut, dan air  - kedua-dua vokalnya adalah vokal penuh yang tersendiri dan terdiri dari dua suku kata.                   
                                
D'olah semula oleh: ciguwan

Wednesday, April 27, 2011

TEKNIK MEMERAS OTAK

KARANGAN BERFORMAT.


Teknik memeras Otak !!!

MEMORANDUM

-Memorandum bentuk karangan berformat. Jika calon tidak mematuhi format, markah akan dpotong. Bentuk karangan berformat terikat kepada ciri-ciri tertentu yang telah ditetapkan.
-Karangan berformat memorandum merujuk kepada dokumen ringkas berkaitan sesuatu hal dari satu pihak tertentu atau pihak yang berwajib.
-Secara umumnya, memorandum adalah berkaitan dengan sesuatu isu. Oleh itu format karangan ini perlu ada perkara-perkara seperti berikut:

                                                              1. Perkataan Memorandum

2. Identiti penerima

3. Identiti penghantar

          4. Tajuk memorandum

5. 1.0   Pendahuluan:
          - berikan subtajuk
          - berikan nombor
          - kaitan isi dengan tugasan

6.  2.0 Penyataan masalah/pendapat/usul:
          2.1 - berikan nombor dan pecahannya
          2.2- berikan subtajuk yang ringkas dan tepat
          2.3- huraian mesti tepat dan padat

7.  3.0 Penutup:
          - berikan nombor
          - simpulkan penyataan masalah/pendapat/usul

8. Nama dan tandatangan pengirim (disebelah kiri)

9. Tarikh memorandum (di sebelah kanan)


TATA CARA PENULISAN

A. Peringkat Persediaan

- Baca dan faham semua soalan.
- Kemudian analisa soalan  yang hendak dijawab.
- Ingat soalan yang ingin dijawab agar tidak terpesong ketika menulis karangan nanti dan betul-betul menepati kehendak soalan.
- Buat penataan format dan rangka karangan.
- Senaraikan seberapa banyak isi yang terfikir.
- Pilih isi yang terbaik (5 atau 6 isi terbaik)
- Fikir dan tulis maklumat sokongan seperti contoh,bukti, statistik, peribahasa, moto, pendapat tokoh dan lain-lain yang berkaitan untuk mengukuhkan idea yang mahu disampaikan.
- Isi karangan yang ditulis dalam kerangka dapat menentukan jumlah perenggan yang hendak ditulis.
Selain itu, dapat menentukan keterkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang berikutnya.

B. Peringkat Penulisan

- Bahagian pertama penulisan ialah pendahuluan , diikuti dengan isi sokongan, dan akhir sekali menulis kesimpulan.
- Pendahuluan seharusnya ditulis dengan tepat, padat dan ringkas (tidak meleret-leret).
- Sila berikan takrifan atau definisi tentang sesuatu isu yang ingin ditulis (untuk memudahkan calon menulis pada tahap permulaan).
- Dalam pendahuluan perlu ada gambaran bahawa calon menjawab soalan (ada isi utama)
-Berikutnya masuk bahagian pemerengganan. Jumlah isi sokongan menentukan jumlah perenggan.
- Masukan satu isi sokongan sahaja dalam satu peranggan. Seandainya calon mempunyai 6 isi sokongan, berarti calon perlulah menulis dalam 6 perenggan.
- Kesimpulan. Calon dikehendaki merumus isi yang telah ditulis sebelum menyatakan cadangan, pandangan ataupun harapan.

C. Peringkat Pengeditan

-Calon perlu semak struktur ayat
-Semak ketepatan dalam pemilihan kata, diksi
-Semak ejaan dan tanda baca
-Semak aspek tatabahasa yang lain (kerelevanan)

PERKARA-PERKARA LAIN:

1. Jumlah perkataan yang perlu dalam setiap perenggan sewajarnya seperti berikut:

     a.   Pendahuluan     -- 50 patah
     b.  Isi I                    -- 120  "
     c.  Isi II                   -- 120  "
     d.  Isi III                 -- 120  "
     e.  Isi IV                 -- 120  "
     f.  Isi V                   -- 120  "
     g. Penutup              -- 50 patah

 Jumlah besar  = 650 hingga 700 patah perkataan.

