Monday, June 17, 2013

CONTOH KARANGAN LAPORAN.




SOALAN:
Penyertaan Orang Kurang Upaya atau Orang  Kelainan Upaya (OKU)  dalam sektor awam 
masih kurang.Sebagai pegawai kanan di Kementerian Sumber Manusia, anda diminta 
menyediakan satu laporan tentang faktor-faktor kurangnya penyertaan OKU dalam sektor 
awam dan mengemukakan langkah untuk mengatasinya. Sediakan laporan itu selengkapnya.


Laporan tentang  Faktor-faktor Kurangnya Penyertaan OKU 
dalam Sektor Awam dan Langkah untuk Mengatasinya

1.0           Pendahuluan

.    Konsep OKU – golongan istimewa/tidak normal. Dahulu dikenali sebagai
     orang cacat tetapi kini  - Orang Kurang Upaya/Orang Kelainan Upaya.
.    Halangan tertentu menyebabkan mereka gagal menyertai sektor awam.
.    Laporan ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor dan langkah untuk
     mengatasinya.

2.0           Faktor Kurangnya Penyertaan OKU dalam Sektor Awam

2.1           Ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah – sikap
           ibu bapa yang malu mendedahkan keupayaan anak-anak 
           mereka yang cacat – anak-anak tidak mempunyai kelulusan.
2.2           Sikap masyarakat yang memandang rendah  golongan 
          OKU – menganggap OKU tidak mampu melakukan kerja. 
          Orang ramai mempertikaikan keupayaan OKU dari segi 
           mental dan fizikal.  
2.3           Dasar agensi kerajaan yang kurang membuka peluang penyertaan
           kepada OKU dalam semua bidang pekerjaan.
2.4           Pengabaian atau kurang prihatin kerajaan terhadap OKU –
           terpaksa mengeluar kos yang banyak  untuk menyediakan 
           kemudahan kepada OKU.
2.5           Rasa rendah diri OKU – malu untuk bersaing dengan 
           rakan-rakan lain.



3.0           Langkkah-langkah untuk Mengatasinya

3.1           Kerajaan perlu memperbanyak kempen tentang OKU untuk
           memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat.
           Ibu bapa dan masyarakat perlu bersifat terbuka terhadap 
           OKU – tidak memandang rendah terhadap keupayaan mereka.    
3.2           Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak kemudahan kepada 
          OKU untuk menggalakkan penyertaan mereka, misalnya dalam 
           bidang pendidikan dan perkhidmatan.
3.3           Kerajaan harus menggubal dasar yang khusus untuk golongan ini – 
           membolehkan mereka meyertai sektor awam. Contohnya ,
           mewujudkan peluang pekerjaan yang sesuai.
3.4           Mewujudkan kerjasama antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 
          dan kerajaan yang mewakili OKU bagi memenuhi keperluan 
           berdasarkan kemahiran OKU.

4.0           Penutup

.   Semua pihak perlu member perhatian kepada OKU supaya golongan 
    ini mendapat hak yang sama dan tidak terpinggir.
.   Penyertaan mereka dalam sektor awam bpleh memberi gambaran 
    positif terhadap dasar kerajaan dan sesuai dengan cabaran yang 
    terkandung dalam Wawasan 2020.  


Laporan disediakan oleh,                                                                          Tarikh:


Tandatangan
(NAMA DALAM HURUF BESAR)
Jawatan  

PENCERAHAN TENTANG DIFTONG DAN VOKAL RANGKAP.

Diftong dan Vokal Berganding


Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Takrif ini diberikan oleh Kamus Linguistik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Contoh yang diberikan ialah [ai] dalam pandai dan [au] dalam pulau.

Profesor Nor Hashimah Jalaludin dalam bukunya Asas Fonetik (DBP, 1998: 41) pula menulis, “Bunyi diftong melibatkan dua rentetan vokal yang hadir serentak. Bunyi diftong terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan semasa penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja.”

