Showing posts with label d'edit ciguwan. Show all posts
Showing posts with label d'edit ciguwan. Show all posts

Monday, April 25, 2011

BAHASA MELAYU STPM

 NOTA RINGKAS.


Anies Imran

MORFEM
 (Unit terkecil dalam tatabahasa)
-Ada 2 kategori mofem iaitu:

a) Morfem bebas

-Boleh berdiri sendiri sebagai satu kata  (saya,makan)
-Dapat berfungsi sebagai ayat minimal.
-Merupakan kata tunggal
b) Morfem terikat
-Tidak boleh berdiri sendiri, hanya wujud bersama morfem bebas (imbuhan : awalan.akhiran, apitan, sisipan)
-Kata akar (bentuk kata yang belum diberi apa-apa imbuhan) cth. tawa = ke+tawa , tani = pe+tani, kejut = ter+kejut, tapa = pe+tapa                                                                                                

 BENTUK  KATA

1.KATA TUNGGAL   ( Tidak menerima imbuhan. Ada 2 jenis kata tunggal iaitu kata tunggal dengan satu suku kata dan kata tunggal dengan 2 suku kata atau lebih)
 Contoh:cat,stor, aib,sana,cuaca,lari,iklim, kolej, senapang

 2.KATA TERBITAN  (menerima imbuhan awalan,akhiran, apitan atau sisipan pada kata dasar)
 Contoh: berlari, dimakan, menjala, pencuri, terjatuh, rujukan, kegelapan, pendapatan,
Gemilang, seruling.

 3.KATA MAJMUK (merangkai dua kata dasar atau lebih dan membawa makna tertentu dan lazim  
 nya dieja terpisah kecuali bentuk kata majmuk yang telah mantap  serta tidak boleh menerima  sebarang sisipan.)
Contoh: air hujan, setiausaha, jalan raya, pilih kasih, kaki bangku, garis pusat, pita suara

 4.KATA GANDA (mengulang kata dasar. Ada 3 bentuk kata ganda iaitu  penuh, separa dan berentak)
 Contoh: tiba-tiba, kura-kura, lauk-pauk, cerai-berai, jejari, dedaun, kayu-kayan, saudara-mara


...BERSAMBUNG.

Thursday, April 7, 2011

MORFOLOGI

BENTUK,PEMBENTUKAN DAN GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU.

Ulasan ringkas:
-Ayat - Unit pengucapan paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan mempunyai makna yang lengkap, dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan. Mengandungi intonasi yang sempurna.
-Ayat terbina dari 2 unsur :
1. Unsur subjek- unsur yang diterangkan (D)
2. Unsur predikat – unsur yang menerangkan subjek (M)
- contohnya : Ali (subjek) + belum makan lagi(predikat).
-Ali belum makan lagi.

-Klausa – Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi konstituen subjek dan konstituen predikat.
- Klausa terbahagi 2 :
a) Klausa bebas atau utama – boleh berdiri sendiri, bersifat sebagai ayat lengkap jika diucapkan dengan intonasi yang sempurna.
Contohnya: Ali penakut (klausa bebas)
Ali penakut. (ayat)
b) Klausa tak bebas – tidak dapat berdiri sendiri – memerlukan klausa bebas untuk membentuk ayat. Contohnya:
Ali penakut (kb) + kerana (kata hubung) badannya kecil (ktb)

-Frasa - Satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya 1 atau lebih perkataan.Boleh hanya mengandungi subjek atau hanya predikat.
-Frasa ada 4 - Frasa nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif, Frasa Sendi Nama.
-contohnya: Ali (frasa nama) + belum makan lagi (frasa kerja)

-Kata – Unit bahasa terkecil yang mengandungi makna lengkap dan boleh berdiri sendiri dalam ayat.
contohnya: - Ali + belum + makan + lagi

-Morfem – Unit terkecil dalam bahasa yang menjalankan tugas nahu.
-Morfem bersifat :
a) Morfem bebas – morfem yang dapat hadir bersendirian : contohnya – makan, minum, jalan, takut.
b) Morfem terikat – hanya hadir bersama dengan morfem bebas bagi membentuk makna.
Contohnya: - makan (mb) ---makan-an
-jalan (mb) -----per-jalan-an
-morfem terikat : -an , per-... –an.


