Sunday, May 22, 2011

ABU ADA AYAM

Lagu ini untuk anak ku Wan Nurl Filzah dan Wan Habiburahman, yang  berusia 5 dan 2 tahun      
dan sedang menuntut di Pusat Pengajian Tadika... hehehehe.. wat suspen ckit.

Tuesday, May 17, 2011

EXAM TIME!!!

For upper six students SMK Ayer Lanas
exam fever~


study...zzzzzzzz....study...zzzzzz~

(JANGAN!)
tapi...
Baca,baca dan baca...
jangan putus asa~


dan kesudahannya..


insyaAllah.. :)




SELAMAT...SELAMAT BERJAYA...

Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI GURU

 'TUK SEMUA GURU,
SPESEL WAT CIKGU SMK AYER LANAS

 Go to fullsize image
 Selamat Hari Guru
May 16th, 2011Banyak dapat BUNGA? - Tanda tugas guru mengharumkan dunia.
Banyak dapat PEN? - Tanda guru bijak melakar kata.
Banyak dapat PEMADAM? - Tanda guru sentiasa membetulkan kesalahan.
Banyak dapat MESEJ? - Tanda guru sentiasa di ingatan!


People say teachers are like candle, burning itself to light others. But I say, teachers are like the sky where the sun gives light n life, moon gives light at night n the stars give beauty to the world. Hopefully we can be like the sky.


Be a CANDLE
Be a LIGHT
Be a TWINKLE in d dark
Be a HOPE
Be an INSPIRATION & make a difference in their heart!


Bad teacher complains.
Good teacher explains.
Better teacher demonstrate.
Best teacher motivates.
Great teacher inspires.

#Muga senghoti hok semo,
 kalu tak reti nak wat guano.

Istimewa dari: Ciguwan

Wednesday, May 11, 2011

TEKNIK MENJAWAB ANALISIS KESALAHAN BAHASA MELAYU

 Go to fullsize image

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN D (ANALISIS KESALAHAN BAHASA)

Salah satu soalan yang terdapat dalam soalan Bahasa Melayu Kertas 2 STPM ialah soalan Analisis Kesalahan Bahasa, iaitu terletak dalam Bahagian D. Dalam soalan ini, satu bahan rangsangan petikan akan dikemukakan dan di dalam petikan tersebut mengandungi beberapa kesalahan bahasa. Tujuan soalan ini dikemukakan adalah untuk menguji tahap penguasaan calon terhadap sistem bahasa Melayu terutama dari aspek morfologi dan sintaksis.

Calon dikehendaki menganalisis petikan tersebut dan mengenal pasti tiga perkara yang berikut;
o mengenal pasti kesalahan bahasa – 1m
o menjelaskan sebab kesalahan – 1m
o membuat pembetulan kesalahan – 1m

Peruntukan markah untuk bahagian ini ialah 15 markah dan calon hendaklah mengenal pasti sekurang-kurangnya 5 kesalahan bahasa dalam petikan. Keupayaan calon untuk mendapatkan markah yang cemerlang bergantung pada penguasaan topik sistem bahasa Melayu (tatabahasa) dalam Kertas Satu iaitu tajuk Morfologi dan Sintaksis.

Konsep kesalahan bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa sama ada ejaan, perkataan, susunan frasa atau ayat. Jenis-jenis kesalahan bahasa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu;

1. Kesalahan ejaan:
- ejaan kata asli bahasa Melayu
- ejaan kata pinjaman sama ada daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa serumpun
- ejaan kata majmuk (termasuk pengejaan kata majmuk yang telah mantap penggunaannya - 15 perkataan)

2. Kesalahan morfologi
- Kata sendi nama
- Kata bilangan
- Kata pemeri
- Frasa kerja (frasa kerja transitif atau frasa kerja tak transitif)
- Hukum D-M
- Frasa yang lewah

3. Kesalahan sintaksis:
- Ayat tergantung (ayat tiada subjek/ predikat)
- Ayat pasif (ganti nama diri pertama/ kedua atau ganti nama diri ke-3)
- Struktur ayat tidak tepat
- Ayat yang kabur/ menyimpang makna

4. Kesalahan tanda baca:
- tanda sempang (-)
- noktah bertindih dsb.

Sunday, May 8, 2011

BUNYI-BUNYI KONSONAN DAN TANDA BACA.