2. Pembahagian Masa
 
    a. Membaca dan memahami soalan   -- 10 minit
    b. Membuat kerangka karangan         -- 15 minit
    c. Menulis karangan                           -- 60 minit
    d. Menyemak karangan                      -- 5 minit






~~~bersambung...
...Semuga semua mendapat manfaatnya.
...boleh copy paste, tapi seeloknya berikan saya sedikit tip untuk promosi blog ini.








-

Tuesday, April 26, 2011

SISIPAN BUAT MEMBASAHI MINDA

Go to fullsize image

PEMBENTUKAN KATA  TUNGGAL

KATA TUNGGAL
-Kata yang tidak menerima sebarang imbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
-Ada 2 jenis  kata tunggal  iaitu yang ada satu suku kata dan 2 suku kata atau lebih.
 Suku kata boleh terdiri drp. - Satu vokal (V) saja,
                                                   -satu vokal (V) + satu konsonan
                                                   -satu vokal (V) + beberapa konsonan (K)

a)K. tunggal dgn. Satu suku kata:
                   -KV (yu) , VK (am), KVK (cat), KKVK (stor), KVKK (teks),
                       KKKV (skru) , KKKVK (skrip)

 b)Kata tunggal dgn. 2 suku kata :

   -V+KV  (ibu),  V+VK (air), V+KVK  (adik) , VK+KV  (undi),
 VK+KVK  (embun), KV+V (doa), KV+VK (liar), KV+KV  (jala),
 KV+KVK (jarum), KVK+KV (lampu) KVK+KVK (jemput).
  c)Kata tunggal dgn. 3 suku kata : (kebanyakannya kata pinjaman)

-KV+V+KV  (cuaca),  KV+V+KVK  (biawak),  V+KV+V  (idea), 
KV+KV+V (belia),KVK+KV+V  (mentua),  KV+KV+VK  (seluar),
  KVK+KV+VK (berlian),  V+KV+KV  (utara),  V+KV+KVK  (ijazah),
 VK+KV+KV  (asrama), KV+KV+KV (delima), KVK+KV+KV  (menteri),
 VK+KV+VK  (ilmiah)KV+KV+KVK  (belukar),  KVK+KV+KVK  (cendawan),
 KV+KVK+KV  (royalti),KVK+KVK+KV  (sempurna),  KV+KVK+KVK  (selumbar).

d)Kata tunggal dgn. 4 suku kata dan lebih: (kebanyakannya kata pinjaman)

-KV+KV+VK+KV  (keluarga),  KV+KVK+KV+KV  (peristiwa),
                     KVK+KV+KV+KV  (sendiwara),  KVK+KV+V+KV  (sentiasa),
                     KV+KV+KV+KV  (bidadari),  KV+KV+KV+KVK  (perajurit),
                     KVK+KV+KV+KVK  (sentimeter), KVK+KVK+KV+KV  (singgahsana),
                     KV+KV+V+KVK  (nasional),  V+KV+KVK+KV+KV   (universiti),
                     KVK+KV+KV+KV+KVK  (kosmopolitan), 
 KV+KV+KV+KV+KV+KV (maharajalela)

AKRONIM

-Kata singkatan hasil gabungan huruf awal suku kata  atau  huruf awal dan suku kata drp.
 Satu rangkai kata , dan ditulis serta dilafaz sebagai perkataan yang wajar/utuh.
-Tergolong jenis kata tunggal.

-Ada 3 cara menulis akronim:

 1)      Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata dan ditulis dengan huruf besar semuanya: 
        ABIM, IKIM, RISDA, LUTH
2)      Gabungan suku kata dengan huruf awal atau suku kata dengan suku kata dan ditulis
       dengan huruf pertamanya huruf besar : Mara, Perkim, Bernama, Proton, Perhilitan
3)   Gabungan suku kata dengan suku kata, dan ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya: 
        tadika,  pawagam, kugiran, cerpen

..bersambung

Monday, April 25, 2011

BAHASA MELAYU STPM

 NOTA RINGKAS.


Anies Imran

MORFEM
 (Unit terkecil dalam tatabahasa)
-Ada 2 kategori mofem iaitu:

a) Morfem bebas

-Boleh berdiri sendiri sebagai satu kata  (saya,makan)
-Dapat berfungsi sebagai ayat minimal.
-Merupakan kata tunggal
b) Morfem terikat
-Tidak boleh berdiri sendiri, hanya wujud bersama morfem bebas (imbuhan : awalan.akhiran, apitan, sisipan)
-Kata akar (bentuk kata yang belum diberi apa-apa imbuhan) cth. tawa = ke+tawa , tani = pe+tani, kejut = ter+kejut, tapa = pe+tapa                                                                                                

 BENTUK  KATA

1.KATA TUNGGAL   ( Tidak menerima imbuhan. Ada 2 jenis kata tunggal iaitu kata tunggal dengan satu suku kata dan kata tunggal dengan 2 suku kata atau lebih)
 Contoh:cat,stor, aib,sana,cuaca,lari,iklim, kolej, senapang

 2.KATA TERBITAN  (menerima imbuhan awalan,akhiran, apitan atau sisipan pada kata dasar)
 Contoh: berlari, dimakan, menjala, pencuri, terjatuh, rujukan, kegelapan, pendapatan,
Gemilang, seruling.

 3.KATA MAJMUK (merangkai dua kata dasar atau lebih dan membawa makna tertentu dan lazim  
 nya dieja terpisah kecuali bentuk kata majmuk yang telah mantap  serta tidak boleh menerima  sebarang sisipan.)
Contoh: air hujan, setiausaha, jalan raya, pilih kasih, kaki bangku, garis pusat, pita suara

 4.KATA GANDA (mengulang kata dasar. Ada 3 bentuk kata ganda iaitu  penuh, separa dan berentak)
 Contoh: tiba-tiba, kura-kura, lauk-pauk, cerai-berai, jejari, dedaun, kayu-kayan, saudara-mara


...BERSAMBUNG.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...