Thursday, February 5, 2015

KESALAHAN DALAM BAHASA.

Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km 
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km 
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts...dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik! Bateriyg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch!

7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8.Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.

9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!

12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar...preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikaldimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....

Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti. Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentu kita tidak mampu mengikutnya! 

Okies..bye*********

Mengikut pengalaman aku yg dah lebih 10tahun membuat DIY service kereta:-

Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm mungkin minyak murah made in china. Dlm satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu.

Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi aku pernah stretch sampai 110,000km(wira 1.6xli) tanpa masalah sebab aku guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah takde, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

Water pump - ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

Biasanya top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaulsebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugakskit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin...erm..takmo citer panjang2 lah. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Sy tak begitu pasti.

Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt padajarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sblm thn 1999. Masa aku keja di alfa romeo thn 96 dulu, ada juga pemilik yg kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.
Secara ringkas, kesalahan bahasa dapat dilihat dari aspek:

-Morfologi (perkataan)

-Sintaksis  (ayat)

-Semantik  (makna)

-Fonologi  (bunyi) dan

-Intonasi.

A.   KESALAHAN DARI ASPEK MORFOLOGI

        - Penggunaan kata

        - Pengimbuhan

        - Penggandaan

        - Pemajmukan

B.  KESALAHAN PENGGUNAAN KATA

      - Kata Nama

      - Kata Kerja

      - Kata Adjektif

      - Kata Tugas

C. Kesalahan Penggunaan Kata Nama

1. Penggunaan KGN diri "beliau"   tidak tepat digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau   untuk binatang.

       -Contohnya:

         i) Beliau ditangkap kerana mencuri .    (salah)
 
       ii)  Anjing itu baik. Beliau disayangi penjaganya.   (salah)

2.  Penggunaan KGN diri "ia" , "dia" , dan "mereka" hanya untuk manusia.

       - Contohnya :

        i) Kereta itu mahal kerana ia diimpot dari Jerman.   (salah)

            - Kereta itu mahal kerana diimpot dari Jerman.  (betul)

       ii) Anjing itu menyalak dengan kuat kerana ia / dia sakit gigi.  (salah)

           - Anjing itu menyalak dengan kuat kerana sakit gigi.  (betul)

      iii) Beras-beras dalam lori itu berat. Mereka tidak dapat diangkat oleh saya.  (salah)

            - Beras-beras dalam lori itu berat, tidak dapat diangkat oleh saya.  (betul)

3.  Mengulang KGN diri ketiga yang membawa maksud jamak, contohnya :

             - Mereka-mereka itu teman saya.   (salah)

            - Mereka itu teman saya.  (betul)

4.  Menjarakkan penulisan KGN diri singkat ( Kau, Mu, dan Ku)

         i) Soalan yang kau berikan begitu sukar.    (salah)

            - Soalan yang kauberikan begitu sukar.

       ii)   Surat itu sudah ku serahkan .   (salah)

             - Surat itu sudah kuserahkan.   (betul)

      iii)  Aku bertemu dengan guru mu tadi.  (salah)

             - Aku bertemu dengan gurumu tadi.  (betul)
     
5.  Menggunakan KGN  "nya" dan  "mu"   bagi menggantikan nama Allah tidak ditulis dengan
     huruf besar dan tidak diberi tanda sempang, contohnya :

      i) Kita semua akan pergi menghadapnya.   (salah)

          - Kita semua akan pergi menghadapi-Nya.   (betul)

   ii )  Limpahkanlah hidayahmu kepadaku.    (salah)

         - Limpahkanlah hidayah-Mu kepadaku.  (betul)

6.  Menggandingkan KGN diri "ia" dan "nya", contohnya  :

     i) Udara penting kepada manusia kerana ianya diperlukan untuk pernafasan.    (salah)

        - Udara penting kepada manusia kerana diperlukan untuk pernafasan.   (betul)


7.  Menyamakan Kata Ganti Tak Tentu dengan Kata Ganti Tanya, contohnya :

    i)  Apa yang diberitahukanya itu tidak benar.     (salah)

         - Apa-apa yang diberitahukannya itu tidak benar.  (betul)

   ii)  Pilihlah yang mana kamu suka.    (salah)

        - Pilihlah yang mana-mana kamu suka.      (betul)

  iii)  Siapa yang menceroboh akan didakwa.    (salah)

      - Siapa-siapa yang menceroboh akan didakwa.    (betul)

   

......bersambung dengan Kata Kerja...             