A. Konsonan

a. Konsonan adalah bunyi-bunyi selain bunyi-bunyi vokal. Ketika menghasilkannya udara yang keluar dari paru-paru mengalami sekatan, halangan,rintangan, geseran, sisian, getaran atau sempitan di rongga mulut, hidung dan rongga tekak oleh alat artikulator.

b. Udara tersekat di bibir mulut, gigi-gusi lelangit keras, lelangit lembut, dan anak tekak (glotis).

c. Ketika dihasilkan, udara dari paru-paru akan menghasilkan sekatan di rongga mulut, tekak dan hidung.

d. Ada 18 konsonan asli dan 9 konsonan pinjaman.

e. Ada 12 bunyi bersuara : b, d, g, j, m, n, ny, ng, r, l ,w, y.

f. Ada 6 bunyi tidak bersuara : p, t, k, s, h, c.

g. 9 bunyi konsonan yang dapat hadir pada awal, tengah, dan akhir perkataan asli bahasa Melayu iaitu:
     [p], [t], [m], [n], [ng], [s], [h], [r], [l].

h. Konsonan [b], [d], [g], [c], [j], [ny], [w], dan [y] tidak dapat hadir pada akhir kata asli bahasa
    Melayu.

i. Bunyi  konsonan asli terdiri daripada,\;

- Bunyi letupan (Plosif)
- Bunyi letusan (Afrikat)
- Sengauan (Nasal)
- Geseran (Frikatif)
- Sisihan (Lateral)
- Getaran (Tril)
- Bunyi separuh vokal (Geluncuran)

B. BUNYI KONSONAN

1. Bunyi Letupan.
    - Terdapat 7 bunyi letupan iaitu:
  • Letupan dua bibir tak bersuara [p]
  • Letupan dua bibir bersuara [b]
  • Letupan gigi-gusi tak bersuara [t]
  • Letupan gigi-gusi bersuara [d]
  • Letupan lelangit lembut tak bersuara [k]
  • Letupan lelangit lembut bersuara [g]
  • Letupan glotis [?]
 2. Bunyi Letusan.
  • Letusan lelangit keras tak bersuara [c].
  • Letusan lelangit keras bersuara [j]
3. Bunyi Sengauan (bunyi nasal)
  • Sengauan bibir bersuara [m] udara tersekat di dua bibir
  • Sengauan gusi bersuara [n] udara tersekat di gusi
  • Sengauan lelangit keras bersuara [ ny] udara tersekat di lelangit keras
  • Sengauan lelangit lembut bersuara [ng] udara tersekat di lelangit lembut
4. Bunyi Geseran.
  • Geseran gusi tidak bersuara [s]
  • Geseran glotis [h]
5. Bunyi Getaran.
  • Getaran gusi bersuara [r]
6. Bunyi Sisian.
  • Sisian gusi bersuara [l]
7. Bunyi Separuh Vokal.
  • Separuh vokal dua bibir bersuara [w]
  • Separuh vokal lelangit keras bersuara [y]
8. Bunyi  Konsonan Pinjaman.
  • Geseran bibir tak bersuara [f]
  • Geseran bibir bersuara [v]
  • Geseran gigi-gusi tak bersuara [th]
  • Geseran gigi-gusi bersuara [dh]
  • Geseran gusi bersuara [z]
  • Geseran gusi-lelangit keras tak bersuara [sy]
  • Geseran lelangit lembut tak bersuara [kh]
  • Geseran lelangit lembut bersuara [gh]

Tanda Baca

Tanda baca digunakan dalam sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Merupakan lambang-lambang dalam penulisan bahasa untuk memperjelaskan maksud.