Dalam bidang fonetik, unit bunyi bahasa diistilahkan sebagai fon. Fon yang dapat membezakan makna pula dinamakan fonem. Bunyi [au] dalam perkataan pulau ialah satu fon, sekali gus satu fonem. Bunyi ini ditulis dengan menggunakan dwilambang. Tegasnya, diftong bukan dua vokal/bunyi yang sempurna tetapi gabungan/geluncuran bunyi yang tersendiri.

Satu vokal melambangkan satu bunyi dan membentuk satu suku kata. Satu vokal sahaja dapat berdiri sebagai satu suku kata. Contohnya, dalam perkataan ubi, u ialah satu vokal sekali gus satu suku kata. Ada juga vokal dapat berdiri sebagai suku kata sekali gus satu perkataan seperti “o” dalam kopi “o” yang bermaksud tanpa susu.

Suku kata terbanyak dalam bahasa Melayu ialah gabungan vokal dengan konsonan. Sebagai contoh, perkataan am, yu dan pin ialah perkataan satu suku kata. Suku kata itu ditandai oleh adanya satu vokal. Perkataanubi pula mempunyai dua suku kata, iaitu u dan bi. Perkataan cencarumempunyai tiga suku kata, iaitu cen, ca dan ru. Perkataan rasional pula mempunyai empat suku kata, iaitu ra, si, o dan nal. Nyatalah bahawa dalam bahasa Melayu tanpa vokal, tidak wujud suku kata.

Kita boleh memisahkan suku kata dengan menggunakan tanda tambah. Perkataan bayu dalam transkripsi fonetik ialah [ba+yu], dalam transkripsi fonemik ialah /ba+yu/ dan sebagai perkataan biasa ba+yu. Sebagai perkataan biasa, tanda sempang juga boleh digunakan untuk memisahkan susunan kata seperti ba-yu, cen-ca-ru dan ra-si-o-nal.Buku Daftar Kata Bahasa Melayu-Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua(DKBM) (DBP, 2008) menggunakan tanda titik untuk memisahkan suku kata seperti dalam perkataan [pa.sang]. Buku itu menggunakan tanda kurung siku [ ] sebagai tanda transkripsi fonemik.

Dalam analisis ejaan oleh DBP, vokal dan diftong digantikan dengan huruf V. Konsonan pula digantikan dengan huruf K. Analisis dengan lambang V dan K dinamakan analisis struktur suku kata. Struktur suku kata perkataan ba-yu ialah KV+KV, struktur suku kata perkataan cen-ca-ru ialah KVK+KV+KV dan struktur suku kata perkataan ra-si-o-nal ialah KV+KV+V+KVK. Susunan V, KV dan KVK termasuk dalam 11 pola suku kata yang tercatat dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu yang termuat dalam DKBM (2008: 7).

Dengan berdasarkan analisis DBP, struktur suku kata perkataan pisau ialah KV+KV. Diftong au ialah satu bunyi dan dilambangkan dengan satu V dalam pola suku kata KV. Struktur suku kata sau bukan *KVV. Hal ini mustahil kerana satu suku kata hanya ada satu V.

Di halaman 58 buku Panduan Menulis dan Mengeja Jawi (DBP, 1999), Hamdan Abdul Rahman menggunakan D untuk diftong. Apabila kita menggunakan D, struktur perkataan pisau ialah KV+KD. Suku kata sau ialah KD. Analisis ini tepat kerana dalam suku kata ini hanya ada satu diftong. Silaplah sekiranya kita katakan pola suku kata sau ialah *KDD. Dalam bahasa Melayu tiada pola suku kata KVV atau KDD. Sekali lagi, dalam bahasa Melayu hanya ada satu V atau D dalam satu suku kata.

Marilah kita lihat perkataan daun. Pemisahan suku kata ini ialah da+un. Struktur suku katanya ialah KV+VK. Huruf vokal a berada dalam suku kata pertama (praakhir). Huruf vokal u berada dalam suku kata kedua (akhir). Kedudukan vokal dalam perkataan ini sama dengan dalam perkataan paus, taun, pais dan kais. Huruf au dan ai dalam perkataan-perkataan ini bukan diftong. Demikian juga halnya vokal io dalam perkataan rasional (KV+KV+V+KVK), ia dalam diam (KV+VK) dan ua dalam tuam (KV+VK), ialah dua vokal yang berada bersebelahan atau bergandingan atau rangkap. Gandingan io, ia dan ua dalam perkataan-perkataan ini bukan diftong.