Thursday, January 29, 2015

SOALAN STRUKTUR BAHASA MELAYU P.II.

Jawab Soalan Berikut:

1.       (i)  Kehijau-hijauan, besar-besaran
   
          (ii)  kura-kura, labi-labi

          (iii) anak-anak, budak-budak

(a) Apakah jenis kata ganda bagi pasangan kata (i), (ii) dan (iii) ?

(b)  Apakah maksud penggandaan bagi pasangan kata (i), (ii) dan (iii).

(c)  Bina satu ayat yang mengandungi kata ganda yang membawa maksud " perbuatan yang berulang-ulang."


2. Jelaskan proses pembentukan kata terbitan majmuk di bawah :

    (i)  daya serapan                            (ii) mengemaskinikan


3. Mengapakah awalan meN- apabila bergabung dengan kata proses menjadi memproses bukan memeroses ?


4.  Nyatakan istillah bagi bagi pernyataan di bawah :


     (a) Unit tatabahasa terkecil yang mempunyai makna

     (b)  Ciri bunyi yang terhasil apabila imbuhan disatukan dengan kata dasar.


5.  Terangkan dua cara pembentukan akronim dan berikan contoh bagi setiap satu cara tersebut.

Wednesday, October 29, 2014

ANALISIS SOALAN BAHASA MELAYU STPM SEMESTER I



JADUAL  ANALISIS  SOALAN  STPM  BAHASA  MELAYU  PENGGAL  I  (2012/13)
Bahagian A

                                          TAJUK
 
                           SOALAN ANEKA PILIHAN
1.0       Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu
 
             Tahun  2012
Tahun   2013
1.1      Asal Usul Bahasa Melayu
 
                      1
            1
1.2      Bahasa Melayu Kuno
 
                      1
             2
1.3      Bahasa Melayu Klasik
 
                      2
              1
1.4      Bahasa Melayu Moden
 
                      3
              4
1.5     Unsur Asing dalam Bahasa Melayu
 
                      1
              -
2.0     Fonologi
 
 
 
2.1     Definisi fonetik dan fonemik
 
                     -
                -
2.2     Penggolongan dan Penghasilan bunyi bahasa
 
                    11
              11
2.3     Transkripsi fonetik
 
                      -
                1
2.4     Struktur suku kata Bahasa Melayu
 
                      1
                 -
2.5     Sistem ejaan Bahasa Melayu
 
                      -
                 -
2.6     Tanda Baca
 
                     -
                -
                                    JUMLAH
 
                  20
             20

Bahagian  B3.0 

Pembacaan Kritis dan Analitis

 
                               2012
                                  2013
Soalan   21
Mengenal pasti idea dan mesej.
 
Menyatakan penyataan berdasar teks.
Soalan   22
Menyusun dan mengolah idea atau fakta dengan lancer dan berkesan.
 
Memberi pendapat berdasarkan teks.
Soalan   23
Memberi pandangan terhadap kandungan teks.
 
Menjelaskan 2 faktor berdasarkan teks.
Soalan    24
 
                      -tiada-
Menyatakan langkah-langkah yang sesuai untuk mencapai sesuatu hasrat yang dikemukakan dalam teks.
 

Bahagian   C

Penulisan  Esei

 
                                   2012
                                2013
Soalan  24
Langkah-langkah menlahirkan generasi muda yang berbudi bahasa.
                            -tiada-    
Soalan  25
Kepentingan hutan kepada kehidupan
Pendapat tentang sesetengah anggota masyarakat yang kurang berminat menyertai kerja-kerja sukarela.
Soalan   26
Pendapat mengenai kemalangan di tempat kerja berpunca dari kecuaian majikan.
Menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan tahap keselamatan awam di Negara kita.
Soalan    27
                     -tiada-
Memberi pendapat tentang cara untuk menjaga kebersihan alam sekitar.

 

Tuesday, October 14, 2014

CATATAN RINGKAS TENTANG LARAS BAHASA.


