Fonologi
Satu bidang kajian atau ilmu cabang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa serta lambang-lambang yang ada pada setiap bunyi bagi sesuatu bahasa.
Konsep Bunyi, Fonem, Huruf dan Suku Kata
• Konsep Bunyi
- Bunyi sebutan dalam sistem Bahasa Melayu. Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna. Dikeluarkan oleh alat pertuturan.
• Fonem
- Unit bunyi bahasa terkecil dan dapat membezakan makna kata. Fonem
diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi.
• Huruf
- Fonem-fonem bahasa diberi lambang tulisan berupa huruf. Huruf merupakan
lambang dalam sistem bunyi bahasa yang membentuk parkataan dalam tulisan.
- Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem vokal.
- Terdapat 5 huruf gabungan iaitu : gh, kh, ny, ng, dan sy.
- Terdapat 3 fonem diftong : au, ai dan oi.
• Suku Kata Dalam Bahasa Melayu
- Dalam Bahasa Melayu, setiap suku kata ditandai vokal yang mendahului atau
mengikuti konsonan.
- Dalam ejaan, terdapat 11 pola suku kata.
- V - a+ku
- VK - un+ta
- KVK -ban+tal
- KKV -pro+mo+si
- KKVK -trak+tor
- VKK -eks+pot
- KVKK -teks
- KKVKK -kom+pleks
- KKKV -skru
- KKKVK -struk+tur
- Pola suku kata 1 hingga 4 merupakan pola umum suku kata asli yang terdapat pada kebanyakan kata dasar bahasa Melayu.
- Pola 5 hingga 11 merupakan pola suku kata yang terdapat pada huruf konsonan rangkap atau gugus konsonan. Bentuk ini diambil dari ejaan bahasa Inggeris atau pinjaman asing.
-Pola 1, 4, dan 9 adalah pola suku kata terbuka (huruf vokal berada di akhir kata)
-Pola 2, 3, 5, 6, 7, 8, 10 dan 11 adalah pola suku kata tertutup (huruf konsonan berada di akhir kata).
Sistem Tulisan Bahasa Melayu
Dipercayai Bahasa Melayu ditulis dengan tulisan Kawi dan Rencong. Kedatangan Arab melahirkan tulisan Jawi. Kedatangan Barat menyebabkan tulisan Rumi terhasil.
Alat-alat Pertuturan Manusia
Alat Artikulasi:
- bibir atas
- bibir bawah
- gigi atas
- gigi bawah
- gusi
- lelangit lembut
- lelangit keras
- anak tekak
- hujung lidah
- hadapan lidah
- tengah lidah
- belakang lidah
- akar lidah
- epiglotis
- pita suara
- rongga tekak
- rongga hidung
- rongga mulut
- rahang
- tonggorok
- Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat pertuturan iaitu:
a. Artikulator (pengeluar) alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Alat ini terdiri daripada : bibir mulut, hujung lidah, leangit lembut, dan rahang.
b. Titik Artikulasi (daerah pengeluar) merupakan tempat pertuturan yang tidak bergerak (tetap). Alat ini terletak di sebelah atas alat pengeluar dan boleh dicapai alat-alat artikulasi. Titik artikulasi terdiri daripada gigi atas, gusi, dan lelangit keras.
Bunyi-bunyi Bahasa
a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan bahasa iaitu gerak tubuh.
b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong.
c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin disampaikan tidak difahami sepenuhnya.
- contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.
Vokal
a. Bunyi vokal dihasilkan tanpa halangan , sekatan ataupun sisihan pada arus udara yang dikeluarkan oleh paru-paru.
b. Terdapat 8 bunyi vokal iaitu 6 vokal asli bahasa Melayu dan 2 vokal pinjaman.
- vokal depan sempit [i]
- vokal depan separuh sempit [e] taling
- vokal depan luas [a]
- vokal tengah [e] pepet
- vokal belakang sempit [u]
- vokal belakang separuh sempit [o]
c. [ i], [a] dan [u] dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan asli bahasa Melayu.
d. [e] taling, [e] pepet, dan [o] hanya hadir pada awal dan tengah perkataan asli bahasa Melayu, jika di akhir perkataan tersebut adalah perkataan pinjaman.
Sifat-sifat Vokal
- bergetar
- bersuara
- lantang dan berpanjangan.
- udara keluar dari paru-paru berterusan
- posisi bibir sama ada terhampar, biasa atau bundar
- bagian depan, tengah dan belakang lidah terlibat dalam pengeluaran bunyi vokal
- posisi lidah sama ada dinaikkan atau diturunkan
- keadaan glotis dirapatkan
- pita suara bergetar
- udara yang keluar dari rongga mulut tidak mengalami gangguan, halangan,geseran atau sekatan.
Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu
a. Vokal membentuk suku kata dan kata.
b. Vokal depan ( i, e, ε, a ) adalah pada suku kata.
c. Vokal didahului oleh bunyi "hentian glotis".
Awal Tengah Akhir Terbuka Akhir Tertutup
e = e/kor Belas Sate Telek
i = i/bu Bilah Kali Saling
a = a/yam Malu Saya Botak
DIFTONG
- Bunyi yang dihasilkan melalui gabungan 2 huruf vokal yang dikeluarkan dengan satu hembusan nafas.
- Semasa menghasilkannya, tidak ada sebarang hentian yang dapat memisahkan kedua-dua bunyi vokal itu.
- Mempunyai satu puncak kelantangan, kemudian digelunsurkan ke satu vokal yang mengikutinya.
- Bersifat sebagai satu suku kata.
- Terdapat 3 bunyi diftong iaitu :
# [ai] - hairan, sungai, pantai (dimulai dengan menyebut bunyi vokal depan luas ke satu puncak kelantangan lalu digelunsurkan ke arah bunyi vokal depan sempit. Posisi bibir terhampar).
# [au]- saudara, kalau ( dimulai dengan menyebut vokal depan luas lalu digelunsurkan ke arah vokal belakang sempit. Posisi bibir daripada terhampar kepada bundar).
# [oi]- tomoi, amboi (dimulai dengan menyebut vokal belakang separuh sempit, lalu digelunsurkan ke arah vokal depan sempit. Posisi bibir drp. bundar menjadi terhampar).
VOKAL RANGKAP
* Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh. Tiap-tiap vokal adalah vokal penuh yang tersendiri.
Contohnya :
- baik = ba + ik = kv + vk
- laut = la + ut = kv + vk
- air = a + ir = v + vk
-Dalam perkataan 'baik, laut, dan air - kedua-dua vokalnya adalah vokal penuh yang tersendiri dan terdiri dari dua suku kata.
D'olah semula oleh: ciguwan