Seterusnya, kita analisis perkataan mulai. Pemecahan suku kata perkataan ini ialah mu+la+i dan berstruktur KV+KV+V. Mula ialah kata dasar dan i ialah imbuhan akhiran. Sebutan yang betul bagi perkataan ini seperti yang tercatat dalam DKBM (halaman 1157) ialah [mu.la.i]. Demikianlah juga halnya dengan perkataan lain seperti sertai, rasai danwarnai. Tegasnya, ai dalam perkataan-perkataan ini bukan diftong. Walau bagaimanapun, bagi perkataan tertentu seperti gulai, ada dua cara pemecahan suku kata, iaitu gu-lai (KV+KD) dan gu-la-i (KV+KV+V).

Istilah diftong sudah mantap. Dalam buku Pelita Bahasa Melayu Penggal I (DBP, 1958), sejak tahun 1940-an Za‘ba menggunakan istilahbunyi berkait rapat untuk diftong dan bunyi berkait renggang untuk dua vokal yang berganding dalam satu perkataan seperti dalam perkataankail, laut dan duit. Kini, rujukan terbaik ialah Kamus Linguistik. Sayangnya tiada istilah bagi perkara ini dalam kamus itu.

Bagi bunyi berkait renggang yang dikatakan oleh Za‘ba, Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP menggunakan istilah vokal berganding. Banyak soal jawab tentang perkara ini di PRPM. Ada jawapan tidak tepat atau silap. Terdapat tiga jawapan yang tepat. Jawapan terbaik ialah "Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut." 

SEKILAS TENTANG VARIASI BAHASA


 VARIASI BAHASA

Variasi bahasa membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya.

Hasil Pembelajaran

1. Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa.
2. Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat.

Variasi Bahasa.

—  Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu
—  Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza.
—  Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :
—  Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan
—  Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.
—  Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa.
—  Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
—  Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.  Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.
—  Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu.  Dalam konteks Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. 
—  Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.  Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.
—  Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu.  Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. 
—  Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya.
—  Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa.  Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris,mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan. 
—  Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut.
—  Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku.
—  Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Tujuannya supaya mudah difahami.
—  Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.
—  Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.
—  Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.

Variasi Bahasa (Dialek)

—  Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu.
—  Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek.
—  Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.
—  Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.
—  Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.
Bahasa Isyarat

—  Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi.
—  Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka.
—  Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara.
—  Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama. Contohnya, Amerika Serikat  dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.
—  Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak.
—  Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain.
—  Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan.
—  Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.

Latihan:
Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut.  

Saturday, April 27, 2013

ANALISA KESALAHAN BAHASA

Di bawah, terdapat empat petikan yang perlu anda kenal pasti kesalahan bahasa. Cari setiap kesalahan tersebut, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.

1. 

Pada bulan April yang lalu, penduduk Kampung Ayer Lanas telah mengadakan kegiatan gotong-royong membesarkan surau. Tujuannya ialah untuk memberikan kemudahan kepada penduduk kampung beribadat memandangkan bilangan penduduk di kampung tersebut telah bertambah. Kegiatan yang diadakan pada pertama kali di Kampung Ayer Lanas itu mendapat sambutan penduduk kampung tersebut. Kegiatan tersebut diadakan pada setiap hari minggu. Pada minggu ini, mereka mula mencatkan surau tersebut. Kerja-kerja kebajikan tersebut turut disertai oleh ramai anak-anak muda di kampung itu. Semoga segala usaha yang telah mereka  lakukan itu akan diberkatiNya. Kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Ayer Lanas harus dicontohi.

2.

Sudah menjadi kelaziman bahawa pada setiap akhir tahun terdapat kumpulan pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan. Pelajar yang tinggal di asrama pula tentu seronok kerana mereka dapat pulang ke kampung. Ada di antara mereka yang mempelajari cara mengurus rumah tangga sambil menolong ibu bapa di rumah. Setelah tamat peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, pelajar yang berkenaan akan meninggalkan bangku persekolahan. Sesetengah daripada mereka mengikuti kursus-kursus tertentu. Misalnya, kursus komputer. Pelajar bijak memanfaat peluang yang tersedia demi untuk masa depan mereka. Walaupun begitu, ada juga yang sengaja membuang masa dengan mengunjungi ke kompleks beli-belah dan terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat.