LARAS BAHASA

1. Def. laras bahasa : ialah gaya atau cara penggunaan bahasa.

2. Ciri-ciri laras bahasa yang paling utama ialah:
   
    a. perbendaharaan kata
    b. susunan ayat dan frasa

3. Penggunaan laras yang berbeza berdasarkan :

     a. situasi persekitaran - rasmi atau tidak rasmi
     b. cara penyampaian  - secara lisan atau tulisan
     c. perhubungan social dan peribadi - contohnya di sekolah dan di rumah
     d. bahan yang diperkatakan
     e. fungsi-fungsi social

4.  Laras Bahasa:

     a.  Laras sains dan laras ekonomi (laras akademik):
          - kematangan dan keintelektualan,
          - istillah khusus
          - dan ketepatan.

     b.  Laras sukan (laporan):

          - bahasa ringkas dan mudah difahami,
          - tatabahasa / nahu tidak penting,
          - mementingkan keringkasan, ketepatan dan kejituan.

     c. Laras undang-undang :

         - ketepatan, kepersisan,
         - istillah Inggeris digunakan ubtuk ketepatan,
         - binaan ayat yang panjang.

     d.  Laras sastera :

         - bahasa kreatif dan imaginative
         - bahasa puitis dan hidup
         - gaya penulisan pelbagai dan
         - bahasa tersirat.

    e.  Laras agama :

         - berunsur nasihat,
         - digunakan dalam majlis agama seperti khutbah jumaat,
         - menggunakan ayat-ayat quran, hadis dan sebagainya yang berkaitan.


##PERINGATAN UNTUK CALON:

    * Untuk menjawab soalan struktur, calon digalakkan selalu melatih diri membina wacana berdasarkan setiap laras bahasa.


"SELAMAT BELAJAR"

KONSEP ANALOGI.



CONCEPT ANALOGY

(Dalam teknik penulisan)

Analogy (to range together) is that method of reasoning that argues not from general to particular, deduction, or from particular to general, induction, but from one particular instance to another particular instance.

In reasoning from analogy we assume that two instances are truly comparable, that is, that there is a warranted basis for comparison. Thus for examples, we may argue that Smith should be appointed director of athletics because he was a very successful football coach. In this instance, aur analogy is warranted because the two jobs, that of the director of athletics and that of the football coach, have some basic of comparison. Both jobs requie a knowledge of sports, ability to train men for competition, a certain type of leadership, and so on. Hence a man’s success in one activity gives us reason to argue that he will succeed in similar activity.

Analogy is called strict when the two terms of the comparison are in the same class. Thus, when we argue that Jones, who was a successful accountant in the Chase Bank, should be equally successful in the exactly similar job in the National City Bank, we have a strict analogy. Analogy will called loose when the two terms are not in the same class. Thus, when we say that since Johnson was a good student in college, he is likely to succeed as a lawyer, we are comparing two things that are as not strictly speaking in the same class. Our analogy is proportionately less cogent.

Petikan daripada :

Connolly, F. A. A Rhetoric Case Book,  Harcourt, Brace & World Inc., New York, 1959. (Hal. 454)

Banding dan Bezakan (Comparison and Contrast)

Contoh : 

Betapa pentingnya guru, dapat kita umpamakan seperti pentingnya saudagar makanan. Guru memberikan makanan yang diperlukan  oleh rohani manusia manakala saudagar makanan berperanan memenuhi sebahagian daripada keperluan biologi manusia. Jadi, amatlah wajar bagi kita memberikan penghargaan kepada  guru yang menyebarkan ilmu dan intelek, sebagaimana kita memberikan penghargaan yang tinggi kepada saudagar makanan yang menawarkan makanan untuk membolehkan manusia terus hidup.

Contoh Teknik Penulisan

Teknik induksi - bermula dengan pernyataan-pernyataan khusus(PK) diakhiri oleh pernyataan umum (PU).

Contoh: 1

Malaysia sudah sekian lama bergerak cergas dalam kegiatan ekonomi pertanian.(PK) Malaysia bukan sahaja menghasilkan tanaman bukan makanan untuk eksport, seperti getah dan kelapa sawit, malah Malaysia juga menghasilkan tanaman makanan, seperti padi dan nanas.(PK) Di samping kegiatan tersebut, Malaysia juga bergiat dalam sektor industri, baik industri kecil, industri sederhana mahupun industri berat(PK). Kita dapat membuktikan bahawa kita mampu mengeluarkan kereta dan motosikal dalam pelbagai model(PK). Produk industri berat itu, bukan sahaja mendapat pasaran tempatan, malah juga luar negara(PK). Oleh yang demikian, kita dapat mrngatakan bahawa Malaysia ialah sebuah negara dual-ekonomi.(PU)