a. Tanda Titik [.] - Berahir sesuatu ayat / ayat penyata.
b. Tanda Koma [,] - Terdapat pengguguran sesuatu unsur ayat.
c. Tanda Koma Bertindih [;] - Fungsi sebagai unsur kaitan dua ayat.
d. Tanda Titik Bertindih [:] - Digunakan selepas ayat penyata diikuti ayat lain yang berkaitan.
e. Tanda Soal [?] - Hadir di akhir ayat.
f. Tanda Seru [!] - Hadir di akhir ayat bagi menunjukkan rasa hairan, marah, menyindir, sakit.
g. Tanda Sempang [-] - Bagi kata ganda.
h. Tanda Kurung [( )] - Wujud unsur selitan dalam ayat.
i. Tanda Petik [" "] - Menunjukan bahagian yang dilafazkan atau cakap ajuk.
j.  Tiga titik  [...]  - menunjukan petikan yang tidak lengkap atau bahagian yang digugurkan.




-semuga bermanfaat-

Thursday, May 5, 2011

CARA BUNYI BERTELUR

 Go to fullsize image
Fonologi

 Satu bidang kajian atau ilmu cabang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa serta lambang-lambang yang ada pada setiap bunyi bagi sesuatu bahasa.

 Konsep Bunyi, Fonem, Huruf dan Suku Kata

 • Konsep Bunyi

 - Bunyi sebutan dalam sistem Bahasa Melayu. Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna. Dikeluarkan oleh alat pertuturan.

 • Fonem

 - Unit bunyi bahasa terkecil dan dapat membezakan makna kata. Fonem
diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi.

 • Huruf

 - Fonem-fonem bahasa diberi lambang tulisan berupa huruf. Huruf merupakan
lambang dalam sistem bunyi bahasa yang membentuk parkataan dalam tulisan.
 - Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem vokal.
- Terdapat 5 huruf gabungan iaitu : gh, kh, ny, ng, dan sy.
- Terdapat 3 fonem diftong : au, ai dan oi.

 • Suku Kata Dalam Bahasa Melayu

 - Dalam Bahasa Melayu, setiap suku kata ditandai vokal yang mendahului atau
mengikuti konsonan.
- Dalam ejaan, terdapat 11 pola suku kata.
  1. V                       - a+ku
  2. VK                     - un+ta
  3. KVK                  -ban+tal
  4. KKV                  -pro+mo+si
  5. KKVK               -trak+tor
  6. VKK                 -eks+pot
  7. KVKK               -teks
  8. KKVKK             -kom+pleks
  9. KKKV               -skru
  10. KKKVK            -struk+tur
- Pola suku kata 1 hingga 4 merupakan pola umum suku kata asli yang terdapat pada kebanyakan kata dasar bahasa Melayu.
- Pola 5 hingga 11 merupakan pola suku kata yang terdapat pada huruf konsonan rangkap atau gugus konsonan. Bentuk ini diambil dari ejaan bahasa Inggeris atau pinjaman asing.
-Pola 1, 4, dan 9 adalah pola suku kata terbuka (huruf vokal berada di akhir kata)
-Pola 2, 3, 5, 6, 7, 8, 10 dan 11 adalah pola suku kata tertutup (huruf konsonan berada di akhir kata). 


 Sistem Tulisan Bahasa Melayu

Dipercayai Bahasa Melayu ditulis dengan tulisan Kawi dan Rencong. Kedatangan Arab melahirkan tulisan Jawi. Kedatangan Barat menyebabkan tulisan Rumi terhasil.

 
Alat-alat Pertuturan Manusia

 Alat Artikulasi:
  • bibir atas
  • bibir bawah
  • gigi atas
  • gigi bawah
  • gusi
  • lelangit lembut
  • lelangit keras
  • anak tekak
  • hujung lidah
  • hadapan lidah
  • tengah lidah
  • belakang lidah
  • akar lidah
  • epiglotis
  • pita suara
  • rongga tekak
  • rongga hidung
  • rongga mulut
  • rahang
  • tonggorok
- Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat pertuturan iaitu:
a. Artikulator (pengeluar) alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Alat ini terdiri daripada : bibir mulut, hujung lidah, leangit lembut, dan rahang.