...BERSAMBUNG...

Friday, March 25, 2011

CONTOH JAWAPAN ALIH BAHASA

Teks asal:


Cikgu Wan melangkah masuk ke dewan dengan senyuman.
“ Siapa di sini telefon bimbitnya paling canggih”? Tanya Cikgu Wan.
Kami saling berpandangan. Pelik dengan soalan Cikgu Wan.

Cadangan jawapan:

Cikgu Wan melangkah masuk ke dewan dengan senyuman. Cikgu Wan ingin tahu sesiapa yang ada di situ yang mempunyai telefon bimbit yang paling canggih. Mereka saling berpandangan. Mereka berasa pelik dengan pertanyaan Cikgu Wan itu.

Teks asal:
“ Azzam Cikgu,” jawab Amirul .
“Telefon kamu ada kamera Azzam?” Tanya Cikgu Wan lagi.
“ Ya cikgu , dua belas megapixel! ” Jawab Azzam bangga.

Cadangan jawapan:

Amirul memberitahu Cikgu Din bahawa Azzam yang mempunyai telefon yang canggih. Cikgu Wan inginkan kepastian sama ada telefon Azzam mempunyai kamera atau tidak.
Dengan rasa bangga, Azzam mengeyakannya. Menurut Azzam telefonnya mempunyai dua belas megapixel.

Teks asal:

“Cikgu nak pinjam, nak ambil gambar dengan kamu semua. Hari ini hari terakhir cikgu di sekolah ini.” Jelas Cikgu Wan.
“Cikgu... cikgu kena berhenti mengajar?” Tanya Marina sambil memandang ke arah Cikgu Wan.
Cikgu Wan menggeleng sambil tersenyum.

Cadangan jawapan:

Cikgu Wan menjelaskan/menyatakan bahawa dia ingin meminjam telefon itu kerana dia hendak bergambar dengan mereka. Menurutnya lagi hari itu ialah hari yang terakhir dia di sekolah itu. Sambil memandang Cikgu Wan, Marina ingin tahu sama ada Cikgu Wan diberhentikan mengajar atau tidak. Sambil tersenyum, Cikgu Wan menggeleng-gelengkan kepalanya.

Teks asal:

“Cikgu tak cakap cikgu kena berhenti mengajar. Cikgu akan terus mengajar, tapi bukan di sekolah ini!” Jelas Cikgu Wan.
Semua terdiam. Sedih. Geram dan kesal. Cikgu Wan meneliti wajah kami semua.

Cadangan jawapan:

Cikgu Wan menyatakan bahawa dia tidak diberhentikan mengajar. Menurutnya lagi dia akan terus mengajar tetapi bukan di sekolah itu. Mereka semua terdiam, sedih, geram dan kesal. Cikgu Wan memandang wajah mereka semua.

Teks asal:

Kemudian dia menambah... “Oh ya, cikgu akan mulakan tuisyen di rumah cikgu. Setiap hari Sabtu, jam 10 pagi hingga 1 tengah hari. Kalau berminat, nanti cikgu berikan alamat!” Jelas Cikgu Wan.

Cadangan jawapan:

Kemudian Cikgu Wan menyatakan bahawa dia akan memulakan tuisyen di rumahnya. Kelas tuisyen itu akan diadakan pada setiap hari Sabtu, pukul 10.00 pagi hingga pukul satu tengah hari. Menurut Cikgu Wan lagi, sekiranya mereka berminat, dia akan memberikan alamat kepada mereka nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...