Contoh : 2

 Sebagai sebuah negara demokrasi, kita mengadakan pilihanraya setiap lima tahun(PK). Melalui pilihanraya, rakyat mengundi calon mereka untuk mewakili mereka di dewan parlimen(PK). Demi memperkukuh sistem pentadbiran dan perundangan negara, kita mempunyai perlembagaan bertulis dan perlembagaan yang kita gunakan ialah Perlembagaan Persekutuan yang telah digubal sebaik sahaja kita merdeka(PK). Perlembagaan negara kita mengalami pindaan dari masa ke masa dan pindaan dibuat oleh parlimen mengikut keperluan semasa(PK). Jelaslah bahawa Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berpelembagaan. (PU)

Teknik deduksi

Bermula drngan pernyataan umum, diikuti oleh pernyataan-pernyataan khusus  sebagai huraian/contoh.

Contoh : 1

Tidak diragui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan dual-ekonomi. (PU) Malaysia sudah sekian lama bergerak cergas dalam kegiatan ekonomi pertanian.(PK) Malaysia bukan sahaja menghasilkan tanaman bukan makanan untuk eksport, seperti getah dan kelapa sawit, malah Malaysia juga menghasilkan tanaman makanan, seperti padi dan nanas.(PK) Di samping kegiatan tersebut, Malaysia juga bergiat dalam sektor industri, baik industri kecil, industri sederhana mahupun industri berat(PK). Kita dapat membuktikan bahawa kita mampu mengeluarkan kereta dan motosikal dalam pelbagai model(PK). Produk industri berat itu, bukan sahaja mendapat pasaran tempatan, malah juga luar negara(PK).

Contoh : 2

Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berpelembagaan (PU). Sebagai sebuah negara demokrasi, kita mengadakan pilihanraya setiap lima tahun(PK). Melalui pilihanraya, rakyat mengundi calon mereka untuk mewakili mereka di dewan parlimen(PK). Demi memperkukuh sistem pentadbiran dan perundangan negara, kita mempunyai perlembagaan bertulis dan perlembagaan yang kita gunakan ialah Perlembagaan Persekutuan yang telah digubal sebaik sahaja kita merdeka(PK). Perlembagaan negara kita mengalami pindaan dari masa ke masa dan pindaan dibuat oleh parlimen mengikut keperluan semasa(PK).

Eklektik

Penulisan bermula dengan pernyataan umum, diikuti oleh pernyataan khusus dan diakhiri oleh pernyataan umum kembali.

Contoh: 1

Pihak berkuasa, khususnya pihak polis di negara ini sentiasa melakukan usaha untuk menjamin keselamatan awam(PU) Anggota keselamatan tersebut kerap membuat rondaan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai(PK). Mereka juga membina pondok-pondok polis di kawasan tertentu, termasuk di kawasan-kawasan kediaman{PK). Pihak polis juga menyediakan talian khas untuk memudahkan mereka dihubungi oleh orang awam apabila orang awam mengetahui bahawa kejadian jenayah berlaku di kawasan mereka(PK). Dengan demikian, polis dapat mengambil tindakan segera(PK). Jelas bahawa pihak berkuasa di negara ini tidak mrngabaikan tanggungjawab mereka untuk menjamin keselamatan orang ramai(PU).

 
Contoh : 2

Malaysia merupakan sebuah negara dual-ekonomi(PU). Malaysia sudah sekian lama bergerak cergas dalam kegiatan ekonomi pertanian.(PK) Malaysia bukan sahaja menghasilkan tanaman bukan makanan untuk eksport, seperti getah dan kelapa sawit, malah Malaysia juga menghasilkan tanaman makanan, seperti padi dan nanas.(PK) Di samping kegiatan tersebut, Malaysia juga bergiat dalam sektor industri, baik industri kecil, industri sederhana mahupun industri berat(PK). Kita dapat membuktikan bahawa kita mampu mengeluarkan kereta dan motosikal dalam pelbagai model(PK). Produk industri berat itu, bukan sahaja mendapat pasaran tempatan, malah juga luar negara(PK). Memandangkan kejayaan kita dalam kedua-dua  sektor ekonomi itu, dapatlah kita merumuskan bahawa Malaysia merupakan antara negara dual-ekonomi yang berjaya. (PU).

Analogi

Ciri : seperti pendapat Connolly di atas.