3.

Masyarakat yang tinggal di kawasan itu terdiri dari golongan elit. Kediaman-kediaman yang terdapat di situ besar-besar belaka dan agak berlainan daripada tempat tinggal orang kebanyakan. Golongan elit tersebut bergiat dalam biang perniagaan dan sesetengahnya menjadi pegawai tinggi kerajaan. Selain daripada tinggal di kawasan kediaman yang serba mewah, mereka juga mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Hampir setiap buah rumah mempunyai perabot yang diimport. Sesetengah kediaman di situ terdapat kolam renang. Ketika penulis melalui di jalan ke kawasan tersebut, didapati suasananya sunyi sekali.  Kami dapat melihat beberapa orang pekerja asing sedang memotong rumput. Pergaulan golongan elit terbatas kerana masing-masing sibuk dengan urusan harian. Walaupun begitu, mereka bukanlah golongan anti-sosial.

4.

Di kota itu terdapat beberapa buah bangunan yang di bina sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bangunan terletak di pusat kota itu kepunyaan Encik Jalal, iaitu peniaga yang terkenal di negeri ini. Di situ terdapat kedai buku yang sering menjadi tumpuan orang ramai, terutama pelajar sekolah. Selain dari buku, Encik Jalal juga menyediakan lain-lain keperluan untuk persekolahan, termasuk beg dan alat tulis. Bangunan kedai tersebut dapat dilihat dari jauh kerana warna dindingnya agak kebiru-biruan. Bangunan itu juga sama tinggi dengan bangunan yang menempatkan semua pejabat kerajaan di kota itu. Orang ramai dari jauh dan dari dekat yang datang ke kota itu dari semasa ke semasa.

Wednesday, January 23, 2013

PBS: FORMAT SYARAHAN

 


CONTOH SOALAN KARANGAN BERFORMAT:

FORMAT SYARAHAN.

Anda telah terpilih untuk mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri. Tajuk syarahan anda ialah “ Punca-punca Remaja Meninggalkan Rumah dan Cara Mengatasinya.”  Tulis teks syarahan anda tersebut selengkapnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
+  Esei hendakalah ditulis berdasarkan format syarahan, iaitu didahului dengan kata-kata alu-aluan, kata            sapaan, dan penutup yang sesuai.

Pendahuluan:

              -Kata alu-aluan
             -Tajuk syarahan

Isi  Utama:

-Kata sapaan

a)  Kes remaja meninggalkan rumah semakin menjadi-jadi. Seringkali media massa menyiarkan kes ini yang kebanyakannya terdiri darpada gadis dalam lingkungan usia 14 hingga 20 tahun. Banyak punca yang menyebabkan perkara ini berlaku dan langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi mengatasinya.

b)  Kebanyakan remaja pada hari ini ingin hidup bebas ekoran daripada situasi keluarga yang tidak harmonis. Pertengkaran ibu bapa, ugutan sesetengah bapa ke atas kegadisan anak remajanya sendiri, mendorong mereka mencari ketenangan di luar rumah.

-Kata sapaan

c)  Remaja terpengaruh dengan pujukan rakan atau orang tersayang yang  ingin menawarkan kemewahan atau pekerjaan yang baik,  tetapi mereka ini berniat serong ke atas remaja berkenaan.

d)  Ada juga remaja yang meniggalkan rumah bertujuan baik untuk membela nasib keluarga yang dihimpit kemiskinan. Mereka berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan, tetapi salah pertimbangan, mereka diperdaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

-Kata sapaan

e)  Ibu bapa harus memahami perasaan anak-anak, mendidik dengan sabar, jangan terlalu mendesak, tetapi hendaklah berbincang. Jika ada sebarang pergeseran dalam keluarga hendaklah diselesai secara baik  di luar pengetahuan anak-anak.

f)  Ibu bapa harus menawasi pergaulan anak-anak  walaupun terlalu sibuk dengan pekerjaan. Jangan terlalu mengongkong kebebasan mereka terutama remaja.

g)  Pendidikan agama dan moral merupakan benteng yang dapat membina ketahanan diri remaja daripada pengaruh negatif  dan dapat menyekat remaja meninggalkan rumah.