 
b. Titik Artikulasi (daerah pengeluar) merupakan tempat pertuturan yang tidak bergerak (tetap). Alat ini terletak di sebelah atas alat pengeluar dan boleh dicapai alat-alat artikulasi. Titik artikulasi terdiri daripada gigi atas, gusi, dan lelangit keras.
Bunyi-bunyi Bahasa
a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan bahasa iaitu gerak tubuh.
b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong.
c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin disampaikan tidak difahami sepenuhnya.
- contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.
Vokal
a. Bunyi vokal dihasilkan tanpa halangan , sekatan ataupun sisihan pada arus udara yang dikeluarkan oleh paru-paru.
b. Terdapat 8 bunyi vokal iaitu 6 vokal asli bahasa Melayu dan 2 vokal pinjaman.
  •  vokal depan sempit [i]
  • vokal depan separuh sempit [e] taling
  • vokal depan luas [a]
  • vokal tengah [e] pepet
  • vokal belakang sempit [u]
  • vokal belakang separuh sempit [o]
c. [ i], [a] dan [u] dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan asli bahasa Melayu.

 
d. [e] taling, [e] pepet, dan [o]  hanya hadir pada awal dan tengah perkataan asli bahasa Melayu, jika di akhir perkataan tersebut adalah perkataan pinjaman.
  
Sifat-sifat Vokal
  • bergetar
  • bersuara
  • lantang dan berpanjangan.
  • udara keluar dari paru-paru berterusan
  • posisi bibir sama ada terhampar, biasa atau bundar
  • bagian depan, tengah dan belakang lidah terlibat dalam pengeluaran bunyi vokal
  • posisi lidah sama ada dinaikkan atau diturunkan
  • keadaan glotis dirapatkan
  • pita suara bergetar
  • udara yang keluar dari rongga mulut tidak mengalami gangguan, halangan,geseran atau sekatan.
Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu
a. Vokal membentuk suku kata dan kata.
b. Vokal depan ( i, e, ε, a ) adalah pada suku kata.
c. Vokal didahului oleh bunyi "hentian glotis".
Awal Tengah Akhir Terbuka Akhir Tertutup
e = e/kor Belas Sate Telek
i  = i/bu Bilah Kali Saling
a = a/yam Malu Saya Botak
DIFTONG
- Bunyi yang dihasilkan melalui gabungan 2 huruf vokal yang dikeluarkan dengan satu hembusan nafas.
- Semasa menghasilkannya, tidak ada sebarang hentian yang dapat memisahkan kedua-dua bunyi vokal itu.
- Mempunyai satu puncak kelantangan, kemudian digelunsurkan ke satu vokal yang mengikutinya.
- Bersifat sebagai satu suku kata.
- Terdapat 3 bunyi diftong iaitu : 
 
#  [ai] - hairan, sungai, pantai   (dimulai dengan menyebut bunyi vokal depan luas ke satu puncak kelantangan lalu digelunsurkan ke arah bunyi vokal depan sempit. Posisi bibir terhampar).

 
#  [au]- saudara, kalau  ( dimulai dengan menyebut vokal depan luas lalu digelunsurkan ke arah vokal belakang sempit. Posisi bibir daripada terhampar kepada bundar).

 
#  [oi]- tomoi, amboi  (dimulai dengan menyebut vokal belakang separuh sempit, lalu digelunsurkan ke arah vokal depan sempit. Posisi bibir drp. bundar menjadi terhampar).
View Image

 
    VOKAL  RANGKAP     
*   Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh. Tiap-tiap vokal adalah vokal penuh yang tersendiri. 
     Contohnya : 
  • baik      =  ba + ik  = kv + vk
  • laut      =  la + ut   = kv + vk
  • air        =  a + ir      = v + vk
-Dalam perkataan 'baik, laut, dan air  - kedua-dua vokalnya adalah vokal penuh yang tersendiri dan terdiri dari dua suku kata.                   
                                
D'olah semula oleh: ciguwan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...