Contoh 1:

Potensi kita untuk melakukan aktiviti mencari gali petroleum dan gas cecair asli di luar negara adalah besar. Telah sekian lama Petronas berjaya mencari gali bahan tersebut di negara ini dan kita berjaya mngeluarkan bahan tersebut di kawasan perairan beberapa buah negari di negara ini. Dalam usaha tersebut, pada peringkat awalnya kita memperoleh pengalaman mencari gali daripada syarikat gergasi minyak dunia, seperti Shell. Pengalaman kita di peringkat tempatan dalam bidang ini juga sudah agak lama. Di samping itu kita juga telah berjaya dalam  pencarigalian bahan fosil tersebut di Dubai beberapa tahun dahulu. Jadi, peluang kita untuk berjaya jika kita mahu melangkah ke negara-negara lain untuk tujuan itu adalah cerah.

 
Contoh :2

Kini ramai penduduk di negara Barat mengalami masalah obesiti. Satu daripada puncanya ialah pengambilan  makanan yang banyak mengandungi kabohidrat, lemak dan kalori. Bahan-bahan tersebut jika terkumpul dalam badan boleh menyebabkan kegemukan, terutamanya apabila individu tersebut kurang bersenam. Jika kita membiarkan anak-anak kita mengamalkan pemakanan yang sedemikian dan kita tidak menggalakkan mereka untuk bersenam, maka kebarangkalian untuk anak-anak berhadapan dengan masalah obesiti adalah tinggi.

 
Catatan

Bahagian yang dihitamkan merupakan bahagian yang menjadi analogi untuk memperkukuh idea atau hujah penulis.

#Rencana ini diedit dari telegram guru BM tingkatan 6 1M.

RHS/DU-2014©

Saturday, October 11, 2014

SOALAN BAHASA MELAYU PENGGAL III (910/3)



SOALAN  BM  PENGGAL 3 (910/3) 

Masa : 40 minit    (dibenar merujuk buku)

1. Yang manakah pernyataan yang benar tentang wacana?

I.                 Tautan idea menjadi keutamaan dalam wacana

II.               Tidak wujud hubungan antara peserta dalam wacana

III.             Wacana ialah unit bahasa yang lebih besar daripada ayat

IV.            Wacana termasuk dalam kajian tentang pembentukan ayat

A  I dan  II

B. I dan  III

C. II dan  IV

D. III dan  IV

2.         Pasangan ayat yang manakah yang jelas sekali  memperlihatkan tautan logik akaliah sebagai sebuah wacana yang utuh?

A.       Kertas berterbangan ditiup angin. Anjing itu menyalak kucing yang lalu di hadapannya.

B         Saya berasa sakit-sakit badan. Saya perlu mengambil cuti panjang untuk berehat.

C         Ibu menangis tersedu-sedan. Dia terkenang akan anaknya yang tinggal di bandar.

D.       Enjin kereta itu rosak teruk. Hanya mekanik yang berpengalaman yang mampu membaikinya.


 
Untuk menangani keganasan, pelbagai usaha telah dijalankan oleh berbagai-bagai pihak.                     I                     dalam era kesejagatan kini, permasalahan tersebut didapati semakin sukar dibendung,              II            , satu revolusi mental perlu dilaksanakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memastikan keamanan sejagat dapat diwujudkan.
 

3.         Penanda wacana yang tepat  bagi ruang kosong dalam petikan di atas ialah


 
I
II
A
Meskipun begitu
Tegasnya
B
Dengan hal demikian
Oleh sebab itu
C
Sungguhpun demikian
Sehubungan dengan hal itu
D
Oleh itu
Walau bagaimanapun

4.         Berdasarkan jadual di bawah, yang manakah padanan yang dapat membina sebuah wacana yang utuh?

 
Ayat 1
 
Ayat 2
I
Adik saya menyertai pertandingan syarahan.
P
Kami memberikannya perhatian istimewa.
II
Ibu saya sudah uzur.
Q
Penjaganya berasa lega.
III
Bayi itu jarang meragam.
R
Dia kecundang dalam persaingan itu.
IV
Abang sering termenung sendirian.
S
Dia mendapat tempat pertama.


 
I
II
III
IV
A
S
Q
P
R
B
S
P
Q
R
C
R
S
P
Q
D
R
P
Q
S

 
 
·    Penulisan bertujuan mengemukakan usul atau gagasan
·    Gagasan disokong oleh alasan, bukti, dan contoh
·    Idea yang diberikan lojik dan meyakinkan
 

5.         Ciri-ciri di atas menepati retorik

A         penghujahan.

B         pemujukan.