Penutup

-Kata sapaan

.   Banyak punca yang mendorong remaja meninggalkan rumah, namun langkah-langkah yang wajar harus diambil segera supaya ibu bapa tidak kehilangan generasi berharga dan mengelakkan negara menghadapi masalah sosial yang lebih tenat.

. Sekian sahaja syarahan saya pada hari ini, saya sudahi dengan ucapan terima kasih.









Friday, January 4, 2013

BM SEMESTER II: CONTOH FORMAT ESEI LAPORAN

 
Contoh soalan:

Sebagai setiausaha sebuah pertubuhan bukan kerajaan, anda diminta untuk
menjalankan satu kajian tentang perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.
Berdasarkan hasil kajian anda itu, sediakan satu laporan tentang kelemahan
perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini dan kemukakan cadangan 
anda untuk mengatasinya. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Contoh esei:


               Laporan tentang Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam dan
                                      Cadangan untuk Mengatasinya


1.0   Pendahuluan

       Pengangkutan awam penting dalam kehidupan manusia. Perkhidmatan
       pengangkutan awam yang baik membolehkan pengguna bergerak dari
       satu tempat ke satu tempat lain dengan mudah dan selesa. Di negara ini,
       terdapat beberapa jenis pengangkutan  awam. Antara perkhidmatan
       pengangkutan awam yang popular ialah perkhidmatan bas dan teksi.
       Sehingga kini perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia dikatakan
       masih belum memuaskan hati pengguna. Baru-baru ini, saya sebagai
       Setiausaha Persatuan Keselamatan Sosial Daerah Pekan diminta untuk
       menjalankan satu kajian tentang kelemahan tersebut dan seterusnya
       mengemukakan cadangan untuk mengatasinya. Yang berikut ialah
       laporan hasil kajian tersebut.

2.0  Senarai Ahli Jawatankuasa

      Pengerusi: Ahmad bin Ali
      Setiausaha: Muhammad bin Daimin
      Bendahari: Simon Tan
      Ahli jawatankuasa:
     1) Saleha binti Abu
     2) Razali bin Darus

3.0 Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam

      3.1 Jumlah Kenderaan Awam Tidak Mencukupi
            Berdasarkan kajian, didapati bahawa jumlah kenderaan awam di beberapa buah
            bandar di negara ini tidak mencukupi. Di beberapa buah bandar kecil, hanya
            terdapat satu atau dua buah syarikat bas yang beroperasi. Jangka masa
            pergerakan antara sebuah bas dengan bas yang lain agak panjang disebabkan
            masalah kekurangan bas. Keadaan ini menyebabkan pengguna sering
            berebut-rebut untuk menaiki bas agar mereka tidak ketinggalan.Sesetengah
            penumpang teksi pula sanggup menaiki teksi melebihi muatan yang dibenarkan
            agar mereka cepat sampai ke destinasi. Selain tidak selesa, tindakan ini boleh
            membahayakan penumpang.

      3.2 Keadaan Fizikal Kenderaan Awam Tidak Sempurna
            Keadaan fizikal sesetengah kenderaan awam, khususnya bas dan teksi didapati
            kurang sempurna. Sesetengah kenderaan tersebut tidak terurus dan tidak
            diselenggara dengan baik. Kusyen beberapa buah bas pula didapati carik
            dan sesetengahnya tertulis dengan pelbagai tulisan yang berunsur lucah.
            Kebersihan kebanyakan kenderaan tidak dijaga dengan baik. Sistem pendingin
            hawa yang digunakan pula kadangkala tidak berfungsi. Keadaan ini menyebabkan
            pengguna berasa tidak selesa menggunakan pengangkutan awam.