C         pendedahan.

D         pemerian.

Soalan 6 berdasarkan ayat di bawah ini.

 
 
P
Dasar Wanita Negara digubal dengan tujuan untuk memberikan peluang yang lebih luas kepada wanita untuk berjasa kepada negara.
Q
Lapangan Terbang KLIA 2 yang baru  dibina itu amat besar dan cantik. Lapangan tersebut boleh menampung keperluan lebih sepuluh juta penumpang dalam masa setahun.
S
Bagi kerajaan, untuk sungguh-sungguh menjayakan program industri berat amat wajar kerana industri itu memberikan pulangan yang lumayan.
R
Rumah yang baharu dibina itu mempunyai keluasan lantai 3,215 kaki persegi, dibina di atas tanah seluas 5,420 kaki persegi.
 

6.         Yang jelas menepati ciri retorik pemerian ialah pilihan

A         P

B         Q

C         S

D         R


 
Tiada unsur penilaian kendiri
 
 
 
Q
 
Memperincikan sesuatu secara objektif
 
 
 
 
Penutur terikat kepada sesuatu yang digambarkan

7.         Q merujuk kepada retorik

A         pendedahan.

B         hujahan.

C         pemerian.

D         penceritaan.


 
Ibu tua itu diserang penyakit kencing manis. Dia terlantar di hospital sejak beberapa minggu yang lalu dan telah diziarahi oleh ramai ahli keluarga. Keadaannya begitu uzur dan dia memerlukan mesin penyokong hayat.
 

8.         Petikan di atas menepati retorik

I.                 pendedahan

II.               pemerian

III.             penceritaan

IV.            pemujukan

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV


9.         Yang manakah pernyataan yang benar tentang dialek sosial?

I.                 Berbeza disebabkan perbezaan status penutur.

II.               Berbeza mengikut kawasan/tempat asal penutur.

III.             Berbeza berdasarkan perkara yang dibicarakan.

IV.            Berbeza berdasarkan ciri-ciri idiolek penutur.

A         I dan II

B         I dan III

C         II dan IV

D         III dan IV

 
10.       Yang manakah bukan contoh ayat bahasa slanga?

I.                 Lu cakap betul-betul, jangan kasi tipu!

II.               Gue bukan awek lu, lu tau!

III.             Cun giler adik lu, macam filem star.

IV.            Si Tomoi tu memang tak tau malu!

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV

 
 
·    Tidak terikat kepada ciri kegramatisan
·    Wujud kerana perbezaan pengguna
·    Sesetengah kosa katanya berbeza daripada bahasa baku
·    Perbezaan ketara dari segi sebutan dan sistem panggilan

11.       Ciri-ciri di atas merujuk kepada

A         dialek sosial.

B         bahasa pijin.

C         bahasa kolokial.

D         dialek geografi.

 
12.       Antara yang berikut, yang manakah ayat yang menunjukkan penggunaan bahasa tidak formal?

I.                 Dia  sedang dua bulan.

II.               Siapa suruh pergi kedai?

III.             Adik Lebai Ali  cuci tangan.

IV.            Terangkat Pak Long kayu berat itu.

A         I dan II

B         I dan III

C         II dan IV

D         III dan IV

 
13.       Bahasa baku ditentukan dan diperkembangkan dengan tujuan untuk

I.                 menentukan jati diri masyarakat penuturnya.

II.               menunjukkan penuturnya berpadu dalam satu satuan bahasa.

III.             menjadi rujukan  penutur dalam penggunaan sesuatu unsur bahasa.

IV.            meningkatkan taraf atau status bahasa itu sendiri dalam masyarakat.

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV

 
14.       Yang manakah penyataan yang benar tentang laras bahasa?

I.                 Laras bahasa ialah variasi yang digunakan mengikut situasi.

II.               Laras bahasa ialah penggunaan sesuatu bahasa yang  berkesan.

III.             Laras bahasa ialah penggunaan bahasa mengikut bidang ilmu.

IV.            Laras bahasa ialah penggunaan bahasa yang mementingkan tautan idea.

A         I dan II

B         I dan III

C         II dan IV

D         III dan IV
 

15.       Ciri yang manakah yang tidak menimbulkan laras bahasa yang berbeza?  

A         Perhubungan sosial

B         Perkara yang diperkatakan

C         Fungsi sosial perlakuan bahasa

D         Ciri-ciri paralinguistik penuturnya     

 

 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa akademik
I
Makna kosa katanya pelbagai
Diksinya berkesan
II
Menggunakan ayat yang ringkas
Menggunakan ayat yang sempurna
III
Terdapat penyimpanan dari aspek tatabahasa
Menggunakan bentuk bahasa  baku
IV
Mengutamakan penggunaan bahasa basahan
Menggunakan istilah khusus dengan ketara

16.       Yang manakah ciri laras bahasa iklan dan ciri laras bahasa akademik yang betul?

A         I dan III

B         I dan IV

C         II dan III

D         II dan IV


17.       Yang manakah ayat yang menepati ciri laras iklan?

A         Internet  sumber maklumat yang tiada batas sempadannya.

B         Teater itu mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai.

C         Mesin pengira ini dapat menyelesaikan kerumitan kiraan anda.

D         Tidak merugikan, teknologi ini menemukan anda dengan dunia luar.


 
I.   Penggunaan bahasa secara kreatif
II.  Penggunaan kosa kata umum
III  Diksinya berkonotasi positif
IV. Mengutamakan kepersisan

18.       Yang manakah yang tepat menunjukkan ciri laras iklan?

A         I dan II

B         I dan  III

C         II dan IV

D         III dan IV

19.       Yang manakah ayat yang mengandungi frasa yang jelas maksudnya bersifat antonim?

A         Bukan main besar lagi rumah itu.

B         Dia itu bukan sebarangan orang.

C         Bukan kecil-kecil api untuk dipadamkan.

D         Jangan bercakap sesuatu yang bukan-bukan.

 
 
 
*
Satu cara memandang
*
Menggunakan hujung mata
*
Lazimnya ada unsur marah
 

20.       Cara memandang seperti yang dinyatakan oleh rangsangan di atas ialah

A         mengintai

B         mengerling

C         menjenguk

D         menjeling

 
 
·    Nelayan itu mendayung ke hulu.
·    Hulu pisau itu diperbuat daripada besi.
·    Dia selalu mengalami masalah sakit hulu hati.

21.       Kata hulu dalam ayat di atas bersifat

I.                 hiponim

II.               sinonim

III.             homonim

IV.            polisemi

A         I dan II

B         I dan III

C         II dan IV

D         III dan IV

 
22.       Perkataan yang berikut mempunyai makna yang hampir sama, kecuali

A         racik

B         hiris

C         gobek

D         cencang


23.       Dalam ayat yang manakah perkataan “sampai” dan “tiba” membawa makna yang sama?

A         Yang ditunggu tak sampai; kerana itu saya berasa gelisah.

B         Kertas bertaburan dari sini sampai ke simpang jalan itu.

C.       Pendapatannya tak sampai pun seribu ringgit sebulan.

D         Dia berdiri di situ dari pukul 5:00 sampai 7:00 malam.

 
 
·    Memerhati dengan tujuan untuk memperoleh maklumat.
·    Mungkin pemerhatian itu mengambil masa yang lama.

24.       Perkataan yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A         menghendap

B         mengintip

C         mengintai

D         memeriksa

 
25.       Perkataan yang manakah yang bersifat homonim?

I.                 Raut

II.               Tunda

III.             Tuntun

IV.            Raih

A         I dan II

B         I dan III

C         II dan IV

D         III dan IV

 
26.       Yang manakah padanan yang betul antara cara bergerak dengan kosa katanya?

 
Cara bergerak
 
Kosa kata
I
Menggunakan lutut
P
Menjengket
II
Menggunakan hujung jari kaki
Q
Mengesot
III
Menggunakan badan
R
Merangkak
IV
Menggunakan paha-punggung
S
Berguling

 

 
I
II
III
IV
A
P
S
R
Q
B
R
S
P
Q
C
R
P
S
Q
D
P
R
Q
S

 

27.       Yang manakah perkataan yang  mengalami penyempitan makna?

                            I          Akal

                II.         Amal

               III          Akad

                IV.        Alam

  1. I dan II
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. III dan IV

28. Frasa yang manakah yang boleh membawa dua makna?

                            I          Orang rumah

                          II          Tangan kanan

                        III          Orang kuat

                        IV          Lampu trafik

  1. I dan II
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. III dan IV

 
29. Yang manakah perkataan yang bersifat homograf dan homofon tetapi  dalam konteks tertentu tidak sama maknanya?

                            I          Semak

                          II          Perang

                        III          Badan

                        IV          Pulau

  1. I dan II
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. III dan IV

 
               I .  Kepala adik sakit kerana lama berpanas.