      3.3 Kadar Tambang Tidak Sepadan dengan Kualiti Perkhidmatan
            Kajian juga mendapati bahawa kebanyakan pengguna perkhidmatan awam
            yang ditemui menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tentang kadar tambang
            yang dikenakan. Kebanyakan pengguna bersetuju bahawa kadar tambang tidak
            sepadan dengan kualiti perkhidmatan. Menurut pengguna, sesetengah pemandu
            teksi tidak menggunakan meter yang dipasang dengan alasan alat tersebut rosak.
            Segelintir kakitangan bas pula didapati  kurang sopan apabila berurusan dengan
            penumpang. Walaupun perkara ini tidak disenangi, namun pengguna terpaksa
            menggunakan perkhidmatan awam kerana tiada pilihan lain.

4.0 Cadangan untuk Mengatasinya
      4.1 Memperketat Penguatkuasaan Undang-undang tentang Usia 
            Kenderaan Awam
            Jabatan Pengangkutan Jalan hendaklah memperketat penguatkuasaan
            undang-undang tentang usia kenderaan awam di jalan raya. Kenderaan
            yang terlalu lama misalnya, yang melebihi usia 20 tahun haruslah ditamatkan
            permitnya. Pengusahanya boleh diberikan bantuan kewangan untuk
            menggantikannya dengan kenderaan yang baharu. Bantuan yang sama
            hendaklah diberikan kepada pemilik kenderaan awam yang kenderaan
            awamnya didapati kurang elok. Selain menjaga keselamatan pengguna,
            langkah ini penting untuk memberikan keselesaan kepada pengguna
            perkhidmatan tersebut.

     4.2 Menambahkan Pengeluaran Permit Kenderaan Awam

           Bagi mengatasi masalah kekurangan kenderaan awam, pihak kerajaan
           seharusnya  menambahkan pengeluaran permit kenderaan awam
           di negara ini. Hal ini bertujuan untuk membolehkan lebih banyak
           kenderaan awam beroperasi. Langkah ini penting untuk mengelakkan
          orang ramai berebut-rebut untuk menaiki kenderaan, terutamanya
           ketika menjelang musim perayaan. Pertambahan pemilik kenderaan
           awam juga penting untuk mewujudkan persaingan yang sihat dalam
           kalangan pengusaha. Impaknya, pengguna dapat membuat pilihan dan
           masalah kekurangan kenderaan dapat dikurangkan.

5.0 Penutup

      Kajian ini telah mengenal pasti beberapa kelemahan perkhidmatan pengangkutan
      awam di negara ini. Selain kekurangan jumlah kenderaan awam, sikap pengusaha
      yang terlalu  mementingkan keuntungan memungkinkan kenderaan awam tidak
      terjaga. Kelemahan tersebut dapat diatasi sekiranya pengusaha kenderaan awam
      memahami bahawa mereka sebenarnya turut melaksanakan tanggungjawab sosial.
      Sekiranya syarikat kenderaan awam di negara ini  dapat menyediakan perkhidmatan
      yang lebih berkualiti, orang ramai juga akan berasa selesa menggunakan
      perkhidmatan awam yang disediakan.






Laporan disediakan oleh,                                                                             10 Mac 2013
       

            Muhammad
(MUHAMMAD BIN DAIMIN)
Setiausaha Persatuan Keselamatan Sosial
Daerah Pekan

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia

Thursday, January 3, 2013

BAHASA MELAYU SEMESTER II 2013.



SUKATAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU  910/2
SEMESTER  II TAHUN 2013
1.       MORFOLOGI:

Empat perkara utama yang akan dibincang iaitu:

a.       Definisi  Bidang Morfologi yang mencakupi Konsep Morfem, Jenis Morfem, Konsep Alomorf, Konsep Morfofonem dan Konsep Kata.

b.      Bentuk Kata yang merangkumi Kata Tunggal, Kata Terbitan, Kata Ganda dan Kata Majumuk.

c.       Golongan Kata pula merangkumi Kata Nama, Kata Kerja, Kata Kata Adjektif dan Kata Tugas.

d.      Proses Pembentukan Kata Mencakupi Proses Pengimbuhan, Proses Pemajmukan, Proses Penggandaan dan  Proses Pengakroniman.