  II.  Nama penerima harus dicatat di bawah kepala surat.
 
30. Kata kepala dalam ayat I dan II di atas ialah kata yang bersifat

                            I          sinonim

                          II          polisemi

                        III          hiponim

                        IV          homonim

        A   I dan II

        B    I dan III

       C.  II dan IV

       D.  III dan IV

 
31. Peribahasa yang manakah mengandungi nasihat supaya ‘berhati-hati’ sebelum melakukan sesuatu?

A. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

B. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit.

C. Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada.

D. Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada.

 
32. Peribahasa yang berikut mempunyai makna yang berkaitan, kecuali

A. harapkan pagar, pagar makan padi.

B. bertaut di dahan rapuh.

C. harap tin menjaga biskut, tin makan biskut.

D. harapkan sokong, sokong membawa rebah.

 

"Dia amat berhati-hati sewaktu menyelesaikan masalah keluarganya itu kerana dia amat takut kalau-kalau keadaan menjadi bertambah buruk."

33. Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A. bagai limau masam sebelah

B. bagai aur ditarik songsang.

C. bagai menarik rambut dalam tepung

D. umpama menulis di atas air.

 
34. Yang manakah ayat yang mengandungi unsur pemanusiaan?

A. Selepas makan, kucing itu menjilat-jilat bulunya.

B. Kerusi usang itu berkeriut-keriut minta dibaiki.

C. Baju kebaya labuhnya itu sudah pudar warnanya.

D. Beg kertas itu koyak rabak dipermain oleh kucing.

 
35. Yang manakah kiasan melompat?

                            I          Memasang lukah

                          II          Menggali parit

                        III          Menumbuk sambal

                        IV          Memancing ikan

  1. I dan II
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. II dan IV

36. Yang manakah ungkapan yang mengandungi bahasa bertimbal?

                            I      Mencurah air ke daun keladi

                          II       Angguk bukan geleng ya

                        III       Tolak tangga berayun kaki

                        IV        Kata periuk belanga hitam

  1. I dan II
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. III dan IV

37. Yang manakah contoh bahasa naik?

A. Teruk sungguh si pembantu rumah itu, sudahlah tempat tinggal disediakan, makanan diberi percuma, pakaian dibelikan, cuti dua hari seminggu, gaji pokok pula mahu tinggi!

B. Orang itu sudahlah malas, kuat tidur; kaki makan, kaki minum, suka

      memerintah pulak tu! Meluat sungguh aku melihatnya.

C. Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang meminta; oleh itu bersedekahlah selalu dengan ikhlas.

D. Buku-buku lama, selama setengah abad itu, walaupun buruk tetapi amat

      berharga.  Oleh itu, simpanlah  harta tersebut baik-baik!

 
38. Faktor yang manakah yang menentukan kesopanan berbahasa?

              I        Fokus perbualan atau tajuk sesuatu diskusi.

            II        Status  peserta dalam sesuatu komunikasi

          III        Latar atau suasana sesuatu interaksi

         IV        Tahap  penguasaan bahasa peserta

  1. I dan II
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. III dan IV

"R merupakan seorang ahli akademik yang memiliki ijazah DoktorFalsafah dan memegang jawatan akademik yang tertinggi di universiti. Beliau telah menerima dua  anugerah yang membawa gelaran Datuk dan Tan Sri. Beliau juga sudah menunaikan haji."

39. Apakah panggilan kehormat untuk R?

A. Yang Berbahagia Tan Sri Profesor Datuk Dr. Haji

B. Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Profesor Dr. Haji

C. Yang Berbahagia Datuk Tan Sri Profesor Dr. Haji

D. Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Datuk Dr. Haji

 

 
Panggilan kehormat
 
Individu
I
Yang Amat Berbahagia Toh Puan
P
Ahli Dewan Rakyat
II
Yang Berbahagia
Q
Suami bergelar Tun
III
Yang Berusaha
R
Bergelar Datuk
IV
Yang Berhormat
S
Pegawai Daerah

40. Yang manakah padanan yang betul antara panggilan kehormat dengan individunya?

 
I
II
III
IV
A
Q
P
R
S
B
Q
R
P
S
C
Q
R
S
P
D
P
Q
S
R


SELAMAT MENJAWAB.

Soalan ini diedit dari Telegram Raminah Hj. Sabran. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...