2.       SINTAKSIS  :

Bahagian ini menghuraikan perkara-perkara seperti:

a.       Definisi bidang Sintaksis iaitu berkaitan dengan Konsep ayat, Konsep Klausa, Konsep Frasa dan Konsep Subjek dan Predikat  serta Hukum D M.

b.      Jenis dan Binaan Frasa yang terdiri daripada Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.

c.       Jenis dan Binaan Klausa iaitu yang terdiri dari Klausa Bebas dan Klausa Tidak Bebas (terikat).

d.      Pola Ayat Dasar

e.      Susunan Konstituen Ayat iaitu Susunan ayat Biasa dan Ayat Songsang

f.        Ragam Ayat yang terdiri daripada Ayat Aktif dan Ayat Pasif

g.       Jenis-jenis Ayat yang menghuraikan tentang Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seruan

h.      Bentuk Ayat pula menghuraikan perkara yang berkaitan dengan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

i.        Proses Penerbitan Ayat yang membincangkan perkara-perkara yang melibatkan Konsep Ayat Terbitan, Proses Penerbitan ayat (tranformasi generatif) dan Analisis Melalui Konstituen Terdekat dan Gambarajah Pohon.

3.       ANALISIS  KESALAHAN  BAHASA:

Bahagian ini membincangkan bidang-bidang yang berkaitan aspek kesalahan bahasa yang kerap dilakukan oleh para pengguna bahasa Melayu. Antara aspek kesalahan yang perlu diberi tumpuan ialah Kesalahan Ejaan, Tanda Baca, Diksi, Morfologi, Sintaksis dan Kesalahan dalam penggunaan Penanda Wacana.
4.       KERJA KURSUS – PENULISAN ESEI BERFORMAT:

Bahagian ini membicarakan khusus berkaitan tentang esei  berformat yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar PraUniversiti sebelum mereka ini menduduki peperiksaan pada semester 2 nanti.  Antara aspek yang perlu diberi tumpuan khusus jenis-jenis esei berformat, panjang esei, masa serta tarikh menghasilkan esei tersebut, rangka esei, aspek pemerengganan dan beberapa perkara lain yang berfokus kepada menghasilkan esei berformat yang baik.

a.      JENIS-JENIS ESEI BERFORMAT.

Pelajar diwajibkan untuk menghasilkan LAPAN (8) Kertas Kerja Kursus iaitu penulisan esei berformat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran markah bagi Kerja Kursus ini adalah sebanyak 8% daripada jumlah keseluruhan markah Bahasa Melayu bagi semester 2 iaitu 28%. Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah antara 7 JANUARI 2013 HINGGA 8 APRIL 2013.

Setiap pelajar wajib menulis lapan (8) esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut:

i)                    Syarahan

ii)                  Laporan

iii)                Ceramah

iv)                Minit Mesyuarat

v)                  Teks Ucapan

vi)                Kertas Cadangan/proposal

vii)              Memorandum

viii)            Surat Kiriman rasmi*

*wajib ditulis tetapi markahnya tidak akan diambil kira.

                     -Panjang setiap esei berformat tersebut adalah antara 600 hingga 650 patah perkataan, kecuali Surat Kiriman Rasmi iaitu memadai antara 250 hingga 350 patah perkataan sahaja.         

 

 

Tuesday, October 23, 2012

BILA DEMAM STPM 2012 MULA MEREBAK.

 Hari silih berganti. Waktu tidak boleh digari. Masa begitu cemburu dan terburu berlalu. Yang pergi dan datang begitu cepat sekali. Pun begitu, usaha perlu diteruskan, malah dilipatgandakan di samping bermohon pada Yang Maha Esa muga apapun rintangan ada jalan kerenganan  dan kejayaan.
Teruskan...
Kuatkan...
Ini hanya penilaian sebelum yang sebenarnya...
Mohonlah... jangan berlagak angkuh dan sombong...
Allah SWT amat menyayangi hamba-Nya yang selalu meminta-minta. Jadi Pohonlah, setelah segala usaha dan ikhtiar dilakukan. Amin, Ya Rabba alamin.
                     
                                         #SEMUGA  ANDA  SEMUA  BERJAYA   SUKSES#

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...